ALHUSSEYN |
- Betulkah majlis Hamidah malam tadi meriah ?
- Blogger Penjilat Hamidah kantoi lagi....
- Gempar! Gempar! Pengarah SPR letak jawatan
- Hamidah terkantoi, tergolek-golek atas padang bola
Betulkah majlis Hamidah malam tadi meriah ? Posted: 14 Feb 2013 02:19 AM PST Jom kita tinjau-tinjau, betulkah majlis Hamidah memfitnah dan mengumpat Anwar malam tadi tu meriah sungguh atau tidak.Aku ambil gambar pun dari apa yang blogger Penjilat Hamidah tu rakamkan. Aku ciluk sahaja. Allahyarham Hj Ali Omar sangat marahkan anaknya itu kerana memfitnah Anwar dan lari keluar negeri bersama sorang lelaki Iban, suami orang. Lelaki tersebut adalah Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda . Dia telah membuat pengakuan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sewaktu perbicaraan Anwar Ibrahim , " Saya ada buat hubungan sex dgn Umi Hafilda sewaktu di London." Orang rosak macam pelesit ini, Hamidah dan Umno usung keulu kehilo nak tegakan Melayu dan Islam? Kesian... Cer kita tinjau pulak majlis Pakatan Rakyat.Betapa cerianya dan meriahnya.Para pengunjung pun ramai.Para penjaja pun seronok kerana barang dagangan mereka laku dijual. Korang boleh tengok lain-lain gambo majlis Hamidah malam tadi di sini Kesian tengok makcik-makcik yang terpaksa bersubahat dengan anak pompuan yang durhaka tu! Mereka tertipu oleh lidah biawak Hamidah yg kononnya Anwar Ibrahim akan bersama dalam majlis mereka. Hamidah gi pasang banner penipuannya itu dimerata tempat beritahu orang ramai 'Umi Hafilda vs Anwar Ibrahim' Wanita Umno yg memang kurang cerdik itu pun mudah percaya.Kaum lelaki mereka nampaknya lebih cerdik sedikit.Pasal itulah bilangan wanita lebih ramai dibandingkan dgn kaum lelaki. Ketika kami balik dari ceramah malam tadi sekitar jam 12.30 malam. Kami bertmbung dengan beberapa bas yang membawa makcik-makcik Umno tu. Tengok deme dah tersando ajer dalam bas ketletihan dan mengantok sangat.Balik rumah tentu suami masing-masing marah sebab lewat malam baru pulang! Tak taulah pukul berapa masing-masing sampai rumah … Ada yang kata 10 buah bas. Ada juga kata 11. Tapi mengikut ceritanya semua bas tu tidak penuh pasenjernya. Cuma sekitar 15 orang sahaja. Ada satu bas tu langsung tak ada pasenjer! Tetapi Hamidah tetap kena bayar RM500.00 setiap bas . Ha! ha! Ini baru betul duit Broom! Broom! |
Blogger Penjilat Hamidah kantoi lagi.... Posted: 13 Feb 2013 10:00 PM PST Kelakar betul bila baca blog penjilat Hamidah tu. Ada video tunjuk Anwar jatuh! Anwar jatuh sebaik pijak bumi Pengkalan Pegoh? Kah! Kah! Kah! Kah! Korang lihat gambar berikut yg aku ambil dari rakaman blogger Penjilat Hamidah pada saat ke 10. Malam tadi aku bersama dengan sahabat ku, blogger Ajijoi. Dengan keadaan aku, aku taklah merayau-rayau seligat Ajijoi. Ajijoi kebetulan berada berhampiran dgn situasi yang cuba diputar belitkan oleh penjilat Hamidah ni. Ajijoi bagi tahu aku malam tadi, "Kesian tengok Anwar tu , pembantu-pembantunya terpaksa papah dia bila nak bangun tadi...kan dia ada sakit tulang belakang dulu tu...masih tak sembuh sepenuhnya." Aku diam saja. Tak kata apa-apa pun.Keadaan aku sendiri mungkin lebih teruk lagi dari Anwar tu! Anwar sebenarnya cuba menyantuni para pengunjung di majlisnya itu. Dia duduk bersila bersama-sama mereka.Lihatlah gambar (aku ciluk dari sini) yang Ajijoi rakamkan.Orang ramai kelihatan cukup gumbira dapat bersama-sama Anwar secara dekat dan mesra begini. Hamidah boleh buat macam ini? Itulah, bila tengok blog Penjilat Hamidah tu, aku rasa macam susah nak percaya. Ada juga manusia tengin tak berhati perut dengan penderitaan penyakit yang orang lain hidapi. Anwar yang mengidap sakit tulang belakang tu memanglah terpaksa dipapah untuk bangun dari duduk kat bawah tu! Hal semacam ini pun nak putar belit.Kantoilah ko Penjilat Hamidah! Kalau Anwar jatuh sekali pun, apa masalahnya ? Penjilat Hamidah ni lebih patut bersiap-siap untuk menyambut kejatuhan Hamidah dan Zambry di Perak ni tak lama lagi! Jam itu barulah ko tahu dan rasakan sendiri akibahnya nanti. Inilah rakaman video paling pendek dalam dunia! Durasi selama 30 saat sahaja! Ha! ha! Korang lihatlah sendiri ~ |
Gempar! Gempar! Pengarah SPR letak jawatan Posted: 13 Feb 2013 06:00 PM PST Pilihanraya sudah terlalu hampir, bila-bila masa sahaja ia akan diumumkan. Tetapi tiba-tiba Pengarah SPR , seorang yang merupakan berpengalaman dalam mengendalikan pilihan raya telah meletakan jawatannya. Sudah tentulah ini akan menyulitkan keadaan. Ramai yang terkejut biawak bila membaca berita perletakan jawatan tersebut di sini. PM Malaysia, Tun Abdul Razak enggan melayan pertanyaan orang ramai mengenainya atas alasan itu adalah hal negara lain ~ Zimbabwe! |
Hamidah terkantoi, tergolek-golek atas padang bola Posted: 13 Feb 2013 04:22 PM PST Aku tak tahu apa jadi kat padang bola di Kg Pengkalan Pegoh malam tadi.Aku hanya rasa simpati dengan Hamidah kerana dia gagal nak provok program ceramah Pakatan Rakyat setelah padang bola tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Hamidah. Sewaktu nak balik tadi, aku terserempak dengan 10 bas yang kebanyakannya penumpang-penumpang wanita yg Hamidah angkut dari merata tempat .... Pihak urus setia dengan bijaknya telah memindahkan Majlis ceramah Pakatan Rakyat ke perkarangan Markas PAS Pengkalan Pegoh bagi mengelakan pertembungan dengan Hamidah.Langkah tersebut dilihat telah berjaya dan majlis yang menampilkan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7, Anwar Ibrahim berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Selain Anwar, beberapa pimpinan pakatan Rakyat negeri telah turut hadir dan berucap yang antaranya ialah Hj Nizar Jamaludin, Dr Lee Boon Chye, S Sivakumar, Dr Manuti , Radzi Zainon dan lain-lain. Sila ikuti sedutan rakaman ucapan Anwar Ibrahim di sini |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan