Kerabu Bersuara ® |
Umno BN halang Dr Pornthip bedah siasat Sugumar – Surendran Posted: 13 Feb 2013 09:32 PM PST (Oleh Aedi Asri) KUALA LUMPUR 14 FEB: Tekanan kerajaan Umno BN ke atas kerajaan Thailand menyebabkan pakar patologi, Dr Pornthip Rojanasunan dihalang menjalankan bedah siasat kedua terhadap C Sugumar, dedah peguam keluarga mendiang, N Surendran. “Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hubungi Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra. Dr“Akibatnya, kerajaan Thailand putuskan Dr Pornthip ‘tidak patut’ buat bedah siasat kedua, supaya ‘tidak jejaskan hubungan’ antara dua negara. “Maklumat ini diperolehi daripada sumber autoriti yang dipercayai,” kata Surendran pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN pagi ini. Naib Presiden KEADILAN itu bagaimanapun tidak dapat mendedahkan sumber tersebut pada masa ini. Dr Pornthip yang sebelum ini terlibat dalam bedah siasat kedua mayat Teoh Beng Hock, sedia bedah siasat mayat Sugumar. Turut hadir pada sidang media itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, R Sivarasa; Timbalan Ketua Biro Guaman dan Hak Asasi KEADILAN, S Jayathas dan keluarga mendiang. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan