Selasa, 26 Februari 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Biarlah tarikh PRU telah ditetapkan lepas ini (26/2/13)

Posted: 26 Feb 2013 04:39 AM PST


Banyak betul teka-teki tentang tarikh pembubaran Parlimen. Hampir setiap hari itulah topic perbualan dimana-mana pun. Terbaru saya mendapat tahu esok tarikhnya…..entahlah.
Yang pasti bagi parti-parti yang bertanding diperingkat ini sepatutnya proses pemilihan calon sudah selesai, jentera sudah lengkap semuanya cuma menunggu untuk digerakkan 100 peratus.

Satu yang harus menjadi pengajaran, siapa pun jadi kerajaan selepas ini pastikan tarikh pembubaran Parlimen ini menjadi suatu yang telah ditetapkan, tak perlu lagi teka-teki, tak perlu lagi parti yang memerintah diperingkat Persekutuan mendapat "advantage" menetukan tarikh mengikut kehendaknya. Memang ini merupakan warisan sistem British, tetapi ternyata rakyat Malaysia tidak senang dan selesa dengannya.
Biar selepas ini kita menjadi seperti Amerika Syarikat semuanya telah ditetapkan bukan hanya tarikh pilihanraya malah termasuk hari Presiden mengangkat sumpah semuanya telah ditetapkan.

Betul ke esok PM akan mengadap Agong bagi mendapat perkenan pembubaran Parlimen….entahlah.

Tiada ulasan: