MIMPI SENJA |
- LAHAD DATU TERKINI [22/2/13 - 1330HRS] - Kapal Tentera Laut Filipina Dikerah
- PI Bala akan kembali. Akan menjelajah seluruh negara berkempen untuk Pakatan
- Pakatan Nafi Ada Kaitan Isu Lahad Datu
- TERKINI DARI LAHAD DATU - Cerita penduduk tempatan
- Isu Fizz Fairuz b'tunang Bini Orang - Ini cerita terbaru
- Najib bersembunyi di belakang Rosmah tidak berani berhadapan dengan segala tuduhan korupsi ........
- PENCEROBOHAN LAHAD DATU : Sehingga kini Malaysia masih membayar sejumlah kira-kira USD5000 setahun kepada Filipina
LAHAD DATU TERKINI [22/2/13 - 1330HRS] - Kapal Tentera Laut Filipina Dikerah Posted: 21 Feb 2013 09:33 PM PST LAHAD DATU: Enam kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan. Kapal-kapal ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, di tepi pantai di mana kumpulan dari Sulu itu berkurung sejak 9 Februari lalu, dengan menaiki bot laju. Jurucakap tentera laut Filipina Lt Gregory Fabic dipetik sebagai berkata memberitahu media di Manila bahawa kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil. Beliau berkata tiada arahan yang diberikan terhadap pemindahan kumpulan dari Sulu itu yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram, abang kepada Sultan Jamalul Kiram III. | |
PI Bala akan kembali. Akan menjelajah seluruh negara berkempen untuk Pakatan Posted: 21 Feb 2013 06:38 PM PST Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang menjadi masyhur kerana membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, akan kembali semula menetap di Malaysia Ahad ini. Dalam berkomunikasi melalui emel denganMalaysiakini, Balasubramaniam berkata, beliau juga mahu menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. "Ianya rasmi. Saya akan kembali semula ke tanahair pada hari Ahad, mudah-mudahan berkekalan. "Terdapat keperluan untuk berubah dan saya berharap Pakatan akan memerintah. Saya berharap untuk menjelajah ke seluruh membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ini," katanya. Ini juga disahkan oleh peguamnya, Americk Singh Sidhu, yang berkata orang ramai akan hadir menyambut Balasubramaniam apabila dia tiba pada hari Ahad. Americk berkata beliau juga akan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut Balasubramaniam, dengan mengambil kira kemungkinan bekas penyiasat persendirian itu menghadapi masalah dengan Jabatan imigresen. 'Saya tidak melakukan apa-apa yang salah' Balasubramaniam, yang selama ini tinggal di India, telah beberapa kali pulang ke Malaysia secara senyap-senyap. Semasa berada di tanahair pada bulan Ogos lalu, beliau mengadakan temubual dengan Malaysiakini di mana beliau mendakwa, antara lain, terdapat tawaran untuk merasuahnya untuk memburuk-burukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ditanya sama ada beliau merasa takut berada di khalayak ramai apabila dia kembali di Malaysia nanti, Balasubramaniam menjawab tidak. "Mengapa mereka harus tangkap saya? Apa salah saya? Saya bersama Malaysiakini bila balik dulu dan dapat kembali semula (ke India). Mereka tidak halang saya. "Tarikh ketibaan saya telah disahkan dan saya tidak menjangka berdepan dengan apa-apa masalah," katanya. | |
Pakatan Nafi Ada Kaitan Isu Lahad Datu Posted: 21 Feb 2013 06:14 PM PST | |
TERKINI DARI LAHAD DATU - Cerita penduduk tempatan Posted: 21 Feb 2013 05:43 AM PST Sejurus selepas berita mengenai pencerobohan orang asing yang bersenjata di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17 tersebar, suasana di bandar Lahad Datu bertukar menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa. Menurut sumber dari penduduk Lahad Datu, ekoran daripada kejadian itu, banyak trak-trak tentera kelihatan bergerak ke arah Jalan Silabukan menuju ke lokasi kejadian. Di samping itu, tentera bersenjata turut dilihat berjalan kaki membuat rondaan bandar. Rondaan helikopter polis juga dilihat dibuat berterusan. Pemeriksaan polis turut dilakukan di beberapa kawasan bandar terutamanya Jalan Silabukan. Manakala sekolah-sekolah di sepanjang jalan tersebut yang meliputi Bakapit, Tungku, Felda dan lain-lain turut ditutup. Askar tambahan juga telah ditempatkan di Felda. Berdasarkan maklum balas yang diterima dari penduduk sekitar bandar Lahad Datu menunjukkan reaksi yang berbeza. Ada yang merasa suasana tegang dan ada juga yang tidak terasa sedemikian. Prichard Jimmy menggambarkan, walaupun kehadiran ramai tentera membuat rondaan, tetapi keadaan adalah seperti biasa dengan banyak kedai masih dibuka. "Keadaan di sini masih seperti biasa. Masih banyak kedai dibuka. Tapi ada juga yang tutup. Penduduk tidak berapa panik sebab mereka tahu pemeriksaan jalan raya oleh pihak berkuasa sedang dijalankan dengan ketat. "Banyak helikopter yang terbang ulang-alik ke Tungku. Tapi saya takut jalan malam sebab takut diculik," katanya. Menurutnya lagi, ramai yang mengelak untuk pergi ke Jalan Silabukan melainkan mereka yang tinggal di kawasan sepanjang jalan tersebut. Seorang lagi penduduk, Nihal Singh mengesahkan apa yang dikatakan oleh Prichard mengenai banyak kedai yang ditutup. Selain itu, ramai penduduk khususnya kaum Cina juga telah meninggalkan bandar Lahad Datu, kata Nihal lagi. "Ramai orang Cina dari Semenanjung sudah keluar dari bandar ini. Mungkin ada yang pergi ke bandar lain dan mungkin ada juga yang balik ke Semenanjung. "Selain ini, ada juga yang enggan menghantar anak-anak mereka ke tadika, termasuk saya," katanya. Sementara itu, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti pula berkata, dia ada terserempak dengan tujuh trak askar yang diiringi oleh dua penunggang motorsikal. Trak-trak itu kelihatan kosong, akui Siti cemas yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Semporna. Manakala bagi Anthony Teo pula, dia juga ada terserempak dengan banyak kenderaan tentera yang dilihat bergerak ke arah kawasan Felda Sahabat dan juga merasakan keadaan yang tegang. Berlainan pula dengan keadaannya di sekitar kawasan Felda Sahabat. Walaupun urusan harian berjalan seperti biasa, tetapi keadaan menjadi sunyi semenjak kejadian tersebut. Seorang pekerja sebuah institusi kewangan di sana mengatakan, situasinya adalah menakutkan dan beliau keberatan untuk turun kerja dengan keadaan tersebut. Malah, beliau risau kerana lokasi kejadian hanya kira-kira 16km dari tempat beliau bekerja. Kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan tidak menggambarkan perkara sebenar, katanya yang enggan namanya disiarkan. Seorang lagi penduduk kampung yang tinggal di sepanjang Jalan Silabukan pula berkata, sudah banyak trak tentera lalu di kawasan mereka. "Helikopter juga tidak henti-henti membuat rondaan manakala jalanraya menjadi lengang. Suasana sini tegang dan menakutkan," katanya yang juga enggan namanya disiarkan. Antara khabar angin yang tersebar di kalangan segelintir penduduk Lahad Datu adalah, orang-orang asing yang menceroboh tersebut adalah askar-askar veteran Abu Sayaff yang telah berusia. | |
Isu Fizz Fairuz b'tunang Bini Orang - Ini cerita terbaru Posted: 21 Feb 2013 04:14 AM PST Fizz Fairuz Terus Lari, Sembunyi! PETALING JAYA: Hasrat pelakon Fizz Fairuz yang ingin menghilangkan kekusutan berhubung isu pertunangannya dengan isteri orang menjadi bertambah parah apabila timbul pula isu lain yang turut berkait. Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, yang bertunang dengan Azlyn Maissiela Mohd Nazar, 26, pada 10 Februari lalu terpaksa memutuskan pertunangan selepas mendakwa wanita itu sebenarnya isteri orang. Malah dalam laporan akhbar Harian Metro pada Rabu Fizz mendakwa dia mungkin terkena buatan orang selain kesal dengan pertunangan yang tergesa-gesa itu,. Individu yang mendakwa suami kepada wanita tersebut dalam akhbar yang sama pada Khamis mendakwa Azlyn sedang 'sakit' selain mendedahkan dia dan wanita itu sudah bernikah di Thailand sebagai isteri keduanya tanpa mendaftarkan perkahwinan itu di negara ini. Malangnya menerusi akhbar Berita Harianpada Khamis, wanita berkenaan yang berasa malu dengan tuduhan berkenaan tampil "melondehkan" segala-galanya mengenai hubungannya dengan Fizz selama ini selepas keburukan dia dihebohkan oleh Fizz. Azlyn yang mendakwa masih bujang mendakwa telah mengenali Fizz sejak lima tahun lalu tetapi menjalinkan hubungan secara serius bermula setahun yang lepas. Pendedahan Azlyn itu secara tidak langsung memberi gambaran Fizz Fairuz telah bermain kayu tiga – iaitu mengaku bercinta dengan Almy Nadia tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dengan orang lain. "Work smart" yang dilakukan oleh Fizz tidak menjadi apabila gambar pertunangan dia dengan Azlyn didedahkan oleh media. Jika pendedahan itu tidak dibuat media, sehingga ke hari inilah kontroversi tersembunyi ini tidak akan diketahui. Sebagaimana didedahkan Azlyn, pelakon lelaki ini dilihat mempunyai banyak masa untuk menjalinkan pertemuan bagi mengeratkan perasaan cinta mereka. Tetapi, dalam hal ini wanita yang seolah-olah paling teruk terkena permainan Fizz adalah Almy Nadia kerana dia benar-benar terpedaya. Pendedahan Azlyn juga memperlihatkan Fizz selama ini kurang menyenangi Almy Nadia walaupun dia tidak pernah meluahkan hasrat secara terbuka meninggalkan pelakon wanita itu. Apa-apa pun 'drama' lakonan Fizz ini telah terbongkar dan secara tidak langsung mencalarkan reputasinya sendiri kerana dialah yang mencari masalah tanpa berjaya menyusun strategi dengan baik. Seperti biasa, apabila keadaan semakin meruncing, Fizz menyalahkan "bomoh" kononnya apa yang terjadi ini adalah ada unsur-unsur penggunaan ilmu hitam. Sehingga ke hari ini, Fizz cuba melarikan diri, telefon tidak berangkat malah rakan-rakannya juga mengunci mulut untuk tidak mendedahkan di manakah dia berada. Fizz sudah tersepit bersama masalah akibat padah yang dicari sendiri. Larilah Fizz selagi mampu kerana di depan sana lagi banyak lubang-lubang besar yang menunggu. | |
Najib bersembunyi di belakang Rosmah tidak berani berhadapan dengan segala tuduhan korupsi ........ Posted: 21 Feb 2013 01:43 AM PST PKR menjawab Perdana Menteri yang sering ditimpa skandal, Najib Razak dengan menuduhnya bersembunyi dibelakang isterinya dan tidak berani berhadapan dengan segala tuduhan korupsi yang dilemparkan keatas pentadbirannya dan juga keluarga. Ia amat menyedihkan apabila Najib, yang jarang menyentuh hal yang berkaitan isterinya, dia telah cuba mematahkan kritikan bahawa ada kemungkinan dia diserang dengan tuduhan rasuah kerana memberi lebih peruntukan yang lebih banyak dan juga kontrak-kontrak baru. Tetapi apabila ada yang menunjukkan bukti dalam bentuk dokumen bahawa dakwaan rasuah terhadap dirinya dan juga Rosmah cukup untuk siasatan dijalankan, dia terus berdiam diri. Ini tindakan pengecut dan bukan anak jantan," timbalan presiden PKR, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. Tian, ahli parlimen Batu, memberi reaksinya selepas Najib berucap pada pagi Selasa, dimana Najib telah mencadangkan agar Permata, sebuah badan kebajikan kanak-kanak bekerjasama dengan Majis Kebangsaan Pertubuhan Wanita untuk membina lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak kerana sudah ramai wanita yang bekerja. Isterinya yang sering dibelenggu skandal merupakan penaung Permata. Lupakan bahawa isteri saya terlibat. Beri kerjasama dengan Permata kerana ia merupaka program yang komited dengan pendidikan awal kanak-kanak. Kita tahu bahawa pihak pembangkang akan merendah-rendahkan rancangan ini kerana Permata terlibat. Pihak pembangkang tidak konstruktif. Mereka hanya tahu memperkecil-kecilkan segalanya," kata Najib. Masih malu dengan peristiwa di Palestin Jelaslah bahawa Najib, yang telah malu baru-baru ini semasa lawatannya ke Timur Tengah, masih belum pulih dari peristiwa itu. Dalam ucapannya, Najib sekali lagi menyalahkan pembangkang di Malaysia yang diketuai oleh Anwar Ibrahim atas kejadian yang menimpa dirinya. "Lawatan saya di Gaza pun diperkecil-kecilkan. Mereka tidak konstruktif," Najib telah menyuarakannya semasa memberi ucap tamanya di seminar Wanita Sebagai Pemangkin Transformasi Negara. Namun, bukanlah Anwar, tetapi Presiden Palestin sendiri, Mahmoud Abbas yang membidas Najib. Marah dengan tindakan Najib yang memperlekehkan partinya, Fatah, Mahmoud menuduh PM Malaysia itu cuba untuk mencampuri urusan politik Palestin dengan kenyataannya yang sengaja mencari masalah. Sebab lawatan ini juga adalah untuk memisahkan Jurusalam dari Palestin yang telah diiktiraf dunia pada 29 Nov 2012," dalam kenyataan yang dipetik dari pejabat Mahmoud. Palestin ditadbir secara berasingan oleh parti Hamas dan Fatah di Gaza dan Tebing Barat. Hamas diundi untuk menerajui kerajaan dengan Ismail Haniyeh sebagai perdana menteri pada tahun 2006 selepas pilihanraya namun masyarakat enggan mengiktirafnya. Sebaliknya, presiden bagi Palestin selalunya dari parti Fatah termasuk Allayarham Yasser Aarafat. Bila ditanya tentang kemarahan Palestin, Anwar berkata bahawa Najib tidak memenyelidiki dahulu dan natijahnya, telah melakukan kesilapan besar diperingkat hubungan diplomatik. Tiada masalah jika melawat kedua-dua Tebing Barat dan Gaza…tetapi saya rasa dia kurang bijak kerana sepatutnya dia berjumpa dengan kedua-dua belah pihak. Anwar telah menambah, dalam keadaan Najib yang mahu menunjuk kepada orang Islam di Malaysia,dia telah menyinggung parti Fatah dan juga merosakkan imej Malaysia kerana gagal menunjukkan hubungan luar yang adil dan seimbang. Pendapat Anwar dikongsi oleh rakan-rakannya dalam PKR. "Apa kena mengena dengan Pembangkang disini, bukan kami yang menulis ucapannya. Dia telah memperbodohkan dirinya sendiri di persada antarabangsa dan ini menjadi lebih teruk apabila media arus perdana Malaysia cuba memutarbelitkan cerita. Mereka tidak sepatutnya membuat kenyataan yang melampau dengan menyatakan bahawa lawatan itu berjaya dan Najib telah menjadi wira di mata masyarakat antarabangsa tetapi realitinya, ia adalah sebaliknya," kata Tian. Pasangan pertama bermasalah menjadi sasaran parti sendiri Pasangan pertama Malaysia yang bermasalah ini telah berada dalam situasi yang genting sejak Najib menjadi perdana menteri Malaysia yang ke-6 empat tahun yang lalu. Popularitinya telah menurun kepada 63% merupakan peratusan terendah pernah diterima oleh mana-mana PM yang sedang menjawat jawatan itu. Sebulan yang lalu, Najib menyepi seketika menimbulkan khabar angin kuat bahawa dia telah mengidap strok akibat tekanan dan telah mendapatkan rawatan di Singapura. Penyakit ini berlaku selepas seorang peniaga kontroversi, Deepak Jaikishan membuat beberapa pendedahan terhadap dirinya serta isteri. Najib sepatutnya berhenti memberi alasan dengan menyalahkan pihak pembangkang. Jika dia benar-benar tidak bersalah, dia seharusnya menjawab tuduhan Deepak satu persatu dan menyelesaikannya untuk membersihkan namanya dengan cara terhormat dihadapan rakyat. Beginilah seorang PM yang baik dan bersih seharusnya bertindak, bukan seperti anak-anak menyalahkan pembangkang apabila dia dan isterinya perlu memberi penjelasan pada rakyat," ketua bahagian jawatankuasa disiplin, Tan Kee Kwong memberitahu Malaysia Chronicle. Walaupun Deepak mempunyai salinan invois sebagai bukti dia telah membeli barangan kemas untuk Rosmah yang bernilai RM 13 juta untuk mendapatkan perjanjian penswastaan tanah kementeriaan pertahanan yang juga melibatkan Raja Ropiaah, ketua wanita Umno Selangor, Najib enggan memberi maklumbalas selama 2 bulan sebelum menegaskan bahawa Deepak bukanlah seorang yang mempunyai kredibiliti. Kelakuan yang aneh dan hubung kait yang boleh dipersoalkan Tidak hairanlah tindak balas yang lemah dari Najib menjadikan Deepak semakin berani. "Nampaknya jawapan dari kamu yang 'tiada kredibiliti' kerana apa yang saya sudah dedahkan dengan begitu jelas sekali tentang kes ini adalah kebenaran. Saya cadangkan bahawa PM kita sekarang menjelaskan kebenaran tentang akaun bersumpah 2 (SD2) kepada rakyat Malaysia dan bukan hanya duduk di atas kerusi PM dan menjadi bahan kutukan sahaja! Apa yang paling penting adalah anda dan isteri anda tampil ke hadapan sekarang untuk mendedahkan kebenaran kepada semua rakyat Malaysia mengapa dia mengarahkan saya untuk menterbalikkan SD2 dan kenapa anda berdua mengarahkan Dato Nazim, Tan Sri Cecil & Suresh untuk melakukan perkara menyalahi undang-undang dengan menerbalikkan SD pertama dahulu? Bukankah ini kerana SD pertama adalah benar? " kata Deepak. Dahulu menjadi teman akrab Rosmah, Deepak yang berusia 40 tahun telah mengejutkan negara apabila dia menyokong dakwaan penyiasat persendirian, P Balakrishnan, bahawa pasangan pertama Malaysia terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Deepak mengulangi apa yang Bala kata, bahawa ia adalah Nazim, adik Najib yang membayar Bala sejumlah wang yang banyak untuk menarik balik akuan bersumpah dan meninggalkan negara. Bala pada tahun 2008 telah mengeluarkan suatu akuan bersumpah (SD1) yang jelas membabitkan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan itu. Dia menarik balik SD1 dalam tempoh 24 jam, menggantikan ia dengan akuan bersumpah 2 (SD2). Menurut Deepak, Rosmah telah merayunya untuk membantu "memudahkan" penarikan balik kenyataan Bala yang mengaitkan mereka. Selain daripada pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan dakwaan Najib menerima rasuah RM570 juta untuk bersetuju membeli 2 kapal selam Scorpene dari firma Perancis DCNS, Rosmah juga telah memalukan negara dengan dakwaan pembelian cincin berlian RM24 juta – yang sememangnya di luar kemampuan mereka walaupun dengan gaji yang tinggi dan faedah yang dinikmati sebagai pasangan pertama negara. Walau bagaimanapun, dalam mempertahankan isterinya, Najib dituduh pembangkang "kehabisan idea" untuk menyerang pentadbirannya dan terpaksa melakukan serangan peribadi dengan menjadikan Rosmah sebagai sasaran. Rosmah juga mendakwa bahawa dia telah menjadi sasaran nombor satu pembangkang, walaupun bukan seorang ahli politik. Malaysia Chronicle | |
Posted: 20 Feb 2013 11:48 PM PST Warga Sulu di Sabah: Bukti BN gagal selesai persempadanan negaraSolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah memandang serius kejadian yang berlaku di Lahad Datu apabila sekumpulan bersenjata dari Filipina telah menceroboh kedaulatan negara dan berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Ia sangat kritikal dan SAMM menyifatkan ia berpunca dari kegagalan kerajaan Malaysia menyelesaikan isu antarabangsa dan persempadanan dengan serius. Filipina sememangnya menuntut sabah sebagai tanah kedaulatanya. Antara asasnya ialah kesultanan sulu yang menguasai sebahagian besar sabah dan pusat kesultanan di tanah kedaulatan Filipna. Isu tuntutan Filipina ini sebenarnya masih tidak selesai di mana rakyat ditipu sehingga kini Malaysia masih membayar sejumlah kira-kira USD5000 setahun kepada Filipina yang dianggap oleh kebanyakan warga Filipina sebagai bayaran sewaan terhadap negeri Sabah. Isu ini menjadi lebih parah apabila terlalu banyak rakyat Filipina khususnya keturunan sulu dihadiahkan kewarganegaraan segera kerana mahu mengekalkan kemenangan BN di sabah. Pada tahun 90an, ramai antara mereka dialu-alukan masuk ke Sabah malah diberi kad pengenalan dan hak mengundi demi memastikan kemenangan BN. Di atas pengkhianatan BN ini menjadikan lebih ramai warga sulu di merata pelusuk sabah bermastautin malah ada yang sudah berkampung. Kehadiran 500 sentinal sulu ini adalah detik penyatuan kaum sulu dalam usaha mendapatkan Sabah menyebabkan kerajaan Malaysia tertekan hingga tidak mampu berbuat apa-apa menyedari kaum sulu sudah menduduki Sabah bukan sekadar berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu semata-mata. Atas sebab ini SAMM Sabah merasakan negara berada dalam kedudukan yang kritikal jika ia tidak diselesaikan segera, dan dengan bijaksana. Lebih lama kaum sulu berkampung di Sabah, maka akan memberi lebih kesediaan untuk mereka terus menetap di Sabah dengan jumlah yang semakin ramai. Malah, sebarang langkah yang silap akan menyebabkan Malaysia, warga Sabah khususnya berdepan dengan kemungkinan perang gerila yang diperkuat 'anasir luar'. Akan lahir 'puak pemisah' yang merebut peluang memandangkan kerajaan Malaysia lemah berdepan isu ini dan faktor kedudukan warga sulu yang telah lama di Sabah memberikan kelebihan buat mereka. Apakah akhirnya Malaysia akan kehilangan sebahagian dari Sabah di atas lewatnya kerajaan Malaysia bertindak? Jangan sesiapa lupa kegagalan pimpinan BN menangani isu sebelum ini menyebabkan kita kehilangan Batu Putih dan Tanjung Pagar. Penangkapan tiga orang wartawan Al-Jazira memburukkan lagi keadaan, memperlihat kedudukan kerajaan malaysia yang panik. Sudah menjadi resam dalam mana-mana konflik dunia pasti akan dikerumuni wartawan tetapi di Malaysia, wartawan tidak diberi ruang seolah-olah takut rahsia sebenar terbongkar. Dalam masa yang sama, SAMM berpendapat tekanan lebih keras harus diberi kepada kerajaan Filipina agar tegas menyatakan pendiriannya dalam isu kependudukan warganya di Lahad Datu. SAMM akan berkunjung ke Kedutaan Filipina dan juga menghantar nota kepada seketeriat ASEAN berikutan perkembangan ini yang bukan sahaja mampu membawa Malaysia, tetapi zon ASEAN yang aman ini ke kancah konflik yang berpanjangan. Kegagalan menangani isu kependudukkan Sulu bukan sahaja akan menyebabkan kedaulatan negara tercemar, malah akan terus dicemar menjadi 'precedent case' kerana mungkin satu ketika nanti beberapa kawasan di Klang atau Banting atau Sabak Bernam, akan dituntut pula oleh Indonesia kerana kependudukan warga mereka yang ramai di sana (Selangor). Sekian Boby Lewat @ Ewat Penyelaras SAMM Sabah Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45615 |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan