Sabtu, 2 Februari 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Tahun Baru Cina 2013 — Psy Bakal Hadir Ke Rumah Terbuka Anjuran Kerajaan BN

Posted: 02 Feb 2013 03:00 PM PST




Nampaknya bintang muzik pop Korea yang popular dengan lagu Gangnam Style, Psy bakal hadir ke Malaysia lebih awal daripada yang di'jangka para peminat beliau di'sini.

Menurut laporan The Star hari ini, Psy telah pun di'tempah untuk hadir membuat persembahan di rumah terbuka anjuran Barisan Nasional bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Ini bermakna Psy akan hadir juga buat kali kedua pada pertengahan Mac ini untuk memeriahkan Future Music Festival Asia (FMFA) 2013.

Rumah terbuka itu akan berlangsung pada 11 Februari ini di Han Chiang High School, Pulau Pinang bermula jam 10.00 pagi & akan turut di'hadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



Terima Kasih Najib! Ustaz Nasa Dan Fathul Bari suka. Mufti Perak akan gembira.

Terkini! Laman JAWI DiGONDAM! Video Ustaz Azhar Dimasukan

Posted: 02 Feb 2013 08:23 AM PST

Bendera PAS Diturunkan Di Parlimen Pekan. Demokrasi?

Posted: 02 Feb 2013 12:37 AM PST


negara demokrasi?

Kenapa Najib Dan MB Selangor Ketawa Bersama?

Posted: 01 Feb 2013 11:00 PM PST

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/538999_328093997291737_309421909_n.jpg

Dakwaan Nik Aziz hanya omong kosong, kata Veteran Umno

2 Februari 2013

KUALA LUMPUR - Dakwaan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa hanya parti itu yang mampu menjuarai dan menyatukan umat Islam di Malaysia adalah satu 'omong kosong' dan tidak berlandaskan fakta sebenar, kata Setiausaha Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub.

Beliau berkata, ini dapat dilihat daripada tindak tanduk Pas sendiri, antaranya enggan bekerjasama dengan Umno yang telah menghulur salam persahabatan penuh ikhlas demi menjuarai umat Islam serta merealisasikan perpaduan orang Melayu di negara ini.

"Jika Nik Aziz mahu berkata demikian, tunjukkan bukti bahawa Pas ikhlas menjuarai umat Islam dan mahu orang Melayu bersatu. Apakah mengkafirkan dan memurtadkan orang Melayu beragama Islam dalam Umno dianggap sebagai menjuarai Islam?

"Umno sejak sekian lama memperjuangkan Islam dan orang Melayu di Malaysia, jadi mengapa Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno dengan matlamat yang sama? Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno hanya kerana Pas tidak mempunyai niat memperjuangkan umat Islam dan Melayu seperti Umno," katanya kepada Bernama.

Rabu lepas ketika mengulas pemecatan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Ulama Pas, Nik Aziz dilaporkan berkata bekas Timbalan Presiden Pas itu boleh menyertai mana-mana parti termasuk Umno, namun menegaskan hanya Pas yang mampu menjuarai dan menyatukan umat Islam di Malaysia.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dilaporkan berkata, partinya tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana parti itu (BN dan Umno) tidak tahu memerintah.

Mustapha turut mempersoal mengapa Pas masih sanggup bekerjasama dengan DAP yang secara jelas cuba memperlekeh Islam apabila Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng mahu kerajaan membenarkan kalimah ALLAH dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu.

"Adakah bekerjasama dengan DAP itu ini mampu merealisasikan usaha Pas menjuarai umat Islam dan agama Islam ? Ataupun kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya hanya sebuah retorik politik bertujuan untuk mendapatkan sokongan," katanya.

Beliau berkata Umno sejak sekian lama telah menjuarai umat Islam di negara ini malah telah menjadi juara umat Islam di serata dunia antaranya di Palestin, Filipina dan Bosnia Herzegovina.

"Kerajaan Umno memainkan peranan penting dalam banyak isu antarabanysa melibatkan umat Islam antaranya perjanjian damai antara Bangsamoro dan kerajaan Filipina serta isu umat Islam di Palestin.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang juga Presiden Umno sanggup pergi ke Gaza bagi membantu umat Islam yang ditindas regim zionis Israel di sana. Rakyat boleh menilai sendiri mengapa Pas masih enggan bekerjasama dengan Umno yang jelas menjuarai umat Islam serata dunia," katanya. - Bernama

kahkahkahkahkahkahkahkah.....

Terkini! Hampir 30 Ribu Rakyat Kelantan Berhimpun Bantah TG Nik Aziz Di Pasir Pekan

Posted: 01 Feb 2013 08:11 PM PST

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/537258_532196586810794_1753454879_n.jpghttp://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/400175_532197050144081_733876638_n.jpghttp://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/423029_490068927696097_1251315524_n.jpg

gambar kredit kepada sahabat yang berada di sana.

Tuntutan royalti perlu ada asas

Wartawan Sinar Harian


KOTA BHARU – Pihak yang mempersoalkan bayaran tuntutan royalti minyak dan gas di Kelantan perlu mengemukakan asas yang kukuh untuk memastikan tuntutan mereka dipenuhi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, terdapat banyak perkara yang perlu difahami khususnya hal yang berkaitan sempadan dan undang-undang.

"Dalam soal tuntutan royalti ini, saya tidak pasti asas utama mereka, sama ada mahukan royalti dari Thailand, Vietnam ataupun Terengganu," katanya selepas Majlis Kasih Disemai Sayang Dibelai 2013 di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan, semalam.

Seramai hampir 2,000 pendidiki diraikan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang turut disertai 1,006 pendidik bukan Islam yang mengajar subjek bahasa Thailand, Inggeris, India, Mandarin dan sebagainya.

Mustapa berkata, perkara utama yang perlu ditekankan dalam tuntutan royalti ini adalah asas dan yang keduanya pula ialah undang-undang.

Beliau berkata, sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memberi penerangan tentang penyerahan royalti tersebut.

"Royalti itu ialah wang ihsan. Wang ihsan kami telah berikan, sebagaimana yang perdana menteri kita beritahu sebelum ini, kita ada empat 'cawangan' minyak iaitu bersama dengan dua buah negara luar, Terengganu dan juga Kelantan," katanya.

Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan itu juga turut menjelaskan segala keputusan akan diumumkan jawatankuasa khas untuk isu tersebut.

"Kita tunggu mesyuarat Jawatankuasa khas yang telah dilantik, berapa jumlah sebenar dan kawasan mana yang dituntut, tidak perlu berdolak-dalik dalam hal ini kerana perdana menteri sendiri telah menyebut, tidak ada satu pun hak rakyat Kelantan yang tidak terbela," katanya.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan tentang cadangan pemberian wang ihsan kepada waris individu telah meninggal dunia di negeri ini.



Pesanan Admin Kerabu Bersuara

Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan.

Maksud menyembunyikan ilmu pengetahuan ialah orang-orang yang memiliki ilmu apabila ditanya orang lain sedangkan dia mengerti persoalan yang ditanyakan tetapi tidak menjelaskannya.Perbuatan ini akan menghalang kemajuan umat islam dalam segala bidang dan juga dapat menutup kebenaran.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِى ٱلۡكِتَـٰبِۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَلۡعَنُہُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُہُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ (١٥٩)

Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang Kami turunkan di antara beberapa keterangan dan petunjuk setelah Kami terangkan kepada manusia dalam kitab,nescaya mereka itu dikutuk Allah s.w.t dan dikutuk oleh orang-orang yang mengutuknya.'
(Al-Baqarah:159)

Firman Allah s.w.t:
وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَـٰقَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُ ۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكۡتُمُونَهُ ۥ فَنَبَذُوهُ وَرَآءَ ظُهُورِهِمۡ وَٱشۡتَرَوۡاْ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬ۖ فَبِئۡسَ مَا يَشۡتَرُونَ (١٨٧)

Ertinya:
"Ingatlah ketika Allah s.w.t mengambil janji orang-orang ahli kitab:"Hendaklah kamu terangkan kitab kepada manusia dan janganlah kamu sembunyikannya,lalu mereka lemparkan perjanjian itu di belakang punggungnya(tidak tepati)dan mereka jual perjanjian itu dengan wang yang sedikit.Maka amat jahat apa yang mereka jual itu."
(Ali-Imran:187)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:"Barangsiapa ditanya sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya,maka di hari kiamat nanti dia akan dikendalikan dengan kendali api neraka."
(HR.Ata')

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi S.a.w bersabda:'Barangsiapa menuntut ilmu sedang ia tidak mahu mengamalkannya,nescaya ilmunya tidak akan bertambah melainkan kesombongan belaka."
(HR.Tirmizi dan Ibnu Majah)

Surat Cinta Najib Kepada Budak-Budak Sekolah

Posted: 01 Feb 2013 08:04 PM PST

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/67972_523888804322698_1394389775_n.jpg

Tiada ulasan: