Ahad, 3 Februari 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Tak sabar nak berpilihanraya (3/2/13)

Posted: 03 Feb 2013 06:14 AM PST


Semua pihak sedang memperkatakan darihal Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 yang sudah pasti dipanggil (Parlimen bubar) sebelum atau pada bulan April 2013. Ianya sudah pasti akan berakhir selepas barangkali berakhir proses pilihanraya tersebut yang enath apa kesudahnnya, hanya Allah swt yang tahu.
Sebentar tadi saya sempat berada di sebuah warung kopi di kampong ayah saya di Kg Assam Jawa dalam parlimen Kuala Selangor. Duduk minum dengan kawan-kawan anak tempatan lalu datang minum sekali tiga orang anak tempatan Cina. Seorang merupakan peyokong tegar Pakatan Rakyat, seorang mendakwa dirinya ahli MCA tetapi menyokong PR dan seorang lagi pemimpin MCA tempatan.

Mereka dan anak tempatan lain yang berada di meja saya itu kesemuanya penyokong akar umbi peringkat terbawah.
Masing-masing ghairah bercerita begitu begini siap dengan ramalan masing-masing. Saya tidak banyak menyampuk sekadar mendengar, menarik mendengar sendiri denyut jantung akar umbi sebenar ini. Kadang-kadang apa yang kita baca dan dengar samada di media perdana mahupun alternatif, semata-mata mahu melepaskan kepentingan politik dan citarasa pemilik dan "political master" masing-masing, tidak malah terkadang tersasar jauh dari persepsi, bacaan dan citarasa pengundi peringkat akar umbi dan tempatan.

Ternyata rakan-rakan saya petang tadi samada yang pro BN mahupun pro PR kesemuanya telah matang dalam berpolitik dan membaca politik. Maklumlah kita sudah mahu masuk 13 kali pilihanraya, sudah pasti rakyat semakin dewasa, matang dan cerdik.
Rata-rata mereka semua mahu kebaikan buat Negara ini. Jangan ada gaduh-gaduh kata salah seorang.

Yang jelasnya pengharapan atau "expectation" politik rakyat diperingkat akar umbi juga tinggi. Mereka sudah berani menilai pemimpin ini baik pemimpin ini tidak, wakil rakyat ini bekerja wakil rakyat ini tidak. Kerana itu semua pihak perlu berhati-hati dalam meletakkan calon jika berhasrat mahu menang.
Parti-parti yang bertanding jangan menganggap perjalanan kali ini mudah. Jangan tangkap muat, jangan "over confident" kerana rakyat sesungguhnya sudah semakin matang.

Akhbar The Star hari ini menjangkakan PRU ke 13 yang bakal tiba akan menjadi yang paling hangat dalam sejarah pilihanraya dalam Negara. Baguslah kalau hangat itu bermakna rakyat bebas sebenar-benarnya membuat pilihan, rakyat yang merupakan penentu tidak dipaksa, tidak dimomok, tetapi menjadi Raja pada hari mengundi membuat keputusan dan pilihan sendiri.
Semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar, apa pun Negara kita terus aman dan tiada berbalah sebagaimana dunia lain, pohon dilindungi oleh Allah swt.

Tiada ulasan: