Pahang Daily Online |
- Panas: Hujan Ribut "My Beautiful Malaysia" Tiba-Tiba Melanda Teluk Chempedak Ketika PM Mula Berucap !!
- Panas: "Ustaz Azhar Idrus" Di Stadium Darul Makmur, Pertama Kali TV3 Pandai Mengira Jumlah Kehadiran!
- Sensasi: Aksi Tengku Mahkota Pahang Ambil Gambar Dengan Sultan Kelantan Guna HP, Foto Terbaik FB !!
- Panas: Video, Bukti Jelas Wujudnya Perkampungan Warga Burma Di Bukit Malut Dekat Pulau Langkawi !
Posted: 04 Feb 2013 01:00 AM PST KUANTAN - Seorang kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pahang (JPNINP) cedera selepas khemah yang diduduki terbalik dan terbang dalam kejadian hujan serta ribut di Teluk Chempedak, semalam. Wanita berkenaan yang juga Penolong Guru Tadika Perpaduan Balok Makmur 1, Norhashimah Sulaiman, 23, dikatakan berada di khemah berhadapan pantai bersama beberapa lagi rakan untuk menyediakan makanan kepada peserta dan pengunjung sempena program My Beautiful Malaysia. Norhashimah dikatakan cedera di beberapa bahagian badan, bagaimanapun tindakan cepat orang ramai dan pasukan keselamatan dapat membawa wanita itu dengan segera ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut. Pengarah JPNINP, Fairojibanu Zainal Abidin mengesahkan kejadian itu tetapi belum pasti kecederaan yang dialami kakitangannya. "Kita sudah maklum kejadian ini dan Norhashimah sudah dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut," katanya. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kecederaan yang dialami kakitangannya sehingga doktor mengesahkannya. Pengunjung pantai Teluk Chempedak, dekat sini, panik dan lari bertempiaran menuju ke bawah bangunan berdekatan selepas ribut dan hujan lebat tiba-tiba melanda kawasan berkenaan, semalam. Akibat kejadian itu juga, dua pokok tumbang. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.10 pagi ketika semua peserta siap mengadakan gotong-royong dan berkumpul di bawah khemah di dataran Teluk Chempedak untuk mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui skrin gergasi di situ. Seorang petugas, Hazlina Ismail, 43, berkata, dia bersama rakan lain terpaksa melarikan diri apabila tiba-tiba khemah mereka terangkat dan terbalik bersama dua pokok berdekatan khemah terbabit. "Saya dah nampak keadaan laut putih manakala angin sangat kencang dan kami yang berada di bawah khemah terasa seperti terbang," katanya yang bertugas di bahagian jamuan. Menurutnya, dia dan beberapa rakan lain cuba bertahan dan duduk di situ sehinggalah khemah terbalik akibat angin terlalu kencang. Rakannya, Sy Zaharah Sy Abd Rahman mengakui kejadian itu pertama kali dialaminya dan tidak menyangka ribut kuat memusnahkan khemah yang menjadi tempat mereka menyajikan makanan kepada tetamu. Katanya, sebaik sahaja khemah 'terbang' dia berlari menyelamatkan diri ke bawah bangunan gerai makan berdekatan. "Saya tidak mendengar apa-apa pun kecuali angin kencang," katanya yang masih terkejut dengan kejadian rakannya cedera dalam kejadian itu. Ketika kejadian juga, polis dan anggota keselamatan turut membantu mengawal keadaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Sementara itu, semua pemimpin yang bersama meraikan My Beautiful Malaysia dan pengarah agensi kerajaan terus berada bersama ketika kejadian ribut dan meneruskan acara jamuan selepas itu. Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan dilihat sedang menyajikan makanan kepada pengunjung dan juga para peserta. sumber [Apa yang berlaku ini bukanlah kali yang pertama sebenarnya. Cuma kali berbeza apabila kelibat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak hanya berucap secara langsung dari Kuala Lumpur. Sebelum ini di Padang MPK2 juga berlaku ribut yang cukup dasyat hingga merosakkan banyak booth pameran dan jualan ketika majlis pelancaran hari Koperasi. Selepas itu satu lagi kejadian ribut disaksikan pula di Taman Gelora dalam acara yang turut melibatkan Najib. Kini, kali ketiga ia berlaku di bandar Kuantan. Apakah ia bermakna negeri Pahang bakal tenggelam dek gelombang kebangkitan suara rakyat pada Pilihanraya Umum akan datang agaknya?. Malah, Kuantan juga ditenggelami air yang paling teruk dalam sejarah ketika banjir melanda baru-baru. Mungkinkah "Tsunami Politik" yang sebelum ini tidak melanda Pahang akan menjadi kenyataan kali ini. Kini, cuma rakyat yang berhak membuat keputusan sama ada mahu kekal bersama UMNO BN atau membuat perubahan untuk menyelamatkan negeri ini. Buat pilihan yang tepat dan mungkin ribut yang melanda ada hikmah dan satu petanda jelas angin perubahan akan melanda. Kini segalanya terletak ditangan rakyat Pahang]. |
Posted: 03 Feb 2013 05:38 PM PST |
Sensasi: Aksi Tengku Mahkota Pahang Ambil Gambar Dengan Sultan Kelantan Guna HP, Foto Terbaik FB !! Posted: 03 Feb 2013 04:35 PM PST [Foto sensasi ini dikatakan yang terbaik di facebook sekarang. Aksi spontan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Hj.Ahmad Shah merakamkan gambar beliau dengan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Tengku Farus Putra bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Hj.Ahmad Shah dan dimajlis Sempena Istiadat Pertabalan Tuanku Muhriz, sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan yang baru di Istana Seri Menanti dulu. Gelagat mereka turut mendapat perhatian Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Foto ini tersebar dengan meluasnya di lama sembang sosial facebook dan berbagai komen menarik yang diterima atas kemeseraan yang terjalin kedua kerabat Di Raja ini. Foto berkenaan dipercayai diperolehi daripada facebook Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan sendiri sebenarnya. Ramai juga yang terpegun melihat aksi Tengku Mahkota Pahang yang sanggup menggunakan telefon bimbitnya sendiri untuk mengambil gambar beliau dengan Sultan Kelantan itu. Malah, aksi Tengku Puan secara spontan terhadap kedua mereka jelas sekali menggambarkan kemesraan dan keakraban yang terjalin antara istana Pahang dengan istana Kelantan. Semoga ini memberi sinar dan harapan untuk rakyat kedua-dua negeri hidup dalam keadaan aman, selesa dan harmoni pada masa akan datang. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku]. |
Panas: Video, Bukti Jelas Wujudnya Perkampungan Warga Burma Di Bukit Malut Dekat Pulau Langkawi ! Posted: 03 Feb 2013 04:17 PM PST [Sebelum ini sudah banyak rakaman gambar yang dibuat bagi membuktikan wujudnya perkampungan warga asing yang diberikan IC bagi membolehkan mereka mengundi setiap kali adanya pilihanraya umum di negara ini. Namun, semua itu dinafikan oleh pihak yang berkenaan. Dengan beberapa pendedahan mengenai pendaratan warga Burmi di negara ini, maka video di atas dipaparkan sebagai bahan bukti kukuh kewujudan mereka. Paling menyedihkan, ribuan warga Burma yang mendiami kawasan ini dipelihara oleh orang politik dan mereka diberikan berbagai kemudahan seperti rakyat di negara ini. Tidak ramai penduduk Langkawi sendiri yang berani datang ke kawasan ini kerana ia dikawal rapi oleh pihak berkenaan. Bayangkan betapa hancurnya hati anda sebagai rakyat Malaysia apabila orang asing dijaga diberikan IC untuk memastikan kemenangan pihak berkenaan setiap kali pilihanraya. Difahamkan, setiap hari hampir 100 orang Burma di bawa masuk ke negara ini menerusi jalan laut dari Thailand. Projek IC untuk mereka diuruskan terus dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya. Malah, ada agen yang dilantik mendakwa mereka mendapat komisyen hingga mencecah RM2,500 untuk satu kepala. Soalnya, kenapa ini harus berlaku di negara kita hari ini. Dimanakah kedaulatan negara yang kononnya ingin dipertahankan. Orang asing diberi hak untuk mengundi selepas rakyat Malaysia secara majoritinya menolak kerajaan yang ada hari ini. Maka itu ubah sekarang!]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan