Isnin, 4 Februari 2013

PENOREH GETAH

PENOREH GETAH


DEEPAK MEROGOL PELANCONG KOREA ???

Posted: 03 Feb 2013 11:01 AM PST

Times of India melaporkan sebuah mahkamah di daerah Umaria, Madhya Pradesh pada hari Sabtu telah menahan Deepak Vishwakarma, pengurus Pusat Peranginan Jungle Inn di Bandhavgarh Tiger Reserve kerana didakwa memberikan dadah dan merogol seorang pelancong Korea Selatan.

Vishwakarma, 32, didakwa melakukan perbuatan tersebut selepas membawa mangsa ke safari pada 14 Januari. Tertuduh telah dibawa ke mahkamah dan dia menarik pengakuan awalnya semula. Dia menafikan bahawa dia bersama-sama dengan wanita Korea itu pada 14 Januari dan mendakwa bahawa mereka pergi ke safari pada 15 Januari.

Mahkamah membenarkan pihak polis menahan reman tertuduh selepas mangsa mengecamnya dalam satu ujian pengecaman identiti.  Tertuduh  akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan pada 4 Februari.

Umaria SP MS Jamra berkata bahawa usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti dan merampas dadah yang dicampurkan tertuduh dalam bir mangsa sebelum merogolnya. Tambahnya lagi, penarikan pengakuan oleh tertuduh tidak memberikan kesan kepada kes kerana mangsa sudah pun mengenal pasti identiti perogolnya.

Mangsa akan dihantar ke Aurangabad. Mangsa dibawa ke sini berikutan aduan yang dibuatnya pada hari Khamis lalu.

Mangsa turut kehilangan beg serta pasport dan visa di Varanasi selepas kejadian itu. Menurut polis, hal itu sudah dimaklumkan kepada kedutaan Korea Selatan .- DCM/ToI

Tiada ulasan: