Jumaat, 22 Februari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Sakmongkol Bidas Fatwa Mursyidul Am UMNO, Tun Dr Mahathir

Posted: 22 Feb 2013 12:25 AM PST

Ketika saya berada di Rembau N9, sebelum ke tempat ceramah kami singgah disebuah restoren. Waktu itu, berita TV3, lidah propaganda UMNO baru hendak bermula. Berita yang mengawali penceritaan ialah kenyataan2 dari mursyidul am UMNO- Dr Mahathir Mohamad. Dia kata- "saya tidak fikir Pakatan Rakyat boleh memerintah- kerana mereka tidak ada –pengalaman".

Dan kepada solan dari seorang pembaca yang bertanya adakah Rembau selamat untuk KJ- saya mendahului memohon maaf untuk menyatakan masa depan KJ di Rembau gelap dan muram. Tangan2 ajaib dan halimunan dalam UMNO sendiri yang akan membunuh KJ terlebih dahulu.

Berbalik kepada kenyataan Dr Mahathir. Pengalaman apa yang dimaksudkan oleh Mahathir? Ini kenyataan tipikal pemimpin UMNO yang sombong dan bongkak. Seolah olah nya hanya UMNO sahaja yang layak memerintah. UMNO sahaja yang mempunyai kelayakan membawa kemajuan dan pembangunan. Pembohongan dan penipuan Mahathir mudah dipatahkan- lapuran odit negara menyebut perihal rekod baik pimpinan kerajaan yang dikuasai oleh PR. Adakah Dr Mahathir mencadangkan bahawa ketua odit negara berbohong?

Saya sudah menyatakan banyak kali- jika Najib Tun Razak boleh jadi PM, semua orang lain pun boleh. Mentadbir negara Malaysia bukan suatu roket sains. Jika mereka yang bodoh dalam UMNO dan BN boleh memerintah Malaysia, mustahil yang cerdik, pandai dan bijak dalam Pakatan tidak mampu? Bukankah Dr Mahathiir sendiri yang menyatakan bahawa yang tinggal dalam UMNO hanyalah pemimmpin2 half past six ? yang bijak sudah masuk PAS, yang pandai masuk PKR dan yang cerdik sudah masuk DAP? Maka yang demikian, jika dullards dan yang bodoh dapat memerintah Malaysia selama 55 tahun dan menjahanamkan negara, mengapa yang lebih pandai tidak boleh?

Dan mursyidul am UMNO ini bercakap seolah olah kepada pembaca dan pendengar adalah orang2 yang bodoh. Yang di luar sana,untuk pengetahuan Dr Mahathir semuanya adalah reasonable man yang menaiki kereta proton saga atau menaiki bas intrakota yang membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat.

Negeri2 yang di perintah oleh PR semua menunjukkan prestasi yang lebih baik dari semua segi berbanding dengan rekod pengurusan kerajaan BN. Jadi pengalaman apa yang Dr Mahathir cakapkan?

4 negeri yang dikuasai oleh PR meneruskan dominasi mereka sebagai destinasi pertama pelaburan asing. Kedah, Kelantan, Selangor dan Penang menguasai 55% dari pelaburan asing. Bajet dalam negeri2 ini sama ada seimbang atau berada dalam lebihan tanpa memanipulasi angka. Jika negeri2 ini memanipulasi angka, sudah tentu media yang di miliki dan dikuasai oleh UMNO akan berpesta mendedahkan permainan angka.

Jadi pengalaman apa yang Dr Mahathir maksudkan? Memang benar, kita PR tidak ada pengalaman.Yakni pengalaman merompak dan melanun negara.


Kenapa Dr Mahathir yang sudah sampai umur 88 tahun itu seolah2 menjadi jurucakap dan jurubicara UMNO? Kerana Dr Mahathir mempunyai kepentingan peribadi untuk menentukan UMNO menang. Dr Mahathir adalah orang yang paling ketakutan bila PR mengambil alih kerajaan. Dia bimbang akan keselamatan diri nya sendiri dan yang paling dia bimbangi ialah masa depan anak2 nya yang berniaga.

Kita hendak beritahu Dr Mahathir- kita tidak jel orang yang berumur 88 tahun. Kita akan hanya meminta pemulangan harta dan wang yang telah dicuri dari rakyat.


Bagaimana rakyat Malaysia yang akan keluar mengundi dalam PRU13 nanti melayani Mahathir? Saya sudah pun menyatakan- bila Pak Lah memenangi PRU dahulu dengan majoriti yang terbesar dalam sejarah- rakyat sebenar nya meraikan pengeluaran Mahathir. Kemudian negara kita dipimpin oleh seorang yang mencari al ghazali dan mencari kedamaian. Untuk seketika rakyat Malaysia terpukau dengan pengucapan batin Pak lah sehinggalah mereka sedar, bahawa itu semua untuk pendengaran umum. Pak lah ternyata menjadi PM yang paling lembab untuk negara ini.

Dalam PRU13, rakyat berpeluang sekali lagi menjatuhkan hukuman kepada Mahathir. Mari kita sama2 menghukum orang yang melingkup dan menjahanamkan maruah bangsa Melayu. Dr Mahathir bertanggung jawab menyebabkan orang melayu mengemis dalam negara mereka sendiri.

Kecuali orang Melayu mendapat keseronokan jika dizalimi, maka satu undi yang di beri kepada UMNO dan BN, bererti kita merelakan dan menyukai dizalimi dan disakiti. Satu undi untuk UMNO bererti kita akan ada 100 lagi skendel NFC. Satu undi untuk UMNO, kita akan ada lagi 100 Puspahanas, 100 pembelian kapal selam, 100 pembelian pesawat kapalterbang.

Satu undi untuk UMNO bererti kita menjatuhkan hukuman bunuh kepada diri sendiri.
-sakmongkol

[VIDEO] RM403j: BN Kedah Sila Jawab!

Posted: 21 Feb 2013 10:05 PM PST


Pengerusi Bongkar 403, Mohd Firdaus Jaafar hari ini mendesak BN Kedah menjelaskan tindakan mereka sebelum ini yang sanggup menukarkan geran percuma yang disediakan oleh kerajaan kepada pinjaman sehingga menyebabkan Kedah menanggung hutang.

Jelas beliau, selain tindakan itu, kos bagi projek pembinaan loji air itu juga turut meningkat sehinggakan jauh berbeza dengan harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

"Kita mahu BN Kedah segera tampil memberi penjelasan berhubung dengan isu pembinaan loji air yang harga meningkat berkali ganda dan juga tindakan mereka menukarkan geran percuma kepada pinjaman.

"Tempoh seminggu kita berikan dan jika mereka tidak tampil memberi penjelasan, satu memorandum akan kita hantar kepada BN Kedah untuk desakan tersebut," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau berkata lagi, penyelewengan yang dilakukan oleh BN berkenaan dengan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar melibatkan kerugian hampir RM145 juta.

"Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman.

"Manakala loji pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN harganya melonjak menjadi RM155 juta" , jelas beliau lagi.

Dengan tindakan itu katanya, rakyat boleh menilai sikap BN negeri itu.


5,000 Rakyat Pelbagai Kaum Julang Plakad ‘Anwar PM Ke-7′ Di Klang

Posted: 21 Feb 2013 06:11 PM PST


Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang disambut meriah dengan plakad 'Anwar PM ke-7′.

Ketua Umum KEADILAN itu tiba ketika Tan Sri Khalid Ibrahim sedang berucap sekitar jam 11 malam sebelum Menteri Besar Selangor itu mengumumkan ketibaan Anwar.

Berikutan itu, rakyat baik Melayu, Cina dan India menjulang plakad berkenaan dengan disertai gema sorakan sebelum Anwar bergambar kenangan dan memulakan ucapan.

Plakad itu disediakan atas inisiatif Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri yang diedar kepada sebahagian dari lebih 5,000 hadirin.

Turut berucap pada program itu ialah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid; Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Anwar pada 17 Februari lalu disambut dengan plakad yang asalnya disediakan untuk Datuk Seri Najib Razak tetapi orang ramai mengubahsuaikannya kepada 'I Love (New) PM'.

Ia berlaku pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Kolej New Era di Kajang yang dihadiri Najib secara berasingan. -KD


[KISAH TELADAN] Buang Ego, Selamat Bersama Kembali Hattan-Arianie

Posted: 21 Feb 2013 04:15 PM PST


Petaling Jaya: Penyanyi Datuk Hattan memberitahu dia mungkin akan melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya iaitu Arianie pada Jun depan.

Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dia merancang untuk mengadakan majlis itu serentak dengan perkahwinan adik lelakinya iaitu Achem.

"Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga.

"Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja," katanya.

Hattan ditemui selepas tayangan rakaman langsung konsert kumpulan rock legenda Led Zeppelin pada 2007 iaitu Celebration Day di GSC One Utama di sini, petang Rabu.

Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 14 tahun.

Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan ini juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.

Mengenai perancangan menikahi semula bekas isteri, Hattan berkata, perasaan sayang yang mendalam mempengaruhi keputusan berkenaan selepas bermuhasabah diri atas kesilapan lalu.

"Saya banyak bermuhasabah diri dan buang ego. Pada awalnya, Arianie berat hati (berkahwin semula) tetapi saya yakinkan dia bahawa saya sudah ubah kesilapan lepas yang garang terhadapnya.

"Setiap kali berjumpa dengan dia, saya rasa sangat bahagia dan seperti jatuh cinta. Insya-Allah saya akan putuskan keputusan ini (kahwin) selepas menunaikan umrah pada Mei depan,"
katanya.

Hattan berkata, anak tunggal mereka Adam Eiman bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang reaksi teruja mengenai perkara itu.

"Adam okey sahaja bila saya kata nak berkahwin semula dengan ibunya. Dia tidak tunjuk reaksi teruja langsung," katanya dalam nada bergurau. -petikan mstar

[VIDEO & BERGAMBAR] Treler "Negara Berkebajikan" PAS Dilancarkan

Posted: 21 Feb 2013 06:45 AM PST


Pada badannya tertulis "Negara Berkebajikan' dengan gambar tiga pemimpin utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam suasana penuh ceria.

Pada pentasnya pula tertulis Undilah PAS, PAS for All, Negara Berkebajikan.

Pelancaran ringkas hari ini hanya dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hadi yang memohon kepada Allah agar proses perjalanan jelajah ini selamat.

Ia diikuti dengan pembukaan pentas pada badan treler ini yang menunjukkan rekabentuk latar belakang pentas bergerak ini.

Ustaz Hadi ketika sidang media menjelaskan, trak ini akan bergerak ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej PAS kepada rakyat umum.

"Ini satu pendekatan baru agar kempen kita lebih lancar bergerak," kata Presiden PAS itu.

Mohamad Sabu pula dalam sidang media yang sama selepas pelancaran itu berkata, kos trak ini lebih RM100,000.

Namun kesemuanya disumbangkan oleh ahli PAS dan dermawan.

"Kawan-kawan kita beli dan dermakan kepada kita," katanya kerana duit PAS berada dalam poket ahli-ahlinya.

Program pertama yang akan menggunakan trak ini adalah dalam ceramah Pakatan Rakyat di Pendang 23 Mac ini.

Di samping itu, trak ini akan berhenti dari bandar ke bandar untuk menyampaikan mesej PAS.

Ketika ditanya di mana ia akan berhenti, Mohamad Sabu berkata, "Kita akan berhentia apabila sampai ke Putrajaya." -HD









Pesta Ponggal: Ribuan Kaum India Ke Ceramah Pakatan

Posted: 21 Feb 2013 04:25 AM PST


Banting 20 FEB: Kesedaran masyarakat India yang semakin meningkat terhadap kelemahan pentadbiran Umno begitu membanggakan, sekaligus menafikan dakwaan kononnya sokongan kaum itu terhadap Pakatan Rakyat menurun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN berucap pada sambutan Pesta Ponggal di Dewan Sri Jugra, Banting malam tadi dipenuhi ribuan masyarakat India yang berpusu-pusu mahu melihat pemimpin berjiwa rakyat itu.

"Terima kasih banyak, begitu ramai yang hadir, menunjukkan kesedaran masyarakat India yang semakin tinggi. Ada orang kata sokongan orang India sudah berkurangan, tapi saya tak percaya sebab saya turun dan lihat sendiri," kata Anwar.

Beliau turut disambut kalungan bunga serta turban dan selendang sebagai tanda menghormati bakal Perdana Menteri itu.

"Ini mesti ada yang cakap saya ikut budaya India pula. Saya tak takut, cakaplah saya apa pun, yang penting saya tahu saya pakai ini sebagai tanda menghormati budaya masyarakat India," kata Anwar disambut sorakan penyokong.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan kaum India agar menuntut hak mereka yang dinafikan kerajaan sejak merdeka tetapi dengan syarat tuntutan itu tidak bersifat perkauman.

"Saya selalu turun dan dengar tuntutan orang India. Tapi saya nak ingatkan, kita boleh tuntut, asalkan jangan buat tuntutan macam Perkasa. Bila saya kata pendidikan percuma, maksudnya ia terpakai untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

"Begitu juga bila saya kata hormat agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, saya kata hormat hak orang lain untuk beragama. Kalau kita main sentimen perkauman samalah kita macam Perkasa," katanya lagi.

"Sebab itu saya cakap, kami Pakatan Rakyat bersedia untuk mentadbir dengan adil kepada semua rakyat, tak kira dari segi hak, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin. -KD

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.


Tiada ulasan: