Jumaat, 8 Februari 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ini yang Umno/BN tak mampu buat....Hanya Pakatan Rakyat yang boleh lakukan

Posted: 08 Feb 2013 12:46 AM PST

Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan saksama tentu gembira apabila Kerajaan Negeri Selangor sanggup membantu untuk memudahkan autopsy ke-2 keatas C Sugumaran, didakwa mati akibat kekejaman polis. 

Menurut N Surendran, naib presiden PKR dan salah seorang daripada peguam yang mewakili keluarga mangsa memberitahu, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim bersedia untuk memudahkan perjalanan pakar patologi Thailand Pornthip Rojanasunand ke Malaysia termasuk untuk bayaran bil beliau menjalankan autopsi kedua ke atas mangsa tersebut. 

Surendran juga berkata beliau telah meminta bantuan Khalid dalam berhubung dengan Thailand atas dasar kerajaan-ke-kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan Dr Pornthip. 

 "Kami sedang mencari bantuan Selangor untuk dimasukkan ke dalam permohonan kepada Kementerian Keadilan Thailand lantaran kerajaan persekutuan kita enggan untuk berbuat demikian," katanya. 

Surendran mendakwa bahawa Kementerian Kesihatan telah menyekat cubaan untuk melibatkan Dr Pornthip untuk bedah siasat. 

Syabas kepada kerajaan Pakatan Rakyat, Selangor yang sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat terutama golongan yang teraniaya ini.

PAS kaji tindakan undang-undang terhadap polis

Posted: 07 Feb 2013 08:49 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada polis jika terus membiarkan kegiatan menyekat aktiviti PAS oleh pihak lain.

Ketua Lajnah Undang-undang PAS, haji Asmuni Awi (gambar) berkata, memang menjadi 'statutory duty' kepada pasukan polis untuk mencegah pergaduhan, jenayah dan sebagainya.

"Tetapi jika polis berada di tempat kejadian tetapi tidak mencegah pihak yang membuat pergaduhan misalnya, hanya menjaga lalu lintas sahaja, itu sudah salah.

"Oleh itu kita sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap pihak polis," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas beberapa kejadian yang melibatkan program PAS disekat dan diganggu oleh pihak tertentu tetapi polis yang ada dalam kejadian itu tidak bertindak menghalangnya.

Polis hanya memastikan lalu lintas tidak terganggu sahaja.

Di pintu masuk Felda Teloi Timur, samseng jalanan menyekat pemimpin dan aktivis PAS dari mengadakan ceramah di sana.OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.

Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. 

Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan! - Harakahdaily.

Tiada ulasan: