Khamis, 14 Februari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Isu: Ramai Kecewa Keselesaan Pengguna Kini Terabai, Gara-Gara Pindahkan Operasi Bas Ekspress Di Kuantan

Posted: 13 Feb 2013 05:47 PM PST

KUANTAN, 14 Feb - Orang ramai terutamanya pengguna pengangkutan awam bas ekspress di bandar ini kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memindahkan operasi bas terbabit ke lokasi sementara di hadapan Stadium Darul Makmur sekarang ini. Ini berikutan kerja-kerja pengubahsuaian untuk menaiktaraf Terminal Makmur (foto) sekarang ini. Mereka terkilan kerana kerja-kerja ubahsuai dilakukan tidak kena pada masannya (hampir dengan pilihanraya) dan ketika terminal bas yang baru di Indera Mahkota belum beroperasi sepenuhnya. Difahamkan, kerja-kerja pembinaan terminal bas baru masih dijalankan. Persoalannya, kenapa secara tiba-tiba kerja naik taraf dilakukan oleh pihak MPK?. Kenapa kerja-kerja baik pulih tidak dilakukan selepas terminal baru siap, bukankah ia memudahkan orang ramai. Difahamkan antara rungutan yang diterima ialah berkaitan dengan kemudahan tandas awam, surau, gerai makan dan termasuk juga kemudahan tempat menunggu. "Mereka buat pasang siap dan carca marba. Line asyik Off line bila kami nak beli tiket. Ada orang kata perpindahan tergesa-gesa dibuat atas arahan RapidKuantan .. Notis 24 jam diberikan ..... terminal akan dinaik taraf, siap ada pejabat pos dan pusat bayaran bil setempat.. malah kami dengar siap ada gelanggang futsal lagi kata atas tu  nanti.. itu apa yang kami dengar dari rungutan syarikat bas", kata salah seorang pelanggan yang mengalami kesukaran untuk membeli tiket apabila perkhidmatan senantiasa tergendala (off line). Menurut sumber, kemudahan tandas dan surau disediakan di dalam stadium yang berhampiran, namun tidak ramai yang tahu kerana kekurangan papan tanda dan sebagainya. Malah, stadium terbabit akan tutup lebih awal sedangkan bas tiba ada yang sampai pukul dua atau tiga pagi. Ia menyukarkan orang ramai untuk buang air kecil dan sebagainya. Keadaan menjadi lebih menyulitkan apabila hari hujan kerana ia berbecak di sana sini. Difahamkan lokasi terbabit digunakan untuk terminal sementara bas ekspress, manakala bas henti-henti dipindahkan ke hentian pasar berhadapan dengan Padang MPK 2 yang terletak berhampiran. Keadaan menjadi kelam kabut akibat perubahan yang tidak kena pada masanya ini. Malah kerja-kerja naik taraf juga tidak dimaklumkan hingga bila, apa yang diwar-warkan ia akan berkuatkuasa sehingga diberitahu kelak. 


[Laporan seterusnya akan menyusul selepas ini. Pihak berkuasa sepatutnya mengutamakan kepentingan orang ramai sebelu membuat apa jua tindakan. Sewajarnya projek naik taraf dilaksanakan selepas terminal bas baru di Indera Mahkota siap sepenuhnya. Kenapa tergesa-gesa hingga menyusahkan orang ramai untuk berurusan. Lokasi yang dipilih juga akan menyusahkan para peminat bolasepak yang mahu menyaksikan perlawanan pasukan Pahang selepas ini. Dari maklumat yang diterima, Pahang akan bertemu dengan Kelantan dalam masa terdekat. Maka, sudah pasti puluhan ribu penyokong akan datang berbondong-bondong dari seluruh negara. Jika kawasa parkir di hadapan Stadium Darul Makmur sudah dijadikan terminal sementara, maka sudah pasti ia akan menyusahkan peminat bolasepak selepas ini. Sudah pasti ramai yang akan disaman oleh MPK gara-gara meletakkan kenderaan di luar kawasan yang dibenarkan. Pernahkan mereka fikirkan semua ini?].

Panas: Khalid Dedah Bilik Darjah RM1 Juta Zaman BN !

Posted: 13 Feb 2013 04:46 PM PST

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti jauh lebih efisien dan cekap dalam pengurusan kewangan apabila mampu membina sekolah yang mempunyai 24 bilik darjah serta kelengkapan dewan dan makmal pada kos RM4.9 juta. Ia berbeza apabila Kerajaan UMNO-BN membina sekolah yang mempunyai hanya 12 bilik darjah dengan kos didakwa berjumlah kira-kira RM12 juta. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (foto) berkata, pembinaan SJK (T) Ladang Midlands di Shah Alam yang dibina dengan kos RM4.9 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 April lalu. Selama 50 tahun para pelajar di situ terpaksa belajar di dalam bilik darjah berdinding papan dan lantai simen retak dan menanti bantuan untuk mendapatkan bangunan baru bagi keselesaan pembelajaran. Pembinaan sekolah tersebut yang boleh menempatkan kira-kira 2,000 pelajar tidak menggunakan satu sen pun peruntukan daripada Kerajaan Pusat"SJK (T) Ladang Midlands itu boleh dianggap yang terbaik dan termoden di negara ini malahan mungkin di dunia dengan dewan yang besar dan makmal yang canggih dengan RM4.9 juta. "Berbanding dengan Sekolah Rendah yang hendak dibina di U10 Shah Alam ini yang ada 12 bilik darjah tetapi kosnya adalah RM12 juta yang bermakna setiap darjah itu kosnya adalah RM1juta," kata Khalid. Ujar beliau lagi, kos pembinaan yang menelan kos RM12 juta itu dianggap tidak munasabah dan memerlukan penjelasan lanjut pihak berkenaan ekoran kos pembinaannya yang jauh lebih tinggi. "Ianya membuktikan ketidakcekapan dan ketidaktelusan serta kemungkinan projek pembinaan sekolah di U-10 itu diberi secara rundingan terus dan sebagainya. "Yang jelas kosnya lebih lima kali ganda itu dan terlalu tinggi akan merugikan rakyat," kata Khalid lagi.




[Umum memang mengetahui bahawa pemimpin UMNO BN akan melobi projek untuk kroni-kroni mereka setiap kali tender sesuatu projek itu dikeluarkan. Maka, tidak hairanlah harga RM1 juta untuk satu bilik darjah pada zaman mereka memerintah Selangor ini terbongkar. Mujurlah kerajaan negeri bertukar tangan, jika tidak sudah pasti isu ini akan ditutup rapat-rapat oleh mereka. Lantaran itulah, bekas MB Khir Toyo terkejut beruk dan terpaksa melupuskan banyak fail-fail sulit dari pejabat MB selepas melihat mereka tumbang pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Semuanya gara-gara untuk menutup maklumat tentang rasuah dan penyelewengan yang telah mereka lakukan selama ini. UMNO BN tidak akan boleh hidup tanpa rasuah, maka itulah mereka takut untuk melaksanakan hukum Hudud milik Allah atas muka bumi ini walau pun sudah lama berkuasa. Ini kerana jika ia dilaksanakan maka rezeki yang mereka perolehi selama ini sudah pasti akan tersekat dan mereka tidak mungkin lagi boleh membolot kekayaan seperti dilakukan sekarang. Maka itu, ubah sebelum lebih parah!].

Sidang Media Gerakan Mahasiswa Di Ugut Di Pekan

Posted: 13 Feb 2013 10:22 AM PST

Tiada ulasan: