Khamis, 14 Februari 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Jangan "double standard" (14/2/13)

Posted: 13 Feb 2013 11:58 PM PST


Berita terbaru dari Lahad Datu, Sabah menyebut bahawa pihak kerajaan Malaysia sedang dalam proses berunding dengan lebih 100 pejuang Moro yang bersenjata yang telah menyeberang masuk dari Selatan Filipina ke Sabah melalui Tambisan ke Lahad Datu.
Kumpulan bersenjata berkenaan telah berjaya dikepung oleh pihak keselamatan Malaysia dan proses rundingan sedang berjalan.

Kehadiran mereka ini dipercayai bukannya untuk mencetuskan masalah di Malaysia tetapi kerana lari dari konflik di Selatan Filipina.
Adalah diharapkan pihak kerajaan akan menggunakan diplomasi sebaik mungkin untuk memastikan pihak pejuang Islam ini dapat berundur tanpa perlu ada sebarang elemen paksaan atau tangkapan. Mata dunia khasnya dunia Islam sedang meerhatikan kita. Kalau kita ghairah dan bersungguh mahu memperjuangkan nasib pejuang Palestin contohnya tetapi sebaliknya bagi pejuang Moro, maka kita akan dianggap double standard.

Semoga isu ini akan selesai segera dan berakhir tanpa mana-mana pihak khasnya Islam rugi.

 

Kerana kari santan binasa.....(14/2/13)

Posted: 13 Feb 2013 06:34 PM PST


Pepatah Melayu menyebut, "kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa", tetapi dalam hal Leong Pei Koe, lain pula halnya. Mulut beliau mungkin terpelihara tetapi yang kacau adalah jarinya. Jari yang mencerminkan kemarahan hatinya yang gelap barangkali ketika itu sehingga tergamak mengacukan dalam bentuk lucah ke arah orang lain.
Dalam hal ini "orang lain" itu adalah Raja Permaisuri Agong.

Kalau pun terhadap orang lain sudah dikira biadap dan kurang ajar, inikan pula terhadap Raja kita yang kita sedia hormati.

Semalam di Mahkamah Majistret Balik Pulau, si Leong ini telah didapati bersalah di bawah Seksyen 294 (A) Kanun Keseksaan dan dihukum sebulan penjara dan denda RM6,000.00. Tidak cukup setakat itu sahaja gatal jarinya hari kejadian, beliau turut mengacukan jari biadap yang sama kepada seorang pegawai polis, iaitu pegawai pegiring Raja Permaisuri dan di atas kesalahan itu beliau di hukum penjara semonggu dan denda RM2,000.00.
Kini akibat tindakan dangkalnya itu beliau terpaksa membayar dengan harga yang mahal iaitu merengkok di penjara.

Biarlah kes ini menjadi pengajaran buat kita semua, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Dalam kes Leong ini, "kerana kari santan binasa, kerana jari badan binasa……"

Tiada ulasan: