Roslan SMS Corner |
- Tindakan biadap yang bukan budaya kita (12/2/13)
- Gong Xi Fa Cai (12/2/13)
- Pope Benedict berundur pada usia 85 tahun (12/2/13)
- Biarkan Yong Teck Lee (12/2/13)
Tindakan biadap yang bukan budaya kita (12/2/13) Posted: 12 Feb 2013 06:12 AM PST Saya menerima berita ini melalui media alternatif di internet, setakat ini tiada lagi berita dari sumber media perdana. Seorang pemuda Leong Pei Koe, 29 tahun telah ditahan polis di Lapangan Terbang Pulau Pinang kerana dituduh menunjukkan isyarat lucah kepada Permaisuri Agong. Pemuda berkenaan dilaporkan kini disiasat di bawah seksyen Kanun Keseksaan kerana menunjukkan isyarat lucah di khalayk awam. Pantasnya media alternative sehingga telah mendedahkan wajah pemuda berkenaan dan lain-lain butir peribadinya. Apa pun biarlah pihak polis menyelesaikan siasatan dan kita lihat bagaimana apabila beliau didakwa di mahkamah kelak. Namun bagi saya tindakan pemuda berkenaan, apa pun alasannya, adalah biadap. Jangankan kepada sesama kita sudah dikira biadap ini pula terhadap Permaisuri Agong, dimanakah adab dan kesopanan kita? Saya lebih bimbang membaca beberapa laporan di internet ini, jika benar begitulah punca kesnya, maka ia sangat merbahaya dan mengancam kesepaduan kaum dalam Negara.Tak kiralah siapa pun, apa pun bangsa dan agama kita, selagi kita rakyat Malaysia, biarlah kita berpegang kepada tatasusila budaya kita. Ada pihak pula membangkitkan kenapa seorang MB BN tidak dikenakan tindakan kerana pernah menunjukkan isyarat lucah juga semasa hari penamaan calon satu pilihanraya kecil di negeri beliau (videonya tersebar luas). Memang meluas video berkenaan tersebar, soalnya tak seorang pun yang ambil kesempatan membuat laporan polis. Berbalik kepada kes Permaisur Agong ini, janganlah ia dipolitikkan. Di Malaysia sejak semakin dekat bahang pilihanraya ini, semakin politik warna penglihatan mata kita. Semuanya politik. Malah ada orang kata hujan turun tak turun pun disalahkan orang politik. Diharapkan pihak polis segera siasat kes ini dan jika ada kes, segera bawa tertuduh ke mahkamah. Dan jika sabit kesalahannya wajar sangat beliau dihukum agar jadi pengajaran kepada beliau dan semua kita. Tiada budaya bangsa Malaysia yang mengajar anak bangsanya bertindak biadap begitu. |
Posted: 11 Feb 2013 10:57 PM PST Sempena Tahun Baru Cina , tahun ular ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua kawan-kawan dan kenalan yang berbangsa Tionghua. Semoga tahun ini dengan izin Allah swt akan membawa lebih kebaikan dan kehramonian buat semua. Sempena Tahun Baru Cina kali ni banyaklah dimuatkan ucapan berupa klip video samada di youtube mahupun di blog dan facebook masing-masing. Pimpinan politik dari berbagai pihak juga tidak ketinggalan dengan ucapan mereka masing-masing dalam bentuk ini. Bagi saya klip video ini adalah yang paling baik dan berkesan yang saya tonton sempena Tahun Baru Cina, tahniah ke[ada pembikinnya. |
Pope Benedict berundur pada usia 85 tahun (12/2/13) Posted: 11 Feb 2013 08:52 PM PST Berita hasrat Pope Benedict XVI, 85 tahun, mahu melepaskan jawatannya sebagai pemimpin tertinggi Roman Katolik pada hujung bulan ini mendapat liputan meluas seluruh saluran media. Beliau yang baru lapan tahun memegang jawatan berkenaan menyatakan bahawa alasannya adalah kerana beliau tidak lagi memiliki kemampuan dan kekuatan untuk memimpin. Beliau percaya untuk memimpin sebagai Pope seseorang itu perlulah memiliki kekuatan minda dan fizikal. Kata beliau: "After having repeatedly examined my conscience before God I have come to the certainty that my strength due to an advanced age are no longer suited to an adequate exercise of the Petrine ministry." Inilah kenyataan ikhlas dari seorang pemimpin yang tahu bila mahu berundur. Memang sussah apabila telah memikili kedudukan dan kuasa bagi seseorang itu mahu melepaskan kedudukannya. Berbagai alasan lazim diberikan untuk terus berkuasa, masih diperlukanlah, masih dipercayai dan lain-lain sedang ia tidak sedar di belakangnya ramai menunggu yang lebih kuat dan upaya malah kadangkala lebih layak dan mampu. Bagi saya sebagai pemimpin Benedict XVI atau nama sebenarnya Joseph Ratzinger mengutamakan kepentingan penganut Roman Katolik mengatasi kepentingan dan kedudukan peribadinya. Kalau sudah tidak berupaya, tidak memiliki kekuatan fizikal seperti 10-20 tahun lalu. Lebih baik lah kita memberi laluan kepada yang lebih berupaya. Walaupun beliau pemimpin agama lain, saya menghormati pendiriannya. Dalam Islam pun Rasulullah saw memimpin walaupun sehingga akhir hayat tetapi usianya sekitar 63 tahun. Begitu juga Abu Bakar dan Umar melainkan Ali yang terbunuh di usia muda. Di Malaysia, bekas PM Tun Dr Mahathir yang licik politiknya bersara pada usia 78 tahun, dan penggantinya Tun Abdullah terpaksa memikul kelemahannya dan akhirnya BN hilang 2/3 majoriti ditangan Dollah angkara kegagalan Mahathir. Tun Hussien Onn melepaskan jawatannya pada usia 59 tahun dan Tunku pula pada usia 68 tahun. Tun Razak meninggal sebagai PM pada usia 54 tahun. Kesimpulannya mana-mana pemimpin pun yang paling baik antara mereka sudah pastilah yang tahu sendiri bila masanya untuk mengundurkan diri, sebagaimana kisah Pope di atas. |
Biarkan Yong Teck Lee (12/2/13) Posted: 11 Feb 2013 08:27 PM PST Saya menelaah dengan penuh kebimbangan kenyataan Presiden SAPP sebuah parti politik di Sabah, Yong Teck Lee. Yong bekas Ketua Menteri Sabah dilaporkan berkata bahawa keutamaan parti beliau adalah berjuang menuntut autonomi bagi negeri Sabah. Beliau mahukan segala urusan dan pentadbiran Sabah di putuskan sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sabah dan bukannya dari KL (atau Putrajaya). Kenyataan ini beliau keluarkan ekoran tarik-tali antara parti beliau dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 di Sabah. Dahulunya SAPP berada di bawah payung BN. Ternyata Yong memiliki agenda yang tidak sihat dalam ememupuk perpaduan nasional khasnya sesame kita semua rakyat Malaysia. Bayangkan jika idea ini juga mahu diterapkan di Perlis. Kelantan, Pulau Pinang, Johor dan seumpamanya. Mungkin tuntutan Yong ini tidak bertentangan dengan amalan demokrasi, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang percaya pada sistem Federalisama yang telah berdekad-dekad kita semua dakapi dan terima dengan harmonis, sudah pasti ianya tidak dapat diterima. Mana hilangnya semangat toleransi, integrasi yang telah sekian lama kita perjuangan bersama. Berjuang untuk kepentingan anak negeri di Sabah, mahukan pembangunan seimbang antara Sabah dan Semenanjung Malaysia, pembahagian ekonomi yang seimbang mungkin berasas tetapi autonomi ini sesuatu yang hanya diperjuangkan oleh mereka yang telah didiskriminasi secara total, ditekan sebagaimana di Selatan Filipina atau Thai. Kesimpulannya tidak payahlah mana-mana pihak termasuk PR berunding dengan mereka yang seumpama ini, ianya bakal merugikan dan tidak dapat diterima rakyat jelata. Biarlah Yong dan kuncu-kuncunya bermimpi di siang hari dengan agenda mereka itu. SAPP pun sebenarnya sudah semakin pudar dan hilang pengaruh di Sabah, biarlah Yong dengan labu-labunya. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan