Kerabu Bersuara ® |
- Keputusan Penuh Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa
- "KALAU KAU MASUK JOHOR MAMPUS KAU NANTI"
- Akhirnya Deepak Jaikishan Masuk Ke Dalam Pejabat Agung PAS
- Akhirnya Melayu Akan Dilantik Menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Syabas UMNO!
- TG Nik Aziz Menyampaikan Limau Sebagai Tanda Ziarah Tahun Baru Cina
- Bekas juara program realiti ditahan kes rogol
- Perogol bersiri 'Rambo Bentong' dijel 115 tahun
Keputusan Penuh Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa Posted: 06 Feb 2013 02:11 PM PST
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
"KALAU KAU MASUK JOHOR MAMPUS KAU NANTI" Posted: 05 Feb 2013 09:41 PM PST PERISTIWA di Scott Rd , Singapura. 3am — at CNN Building, Dubai Media City."KALAU KAU MASUK JOHOR MAMPUS KAU NANTI" Inilah kata kata seorang Anak Raja Johor terhadap seorang Pegawai Polis berbangsa Melayu Singapura yang ditahan keretanya pada jam 3am kerana disyaki mamandu di dalam keadaan mabuk dan telah melanggar beberapa lampu Isyarat di Singapura. Setelah diekori dan diberi isyarat untuk memberhentikan kenderaan dipandu seorang Anak Raja Johor, setelah agak lama barulah kereta Ferrari JA*1 berwarna Hitam itu berhenti. Anak Raja itu menjerit-jerit kemarahan dari dalam kenderaannya dan meminta Pegawai Polis itu menghampiri pintu keretanya segera, " Kau Polis Bodoh, mari sini aku nak tampar muka kau, kau tak kenal aku siapa"..... itulah antara ayat ayat yang terpancul dimulutnya. Pegawai Polis Singapura, berpangkat Inspektor itu dengan tegas mengatakan dengan berani (Kalau di Msia tak tahu sama ada Polis Msia berani atau tidak) "Awak dah langgar lampu Isyarat dan kalau awak sentuh saya , saya akan TANGKAP awak, Ini Singapura ada Perlembagaan dan Undang-Undang" Tidak lama kemudian berhenti Pajero dan kereta Pengiring Anak Raja tersebut, kira-kira 9 orang mengeliling Pegawai Polis Singapura itu dan seorang dan darinya menperkenalkan dirinya sebagai seorang Pegawai Polis dari Msia berpangkat Inspektor , namanya Inspektor Shah, pada masa itu makian dan jeritan Anak RAja itu tidak henti-henti dari keretanya. Bagi menyelamatkan keadaan Insp Shah telah merayu bersungguh-sungguh agar Anak Raja itu dilepaskan dari sebarang tindakan dan menerangkan dan "berbohong sunat" bahawa Tunku itu orang baik cuma hari itu sahaja dia minum arak dan mabuk serta meminta "Professional Courtesy" dari Insp Singapura itu. Mendengar perakuan bahawa Anak Raja itu sedang memandu dengan keadaan MABUK dari Insp Shah, Pegawai Polis Singapura itu berkata dia boleh bertolak ansur dengan syarat Anak Raja itu TIDAK MEMANDU Ferrari itu dan duduk sebagai penumpang sahaja, jika tidak dia akan menahannya. Insp Shah merayu-rayu bahawa Polis Malaysia sanggup mengiring dengan "Selamat" dan meminta Anak Raja itu dibenarkan terus memandu Ferrarinya itu.Insp Shah menyatakan kesukarannya kerana Anak Raja Johor itu sangat keras kepala dan susah menerima nasihat Polis Msia. Pegawai Polis Singapura itu sempat menegur Polis Msia supaya lebih tegas dan tidak sepatutnya membenarkan Anak Raja itu memandu kerana Insp Shah telah mengetahui Anak Raja itu telah minum Arak sebelum itu. Insp Shah hanya mampu tunduk MALU kerana tidak tahu apakah cara hendak "Mengawal" Anak Raja YANG BONGKAK ITU. NAMUN, ketegasan Pegawai Polis Singapura tanpa mengira "Pangkat" TELAH memberi "kata dua" kepada Insp Shah agar tukar pemandu serta merta atau Anak Raja itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Dalam keadaan MARAH KE MURKA KERANA MERASA TERHINA kerana tidak dibenarkan memandu Ferrarinya , Anak Raja itu memberi AMARAN DAN UGUTAN "KAU MASUK JOHOR KAU MAMPUS , AKU TAHU NAMA KAU DAN AKU INGAT SAMPAI MATI" Inilah lakunan "BERJIWA RAKYAT" yang tidak diketahui umum. PERKATAAN'BERJIWA RAKYAT" SEPATUTNYA DITUKAR KEPADA "PENIPU RAKYAT". Lakunan di depan Rakyat kononnya "prihatin dan berjiwa rakyat" HANYA SATU PENIPUAN SAHAJA. BAPANYA ADALAH KETUA AGAMA ISLAM TETAPI ANAKNYA ENTAH JADI APA? | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Akhirnya Deepak Jaikishan Masuk Ke Dalam Pejabat Agung PAS Posted: 05 Feb 2013 08:32 PM PST Kem Najib dan Barisan Nasional bergegar lagi! muhyiddin di jangka akan takeover BN sebelum pru13 di adakan! Deepak Jaikishan bertemu dengan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di Pejabat Agung PAS hari ini. Ia berkaitan dengan permohonan Deepak untuk mendapat IMUNITI atau kekebalan dari Pakatan Rakyat bagi membolehkannya mendedahkan lebih banyak lagi berhubung isu yang turut mengaitkan Najib Razak dan Altantuya. keh3 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Akhirnya Melayu Akan Dilantik Menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Syabas UMNO! Posted: 05 Feb 2013 08:30 PM PST Muhyiddin bayang Chang Yeow Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang BUTTERWORTH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow boleh menjadi ketua menteri jika BN diberi mandat mentadbir semula negeri ini. Ia bayangan pertama BN di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat. Dipetik Bernama, beliau berkata, ini bukanlah satu pengumuman tetapi ia menggambarkan BN mempunyai pemimpin yang lebih layak untuk menerajui negeri ini dengan lebih baik. "BN mempunyai banyak perancangan untuk majukan Pulau Pinang termasuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi mengatasi masalah perumahan di negeri ini, juga pelbagai projek pembangunan lain. "Ketika ini banyak projek pembangunan yang dirancang di bawah agensi atau jabatan kerajaan persekutuan berdepan dengan pelbagai halangan untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan negeri, oleh itu berilah BN peluang untuk mentadbir kembali Pulau Pinang untuk kesejahteraan rakyat," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran gelombang biru dan himpunan rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih, Perai di sini malam tadi. Turut sama pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30,000 orang itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Naib Presiden MCA yang juga Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam. Chang Yeow, 48, adalah bekas anggota exco kerajaan negeri dan dilantik memegang jawatan pengerusi BN negeri tahun lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon. Muhyiddin menegaskan segala pencangan yang telah dilaksanakan kerajaan persekutuan di bawah program transformasi mencapai kejayaan yang membanggakan dan faedahnya dikongsi bersama dengan rakyat. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
TG Nik Aziz Menyampaikan Limau Sebagai Tanda Ziarah Tahun Baru Cina Posted: 05 Feb 2013 06:01 PM PST Menziarah Masyarakat Cina Sempena Tahun Baru Cina. YAB. Tuan Guru menziarah dua rumah masyarakat Cina sempena Tahun Baru Cina di Kampung Tebing Tinggi,Pantai Dasar Sabak Pengkalan Chepa,beliau juga sempat beramah mesra dengan kaum keluarga tersebut. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bekas juara program realiti ditahan kes rogol Posted: 05 Feb 2013 03:44 PM PST Ampang Jaya: Seorang bekas juara program realiti popular anjuran sebuah stesen televisyen swasta ditahan polis kelmarin bagi membantu siasatan kes rogol teman wanitanya. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superintendan Md Nazri Zawawi, berkata suspek berusia 25 tahun itu direman enam hari bermula semalam berhubung laporan polis oleh teman wanitanya pada 31 Januari lalu. Suspek ditahan di rumahnya di Taman Melati, Setapak semalam (kelmarin) sebelum polis mendapatkan perintah reman terhadapnya hari ini (semalam) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. Penahanan itu susulan laporan polis dibuat teman wanitanya yang mendakwa dirogol oleh suspek. Mangsa turut dihantar ke Hospital Ampang bagi menjalani pemeriksaan, katanya. Dalam kejadian 31 Januari lalu, seorang wanita mendakwa dirogol oleh teman lelakinya yang juga seorang penyanyi, di sebuah rumah di Ukay Perdana, di sini. Mangsa mendakwa kejadian berlaku pada jam 12.40 tengah hari, namun wanita itu tidak melawan kerana bimbang dicederakan oleh teman lelakinya itu sebelum bertindak membuat laporan polis. Md Nazri berkata, hasil siasatan turut mendapati suspek tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian, malah tidak lagi bernaung di bawah syarikat rakaman milik seorang artis terkenal. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perogol bersiri 'Rambo Bentong' dijel 115 tahun Posted: 05 Feb 2013 03:42 PM PST WAN JUHAIDA WAN HASSAN Perogol bersiri 'Rambo Bentong' dijel 115 tahun Rabidin dibawa keluar dari mahkamah sesyen, semalam. RAUB - Mahkamah Sesyen Raub menjatuhkan hukuman 115 tahun penjara dan 50 sebatan ke atas Rabidin Satir, 43, bagi empat kesalahan rogol serta satu kes liwat, semalam. Rabidin atau dikenali dengan gelaran 'Rambo Bentong' tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.25 pagi kelihatan tenang dan bersahaja memasuki kandang tertuduh. Sebanyak tiga kenderaan polis memantau perjalanannya dari Bentong yang turut disertai Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor. Selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan demi pertuduhan, Rabidin mengaku bersalah terhadap kesalahan rogol pada 9 Julai 2009 antara jam 2 pagi dan 3 pagi dalam bilik sebuah rumah di Taman Sri Marong, Bentong, melibatkan mangsa, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun 5 bulan. Kes yang disiasat di bawah Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan itu diakui benar oleh Rabidin termasuk ketika gambar kes ditunjukkan kepadanya. Bagi kes kedua, Rabidin mengaku bersalah melakukan jenayah rogol pada 21 Jun 2010 antara jam 1 pagi dan 3 pagi dalam bilik di KM5, Jalan Kuala Lumpur - Bentong, melibatkan mangsa, remaja berusia 17 tahun. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan itu juga diakui benar selepas Juru Bahasa Mahkamah menunjukkan gambar kes kepadanya. Rabidin juga mengaku bersalah bagi kes ketiga melibatkan jenayah rogol kanak-kanak berusia 8 tahun 2 bulan di tepi sungai belakang rumah dekat Ketari, Bentong antara jam 12.30 pagi hingga 1.30 pagi pada 29 April tahun lalu. Sementara itu, Rabidin turut mengaku bersalah bagi kes keempat melibatkan mangsa, remaja berusia 16 tahun 5 bulan iaitu rogol dan liwat dalam bilik sebuah rumah di Ketari, Bentong antara jam 1 pagi dan 2.30 pagi. Ketika diberi peluang berbicara, Rabidin mengambil kesempatan memohon maaf atas segala kesalahan yang dilakukan dan berharap agar diampunkan dunia akhirat. Rabidin juga memohon maaf atas kesalahan bagi kes kedua kerana ia dilakukan dalam keadaannya khayal dan mabuk. Dia turut meminta agar mahkamah mengurangkan hukuman yang dikenakan ke atasnya bagi kes pertama dan kedua. Bagaimanapun, Rabidin bertindak mendiamkan diri dan tidak mahu memohon sebarang rayuan ketika diberi peluang untuk kes ketiga, keempat dan kelima. Hakim Murtazadi Amran membacakan hukuman yang dijalankan secara berasingan iaitu masing-masing 25 tahun penjara dan 10 sebatan bagi empat kesalahan rogol, sementara kesalahan liwat pula dikenakan 15 tahun penjara serta 10 sebatan. Secara keseluruhannya, Rabidin perlu menjalani hukuman 115 tahun penjara dan 50 sebatan bagi keseluruhan kes yang diputuskan semalam. Dalam perkembangan lain, Rabidin turut hadapi pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh anggota polis pada hari dia ditangkap 14 November tahun lalu berhampiran Taman Syahbandar Hussain, Bentong. Rabidin dituduh mencederakan anggota polis dengan senjata miliknya dan jika disabitkan kesalahan dia boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun penjara. Mahkamah menetapkan 21 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan