Khamis, 21 Februari 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13 : Penerima BR1M Di Bachok Dipaksa Bersumpah?

Posted: 21 Feb 2013 08:05 PM PST



http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/382277_620969111253429_1731910109_n.jpg

Hafiz Musa

Penerima BR1M di Bachok dipaksa bersumpah dgn nama Allah utk sokong Umno... ini kalilah Pertahan Kelantan bersama PAS, Ubah Putrajaya kepada PR...!

PRU13 : “Huru-hara dan makan ubi kayu” cuma fantasi liar BN

Posted: 21 Feb 2013 07:58 PM PST


LENGGOK dan rentak pilihan raya umum makin memnas, daripada rentak inang sudah bertukar zapin. Hanya waktu yang menentukan bila rentak akan berubah kepada punk rock. Menang atau kalah parti yang bertanding adalah soal kedua, paling penting; apa dan bagaimana hala tuju negara ini selepas pilihan raya umum kelak.
Bagi Barisan Nasional (BN), negara akan huru-hara dan ekonomi akan tersembam jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Sehingga ada yang masih percaya, kita akan makan ubi kayu seperti zaman penjajahan Jepun di bawah kerajaan PR. Maka oleh itu, tidak kira samada pemimpin BN itu korup dan jahat sekalipun, parti itu perlu dikekalkan pemerintahannya sehingga kiamat.
Sama seperti tahun kegemilangan BN yang lampau, mitos sebegini terus dizikir saban hari biarpun tidak masuk akal waras. Maka, tidak hairanlah jika ada segelintir masyarakat kita yang lebih gemar membaca berita hantu penanggal tersangkut di tiang elektrik daripada membaca berita derita kemiskinan golongan terpinggir di Sabah dan Perak.
Akan tetapi, lain pula halnya dengan PR. Dengan pengalaman panjang melayan karenah birokrasi dan dizalimi pemerintah BN, ia tidak menjadikan gabungan oposisi ini lupa diri.
PR berpegang kepada prinsip meraikan kepelbagaian pendapat, gabungan oposisi ini percaya dan mahu masyarakat Malaysia dan negara dibebaskan daripada belenggu pembodohan, hegemoni kaum dan agama, rasuah dan salah guna kuasa yang dibudaya kerajaan BN selama ini.
PR mahu dasar ekonomi, kebajikan rakyat, kesihatan, keselamatan dan demokrasi diperbaiki. Maka, untuk itu, rakyat harus diyakinkan untuk melakukan tsunami kedua. Merubah pentadbiran Kerajaan Persekutuan BN kepada Kerajaan Persekutuan PR.
Jauh panggang daripada api: huru hara sekadar fantasi
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: 'Pertembungan Najib-Anwar sama hebat'

Posted: 21 Feb 2013 07:58 PM PST


najib-anwar-B SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjadi medan tempur di antara individu yang punya pengaruh menentang individu berkuasa bagi meraih sokongan rakyat seterusnya membentuk kerajaan baru selepas PRU nanti.

Dua juragan ini tidak lain tidak bukan iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penganalisis politik, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kedua-dua tokoh ini nyata sama kuat, sama hebat, menjadikan pilihan raya kali ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Faktor kedua-dua individu besar ini dalam perebutan menakluk hati rakyat menjadikan PRU13 bukan sahaja membabitkan pertempuran idea, manifesto malahan menjadi pilihan raya yang sangat mahal dari segi kos.

"Kedua-duanya sama karakter cumanya haluan berbeza, pendekatan berbeza. Dalam kepimpinan, teori mengenainya cukup banyak," ujar pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) ini.

Anwar menurut Atory, bukan pesaing yang wajar dipandang enteng.

Read More / Baca Lagi >>

Electoral 'UPSETS' await BN in Felda settlements?

Posted: 21 Feb 2013 07:53 PM PST

Electoral 'UPSETS' await BN in Felda settlements? An academician has added to the many doomsday predictions for Barisan Nasional at the coming polls. This time though, the coalition could be defeated even in seats which have depended heavily on votes from Felda settlements, long regarded as BN's vote bank.
Universiti Teknologi Malaysia's political science lecturer Dr Shaharuddin Badaruddin however said such a scenario would not be wholly unprecedented, saying BN had been defeated before in Felda settlements in the west coast.
"Jengka has been lost before. Maybe the issues during that time were different - low prices of commodities and so on.
"The same issues still exist, and coupled now with the listing (of Felda Global Venture Holding) and others," he said.
Shaharuddin was responding to a question from the floor on support for Pakatan Rakyat from among Felda settlers during the forum organised by University of Malaya's Centre for Democracy and Elections (UMCEDEL) yesterday.
In 1999, Jengka, a Felda settlement state seat, saw six out of 10 ballot boxes going in favour of the PAS candidate.

DEVIL'S AT IT AGAIN: Dr M lulls M'sia into false sense of complacency over its huge debt

Posted: 21 Feb 2013 07:52 PM PST

DEVIL'S AT IT AGAIN: Dr M lulls M'sia into false sense of complacency over its huge debt
Former prime minister Mahathir Mohamad claimed last week that Malaysia's current debt level is "healthy" compared with Greece's.
But the debt-to-GDP percentage Mahathir relied on tells next to nothing about the full extent of Malaysia's debts; the nature of these debts; or what can happen next.
The real devil lies in the details, namely:
(i) the trend in the debt level.
How has it changed in the recent past? Is there momentum in a certain direction? The federal government's debt had doubled in just four years from 2007 and 2012. Will it stop growing, or will the trend and absolute totals continue their upward rise?
In the last decade, our finance ministers have repeatedly pledged to reduce the budget deficits. This has not happened. Instead, deficits have ballooned and the federal government's debt has mounted.
(ii) the causes of debt.
For what are the borrowings and for whom? Are these borrowings for worthwhile investments that benefit the public? Are these liabilities being used to cover government operating costs or to prop up failing crony companies or the stock market? Is the use of costly loans for projects with low or no rates of return justified?
Almost a trillion ringgit was recently whisked out of the country in the form of illegal outflows. This is capital flight. It is conclusive evidence that our economy is 'leaking out' wealth.
Capital flight explains what the crony private sector and other rent-seekers are doing with their ill-gotten gains: they are squirreling these away in offshore accounts in Swiss banks and tax havens such as the Cayman Islands.
It is no wonder that private-sector investment in Malaysia is dismal. To make up for foregone domestic investment and job creation, environmental standards and taxes are lowered to lure foreign investors such as Lynas.
(iii) the types of debt, both known and "hidden".
Read More / Baca Lagi >>

Anwar kecam serangan samseng Umno terhadap GM13 di Pekan

Posted: 21 Feb 2013 07:47 PM PST

slKUALA LUMPUR 22 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk keras serangan samseng Umno ke atas kumpulan Gerakan Mahasiswa (GM13) ketika mengedar risalah sekitar Parlimen Pekan yang disandang Datuk Seri Najib Razak.
"Saya kecam serangan kasar dan biadab terhadap mahasiswa di Pekan," katanya pada twitter.
Gambar samseng Umno Pekan yang terlibat dalam serangan dan ugutan terhadap mahasiswa yang tersebar di internet turut dimuat naik di twitter beliau.
Timbalan Presiden Angkatan Mahasiswa Peduli (Aksi), Ekhsan Bukhari menjadi mangsa pertama dibelasah samseng Umno 12 Febuari lalu.
Sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kejadian serangan samseng Umno dalam tempoh empat empat hari ketika kumpulan GM13 mengedar risalah kepada penduduk sekitar Pekan.
siswiAntaranya, beberapa mahasiwa dibelasah dan diancam dengan parang manakala beberapa samseng Umno menarik baju dan tudung mahasiswi tetapi tiada tangkapan dibuat sekalipun laporan polis dibuat.
Semalam, Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, serangan tempohari tidak mematahkan semangat mereka untuk meletakkan calon bertanding di parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak serik dan akan kembali ke Parlimen Pekan, selepas pembubaran parlimen.
"Pendirian tetap sama, tak berubah. Kita akan umumkan calon pada hari penamaan calon," katanya pada sidang mesia selepas menyerahkan memorandum dan bukti serangan kepada polis di Bukit Aman semalam.
Syis yang ditemani lapan rakan GM13 yang lain menyerahkan memorandum bantahan keganasan samseng terhadap mahasiswa di Pekan kepada polis.
Read More / Baca Lagi >>

Politik rompak kekayaan, rampas hak rakyat langgar prinsip – Anwar

Posted: 21 Feb 2013 07:46 PM PST

Anwar 1KLANG 22 FEB: Pemimpin yang baik harus menghormati dan mempertahankan hak rakyatnya, bukan menindas, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, politik tidak boleh lari dari prinsip moral, akhlak, hak dan batil, rasuah serta penyelewengan seperti disebut
pemimpin politik tersohor India, Mahatma Gandhi.
"Gandhi kata, apa yang secara politiknya benar tidak boleh secara moralnya salah dan apa yang benar secara moral, tidak boleh secara politiknya salah 'what is politically right cannot be morally wrong and what is morally right cannot be politically wrong').
"Kalau politik itu tidak ada prinsip, tidak ada etika, pakai nak rompak saja kekayaan, ia salah.
"Sebab itu dia (Gandhi) boleh berhubung dengan orang yang hidup sederhana, pakai compang camping kain putih tapi boleh tarik minat jutaan orang Hindu dan Islam, dia cukup tak suka sikap pelampau, sebab itu juga dia ditembak oleh ektremis.
"Maknanya kita kena hormat hak dan pertahan hak, dan ini adalah falsafah dasar Pakatan Rakyat," katanya depan lebih 5,000 hadirin di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, di sini malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Pakatan yakin menang hampir 140 kerusi, kata sumber

Posted: 21 Feb 2013 07:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memenangi hampir 140 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 2013 dengan kemenangan di Sabah, Sarawak dan Johor akan memberikan mereka majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan pemimpin PR telah menghitung peluang di beberapa negeri tetapi bilangan mereka bergantung kepada keupayaan untuk menyatukan pembangkang di Sabah.
Disebalik keyakinan PR, pemerintah Barisan Nasional (BN) telah membuat tinjauan yang menunjukkan mereka boleh menang sehingga 145 kerusi, lebih tinggi dari 112 kerusi untuk majoriti mudah dan di bawah 148 kerusi untuk majoriti dua pertiga.
Najib di Sarawak hari ini, seminggu selepas menghabiskan dua hari di Sabah minggu lalu. — Gambar fail
Kaji selidik bebas bagaimanapun menunjukkan BN boleh menang diantara 105 dan 117 kerusi, dengan kaji selidik trend pengundian terbaru menunjukkan kedudukan kelulusan Umno hampir 40 peratus, jauh lebih rendah daripada kelulusan untuk Perdana Menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. "Pemimpin Pakatan bercakap mengenai kemungkinan menang sekurang-kurangnya 138 kerusi, mungkin sehingga 140 dengan kerja keras yang telah dilakukan semenjak 2008," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada pilihan raya lalu apabila tiga parti tersebut menang 82 kerusi parlimen dan lima negeri.
Kemenangan DAP, PAS dan PKR selepas bekerjasama pada 2008 menyebabkan penubuhan PR walaupun ianya masih belum berdaftar. BN merupakan satu-satunya gabungan politik berdaftar di Malaysia.
Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi tahu agensi berita Bloomberg pertempuran utama dalam Pilihan Raya 2013 adalah di Sabah dan Sarawak, yang menawarkan 56 daripada 222 kerusi parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

JNB : Jasri kongsi pengalaman pandu treler jelajah PAS

Posted: 21 Feb 2013 07:42 PM PST

PULAU PINANG: Jasri Abdul Wahab, 45, tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila dipilih untuk memandu rasmi traler Jelajah Negara Berkebajikan yang baru dilancarkan oleh Presiden PAS semalam..

Beliau yang berasal dari Gurun Kedah itu menyatakan, peluang yang diberikan ini adalah satu yang amat berharga bagi dirinya dalam usaha membantu PAS dalam pilihan raya umum ke-13 ini.

Jasri yang merupakan seorang pesara askar sebelum ini pernah menjadi pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Beliau juga pernah bekerja sebagai pemandu lori lebih 3 tahun.

"Peluang yang ditawarkan pada saya ini walaupun sebagai pemandu amat bermakna dan tidak akan saya lepaskan.

"Memandu traler jelajah PAS ini memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri secara dekat terhadap sokongan dan sambutan yang diberikan kepada jelajah PAS kali ini," jelas beliau yang tiba di Kuala Lumpur semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah Dan Najib Dalam Tekanan : PI Bala pulang semula menetap di M'sia Ahad ini

Posted: 21 Feb 2013 06:49 PM PST

Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang menjadi masyhur kerana membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, akan kembali semula menetap di Malaysia Ahad ini.

NONEDalam berkomunikasi melalui emel denganMalaysiakini, 
Balasubramaniam berkata, beliau juga mahu menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ianya rasmi. Saya akan kembali semula ke tanahair pada hari Ahad, mudah-mudahan berkekalan.

"Terdapat keperluan untuk berubah dan saya berharap Pakatan akan memerintah. Saya berharap untuk menjelajah ke seluruh membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ini," katanya.

Ini juga disahkan oleh peguamnya, Americk Singh Sidhu, yang berkata orang ramai akan hadir menyambut Balasubramaniam apabila dia tiba pada hari Ahad.

Americk berkata beliau juga akan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut Balasubramaniam, dengan mengambil kira kemungkinan bekas penyiasat persendirian itu menghadapi masalah dengan Jabatan imigresen.

'Saya tidak melakukan apa-apa yang salah'

Read More / Baca Lagi >>

To whom does Sabah belong?

Posted: 21 Feb 2013 06:37 PM PST

If there really was an incursion, how come I do not see our Foreign Minister flying off to the Philippines or their Foreign Secretary here in Sabah to negotiate the retreat?
I was asked to pen my views on the alleged ongoing standoff between the Malaysian armed forces and the so-called Sulu intruders at a Lahad Datu village in Sabah.
I will touch on the history of Sabah followed by my arrival to the conclusion on the probability of the incident actually happening in reality.
North Borneo
It was written that on Jan 23, 1878, the Ruler of Sulu, Sultan Jamalul Alam leased Sabah (formerly known as North Borneo) to Gustavus Von Overbeck for an annual rent of equivalent 5,000 dollars through Von Overbeck's trading partner Alfred Dent. It was also recorded that this amount of money (USD1,500 per year) is still being paid to the heirs of the Sulu Sultan by the Malaysian Embassy in the Philippines until today.
The keyword in the written agreement was "Pajak" which if translated literally means "Lease". It was also explicitly written that the rights to Sabah cannot be transferred to any other nation or anyone else without the Sulu Sultan's express consent.
The Spaniards in Manila eventually took control of the entire Sulu Sultanate; and in 1885, Great Britain, Germany, and Spain signed the Madrid Protocol confirming Spanish influence over everything in the Philippines except Sabah which belongs to the Sultanate.
Great Britain was reminded by America in official black and white in 1906 and 1920 that Sabah does not belong to Great Britain; and was and is at all material times legally and legitimately part and parcel of the Sulu Sultanate.
The British government, however as we all know, arrogantly and unilaterally did turn Sabah into a Crown-leased Colony on July 10, 1946 even though there was a declaration by Chief Justice CFC Makaskie of the High Court of North Borneo on Dec 19, 1939 in a civil suit filed by Dayang Dayang Hadji Piandao and 8 other heirs of the Sulu Sultan including Putlih Tarhata Kiram that the successor of the Sulu Sultan in the territory of Sabah was Punjungan Kiram and not Great Britain!
Read More / Baca Lagi >>

Isu Lahad Datu: Bukan kami dalangnya, tegas PR....telahan rakyat terbongkar dah..!!! PR jadi kambing Hitam....

Posted: 21 Feb 2013 06:34 PM PST


jelasnya. -Bernama PR nafi ada kaitan isu Lahad Datu
Laporan Reuters pada 14 Februari lalu.
 
SUBANG JAYA - Pakatan Rakyat (PR) menyangkal dakwaan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 150 orang di Lahad Datu adalah atas jemputan pihak pembangkang Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno dan bukannya Reuters.

"Itu kenyataan Umno bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya," katanya selepas majlis perasmian Institut Rakyat di sini, semalam.

Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau enggan memberikan apa-apa komen lagi.

Memetik laporan Reuters bertarikh 14 Februari lalu, laporan itu mendakwa kumpulan diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram datang ke Sabah atas jemputan pihak pembangkang bagi bincangkan isu tanah.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Kesan 'Kuasa Ketiga' terhad - analisa

Posted: 21 Feb 2013 06:32 PM PST


.
kuasa ke-3 SHAH ALAM  - Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berpendapat, penyertaan Berjasa dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hanya akan memberikan kesan terhad, tidak sehingga membawa wujudnya kuasa ketiga dalam politik tanah air.

Hal ini kerana, parti-parti kecil dan NGO ini terpaksa bersaing dengan dua kuasa besar yang semakin memantapkan kedudukan mereka dalam arena politik tanah air.

"... jika ada peranan untuk calon atau pihak ketiga, ia mungkin sangat khusus kepada keadaan tempatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Berjasa atau parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia yang suatu ketika dahulu pernah mewarnai politik Kelantan, baru-baru ini mengumumkan akan turut bertanding dalam PRU13.

Difahamkan, parti itu kini sedang membuat persiapan untuk meletakkan calon di 150 kerusi pada PRU13 dengan tujuan mahu menambah suara orang Melayu di Parlimen dan Dewan  Undangan Negeri (Dun).

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang merupakan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan juga memaklumkan akan turut bertanding menggunakan lambang Berjasa dengan menyenaraikan 11 kerusi sebagai sasarannya buat masa sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Puncak Niaga akan teliti tawaran pengambilalihan oleh Selangor

Posted: 21 Feb 2013 06:30 PM PST

Puncak Niaga Holdings Bhd akan meneliti tawaran pengambilalihan dua anak syarikat itu untuk proses pengambilalihan industri air di Selangor, kata Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Rozali Ismail.
  
Beliau berkata Puncak Niaga Holdings telah menerima surat daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi pihak kerajaan Negeri Selangor berkaitan tawaran pengambilalihan dua anak syarikatnya, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), kelmarin.
  
"Pihak Puncak Niaga akan meneliti tawaran tersebut dengan membuat kajian yang menyeluruh dan terperinci mengikut semua prosedur syarikat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya," katanya dalam satu kenyataan semalam.
  
Puncak Niaga Holdings, antara lain, akan mendapatkan pandangan dan kelulusan anggota lembaga pengarah, pemegang saham minoriti serta pihak berkepentingan dengan dua syarikat itu, termasuk institusi kewangan, instrumen jaminan lain dan badan berkuasa, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Nizar : 'Trak ini akan bawa kita ke Putrajaya'

Posted: 21 Feb 2013 06:29 PM PST

IPOH: "Trak Negara Berkebajikan ini akan bawa kita menuju ke Putrajaya", kata Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin ketika berucap di atas trak Negara Berkebajikan yang singgah di Kg Manjoi, Ipoh semalam.

Menurutnya, trak tersebut akan membawa kemaraan rakyat untuk meneruskan gelombang perubahan dalam PRU13 nanti.

Nizar berkata, pendekatan baru PAS ini menjadi igauan ngeri kepada BN yang semakin tidak tentu arah untuk menarik sokongan rakyat bagi mempertahankan kuasa mereka.

"Ini akan menjadi satu cara untuk PAS bergerak ke seluruh negara bagi memberikan maklumat kepada rakyat berdepan PRU13 nanti," katanya dalam ucapan ringkas.

Kehadiran trak tersebut menjadi tarikan ratusan masyarakat khususnya penduduk setempat di Manjoi yang menunggu lama untuk melihat lebih dekat walaupun hujan turun dengan lebat.

Ternyata kehadiran trak itu memberi impak positif kepada rakyat yang melihat pendekatan tersebut menggambarkan PAS bersedia dan mampu mentadbir Negara.

Ini adalah singgahan sulung trak sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah untuk menjalankan program-program yang telah dijadualkan.

Turut bersama ialah AJK PAS Pusat, Asmuni Awi, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh serta penolongnya Safarizal Saleh.

Khalid Ibrahim: Why Barisan Nasional Afraid? Because They Know They Are Going To Lose

Posted: 21 Feb 2013 06:27 PM PST

Anwar Ibrahim: Leakages, Waste, Excessive Charge & Corruption Cost Us RM20 Billion A Year

Posted: 21 Feb 2013 06:26 PM PST

Politik dan khidmat awam

Posted: 21 Feb 2013 05:51 PM PST

"Therefore, if you are interested, if you want to participate, if you feel strongly about any public question, whether it's labour, what happens in India, the future of American agriculture, whatever it may be, it seems to me that governmental service is the way to translate this interest into action, that the natural place for the concerned citizens is to contribute part of his life to the national interest. Like many decisions in life a combination of factors pressed on me, which directed me into my present profession." — John F. Kennedy, 1960
 
Saya seringkali ditanya oleh teman-teman: "Kerjaya apakah yang lebih mulia di mata rakyat; penjawat awam atau ahli politik?" Jawab saya: "Kedua-dua profesion adalah mulia dan terhormat asal saja kita tidak khianat dan berlaku zalim."
Kata mendiang John F. Kennedy atau JFK, mantan presiden Amerika Syarikat, kuasa seorang ahli politik barangkali besar, dan oleh sebab itu kuasa ini punya keperluan untuk disemak. Kata beliau lagi — hakikatnya, kerjaya sebagai ahli politik tetap menjadi satu kerjaya yang sering disalahguna dan diremehkan.
Namun demikian, kerjaya sebagai ahli politik-lah yang akan menentukan keputusan-keputusan besar tentang peperangan, keamanan, kemakmuran dan kemelesetan; keputusan sama ada mahu terus mara ke depan atau mundur ke belakang. Simpul beliau, dalam ertikata yang lebih besar, segalanya kini tergantung kepada apa yang diputuskan oleh Kerajaan.
Komitmen terhadap khidmat awam
Lantaran terkesan dengan ungkapan JFK, lima tahun yang lalu, sebaik tamat pengajian di universiti, saya memutuskan untuk menumpukan komitmen saya terhadap khidmat awam. Kebetulan, tatkala saya tamat pengajian pada Mac 2008, tsunami politik melanda negara dan beberapa orang anak muda muncul sebagai wakil rakyat.
Salah seorang daripadanya adalah teman saya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang ketika itu berusia 26 tahun, dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan merupakan wakil rakyat termuda yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 ketika itu.
Nik Nazmi mempelawa saya menyertai beliau dan membantu operasi pentadbiran pejabat khidmat rakyat yang dibuka di Kelana Jaya. Pada masa sama, saya juga bertanggungjawab menyelaras aktiviti politik beliau secara lebih sistematik dan konstruktif. Hampir setahun berkhidmat sebagai pembantu politik, saya kemudiannya beralih menceburi kerjaya sebagai jurutera — disiplin ilmu yang saya dalami ketika di universiti sebelum ini.
Bagaimanapun, saya tak kekal lama sebagai jurutera. Pada 2009, saya memilih untuk menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dan ditempatkan di Kementerian Pengangkutan. Akibat tekanan politik atasan, saya kemudiannya menyertai Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
Ternyata, pengalaman peribadi saya sebagai seorang penjawat awam — dan kini sebagai politikus muda — sememangnya membenarkan apa yang dilontarkan oleh mendiang JFK iaitu perkhidmatan awam "adalah bidang terbaik untuk menterjemahkan kemahuan menjadi tindakan dan adalah tempat terbaik untuk warga yang peka bagi menyumbangkan sebahagian daripada hidupnya untuk kepentingan nasional."
Etika kerja dan campurtangan politik
Read More / Baca Lagi >>

Treler Negara Berkebajikan disambut meriah di Manjoi

Posted: 21 Feb 2013 05:48 PM PST


IPOH: Treler jelajah Negara Berkebajikan PAS disambut meriah oleh penyokong parti dan penduduk setempat sewaktu tiba di Manjoi kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Sepanjang perjalanan menuju ke Perak juga turut disambut dengan bunyi hon dari pemandu-pemandu kereta yang menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan Pakatan Rakyat khususnya jelajah Negara Berkebajikan.

Ketibaan treler Negara Berkebajikan dinantikan lebih 200 penduduk di Manjoi walaupun sebelum masuk ke pekan kecil itu diganggu oleh sekumpulan kecil pemuda Umno dengan sorakan menghalau kembara Negara Berkebajikan.

Hujan renyai-renyai di pekan kecil tidak mematahkan semangat penonton untuk menyaksikan buat kali pertama kembara ini berjalan mengelilingi negara.

Di Manjoi, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menanti bersama pimpinan PAS Perak.

Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Asmuni Awi memulakan ucapan di atas pentas treler tersebut dengan menghargai penghormatan yang diberikan terhadap program jelajah yang memilih Manjoi sebagai destinasi pertama.
Read More / Baca Lagi >>

5,000 rakyat pelbagai kaum julang plakad ‘Anwar PM ke-7′ di Klang

Posted: 21 Feb 2013 05:43 PM PST

pmKLANG 22 FEB: Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang disambut meriah dengan plakad 'Anwar PM ke-7′.
Ketua Umum KEADILAN itu tiba ketika Tan Sri Khalid Ibrahim sedang berucap sekitar jam 11 malam sebelum Menteri Besar Selangor itu mengumumkan ketibaan Anwar.
Berikutan itu, rakyat baik Melayu, Cina dan India menjulang plakad berkenaan dengan disertai gema sorakan sebelum Anwar bergambar kenangan dan memulakan ucapan.
Plakad itu disediakan atas inisiatif Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri yang diedar kepada sebahagian dari lebih 5,000 hadirin.
PM3Turut berucap pada program itu ialah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid; Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.
Anwar pada 17 Februari lalu disambut dengan plakad yang asalnya disediakan untuk Datuk Seri Najib Razak tetapi orang ramai mengubahsuaikannya kepada 'I Love (New) PM'.
Ia berlaku pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Kolej New Era di Kajang yang dihadiri Najib secara berasingan.

Skandal Raja Ropiah, Ketua Wanita UMNO Selangor - kaut untung RM130 juta + bonus sulit tutup mulut Deepak guna wang pencen askar

Posted: 21 Feb 2013 03:51 PM PST

Jasa Pengorbanan Ketua Wanita UMNO Selangor:
Kaut keuntungan bernilai RM130juta ++ Bonus Sulit
Menutup mulut penjual Karpet Deepak
Melantik Syarikat Berus Gigi 
bina PUSPAHANAS
 

PRU13 : Pembubaran Parlimen- Hari ini atau bila pun apa bezanya?

Posted: 21 Feb 2013 03:42 PM PST

Hari ini telah dispekulasikan sebagai hari pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ramai telah menghubungi saya samada berita itu benar atau tidak. Jawapan saya standard, "saya tidak tahu, tanya Najib atau Rosmah" Siapa kita untuk mengetahui perkara penting itu. Terpenting bagi kita ialah dengan memberikan perimbangan serta berfikir sejenak sebelum memangkah semasa dalam bilik mengundi itu nanti.
Bagi saya samada pembubaran itu dilakukan pada hari ini tidak penting. Yang penting kita sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik untuk negara kita. Kita jangan tertipu dengan dakyah karut yang kita ikuti selama ini. Di negara ini kita boleh mengundi sesiapa sahaja dan tidak seperti apa yang di dakyahkan yang negara kita ini hanya selamat jika UMNO memerintah. Sememangnya pimpinan UMNO sedang mendagu dan merayu supaya diberikan peluang sepenggal lagi seperti yang di minta oleh Najib di Kuching semalam.
Najib merayu untuk BN di berikan sepenggal lagi seolah BN telah memerintah hanya sepenggal yang lalu. Beliau terus merayu agar diberikan sepenggal lagi walaupun telah di beri peluang sejak merdeka dahulu memerintah negara ini. Sepatutnya yang merayu untuk meminta sepenggal itu adalah pihak pembangkang bukannya pihak kerajaan. Tetapi tidak mengapalah, kerana rakyat ramai yang membuat keputusan samada untuk memberikan BN sepenggal lagi walaupun telah berpenggal-penggal mentadbir kita.
Read More / Baca Lagi >>

Cacamerba Daftar Pemilih di Klang: Bukti SPR Barua Umno!

Posted: 21 Feb 2013 03:35 PM PST


fakta spr barua
Ahli parlimen Klang memfailkan permohonan semakan kehakiman agar mahkamah memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjawab pertanyaannya berkenaan daftar pemilih kawasan beliau.
Menurut Charles Santiago, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi untuk menuntut SPR menjelaskan 'kehilangan' 3,457 pemilih dan perpindahan keluar 2,195 pemilih daripada parlimen P110 Klang.
Menurutnya, 3,457 nama pemilih dikeluarkan terus daripada daftar pemilih untuk penggal keempat dan 2,195 nama pemilih ditukar tempat pengundiannya tanpa pengetahuan mereka.
Perkara itu dakwanya dikesan selepas pilihan raya umum 2008.
Beliau turut memohon penjelasan SPR berhubung kewujudan 61 orang terdiri daripada seorang Cina, 13 orang India dan 47 orang Melayu dalam satu rumah beralamat 994, Jalan Papan, Pandamaran.

Sg Buluh : Kaki sabung ayam bertempiaran lari

Posted: 21 Feb 2013 03:11 PM PST

EVERYONE CAN FLY WITH FLIES

Posted: 21 Feb 2013 03:06 PM PST

Tiada ulasan: