Anak Sungai Derhaka |
- Menjelang Pembubaran Parlimen.. UMNO Perkenal 'Kopi Takut Bini' pula..
- PAS lancar trak 'Negara Berkebajikan' bagi membantu Pencacai UMNO..
- Penjelasan dari Nik Zawawi berkenaan gambarnya dengan Soi Lek dan Simbol 1Malaysia..
- Menteri Besar Terengganu kata bumbung Stadium Sultan Mizan tak runtuh laaa..
- Patutlah UMNO bagi kicap Tamin.. ada sebab rupanya..
Menjelang Pembubaran Parlimen.. UMNO Perkenal 'Kopi Takut Bini' pula.. Posted: 21 Feb 2013 07:14 AM PST Jika semalam, Kicap dari jenama Tamin telah dikenalpasti sebagai salah satu barangan yang akan diagihkan oleh UMNO/BN kepada rakyat di pendalaman, hari ini satu lagi produk telah ditemui. Kicap tersebut dipercayai telah ditaja oleh seorang Ketua Wanita UMNO yang punya kepentingan dalam syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. Produk yang baru di temui ini masih belum dikenalpasti, sumbangan dari siapa, kepada siapa dan kerana apa... Ini adalah Kopi Pra Campuran 5 dalam 1, yang juga dikenali sebagai 'Kopi Takut Bini..' sinonim dengan kebanyakkan kepimpin UMNO yang takut bini.. err.. kat Permatang Pauh ni ada dua orang. Ianya tidak akan dipasarkan kemana-mana kedai runcit kerana diyakini tak laku.. Dipercayai akan diedarkan keseluruh bilik gerakan UMNO/BN bagi menghilangkan rasa mengantuk pencacai-pencacai yang bertugas.. Selain itu ianya juga akan dibekalkan kepada semua Blogger Pro UMNO tak kira samada dari Unit Media Baru atau tidak agar mereka mampu berjaga hingga kepagi untuk mencipta fitnah buat menyerang Pakatan Rakyat.. 'Kopi Takut Bini'... kah.. kah.. kah.. Siapa punya kerja aku pun tak tahu.. tiba-tiba saja ada dalam e-mail aku dengan tajuk 'Kopi Takut Bini'.. Laporan pasal Kicap Tamin tu sila baca di ( SINI ) |
PAS lancar trak 'Negara Berkebajikan' bagi membantu Pencacai UMNO.. Posted: 21 Feb 2013 02:36 AM PST PAS hari ini melancarkan trak 'Negara Berkebajikan' yang bakal menjelajah seluruh negara bagi menyampaikan mesej PAS untuk semua. Ia dilancarkan oleh Presieden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis ringkas di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. Sebaik dilancarkan, trak ini bergerak untuk menjelajah utara semenanjung dengan sasaran malam ini akan berhenti di Pendang, Kedah. Di sana, Haji Mohamad Sabu akan mula menggunakannya dalam satu majlis ceramah. Trak berharga lebih RM100,000 ini mempunyai pentas pasang siap bersama sistem audio untuk keperluan sebarang program ceramah PAS. Pada badannya tertulis "Negara Berkebajikan' dengan gambar tiga pemimpin utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam suasana penuh ceria. Pada pentasnya pula tertulis Undilah PAS, PAS for All, Negara Berkebajikan. Pelancaran ringkas hari ini hanya dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hadi yang memohon kepada Allah agar proses perjalanan jelajah ini selamat. Ia diikuti dengan pembukaan pentas pada badan treler ini yang menunjukkan rekabentuk latar belakang pentas bergerak ini ~ Harakahdaily Kenapa pula dikatakan Treler yang dilancarkan oleh PAS ini boleh membantu pencacai UMNO? Pencacai-pencacai UMNO yang berkeliaran diluar sana berpeluang menjana pendapatan dengan mengambil upah melontar cat terhadap Treler ini... kah.. kah..kah... Sumber gambar dari Pencacai SeMalaysia |
Penjelasan dari Nik Zawawi berkenaan gambarnya dengan Soi Lek dan Simbol 1Malaysia.. Posted: 20 Feb 2013 11:39 PM PST Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu. ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut. Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam. Turut menjadi wakil PAS selain tiga pemimpin dalam gambar tersebut adalah adalah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagaimanapun beliau tidak ada dalam gambar tersebut, tetapi dilihat ada dalam gambar-gambar lain di persidangan tersebut. Chua Soi Lek pula hadir mewakili BN bersama Datuk Seri Shahidan Kassim. Dalam persidangan itu, Datuk Mustafa Ali telah diberi penghormatan untuk berucap mewakili PAS. Mustafa ketika diminta menjelaskan gambar itu berkata, ianya perbualan biasa dan tiada apa yang perlu dipolemikkan. "Kami deligasi dari Malaysia ditempatkan di hotel yang sama. Jadi ada kalanya bertembung dan berbual lah. "Kalau tak silap saya, gambar itu diambil oleh pembantu Chua Soi Lek sebab kami semua ada dalam gambar itu," katanya sambil ketawa. Sementara itu, satu lagi gambar yang turut hangat diperkatakan adalah gambar Nik Zawawi bersama Shahidan, Soi Lek dan beberapa orang lagi rakyat Malaysia. Apa yang menjadi kontroversi adalah apabila kesemua mereka dalam gambar itu menunjukkan jari telunjuk yang menyerupai 'tarade mark' 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib seawal menjadi Perdana Menteri pada 2009. Gambar itu sekaligus diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membawa persoalan adakah Nik Zawawi 'mesra' Umno dan sudah menerima gagasan 1Malaysia Najib. Sebenarnya, gambar tersebut diambil ketika Nik Zawawi menyertai Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010. Selain Nik Zawawi, turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Menjelaskan simbol tangan tersebut, Raja Ahmad berkata, ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut. "Itu lambang kebersamaan semua parti dalam persidangan itu. Tidak ada kena mengena dengan 1 Malaysia pun. "Ianya sebagai menunjukkan bahawa semua parti politik seluruh Asia Pasifik bersatu untuk politik yang matang dan bersih dan sederhana," katanya kepada Harakahdaily. Beliau juga menjelaskan, hanya tiga parti yang menjadi tradisi dijemput pihak penganjur ke persidangan itu iaitu PAS, Umno dan MCA. ~ Harakahdaily |
Menteri Besar Terengganu kata bumbung Stadium Sultan Mizan tak runtuh laaa.. Posted: 20 Feb 2013 08:21 PM PST Betul-betul aku tak faham dengan kenyataan MB Terengganu ni.. rangka bumbung dah ranap macam dalam gambar itu pun beliau masih mengatakan tidak runtuh.. Mungkin dia tak sedar lagi bahawa maklumat sekarang bukannya tersebar satu atau dua hari selepas kejadian.. tapi satu atau dua minit saja lepas kejadian.. Mungkin juga dia nak memperbodohkan rakyat Terengganu.. tapi dalam masa yang sama terserlah kebodohannya sendiri.. Tapi macam Chegu Bard kata.. Kalau yang dilantik itu orang bodoh.. yang melantik dan menyokongnya pula sudah tentu lebih bodoh.. MB nafi Stadium Sultan Mizan runtuh Lagi gambar runtuhan bumbung Stadium tersebut yang dikatakan tidak runtuh oleh Mat Said itu sila lihat di ( SINI ) |
Patutlah UMNO bagi kicap Tamin.. ada sebab rupanya.. Posted: 20 Feb 2013 06:15 PM PST Semalam telah beredar gambar botol-botol kicap keluaran Tamin yang dilekatkan stiker 'Undilah Barisan Nasional' di atas dalam banyak Blog-blog dan juga FaceBook.. Dan ianya dikatakan sebagai antara sumbangan yang akan diberikan oleh UMNO/BN kepada orang ramai khususnya di pendalaman. Timbul persoalan disini adakah produk ini perlu diboikot? Tetapi sebelum mengambil keputusan samada hendak memboikotnya atau tidak, kita perlu tahu adakah UMNO/BN telah membeli produk ini untuk diberikan kepada orang ramai atau pemilik produk ini yang telah memberikannya kepada UMNO/BN untuk diberikan kepada orang ramai.. Sedikit info tentang Syarikat Tamin.. Kicap TAMIN bermula pada tahun 1951 apabila Tuan Haji Mohd. Tamin berjaya menemui ramuan untuk menghasilkannya. Ia bermula sebagai produksi kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak. Tuan Haji Mohd. Tamin memulakan perniagaan beliau dengan hanya bermodalkan RM10 tetapi semangat dan azam yang tinggi berjaya menghasilkan kira-kira 700 botol kicap sehari dengan bantuan ahli-ahli keluarga beliau. Demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Tuan Haji Mohd. Tamin mengambil langkah meningkatkan pengeluaran 3,500 botol sehari. Peningkatan kehendak dan kepopularan Kicap TAMIN telah mendorong Tuan Haji Mohd. Tamin untuk mengembangkan perniagaan beliau dengan mendirikan sebuah kilang di Enggor, tidak jauh dari Bandar Diraja negeri Perak - Kuala Kangsar. Sejarah sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Menurut Marhaen... Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini diketahui menjadi panaja kepada Roadshow Umi Hafilda. Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan muncul pada bila-bila masa, syarikat ini turut memperomosikan BN dengan menampal pelekat 'Pangkah BN' pada setiap botol keluaran syarikat ini. Pemilik Syarikat Kicap Tamin, Puan Sharifah bt. Mohd Tamin adalah merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Siput dan juga AJK Wanita Umno Perak. Jadi tidak hairanlah jika syarikat yang menaja Roadshow Umi Hafilda ini akan juga berkempen untuk Barisan Nasional melalui penjualan produk yang berasas kicap dan sos. Anggapan umum mengatakan bahawa pihak Umno/BN menaja produk keluaran Syarikat Tamin adalah merupakan satu kesilapan kerana yang sebenarnya, syarikat inilah yang menyumbangkan dana untuk kempen-kempen Umno / BN termasuklah Roadshow Ummi Hafilda yang boleh dianggap sebagai Duta Kicap Tamin! Kepada para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat serta ahli-ahli Umno yang menentang Umno, khususnya di Perak dan bahagian Utara.. fikir-fikirkan... Ni boleh dianggap sebagai 'U help me.. I help U...".. takkan sponsor free saja kot??.. mesti ada return punya tu... Laporan oleh Marhaen sila baca di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan