Rabu, 27 Februari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Haramjadah Timpa Najib Lagi, DAP Lapor Polis Kenyataannya Cetus Api Perkauman

Posted: 27 Feb 2013 12:24 AM PST


.Cubaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mencetuskan api perkauman dengan menggunakan agama untuk menakut-nakutkan rakyat menjadi penghinaan kepada slogan 1Malaysia dan wasatiyyah yang cuba dibawanya.

Terbaru, akhbar The Star melaporkan Presiden UMNO itu berkata bahawa, "Undi untuk PKR akan merosakkan akidah sementara undi untuk PAS akan memecahbelahkan umat Islam; manakala undi DAP akan mengakibatkan penindasan Islam."

Kenyataan politik sempit Najib itu disambut dengan kekecewaan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari yang telah membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri kerana memfitnah DAP, hari ini.

"Ke mana perginya sifat wasatiyyah atau kesederhanaan yang diuar-uarkan Datuk Seri Najib sendiri? Ini membuktikan slogan yang dilaungkan seperti Wasatiyyah dan 1Malaysia hanya slogan kosong dan tidak dituruti beliau sendiri, apabila mendakwa dengan begitu jahat dan tidak berasas tanpa mengemukakan sebarang bukti," ujar beliau dalam kenyataan medianya hari ini.

Tuduhan Perdana Menteri ternyata tidak berasas dan tidak disokong dengan fakta, sedangkan menurut Zairil, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah membuktikan agama Islam bukan sahaja tidak ditindas malah lebih dimartabatkan.

"Peruntukan hal ehwal agama Islam bukan sahaja ditingkatkan berkali ganda berbanding kerajaan sebelum ini, tanah bernilai hampir RM80 juta diperuntukkan untuk pembinaan Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi tujuh tingkat bagi menggantikan bangunan lama dua tingkat.

"Selain itu, kerajaan negeri juga mengusahakan industri halal, melakukan pengambilan balik tanah untuk pembesaran perkuburan Islam, meningkatkan elaun bulanan tok siak dan bilal sebanyak 80 peratus, mengiktiraf para huffaz dan untuk kali pertama memberi peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)," katanya.

Menurutnya lagi, siri fitnah Barisan Nasional melalui media arus perdana juga telah ditumpulkan apabila mahkamah memerintahkan akhbar Utusan Malaysia membayar ganti rugi kerana didapati bersalah memfitnah Lim Guan Eng, kononnya sebagai seorang yang anti Melayu dan anti Islam.

"Adalah jelas dakwaan Najib itu berniat jahat dan bertujuan menghasut sentimen perkauman dan agama di kalangan masyarakat Islam terhadap Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

"Bagi mengelak sebarang kekeliruan dan persengketaan, saya bagi pihak DAP membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib atas dakwaan fitnah yang berbahaya itu," katanya.

Laporan polis turut dibuat oleh Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Raja Puji di balai polis Tun H S Lee pagi ini dan menyifatkan kenyataan Perdana Menteri itu menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah amat terdesak sehingga sanggup mengabaikan slogan perpaduan dan kesederhanaan demi mendapatkan sokongan melalui usaha memporak-perandakan masyarakat.

Kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali dipersoalkan DAP, malah ia telah disemadikan dalam perlembagaan parti dan juga Deklarasi Shah Alam yang termeterai dalam Persidangan Kebangsaan DAP pada 8 Januari 2012. – Roketkini

Siapa Sebenarnya Yang Membangkrapkan Negara?

Posted: 26 Feb 2013 10:16 PM PST


Manifesto PR: 'Negara bankrap' skema jawapan BN

Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak terkial-kial mencari tarikh pembubaran Parlimen, Pakatan Rakyat pula berjaya melancarkan Manifesto yang menyentuh untuk keperluan rakyat semalam.

Seperti biasa, di dada-dada akhbar arus perdana hari ini pula mula menyiarkan komen-komen dari pemimpin BN mengecam tawaran Pakatan Rakyat itu.

Namun bagi AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, komen-komen kecaman tersebut sudah boleh dijangka sejak awal lagi.

"Kita sudah dapat menjangka komen yang diberikan oleh pemimpin BN, iaitu negara akan bankrap jika ikut manifesto Pakatan Rakyat.

"Inilah skema jawapan pemimpin Umno BN apabila setiap kali kita keluarkan tawaran untuk rakyat," katanya.

Menurut Idris, pemimpin BN hanya 'pejam mata' melihat ketirisan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan selama ini seperti yang didedahkan saban tahun oleh Ketua Audit Negara.

Menurutnya Audit Negara 2008 mendedahkan berlaku ketirisan RM28 bilion manakala sebanyak RM871.4 bilion wang haram mengalir keluar antara 2001 hingga 2010
.

Tambah beliau lagi, ketika kerajaan Selangor memberi air percuma kepada setiap rakyat, pemimpin Umno lantang mengatakan Selangor akan bankrap.

"Selangor buktikan walaupun wang dihabis untuk rakyat, namun rizab Selangor bertambah daripada RM400 juta tahun 2008 telah meningkat RM2.57 bilion pada tahun 2013,'
katanya.

Pulau Pinang ujarnya berjaya membayar hutang lapuk RM600 yang ditinggalkan BN sehingga sekarang berbaki RM30 juta.

Kelantan yang dikatakan miskin pula mampu mentadbir negeri hampir 23 tahun dan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada tempat kedua kepada tempat keempat.

"Maka barang pasti jika PR perintah diperingkat pusat lebih mampu kerana hasil mahsul lebih banyak.

"Semua tawaran PR tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan BN kerana pemerintahan yang penuh korup, utamakan kroni, menindas rakyat yang tidak sealiran dan pilih kasih.

"Sebab itu pemimpin Umno BN mengatakan negara bankrap kerana mereka fikir pemimpin PR perangai seperti mereka," katanya.

Ulasan GB

Siapakah sebenarnya sedang membangkrapkan negara?

Lhat sini...



[PANAS] Bala Buat Pendedahan "Siapa Arah Bunuh Altantuya" Malam Ini

Posted: 26 Feb 2013 07:33 PM PST


Bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) akan tampil di forum 'Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya' malam ini, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India.

Empat lagi ahli panel forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu ialah Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel; Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Kartunis Zunar.

"SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan kumpulan mahasiswa.

"PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

SAMM menjemput orang ramai menghadiri forum yang akan bermula jam 8.30 malam.

LAPORAN SEBELUM INI


Sumpah PI Bala: SD1 yang benar



Penyiasat persendirian P Balasubramaniam bersumpah bahawa pengakuan berkanun pertamanya bertarikh Julai 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah pengakuan sebenar.

Balasubramaniam yang mengalirkan air mata ketika tiba di KLIA petang ini menyatakan sumpah tersebut sambil memegang satu kitab Hindu Bhagavad Gita dan menegaskan bahawa pengakuan berkanun yang dibuat untuk membatalkan pengakuan pertama adalah tidak benar.

"Saya mengaku dengan kitab suci ini bahawa SD pertama adalah benar dan tiada yang benar melainkan yang benar. Saya meminta maaf kepada anda semua bahawa SD kedua adalah tidak benar," katanya.

SD pertamanya mengandungi butiran mengenai interaksinya dengan beberapa personaliti menjelang hari kematian Altantuya.

Antaranya, beliau mendakwa Najib mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya.

Sehari selepas itu, beliau bagaimanapun menarik balik SD tersebut dan mendakwa beliau membuat pengakuan berkanun pertama itu dalam keadaan dures.

Beliau kemudiannya meninggalkan Malaysia dan mendakwa pengakuan pertama adalah pengakuan sebenar dan SD kedua pula dibuat dalam keadaan dures.

Balasubramaniam kini kembali ke Malaysia untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai pembunuhan Altantuya sedikit masa lagi.

Balasubramaniam ketika ditanya berkata beliau tidak akan cuba mendapatkan kerjasama Deepak Jaikishan, ahli perniagaan yang terlibat dalam menyediakan SD kedua.

Beliau sedia untuk bekerjasama sekiranya Deepak datang mencarinya, namun beliau tidak akan mencari Deepak, katanya.
-mk

[GAMBAR MELETUP!] Sidang Tergempar Lembu-lembu Di Bilik Gerakan BN

Posted: 26 Feb 2013 04:01 PM PST


Ada sidang tergempar agaknya di Bilik Gerakan UPU padang Landak Terengganu beberapa hari lepas. Sungguh pandai lembu-lembu itu memilh tempat untuk buat persidangan.

Tetapi menurut caption gambar yang dimuat naik ke laman sosial facebook, lebih menarik lagi, ia dikatakan sekumpulan Ahli-ahli umno/BN (NFC) sedang tekun bermusyuarat di markas UPU Padang Landak tersebut... hehehe

dan dengar khabar ada "resolusi" dari sidang tergempar tersebut:


klik untuk lebih jelas

Kajian Merdeka Center: Populariti Najib Susut Lagi [updated]

Posted: 26 Feb 2013 06:36 AM PST


Sementara rakyat menanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti pengundi ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot lagi, dua mata, berbanding dua bulan yang lalu.

Hasil kajian itu menunjukkan pengundi yang berpuas hati dengan pencapaian perdana menteri pada bulan lalu adalah dalam lingkungan 61 peratus berbanding 63 peratus Disember lalu.

Oktober lalu, paras itu adalah sebanyak 65 peratus, yang naik satu mata berbanding Jun lalu.

Setahun lalu, kajian yang sama menunjukkan paras populariti Najib pada paras 69 peratus.

"Kajian menunjukkan sementara kadar rasa puas hati di kalangan pengundi Cina dan India, masing-masing kekal pada paras 34 peratus dan 75 peratus, sentimen di kalangan orang Melayu menurun empat mata daripada 77 peratus kepada 73 peratus," kata kenyataan dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.

Menurut kenyataan itu, kajian terbaru ini juga mendapati sentimen pengundi ke atas kerajaan adalah sebanyak 48 peratus manakala ke atas Barisan Nasional (BN) pula 45 peratus.

"Kajian juga menunjukkan penurunan (arah aliran sokongan) di kalangan responden Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," katanya lagi.

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 23 Januari dan 6 Februari lalu bagi menilai pandangan pengundi menjelang PRU13.

Kajian ini diadakan selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat dan ketika berlangsungnya ikuiri suruhanjaya diraja berkenaan warga asing di Sabah dan di sebalik kontroversi kalimah ALLAH.

Merdeka Center berkata kajian ini selesai dijalankan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Seramai 1,021 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus orang Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India ditemu bual. -SH


Merdeka Centre: Populariti PM kian merosot


Satu kajian oleh Merdeka Centre menunjukkan sokongan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini semakin merosot di waktu pilihan raya umum semakin dekat.

Seramai 61 peratus daripada 1,021 responden yang ditinjau antara 23 Januari hingga 6 Februari tersebut berpuas hati dengan prestasi perdana menteri, turun dua mata berbanding tinjauan sama yang dijalankan pada Disember tahun lalu.

Merdeka Centre menyebut, penurunan itu sebahagian besarnya disebabkan penurunan sehingga empat mata di kalangan pengundi Melayu – berbanding 77 peratus sejak sebulan lalu.


Jumlah responden Cina dan India yang berpuas hati dengaan Najib pula masing-masing di tahan 37 peratus dan 75 peratus.

Merdeka Center menyebut, tinjauan itu dijalankan selepas tiga peristiwa – perhimpuan 12 Januari di Stadium Merdeka, permulaan siasatan Suruhanajay Siasatan Diraja di Sabah, dan kritikan ke atas kerajaan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Tahap sokongan ke atas perdana menteri di tahap tertinggi – 71 peratus – pada Disember 2011.
-mk

-mk

Ulasan GB

BO LA WEI - Kata-kata penghinaan Najib terhadap rakyat Kelantan akhirnya memakan dirinya semula!


Tiada ulasan: