Ahad, 17 Februari 2013

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


OKU Bangkit - Perjuangan melangkaui politik kepartaian

Posted: 16 Feb 2013 10:26 AM PST

Ramai yang gagal hayati perjuangan OKU Bangkit di dalam menuntut hak-hak OKU. Alih-alihnya golongan OKU atau ibu bapa kepada anak OKU disuruh redha, sabar dan yakin dengan balasan syurga. Ini semua dah tahu. Di dalam Al Quran pun ada menyebut peranan orang perseorangan mahu pun pemimpin di dalam melindungi hak-hak OKU. Sirah Rasulullah saw dengan OKU pun ada.

1) Rasulullah pernah dimurkai Allah kerana melebihkan layanan terhadap orang kenamaan berbanding dengan seorang buta.
2) Rasulullah juga selalu menyuapkan makanan kepada seorang Yahudi buta tanpa memperkenalkan dirinya. Yahudi buta ini selalu menfitnah Rasulullah kononnya pendusta atau ahli sihir tanpa mengetahui Rasulullah hari-hari menyuapnya. Apabila Rasulullah wafat, lama tidak ada sesiapa pun yang menyuapnya. Sehinggalah Abu Bakr yang meneruskan amalan itu. Yahudi buta itu marah dan berasa ini bukan orang yang selalu memberinya makan kerana orang lama membuat makanan menjadi senang untuk dikunyah dengan menghaluskannya terlebih dahulu. Akhirnya Abu Bakr memberitahu orang dahulunya adalah Rasulullah saw.

ini kisah pemimpin menyantuni OKU. Apakah sirah ini hanya untuk penyedap ceramah aje?

Perjuangan menuntut hak OKU melangkaui politik kepartian. Malah ramai pula yang melatah apabila pemimpin dan parti dokongan mereka dikritik.
Perjuangan menuntut hak OKU bukan hendak minta elaun dinaikkan, lampin atau kerusi roda, tongkat dan peralatan lain percuma tetapi mengajak rakyat semua sedar dan memandang sama rata akan OKU.
Peluang pekerjaan, pendidikan, keperluan lain seperti memenuhi tuntutan hidup yakni berumahtangga, berkeluarga, berbakti memajukan negara adalah perjuangan menuntuk hak.
Contohilah negara Barat yang setengahnya ibarat syurga kepada OKU. Janganlah menutup kelemahan diri yang mengabaikan hal ini sebelumnya dengan mengemukakan hujah atau alasan yang memualkan.
Sebab itu apabila OKU Bangkit menganjurkan dialog, forum dan bengkel - tidak ada sambutan masyarakat dan ahli parti politik. Berbeza pula dengan isu-isu yang punya kepentingan politik seperti isu Keganasan Polis, isu Listen! Listen! Listen! atau forum membincangkan Psy.


forum OKU di Universiti Bangsar Utama semalam, selain krew radio dan kawan panelis, TAKDE orang parti dan masyarakat hadir.


Artikel tentang Agenda OKU Bangkit ada di majalah Posto! yang akan terbit minggu hadapan bersama penulisnya Rosli Ibrahim - Pengerusi Mobilisasi OKU Bangkit (yang cacat penglihatan)


Tiada ulasan: