Kerabu Bersuara ® |
- Terkini! Video Mesyuarat Perancangan Umno Sebagai Dalang Halang ANAK Di Felda Sg Tengi!
- Berapa Sejam Bayar Najib Main Gendang?
- Mampukah Psy, Gangnam Style pulihkan populariti merudum BN?
- Pencacai Nak Keluar Islam Jika DAP Perintah Malaysia?
- PAS Buka Cawangan Di GAZA?
- Gong Xi Fa Cai Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Sabah & Sarawak – 10 & 11 Februari 2013 (Ahad & Isnin)
- BN langgar Akta Kesalahan Pilihanraya, apa tindakan SPR?
- Tentang parodi Gangnam dan dapur Ketua Menteri Oleh Izmil Amri
- Fitnah lagi: Dr Arifin dituduh mahu dirikan gereja di UPNM, siapa “Mat Gerek”?
Terkini! Video Mesyuarat Perancangan Umno Sebagai Dalang Halang ANAK Di Felda Sg Tengi! Posted: 07 Feb 2013 10:49 PM PST EDISI KANTOI ! TERBONGKAR ..UMNO DALANG HALANG ANAK DI FELDA SG. TENGI...( Bukti Video ) Fakta sebenar kejadian sekatan peneroka felda sungai tengi hulu selangor,menghalang dan membantah kehadiran ceramah mazlan aliman pengerusi persatuan ANAK. Diantara yang terlibat didalam sekatan dan bantahan tersebut:- 1-pengurusan felda sungai tengi 2-peneroka felda sungai tengi 3-perkasa felda sungai tengi 4-PKR ranting felda sungai tengi 5-NGO bebas- -tmx-tmj parlimen pfb III -pertubuhan suara inspirasi malaysia (SIM) -kumpulan gerak kan melayu diraja -gerak kan 13 UMNO parlimen hulu selangor tidak terbabit langsung di dalam apa jua gerak kan bertindak ini,apabila parlimen hulu selangor tidak menghantar seorang wakil mereka pun bagi membantu warga peneroka felda sungai tengi untuk memberikan sokongan moral dan logestik. Creadit Tun Mahareza yang hensem by polong Al TMx @ TMX-TMJ PARLIMEN FB III |
Berapa Sejam Bayar Najib Main Gendang? Posted: 07 Feb 2013 10:47 PM PST berapa sejam? saya nak sewa untuk main kat rumah anak-anak yatim? hahahahahahaha... kerja Najib lepas pru13 nanti. |
Mampukah Psy, Gangnam Style pulihkan populariti merudum BN? Posted: 07 Feb 2013 10:23 PM PST 8 February 2013 KUALA LUMPUR, 8 FEB: Barisan Nasional (BN) terpaksa melakukan perang saraf terakhir membentuk persepsi pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka akan diadakan dalam masa dua atau tiga minggu lagi. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri di Pulau Pinang 11 Februari ini, BN mengadakan persembahan Psy dan Gangnam Style dari Korea Selatan bagi memulihkan popularitinya di kalangan pengundi Cina yang menjunam teruk daripada 17% kepada 6% dalam tempoh 10 bulan iaitu antara Februari dan Disember tahun lalu. Katanya, dalam enam undian dilakukan tahun lalu, pengundi Cina yang "gembira" dengan Kerajaan BN terus jatuh menjunam daripada 17% pada Februari hingga 19% pada April, 18% pada Mei, 13% pada Jun, 19% pada Oktober menjunam kepada 6% pada Disember lalu. "Secara secara keseluruhannya, hanya 45 peratus pengundi daripada semua kaum yang ditinjau pada Disember "gembira" dengan persepsi mereka terhadap BN berbanding dengan 48 peratus pada Februari dan 51 peratus pada April," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 63 Hari ke PRU-13, semalam. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, ini sebabnya mengapa BN sanggup menghabiskan berjuta ringgit untuk mengadakan persembahan Psy dan Gangnam Style pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, 11 Februari ini. Bagaimanapun, katanya, mampukah Psy dan Gangnam Style itu memulihkan dan memenuhi harapan Najib supaya kalangan pengundi Cina menyokong UMNO/BN pada dalam PRU-13 nanti. "Tinjauan yang dijalankan Merdeka Centre pada akhir tahun lalu (antara 15 hingga 28 Disember 2012) mendapati hanya enam peratus pengundi Cina "gembira" dengan Kerajaan BN sementara 65 peratus "tidak berpuas hati" atau "marah". "Mengenai persepsi mereka terhadap BN, tinjauan menunjukkan 16% pengundi Cina "gembira" berbanding 57% yang "tidak berpuas hati" atau "marah". Hampir tiada sebarang pergerakan di dalam peratusan pengundi Cina yang "gembira" dengan BN dalam undian 10 bulan tahun lalu, iaitu 16% pada Februari, 17% (April), 17% (Oktober) dan 16% (Disember). "Tinjauan sama menunjukkan walaupun kedudukan populariti Najib lebih tinggi berbanding UMNO/BN, secara keseluruhannya jatuh daripada 69% pada Februari kepada 63% pada Disember, manakala penurunan 22% dalam sepuluh bulan di kalangan pengundi Cina, iaitu daripada 56% pada Februari kepada 34% pada Disember 2012," katanya. Menurut Kit Siang, strategi terakhir BN ialah memfitnah dan membuat laporan palsu terhadap DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat terutama menerusi laman tak berwajah, tak bernama dan tak berjiwa di media sosial dan media perdana UMNO/BN. "BN juga sedang berusaha mewujudkan kesangsian dan rasa tidak percaya di kalangan parti dan pemimpin DAP, PKR dan PAS dengan memprovok permusuhan dan ketegangan untuk memecahbelahkan parti dalam Pakatan Raktyat itu terutamanya kerjasama antara DAP dan PAS bagi menyelamatkan UMNO/BN daripada cabaran "hidup atau mati" pada PRU-13 nanti. "Mereka juga mencipta persepsi bahawa UMNO/BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya meraih sokongan popular di kalangan pengundi Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban," tambahnya.-Roketkini.com |
Pencacai Nak Keluar Islam Jika DAP Perintah Malaysia? Posted: 07 Feb 2013 08:46 PM PST CIRI-CIRI MURTAD Banyak orang menganggap bahawa orang yang murtad itu ialah orang yang keluar dari Islam dan mengaku menganut agama lain sahaja. Sedangkan dalam banyak hal, banyak orang menjadi murtad kerana perbuatan, tingkahlaku, kepercayaan dan sebagainya. Antara ciri orang yang tergolong dalam golongan murtad ialah: 1. Menyandarkan hukum kepada selain Allah. Barangsiapa yang bertahkim atau merujuk kepada hukum-hukum selain yang telah ditetapkan oleh Allah maka ia termasuk orang yang murtad. Kerana memang masalah hukum yang menjadi pagar kehidupan manusia tidak boleh dibiarkan begitu saja. Maka secara tegas Al-Quran menyebut: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Al-Maidah 44) 2. Kebencian terhadap hukum Islam,atau mengutamakan peraturan lain,atau menyamaratakan Islam dengan peraturan lain. Seperti perkataan seseorang, "Aku benci dengan puasa. Sebab puasa ini menyebabkan tenaga fizikal dan keupayaan kerja menurun, sehingga memerosotkan ekonomi." Atau perkataan lain, "Aku benci dengan hijab (pakaian penutup) wanita. Kerana mengurangi ruang gerak dan tidak sesuai dengan kemajuan zaman." Dan antara perkataan lain iaitu: "Dan orang-orang yang kafir maka kecelakaan bagi mereka dan Allah menyesatkan amalan-amalan mereka."Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka membenci kepada apa yang diturunkan Allah (Al-Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka." (Muhammad 8-9) 3. Mengolok-olok sebahagian isi Al-Quran atau Sunnah syiar Islam. Seperti memperolokkan pembahagian harta waris yang tidak sama antara lelaki dan perempuan atau mengolokkan sunnah yang telah melarang kaum lelaki menggunakan perhiasan emas, atau mengolokan syiar Islam seperti penggunaan azan sebelum solat dan sebagainya. Allah berfirman "Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskan lah ejekkan-ejekanmu (terhadap Allah dan Rasul-Nya) sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti. Dan jika tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah: "Apakah dengan Allah,ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok." "Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika kamu memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa." (At-Taubah 64-66) 4. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Haram dan halal adalah ketetapan Allah dan RasulNya yang tidak ditunggangi oleh unsur-unsur nafsu. Orang yang menghalalkan sesuatu yang sudah jelas diharamkan Allah, atau sebaliknya,bererti ia melawan hukum dan syariat-Nya, lalu dengan bebas ia meletakan hukum dan syariat secara peribadi. Perbuatan seperti itu jelas perbuatan orang kafir dan orang yang tersesat. Allah berfirman: "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini" halal dan "ini" haram, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguh-nya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. Itu adalah kesenangan yang sedikit dan bagi mereka azab yang pedih" (An-Nahl:116-117) 5. Mengimami sebahagian dasar-dasar Islam dan mengingkari sebahagian yang lain. Contohnya: Orang Islam yang menyakini Islam sebahagian agama pegangan, tapi disaat ia mengingkari Islam sebagai agama yang meletakkan kaedah-kaedah hukum kehidupan atau peraturan. Atau ia menyakini Islam sebagai pegangan hidup dan disatu saat mengingkari Islam sebagai agama yang dapat mengatur politik, negara dan ekonomi. Firman Allah: "Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan ingkar kepada sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat." (Al-Baqarah 85) 6. Beriman kepada Al-Quran dan menolak sunnah. Padahal Al-Quran sendiri telah menegaskan bahawa beriman dan taat kepada Rasulullah SAW merupakan satu ketaatan kepada Allah. Ketaatan kepada Rasul harus meliputi segala perintah dan larangan, perkataan dan perbuatan. Firman Allah bermaksud: "Barangsiapa mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu) maka Kami tidak mengutus untuk menjadi pemeliharaan bagi mereka." (An-Nisaa':80) 7. Menjadikan orang kafir, munafik dan ateis sebagai pemimpin. Allah berfirman maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin maka sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Al-Maidah 51) 8. Mengolok-olok sifat Rasulullah SAW ataupun pekerjaan baginda. Allah SWT bersabda maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lainnya, supaya tidak hapus pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari." (AlHujurat 2) |
Posted: 07 Feb 2013 08:35 PM PST |
Posted: 07 Feb 2013 06:00 PM PST 10 Februari 2013 (Ahad) – Sabah 1) 2.00 ptg – Ceramah Perdana Lokasi : Kg Panginatan, Ranau 2) 4.00 ptg – Forum Perdana Suara Anak Sabah (SUASA) Lokasi: Restoran Pelancongan, Keningau 3) 7.00 mlm – Makan Malam Perayaan Tahun Baru Cina Lokasi: Restoran Putera Ballroom, Kota Kinabalu 4) 10.00 mlm – Dialog Anwar Ibrahim Bersama Anak Muda & Professionals Lokasi: Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru 5) Barisan Penceramah: i. Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YBhg Tamrin Jailani iii. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin iv. YB Dato' Seri Panglima Wilfred Bumburing v. YB Senator Maijol Mahap vi. YBhg Christina Liew vii. YB Jonathan Yassin === 11 Februari 2013 (Isnin) – Sarawak 1) 3.00 ptg – Ceramah "Solusi Baram" Lokasi : Beluru Bazaar, Beluru, Bakong 2) 7.00 mlm – Makan Malam Gong Xi Fa Cai Lokasi: Restoran Cina Mega Hotel, Miri 3) 8.00 mlm – Ceramah Perdana – Gong Xi Fa Cai Lokasi: Waterfront Commercial Centre, Miri 4) Barisan Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Baru Bian iii. YB Ali Biju iv. YB See Chee How v. YBhg Dr Michael Teo Yu Keng |
BN langgar Akta Kesalahan Pilihanraya, apa tindakan SPR? Posted: 07 Feb 2013 05:56 PM PST KUALA LUMPUR, 7 FEB: Bendera gergasi yang tertera perkataan "Undilah Barisan Nasional" sudah dinaikkan Barisan Nasional (BN) dengan sewenang-wenangnya di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor walaupun Parlimen belum dibubarkan. Tindakan BN itu adalah salah mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 kerana berkempen sebelum Parlimen dibubarkan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali. Berikutan itu, DAP Taman Segambut yang menerima aduan daripada orang ramai bertindak menghantar satu laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri, pagi tadi meminta maklum balas daripada badan bebas itu. Laporan itu antara lain mempertikaikan adakah pameran bahan kempen pilihan raya oleh parti politik dibenar atau dibolehkan walaupun Parlimen belum dibubar. "Jika tidak, apakah tindakan yang akan diambil oleh SPR terhadap bendera gergasi yang dipasang BN itu," soal Setiausaha Cawangan DAP Taman Segambut, Yew Jia Haur. Ketua Cawangan DAP Taman Segambut, Patrick Hoo Keh Yew pula berkata, jika yang digantung adalah logo parti memang tidak menjadi masalah bagi pihak berkuasa tempatan (PBT). "Isunya sekarang ialah slogan "Undilah Barisan Nasional". Itu memang tidak boleh dan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya," jelas beliau. Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Pindaan 1969) (4), Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh semasa tempoh berkempen, mempamer, memberi atau mengedarkan bahan kempen pilihan raya kepada orang ramai di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia— (a) Memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh Pegawai Pilihan Raya Negeri, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan Pegawai Pilihan Raya Negeri itu; dan (b) Telah membayar kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri itu deposit sebanyak RM5,000 dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Rakyat dan tiga ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Undangan Negeri. Perenggan (10) menyatakan; Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3), (4) atau (7) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.-Roketkini.com |
Tentang parodi Gangnam dan dapur Ketua Menteri Oleh Izmil Amri Posted: 07 Feb 2013 05:54 PM PST BAGAIMANAKAH caranya untuk Barisan Nasional (BN) menang di Pulau Pinang? Soalan ini susah. Banyak jawapan sudah diberikan, tidak kurang juga cadangan yang dilaksanakan untuk mengambil semula Pulau Pinang yang bagi kebanyakan penganalisis politik adalah kawasan putih bagi Pakatan Rakyat, terutamanya DAP. BN melalui Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah mengakui bahawa adalah tidak mustahil untuk parti pemerintah itu mentadbir semula negeri berkenaan. Cuma yang tinggal ialah apa strategi yang perlu dan patut untuk memenangi kembali hati pengundi Pulau Pinang yang menolak parti komponen BN dalam tsunami politik Mac 2008 lalu? Sebagai sebuah koalisi politik yang sudah lama memerintah negara dan mendapat manfaat banyak daripada hasil negara sepanjang pemerintahan, BN adalah sebuah koalisi politik yang kaya. Bukan setakat kaya yang boleh beli kereta mahal dan rumah besar, tetapi kaya yang boleh beli jiwa raga dan maruah manusia. Politik wang Barisan Nasional Baru sahaja beberapa hari sudah Perdana Menteri, Najib Razak turun ke Ampang dan melancarkan kempen politik wangnya yang popular diberi nama BR1M 2.0. Berbanding yang sebelumnya, kali ini bantuan kewangan RM500 itu dipohon oleh lebih ramai orang. Sekaligus membuatkan Najib Razak kembang dan bangga sambil merasakan pendekatan dan kempennya mendapat sambutan ramai. Konon rakyat sudah semakin sayang dan menyokongnya kembali. Ada beberapa pertimbangan yang dapat kita buat daripada perihal BR1M 2.0 ini. Pertamanya ialah mengapa mesti Najib Razak melalui kerajaan dan jentera politiknya mengeluarkan wang tunai sebanyak itu untuk diagihkan kepada rakyat? Adakah rakyat sedang berada dalam kesempitan wang dan menjadi mangsa ekonomi? Adakah rakyat begitu susah sampai tidak ada duit untuk hantar anak ke sekolah dan memastikan tempayan beras sentiasa berisi? Apa sebabnya bagi duit kepada rakyat? Ya, mungkin sebab rakyat tak ada duit. Tapi sebab apa rakyat tak ada duit? Adakah rakyat malas bekerja? Adakah sebab gaji tak naik? Adakah sebab harga barang melambung tinggi? Pertimbangan seterusnya ialah mengenai naik turun sokongan rakyat terhadap Najib Razak dengan pemberian wang tunai. Ini jelas nyata adalah politik wang. Tidak semestinya disebut rasuah, tetapi lebih kurang begitulah keadaannya. Politik wang yang dilakukan oleh Najib ini adalah langkah paling mudah untuk meraih sokongan. Hanya kerana bangsa ini begitu mudah termakan dan rasa terhutang budi. Makcik, pakcik; saya nak bagi tahu. Duit yang makcik dapat itu ialah sebahagian daripada duit makcik sendiri yang kerajaan kutip selama ini. Itu bukan duit daripada poket Najib Razak, makcik. Najib Razak tidak berhempas pulas jual pisang goreng dan cucur kodok untuk kaut untung dan beri zakat kepada kita semua, tidak. Najib Razak dan Rosmah Mansor tidak juga turun ke bendang membanting padi untuk kumpul duit dan berikan kepada pakcik. Tidak sama sekali. Itu duit makcik lah yang mereka ambil. Sekarang dia bagi balik. Nanti bila makcik guna duit itu untuk beli barang dapur, dapat ke dia balik duit tu makcik. Inilah dia politik wang. Rakyat tidak harus tertipu dengan politik wang yang menjadi kekuatan pemerintah yang telah gemuk menelan hasil kekayaan negara setelah puluhan tahun memerintah. Sudah berapa juta dia makan, hampas dan sisanya yang dibagi ke kita. Orang Pulau Pinang tahu ini. Sebab itu orang Pulau Pinang dengan manis muka boleh selamba ambil duit BR1M, tetapi hatinya tetap tekad akan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang. Disebabkan kekayaan BN ini, mereka juga mampu membawa artis antarabangsa untuk menghiburkan kita semua. Pakatan Rakyat tidak begitu kaya. Yalah, tiada pengalaman makan rasuah atau rompak harta negara. Tidak macam BN. Mereka kaya. Apalah sangat DAP ini sekadar mampu buat parodi Gangnam Style. BN mahu bawa penyanyinya datang sendiri untuk menyanyi dan menari sambil menghibur hati rakyat demi memujuk sokongan terhadap mereka. Pakatan Rakyat tidak mampu buat begini. Kami tidak kaya macam mereka. Kami tidak rompak harta negara. Gong-xi-fa-PSY Semenjak artis Korea, PSY yang popular dengan tarian Gangnam Style-nya diumum akan mencemar duli membuat persembahan di Pulau Pinang, meloncatlah sekalian yang patut meloncat. Paling kuat meloncat pasti lah pendokong BN Pulau Pinang yang begitu gembira dengan kedatangan artis berkenaan. PSY sebenarnya telah dijadualkan untuk membuat persembahan di Future Music Festival Asia pertengahan Mac nanti; pastinya dengan dukungan Tourism Malaysia memandangkan (entah bagaimana) festival itu adalah sebahagian daripada program transformasi ekonomi. Kehadiran beliau untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina ini pastinya tidak termasuk dalam program, dan bayarannya juga pasti berbeza. Apa yang kita tahu ialah sebagai artis bertaraf antarabangsa, PSY tidak akan melayan jemputan yang menjanjikan bayaran kurang daripada sejuta Dolar Amerika. Ya lah, artis popular. Takkan nak bayar guna Ringgit Malaysia. Satu juta Dolar Amerika (ini minimum ya) samalah dengan 3.098 juta Ringgit Malaysia; untuk satu lagu, daripada seorang penyanyi demi memikat hati pengundi Cina (katanya). Hatta ada yang mencemuh kononnya DAP hanya mampu membuat parodi, dan BN juga yang hebat sehingga mampu membawa penyanyi asalnya ke mari. Inilah dia kesan pembodohan terancang oleh media yang dikawal pihak pemerintah pimpinan United Malays National Organisation sehingga tidak dapat meletakkan nilai kepada wang dan kemampuan sehingga boleh mengukur kebolehan memimpin dengan membandingkan artis mana yang dibawa masuk. Ya benar, Pakatan Rakyat adalah koalisi yang sederhana gayanya. Ia tidak mampu berbelanja besar dan menabur wang untuk membeli undi orang ramai. Tidak ada bayaran untuk datang berhimpun dan merelakan diri disepak terajang oleh pihak polis. Tidak ada bayaran untuk bawa sepanduk dan angkat bendera. Tiada bayaran untuk letakkan pelekat kempen pada kereta. Tidak macam UMNO. Selagi tak ada yang 'masyuk' tidak jalan lah kerja. Dapur Guan Eng Cuba kita perhati sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Puan Betty Chew, isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang memperlihatkan Lim Guan Eng sedang memasak di dapur. Mungkin apa yang orang hanya pandang ialah perbuatan Guan Eng memasak di rumah. Santai di dapur dengan rambutnya juga yang tidak diminyak. Tetapi cuba pandang sedikit ke belakang dan lihat ruang dapurnya yang serba sederhana itu. Rak plastik yang bersepah dijual di pasar borong. Kain lap yang selalunya dijual lima helai sepuluh ringgit di pasar malam. Siap ada lesung batu yang terceruk. Pemimpin yang rendah hati dan baik budi inilah yang ditohmah siang malam dengan fitnah yang akhirnya dibuktikan tidak benar di mahkamah. Bayangkan pula dapur pemimpin BN. Bayangkan Najib Razak menumbuk sambal belacan. Bayangkan isterinya sedang potong bawang. Mampu? Benar, perjuangan ini adalah perjuangan kelas. Yang kaya semakin kaya, yang miskin dibaginya RM500 sudah mahu tunduk sujud menggadai masa depan. Yang kaya rompak harta negara, yang miskin dapat tengok PSY menari sudah melompat-lompat sayang ke Perdana Menteri. Pembodohan dan kebuntuan begini yang mesti kita lawan. Tidak BN, undi kami orang Pulau Pinang tidak boleh dibeli dengan ang pau dan tarian Korea. Harga diri kami lebih tinggi daripada itu. Teruskanlah merancang bagaimana caranya untuk menawan kembali Pulau Pinang. Pergilah tidur dan bermimpi. Mudah-mudahan kalian mendapat ilham. – Roketkini.com |
Fitnah lagi: Dr Arifin dituduh mahu dirikan gereja di UPNM, siapa “Mat Gerek”? Posted: 07 Feb 2013 05:53 PM PST GEORGE TOWN, 8 FEB: Politik hegemoni agama terus dimainkan bagi membakar sensitiviti rakyat Malaysia. Terkini, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar sekali lagi menjadi mangsa fitnah apabila dituduh mahu menyebarkan ajaran Kristian. "Saya dituduh menyebarkan agama Kristian bersama beberapa pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kepada pelajar dan kakitangan universiti yang lain dengan matlamat untuk membangunkan sebuah gereja dalam universiti itu. "Saya ingin tegaskan bahawa saya adalah seorang Muslim dan tidak pernah langsung terbabit dalam sebarang kegiatan menyebarkan agama Kristian," tegasnya pada satu sidang media. Menurutnya, dakwaan fitnah itu adalah mengarut sama sekali dan sengaja dilakukan untuk mencemarkan namanya serta beberapa pensyarah yang lain. Selain itu Dr Ariffin berkata, tuduhan tidak berasas daripada seseorang yang menggelar dirinya sebagai "Mat Gerek" melalui satu memorandum turut mendakwa bahawa agen CIA telah berjaya menyusup masuk ke UTNM dan membiayai beberapa kajian yang dijalankan beberapa pensyarah di situ. "Saya dapat tahu bahawa fitnah jahat ini dibuat oleh seseorang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam universiti dalam satu mesyuarat sekitar akhir Oktober dan awal September tahun lalu," ujarnya. Apabila ditanya tindakan selanjutnya, beliau berkata, perkara ini akan dilaporkan kepada pihak polis dan mahu pihak berkuasa itu menjalankan siasatan menyeluruh agar namanya dan pensyarah lain yang dituduh dapat dibersihkan. Di sebalik isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible yang mencetuskan polemik, fitnah terbaru yang dilemparkan ke atas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu dilihat sebagai senjata pihak lawan yang sengaja memainkan sensitiviti rakyat Malaysia demi meraih sokongan politik. Sejak bersama perjuangan DAP, imej dan reputasi Dr Ariffin sering menjadi sasaran fitnah termasuk sebelum ini pernah dituduh mengatakan punca rasuah dalam perkhidmatan awam adalah disebabkan monopoli orang Melayu walhal beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan