Selasa, 26 Februari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Video Nabil Dan SY Kutuk Pakatan Tersebar !!

Posted: 26 Feb 2013 05:34 AM PST

Panas: "Kalimah Allah", Fuziah Rela Tolak Ketetapan Majlis Syura PAS Demi Jaga Kepentingan Politiknya !

Posted: 26 Feb 2013 05:18 AM PST

Ramai pihak terutamanya penyokong PAS di sini kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) menolak ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS apabila bersetuju dengan pendirian DAP agar kalimah Allah boleh digunapakai oleh penganut agama lain. Kernyatan beliau itu dilihat menunjukkan Fuziah sememangnya tidak mahu kehilangan undi kaum Cina (Tionghua) di Parlimen Kuantan pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti sebenarnya. Lantaran itulah beliau sewenangnya membuat kenyataan yang bercanggah, sedangkan dia tidak arif tentang agama Islam itu sendiri. Majlis Syura Ulamak PAS, pada 13 Januari lalu telah menyatakan pendirian bahawa penterjemahan kalimah Lord atau God kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana salah dari segi makna dan tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan. Persoalannya kenapa Fuziah begitu berani melanggar ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS ini sedangkan beliau bukanlah individu yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan demikian. Apa yang jelas, kemungkinan besar beliau mahu menjaga hati pengundi kaum Cina agar terus menyokong beliau. Lantaran itulah dia rela mengeluarkan kenyataan yang dilihat semata-mata untuk "millage politik". Sebelum ini Pahang Daily Online (PDO) telah beberapa kali mendedahkan Fuziah  meminggirkan pemimpin Melayu dalam PKR Cabang Kuantan gara-gara mengikut arahan dan telunjuk beberapa orang kuatnya yang bukan Melayu di situ. Malah, beliau sendiri telah mengarahkan beberapa calon Melayu menarik diri ketika Pemilihan PKR 2012 yang lalu atas alasan proksinya itu sudah mempunyai "cai cai atau line up" untuk dipilih secara automatik. Akhirnya semua jawatan dimenangi tanpa bertanding melainkan Naib Ketua Cabang sahaja yang ditandingi ketika itu. Fuziah juga menang tanpa bertanding selepas berlaku provokasi terhadap borang pencalonan lawan beliau ketika itu. Kini, Fuziah mungkin tersepit antara pertahankan khalimah Allah (Islam) atau undi kaum Cina (Tionghua). Akhirnya beliau tergamak mengingkari ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Syura PAS iaitu sebuah badan yang diwakili oleh ulamak yang pakar dalam hal ehwal agama Islam itu sendiri sebenarnya. Sebagai bukti, sila tonton video di bawah:-

Sultan Brunei Arah Tutup Premis Perniagaan Semasa Solat Jumaat Dan Haram Arak Dalam Penerbangan !!

Posted: 26 Feb 2013 04:43 AM PST

Semua pihak amat terkejut dengan tersebarnya video kenyataan oleh Sultan Brunei agar semua premis perniagaan ditutup semasa solat Jumaat di negara terbabit dan haram arak penjualan arak dalam penerbangan. Apapun tahniah kepada Sultan Brunei dan semua rakyat yang menyokong dan mampu melaksanakan hukum hakam yang lebih baik berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Kenyataan rasmi dari Jabatan Penerangan Brunei sempena titah baginda beberapa hari lepas. NEGARA MAKMUR DAN SEJAHTERA DENGAN ISLAM: Sultan Titah Semua Premis Di Tutup Waktu Solat Jumaat dan Tiada Hidangan Arak Dalam Penerbangan Dalam usaha untuk merealisasikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir iaitu negara yang mendaulatkan hukum dan undang-undang Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (foto), Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan mengenai penguatkuasaan peraturan menutup sementara premis-premis perniagaan pada hari Jumaat sehingga selesai Solat Jumaat dan melarang dihidangkan arak dalam penerbangan Brunei. Mesej ini disampaikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah dalam ucapan baginda sempena sambutan Hari Kebangsaan Brunei ke-29 pada petang Jumaat 22.02.2013 yang dibuat secara langsung melalui siaran radio dan televisyen ke seluruh Negara Brunei. Dalam titah baginda, baginda menzahirkan kekesalan kerana ada pihak yang mengangap peraturan ini menjejaskan ekonomi negara. Baginda menekankan bahawa peraturan ini adalah penting bukan sahaja untuk menjaga imej negara tetapi juga juga imej Islam kerana kedua-dua perkara ini adalah penting agar iannya sentiasa nampak terpelihara dan indah. Tambah baginda lagi Syarikat yang menghidangkan arak juga didapati ada yang rugi malah kerugiannya lebih besar dari Syarikat yang tidak menghidangkan arak.
 
Diantara petikan titah baginda Sultan Brunei adalah seperti berikut :- "Ini semua adalah langkah-langkah besar ke arah peningkatan. Sayugia diingat bahawa kita membangun adalah meliputi pembangunan fizikal dan rohani. Malah pembangunan jenis kedua inilah yang lebih-lebih lagi dituntut, kerana impaknya mencakup dua keuntungan sekali gus : keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat," "Ini sama halnya apabila kita melarang dari dihidangkan arak di dalam penerbangan, ada yang berkata rugi kerana penerbangan akan dikhuatiri tidak laku. Tetapi orang tidak ingat keuntungan di akhirat dan keuntungan rahmat serta berkat daripada Allah SWT".

Panas: Video Nabil Dan SY Kutuk Pakatan Tersebar!

Posted: 26 Feb 2013 04:32 AM PST

Video: Ucapan Oleh Presiden PAS Di Konvensyen PR

Posted: 25 Feb 2013 09:04 AM PST

Tiada ulasan: