Khamis, 21 Februari 2013

pemuda cheh

pemuda cheh


Manifesto: Najib Janji Capati, Anwar Janji Teppanyaki

Posted: 20 Feb 2013 10:09 PM PST


menu_rakyatMINGGU depan, Pakatan Rakyat akan membentangkan Manifesto Rakyat yang menyenaraikan semua komitmen Pakatan Rakyat jika Putrajaya berjaya ditawan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri.
Penulis sempat melihat sekali imbas sahaja draf Manifesto tersebut kerana berbanding dengan dokumen-dokumen lain sebelum ini, penulis rasa inilah kali pertama tahap kerahsiaan yang begitu tinggi diguna pakai untuk melindungi kandungan Manifesto tersebut.
Alasannya, kerana takut pihak lawan mendapat maklumat awal dan cuba meniru apa yang cuba dilakukan Pakatan Rakyat.
Tapi apa yang boleh penulis katakan ialah, Manifesto ini akan menjadi hadiah terbesar dari Pakatan Rakyat kepada warganegara Malaysia ini.  Dalam sejarah 55 tahun kemerdekaan negara, inilah janji terbaik yang pernah diberikan mana-mana parti politik kepada rakyat negara ini.
Bukan setakat menyaingi janji-janji murah Najib, tapi juga mengatasinya dalam masa yang sama.
Antara yang boleh penulis senaraikan ini adalah penurunan harga minyak sebanyak 70 sen, pendidikan percuma di semua peringkat, penghapusan PTPTN,  kesihatan percuma, tol percuma, air percuma, bil elektrik percuma (bagi golongan yang layak), kereta murah, cukai pendapatan dihapuskan, cukai pintu diturunkan, rumah murah dan sebagainya.
Harga semua barangan keperluan akan diturunkan, beras, gula dan minyak masak tidak akan dinaikkan selagi Pakatan Rakyat memerintah, bas percuma untuk golongan pelajar, orang tua dan OKU, gaji minimum sebanyak RM 1,100, elaun suri rumah, elaun siswazah menganggur dan subsidi kerajaan untuk melahirkan anak di hospital swasta sebanyak RM 3,000.
Bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Felda pula, Pakatan Rakyat akan membeli tanah-tanah milik peneroka Felda untuk dibangunkan dengan bangunan komersial yang boleh menjana lebih banyak peluang ekonomi dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.  
Pakatan Rakyat beranggapan, 10 ekar tanah untuk diusahakan satu orang peneroka adalah pembaziran yang nyata terhadap penggunaan tanah di negara ini, adalah lebih baik tanah itu dibangunkan bagi membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk mengusahakannya.
Pakatan Rakyat juga akan meneruskan pemberian wang tunai kepada rakyat sama seperti BR1M, tapi dengan menggunakan nama lain dan jumlahnya akan dinaikkan kepada RM 1,000 atau lebih.  
Begitu juga dengan kelayakan minimum yang sekarang terhad kepada RM 3,000 untuk satu isi rumah dibawah BR1M, akan dinaikkan kepada RM 5,000.
Dalam masa yang sama, penulis juga tahu penyokong BN sudah mula memperlekehkan Manifesto yang bakal ditampilkan Pakatan Rakyat sejak pengumuman mengenainya dibuat semalam oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.  Maklum sahajalah, ada beberapa kerajaan negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat yang didapati gagal melaksanakan janji manifesto PRU yang lepas.
Untuk ini, penulis ingin mengatakan bahawa Pakatan Rakyat meminta maaf dan berjanji akan memperbaiki keadaan tersebut dengan lebih baik lagi selepas dipilih menggantikan BN di Putrajaya nanti.
Yang penting, kalau mahu semua janji-janji tersebut dilaksanakan, mesti mau undi Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: