Ahad, 3 Februari 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


"My Beautiful Malaysia" Satu Strategi Gelombang Biru Tapi Ramai Keliru "MB Kedah" Hadir Ke Program Itu !!

Posted: 03 Feb 2013 07:18 AM PST

Belum pun reda kes pemecatan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dari menjadi ahli Majlis Syura Parti Islam SeMalaysia (PAS), tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan kehadiran YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak (foto) bersama-sama dengan pemimpin UMNO BN negeri itu ke program "My Beautiful Malaysia" di Alor Setar Kedah pagi tadi. Ramai yang mempersoalkan kewajaran MB Kedah itu hadir ke program berkenaan, sedangkan umum mengetahui ia adalah satu projek dibawah NGO 1Malaysia For Youth (IM4U) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak. Malah mereka menyifatkan program berkenaan sebenarnya mempunyai agenda untuk menarik seberapa ramai golongan muda dan belia menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum akan datang. Walau pun 1M4U adalah sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan yang berperanan memupuk dan memelihara semangat kesukarelawanan dikalangan Belia Malaysia. Namun harus diingat,  IM4U ini sudah seperti program Rakan Muda yang telah pun berkubur tetapi ia dijenamakan semula sama seperti program Khidmat Negara sebenarnya. Paparan Buletin Utama TV3 malam tadi yang jelas memaparkan Menteri Besar Kedah itu bersama-sama dalam program terbabit. Ia jelas sekali mengelirukan anak muda terutamanya para pengundi atas pagar. Tambahan pula Ustaz Azizan dilihat mengenakan pakaian rasmi IM4U. Walau pun ada pihak yang berkata kehadiran beliau atas kapasiti ketua negeri dan tidak salah beliau hadir atas jemputan pihak penganjur. Namun, harus diingat disaat Pilihanraya Umum Ke-13 semakin hampir tidak sampai 100 hari dari sekarang, apa pun boleh terjadi. Adalah lebih baik beliau tidak hadir bagi mengelakkan kontroversi seperti yang berlaku kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa baru-baru ini. Kehadiran beliau ke lawatan kerja Perdana Menteri ke Gaza, Palestin dan sebelum itu ke Arab Saudi telah menimbulkan berbagai spekulasi yang mengundang kemarahan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Malah, keputusan Majlis Syura PAS memecatkan beliau juga dikatakan ada kaitan juga dengan sikap beliau yang membelakangkan PAS dalam setiap tindak tanduknya mutakhir ini. Maka itu, Ustaz Nasaruddin menganggap dirinya dizalimi dan dia masih mahu terus menjadi ahli PAS. Soalnya sekarang, wajarkah MB Kedah itu hadir ke program seperti itu. Bukankah ia satu program yang tidak memberi apa-apa keuntungan besar kepada kerajaan negeri selain "millage politik" untuk BN semata-mata. Jika hadir ke program yang berbentuk pelaburan atau pembangunan negeri anjuran pusat, mungkin ia tidak menjadi pertikaian. Namun, hadir ke program anjuran IM4U yang dicetuskan ideanya oleh Perdana Menteri untuk membolehkan generasi muda kembali menyokong BN pada PRU-13 nanti bukankah ia sesuatu yang tidak boleh diterima. Soalnya sekarang, kenapa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan), Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor) dan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) tidak pula dijemput hadir ke program tersebut di negeri masing-masing?. 


Apa yang lebih menarik lagi untuk diperkatakan ialah program berkenaan sebenarnya adalah satu program yang dirancang di bawah "Strategi Gelombang Biru Negara 8" dalam usaha untuk memastikan golongan muda menyokong BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Malah, pada program di Kedah itu sebenarnya, MB Kedah bukanlah perasminya tetapi Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan iaitu Dato' Chor Chee Heung. Sementara itu, jemputan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang dinamakan akan turut hadir semuanya daripada UMNO Barisan Nasional Kedah sendiri. Maka itulah kehadiran Menteri Besar Kedah ini amatlah memusykilkan?. Tambah mengelirukan lagi bila Ustaz Nasaruddin Mat Isa dipecat dari Majlis Syura kerana gagal haddir mesyuarat dan gara-gara kontroversi foto beliau di Arab Saudi dan Palestin bersama Perdana Menteri. Sedangkan beliau tidak memakai pun sebarang logo 1Malaysia pada tubuh badannya. Inilah yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat sebenarnya.


Justeru, Ustaz Azizan digesa segera memberi kenyataan apakah kewajaran beliau hadir ke program berkenaan agar rakyat Kedah tidak tertanya-tanya dengan isu kontroversi ini. Beliau harus ingat, walau pun bersikap terbuka namun masanya sudah terlalu hampir untuk PRU-13. Makanya, sudah pasti isu ini akan digunakan oleh BN Kedah untuk membuktikan kini PAS sudah bersedia menerima idea Perdana Menteri dan juga UMNO BN. Akhirnya orang muda atas pagar akan melihat PAS dan UMNO di Kedah sudah kembali bersatu walau pun tidak secara rasmi. Dengan ini  mereka akan mengundi BN pada PRU-13 nanti dan menyebabkan negeri Jelapang Padi itu akhirnya jatuh dengan mudah ke tangan BN. Semua ini harus diambilkira sebelum membuat keputusan untuk hadir dalam mana-mana program seperti ini. Jika Lim Guan Eng hadir ke majlis rumah Terbuka Malaysia sempena Tahun Baru Cina di Pulau Pinang dulu, mungkin ia tidak menjadi halangan kerana perayaan itu memang disambut oleh semua. Begitu juga mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan, itu mungkin tidak menjadi halangan kerana ia bukanlah idea dan agenda sesiapa. Namun, IM4U adalah jelas idea Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Razak sendiri. Maknanya, MB Kedah telah menerima idea tersebut untuk diterapkan kepada golongan belia di negeri terbabit. Jangan biarkan diri anda terus diburu kontroversi menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang!].

Panas: Ikuti Video Penjelasan Puan Sharifah Zohra Berkaitan Isu Kontroversi "Listen, Listen, Listen" !

Posted: 02 Feb 2013 09:39 PM PST

Video Ceramah Oleh Ketua Penerangan PAS Pahang

Posted: 02 Feb 2013 09:38 PM PST

Video: Rahmat Hujan Bersama Ust.Azhar Di Kuantan

Posted: 02 Feb 2013 07:57 PM PST

Wacana Perdana Bersama Dua Pendakwah Tersohor, Lautan Manusia Membanjiri Stadium Darul Makmur !!

Posted: 02 Feb 2013 09:01 AM PST


KUANTAN, 3 Feb - Lautan manusia membanjiri Stadium Darul Makmur sempena Wacana Perdana yang menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Haslin Baharin malam tadi. Orang ramai dilihat memasuki stadium sejak jam 6.00 petang lagi sebelum mereka bersolat Maghrib buat julung kalinya di dalam stadium tersebut. Inilah sejarah dan kali pertama berlaku sejak 50 tahun lalu, umat Islam berjaya sujud kepada Allah di salam stadium berkenaan sebenarnya. Sebelum ini ia hanya diserikan dengan acara sukan dan kebudayaan semata-mata. Difahamkan, ramai yang hadir bukan sahaja dari Kuantan malahan dari seluruh negeri Pahang sebenarnya. Ini mungkin kerana mereka mendapat maklumat program berkenaan yang disiarkan secara eksklusif menerusi akhbar Sinar Harian sejak beberapa hari yang lalu. Program malam tadi diserikan lagi dengan moderator Imam Muda TV9 iaitu Ustaz Khairul Azhar Ghazali yang mengupas tajuk "Merungkai Kehidupan Alam Jin Dan Permasalahan Hidup Dengan Al-Quran". Seperti biasa kedua-dua ahli panel telah berjaya menarik perhatian hadirin dengan kupasan tajuk yang penuh dengan unsur humor. Penonton tidak kering gusi apabila melihat Ustaz Haslin yang popular dengan gelaran Ustaz Bollywood mendendangkan beberapa buah lagu secara spontan termasuk lagu hindustan dan "Kosong" nyanyian Najwa Latiff. Sementara itu Ustaz Azhar seperti biasa menambahkan lagi keceriaan dengan lawak jenakanya yang mencuit hati. Pendek kata program malam tadi telah berjaya menarik perhatian hadirin yang dianggarkan mencecah hampir 100,000 orang di dalam dan juga di luar stadium. Program yang pada awalnya berjalan dengan tenang dan aman menjadi kucar kacir sedikit apabila hujan tiba-tiba turun dipenghujungnya. Ketika itu sesi soal jawab sedang berjalan. Orang ramai bertempiaran lari  mencari perlindungan dan ada sebahagiannya telah keluar dari stadium kerana keadaan dipintu keluar terlalu sesak ketika itu. Mujurlah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa situasi berasak-asak itu. 



Kehadiran orang ramai malam tadi mengingatkan semula kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka Januari lalu. Nampaknya gelombang perubahan kini semakin meningkat. Apapun, kita ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana mengizinkan Perbadanan Stadium Darul Makmur memberi laluan program ini, walau pun Ustaz Azhar Idrus pernah menjadi kontroversi Oktober lalu akibat programnya di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dibatalkan disaat-saat akhir akibat campurtangan politik pihak tertentu. Sudah tiba masanya program sebegini diberi laluan kerana ia sekadar untuk memberikan ilmu agama kepada umat Islam sebenarnya. 



[Apa yang disaksikan di Stadium Darul Makmur malam tadi sememangnya satu detik bersejarah yang tidak pernah berlaku selama ini sebenarnya. Malah kehadiran ribuan umat Islam dari berbagai peringkat umur jelas sekali menggambarkan mereka dahagakan ilmu agama dan ia perlu diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang. Cuma apa yang menyedihkan ialah program sebegini sepatutnya tidak dihalang dengan tindakan penganjur yang menghadkan pintu masuk ke stadium. Dalam keadaan orang ramai yang datang sepatutnya semua pintu stadium di buka bagi membolehkan orang ramai masuk dengan selesa. Apa yang berlaku hanya beberapa pintu utama dibuka termasuk di kawasan grand stand. Ini menyebabkan timbul sedikit kekecohan apabila orang ramai terpaksa berasak-asak untuk keluar dan masuk di laluan yang sama dan agak sempit. Sepatutnya laluan yang lebih selesa dibuka kerana program adalah percuma. Namun, mungkin dek kerana penganjur mahu supaya orang ramai lalu dihadapan kaunter jualan produk Anugerah yang mereka jual. Tambahan pula program adalah anjuran syarikat terbabit. Secara dasarnya walau ada sedikit masalah teknikal, namun orang ramai tetap berpuas hati kerana dapat melihat dua pendakwah tersohor itu beraksi di Stadium Darul Makmur. Semoga acara sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang hendaknya. Syabas buat Anugerah!].

Tiada ulasan: