Pahang Daily Online |
- Panas: Video, Mahasiswa Di Serang Samseng Di Pekan!
- PRU13, Ikuti Kenyataan Panas Blogger Cucumatkilau !
- Panas: Kenyataan Ustaz Azhar Idrus Pasal Gangnam !
- Panas: PSY, Najib Di Malukan Lagi Di TV Singapura !!
- Panas: Fenomena "Are You Ready For BN ....... No" Di Jangka Lebih Hebat Dari "Listen... Listen.... Listen" !!
Panas: Video, Mahasiswa Di Serang Samseng Di Pekan! Posted: 12 Feb 2013 06:43 AM PST |
PRU13, Ikuti Kenyataan Panas Blogger Cucumatkilau ! Posted: 11 Feb 2013 10:58 PM PST Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya bekas krew Pahang Daily Online (PDO) iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai CMK@Blogger Cucumatkilau tampil membuat kenyataan berhubung keputusan beliau sama ada mahu meneruskan hasrat untuk bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Beliau yang kini menjadi aktivis bebas pro-rakyat baru saja melancarkan radio internet terbaru CMK FM yang bersiaran 24 jam menerusi www.cmkradio.blogspot.com sekarang. Menurut posting terbarunya di laman sembang sosial facebook, beliau akan membuat kenyataan panas berhubung situasi terkini hala tuju masa depannya itu hari ini. Selepas dua kali menyertai pilihanraya umum dan berpengalaman hampir 15 tahun sebagai "blogger" maka sudah tiba masanya dia mengambil keputusan itu memandangkan pilihanraya umum ke-13 kini semakin hampir. Malah, katanya tanggal 11 Februari 2013 (semalam) genaplah dua tahun dia bergerak sebagai aktivis selepas mengundur diri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 11 Februari 2011 (11.2.11) yang lalu. "Tanggal 11 Feb 2013, Genap Dua Tahun CMK Bersara Dari Politik Kepartian & Menjadi AKTIVIS BEBAS PRO RAKYAT .. Ramai Yg Tertanya2 Adakah CMK Akan Mencuba Lg Bertanding PRU-13 Ini Selepas PRU-12 Dan Sebelum Itu... Nantikan Kenyataan PANAS CMK LIVE Di Radio Internet CMK FM Petang Ini.. Untuk Dengar, Sila Klik www.cucumatkilau.blogspot.com [tag & share]", kata kenyataan di facebook beliau. Oleh itu, sama-sama dengarkan radio internet CMK petang ini untuk mendengar lebih lanjut pendedahan panas beliau itu. Apapun, PDO mengucapkan selamat berjuang kepada blogger yang telah banyak menyumbang jasa menyedarkan rakyat tentang perubahan selama dia menjadi krew PDO satu ketika dulu. Dengarkan CMK FM di SINI atau menerusi TUNE IN RADIO di Anroid (iTab, iPad, Blackberry, Windows Phone, Smartphone dll). Search CMK FM. |
Panas: Kenyataan Ustaz Azhar Idrus Pasal Gangnam ! Posted: 11 Feb 2013 08:43 PM PST |
Panas: PSY, Najib Di Malukan Lagi Di TV Singapura !! Posted: 11 Feb 2013 08:20 PM PST Inilah wajah seorang Perdana Menteri Malaysia apabila imej beliau terus tercalar gara-gara kesilapan sendiri untuk menjadi Pengacara persembahan PSY di Pulau Pinang baru-baru ini. Niat beliau yang ikhlas dan jujur untuk membawa penyanyi terkenal dari Korea itu akhirnya memakan diri dikala dia sendiri tertunggu-tunggu bilakah tarikh untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat. Inilah yang dinamakan takdir, jutaan wang rakyat digunakan untuk aksi beberapa minit PSY akhirnya menjatuhkan maruah diri sendiri di mata dunia. Kini, seantero dunia tahu bahawa rakyat secara majoritinya telah menolak UMNO BN dari terus mentadbir negara ini. Malah, mereka juga melihat kerajaan pimpinan Najib bakal tumbang dengan suara kebangkitan rakyat pada Pilihanraya Umum akan datang. Dari raut wajah Najib semasa menjamu selera (foto), jelas sekali terbayang wajahnya yang sugul dan sayu gara-gara tindakan rakyat berkata "NO" ketika dia melaungkan kata-kata keramat "Are You Ready For BN...". Ternyata rakyat Pulau Pinang selesa berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng yang dilihat lebih jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan segala agenda perubahan untuk rakyat. Bagi mereka, selepas lebih 45 tahun Pulau Pinang ditadir oleh BN, nasib rakyat terutamanya orang Melayu tidak terbela dan mereka akhirnya merempat di bumi sendiri. Kini, segalanya terserlah dan situasi ini pasti menakutkan Najib untuk membubarkan parlimen sebenarnya. Apapun, kini ia hanya terletak di tangan rakyat untuk menentukannya. Lihat aksi penuh video ini. |
Posted: 11 Feb 2013 08:58 AM PST Dua video panas dibawah, yang sedang tersebar dengan meluasdi laman sembang sosial facebook sekarang ini jelas sekali membuktikan rakyat Pulau Pinang rata-ratanya tidak teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak ke negeri Pulau Mutiara itu semalam. Najib berada di Pulau Pinang bagi meraikan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia yang diadakan di negeri terbabit. Malah, buat julung-julung kalinya, penyanyi terkenal, PSY telah diundang mengadakan persembahan sempena program anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di Kolej Hang Chiang. Apa yang jelas dapat dilihat, orang ramai bukanlah hadir untuk mendengar ceramah Najib atau meraikan sambutan rumah terbuka anjuran BN itu, tetapi mereka hadir untuk menyaksikan persembahan PSY atau nama sebenarnya, Park Jae-Sang yang muncul di pentas pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari. Bersama lebih 10 barisan penarinya, penyanyi berusia 35 tahun itu tampil berpakaian warna putih menghiburkan tetamu dengan lagu Oppa Gangnam Style bersama aksi tarian kuda yang mencetus fenomena di seluruh dunia. Tambah memalukan apabila orang ramai secara majoritinya menolak kepimpinan Najib sebenarnya. Ia terbukti apabila Najib melaungkan "Are You Ready For BN" sebanyak tiga kali, ia disambut dengan teriakan "No". Sebelum itu ketika Najib melaungkan "Are You Ready For PSY", orang ramai menyambutnya dengan teriakan "Yes". Adengan ini ternyata telah menjatuhkan imej dan maruah Najib yang sudah menghabiskan jutaaan ringgit untuk membeli hati rakyat Pulau Pinang agar menolak Pakatan Rakyat terutamanya Ketua Menteri, pimpinan Lim Guang Eng dari Parti DAP pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Apa yang jelas dapat dilihat, ternyata majoriti rakyat menolak beliau dan dia sepatutnya sedar akan perkara ini. Rakyat selesa ditadbir oleh Pakatan Rakyat, biarpun berbagai tohmahan melampau dilemparkan untuk menjatuhkan imej Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu. Dengan apa yang disaksikan ini, maka ternyata amat sukar buat BN untuk merampas kembali negeri Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat pada PRU -13 ini sebenarnya. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan