Kelab Greenboc |
- Sah Utusan Memfitnah: Diarah Mohon Maaf, Bayar Pampasan Kepada Azan
- Mahathir Dengan Sindrom Penafian, Tuduh Klip Video Diubah
- [VIDEO] Yassin Nyanyikan Lagu '"Reformasi", Jadi Duta Rasmi Kempen Pilihanraya AMK
- "Hijab Adalah Maruah Saya" - Siswi Yang Tudungnya Ditarik Samseng UMNO
- [VIDEO] Haramjadah Terus Menimpa Najib: Anwar Disambut Lebih Meriah
- Najib Bakal Keluar Dari Putrajaya Dengan Lenggang "Gangnam Style"?
Sah Utusan Memfitnah: Diarah Mohon Maaf, Bayar Pampasan Kepada Azan Posted: 18 Feb 2013 12:24 AM PST Mahkamah hari ini memerintahkan Utusan Malaysia memohon maaf terbuka dan membayar sejumlah pampasan kepada Azan Ismail ekoran laporan fitnah akhbar tersebut ke atas Ahli Parlimen Indera Indera Mahkota itu. Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kamar pada jam 10.00 pagi ini. Permohonan maaf tersebut perlu disiarkan di akhbar kawalan Umno itu dalam tujuh hari bermula hari ini. "Utusan sedia membayar gantirugi dan permohonan maaf seperti yang dituntut sebelum ini. Jumlah pampasan tak dapat kita sebut kerana dalam surat penghakiman, mahkamah meminta supaya ia tidak diberitahu umum," jelas Azan, diwakili peguam, A Vasudevan. Mengulas kemenangan itu, Azan mengingatkan etika pemberitaan perlu telus dan tepat. "Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan," katanya kepada Keadilan Daily. Pengerusi KEADILAN Terengganu itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambarnya bersama ahli politik yang keluar sebelum itu. Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu. |
Mahathir Dengan Sindrom Penafian, Tuduh Klip Video Diubah Posted: 17 Feb 2013 10:00 PM PST Mahathir: Bahaya jika media alternatif tak dikawal. Kebebasan yang ditawar media alternatif menerusi Internet telah menimbulkan beberapa situasi yang menyaksikan pembohongan boleh dilihat sebagai kebenaran dan sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata menerusi media alternatif, sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang kenyataan yang mereka suka secara langsung di Internet, tanpa sebarang kawalan kerana tidak ada pengurus, editor atau penyunting untuk mengubah isi kandungannya. "Bahasa kesat dan berbaur perkauman juga menyebabkan ketegangan semakin meningkat di kalangan masyarakat. Segala jenis tuduhan dibuat tanpa sebarang asas. Ketika ini, kita boleh melihat klip video yang telah diubah, dimuat naik dalam YouTube," kata beliau dalam entri terbaharu blognya. Dr Mahathir merujuk klip video yang menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyoal khalayak di Pulau Pinang baru-baru ini sama ada mereka bersedia untuk BN (BN), yang seolah-olah dijawab dengan perkataan 'Tidak'. "Kini didapati perkara itu dilakukan dengan membawa satu kumpulan yang dilengkapi kamera video dan mikrofon ke dalam khalayak. Apabila PM menyoal 'Adakah anda bersedia untuk BN', kumpulan ini menjeritkan 'Tidak' sebagai respons. "Ia kelihatan seolah-olah keseluruhan khalayak menjeritkan perkataan 'Tidak'. Walhal hanya satu kumpulan ini yang menjeritkan 'Tidak' kepada mikrofon mereka. Perkataan 'Ya' daripada sekumpulan besar khalayak lagi tidak dirakam dan dimasukkan dalam klip video yang dimuat naik di YouTube. "Rakaman ini segera dimuat naik ke YouTube dan merebak ke blog lain. Meskipun terdapat video lain, yang menunjukkan khalayak mengangkat tangan dan menjeritkan perkataan 'Ya', dimuat naik dalam YouTube selepas itu, kebanyakan orang tidak mempedulikannya. Mereka terus mempercayai klip video palsu ini," katanya. Menyedari perkara ini adalah hasil langsung kebebasan yang ditawar media alternatif, Dr Mahathir berkata, "Kebebasannya hampir mutlak." Dr Mahathir berkata meskipun media alternatif memberi kebebasan kepada semua orang untuk menghebahkan apa sahaja yang mereka suka, penggodam dan yang lain juga boleh menyekat entri sesiapa yang mereka pilih. "Setakat ini, saya sendiri terpaksa menukar lima laman untuk blog saya kerana entah bagaimana ia diusik sehingga menyebabkan orang ramai tidak boleh mengakses blog saya, dan saya berjaya disenyapkan. "Namun saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghentikan orang yang mungkin ingin menghalang kebebasan saya menerusi media alternatif," katanya. - Bernama Ulasan GB Mahathir, di penghujung usianya, nampaknya semakin meracau dan merapu. Ingin mempertahan kerajaan Najib dengan "apa cara sekalipun" demi survival masa depan politik anaknya Mukhriz dan kononnya rasa berkewajipan untuk membantu pihak yang telah menolong menaikkankan beliau sehingga menjadi PM. Apabila beliau menafikan rakyat telah menjawab "NO" kepada soalan Najib "Are you ready for BN?" menampakkan kecenderungan Mahathir untuk membela Najib sebagai keterlaluan. Apatah lagi beliau begitu hebat berfantasi apabila menyatakan "Kini didapati perkara itu dilakukan dengan membawa satu kumpulan yang dilengkapi kamera video dan mikrofon ke dalam khalayak. Apabila PM menyoal 'Adakah anda bersedia untuk BN', kumpulan ini menjeritkan 'Tidak' sebagai respons. "Ia kelihatan seolah-olah keseluruhan khalayak menjeritkan perkataan 'Tidak'. Walhal hanya satu kumpulan ini yang menjeritkan 'Tidak' kepada mikrofon mereka. Perkataan 'Ya' daripada sekumpulan besar khalayak lagi tidak dirakam dan dimasukkan dalam klip video yang dimuat naik di YouTube. Persoalan kini, apakah mereka yang kononnya dikatakan membawa mikrofon itu telah tahu inti ucapan Najib bahawa Najib akan membuat pertanyaan "Are you ready for BN?" supaya mereka bersedia dengan mikrofon dan bersedia pula untuk menjawab "NO" di depan mikrofon itu? Kedua, rakaman tersebut adalah spontan, video itu tidak diedit, ia disebarkan sebaik saja dirakam di dalam bentuk yang asli. Jadi tiada ruang manipulasi atau pengeditan dilakukan. Tidak seperti video yang satu lagi yang Mahathir maksudkan itu dimana ianya telah dimuatnaik berjam-jam selepas acara berkenaan. Ketiga, siaran TV luarnegara seperti TV Singapura turut merakamkan acara berkenaan dan jawapan "NO" terhadap soalan Najib itu amat jelas dan tidak lansung kedengaran sebarang suara YES terhdap soalan berkenaan. Mungkin ada seorang dua yang menjawab YES yang tenggelam di dalam jawapan rakyat yang menyatakan NO! Kemudian Mahathir menyatakan bahawa media alternatif ini perlu dikawal. Menurutnya: "Bahasa kesat dan berbaur perkauman juga menyebabkan ketegangan semakin meningkat di kalangan masyarakat." Saya ingin bertanya kepada Mahathir siapakan selama ini menyiarkan bahasa kesat, bahasa lucah dan berbaur perkauman jika bukan kumpulan "cyber trooper UMNO" dan NGO seperti PERKASA yang kamu, TDM jadi Penaungnya? Begitu juga dengan akhbar-akhbar arus perdana yang memainkan sentimen perkauman. Lansung tiada tindakan dari polis dan kerajaan malah mereka siap diberkan perlindungan oleh kamu (TDM) sendiri! Seterusnya, telah terbukti di mahkamah melalui beberapa siri kes fitnah bahawa media arus perdanalah yang paling banyak menaburkan fitnah kepada pemimpin Pakatan. Begitu juga dengan agensi berita nasional, BERNAMA yang kerap menerbitkan berita-berita palsu malah siap dengan gambar palsu. Mengapa tiada tindakan dikenakan di atas mereka? Sedang agensi berita itu milik rakyat tetapi membohongi dan menipu rakyat? Kebenaran tetap kebenaran. Ia tidak boleh dibohongi. Yang berbohong selama ini adalah kumpulan kamu, UMNO BN, jangan cuba pula untuk bermain "reverse-psychology" dengan menuduh orang lain berbohong kerana "kamu boleh menipu sesetengah manusia pada sesetengah masa, tetapi kamu tidak boleh menipu semua manusia pada semua masa"! |
[VIDEO] Yassin Nyanyikan Lagu '"Reformasi", Jadi Duta Rasmi Kempen Pilihanraya AMK Posted: 17 Feb 2013 06:38 PM PST Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau 'Dokumen Merah' yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13). Lima perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda. "Pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin," kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil memaklumkan arikh tersebut akan dimaklumkan kemudian. AMK turut melancarkan video klip lagu 'Reformasi' di ibu pejabat KEADILAN hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara. "Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK," kata Rozan. Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai 'duta rasmi' AMK dan 'Dokumen Merah' dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat. Justeru sebarang komunikasi melibatkan jemputan termasuk kempen pelancaran ;Dokumen Merah' AMK boleh dibuat melalui Setiausaha AMK, Julailey Jemadi atau Setiausaha Kerja AMK, Syed Badli Shah Syed Osman. -KD Tonton lagu Reformasi nyanyian: |
"Hijab Adalah Maruah Saya" - Siswi Yang Tudungnya Ditarik Samseng UMNO Posted: 17 Feb 2013 04:02 PM PST Samseng tarik tudung, penjelasan Nor Fatehah Walaupun masih terkejut dan sedikit trauma dengan apa yang berlaku sewaktu bersama Gerakan Mahasiswa PRU13 - GM13 di Pekan, saya tetap berasa terpanggil untuk memperbetulkan beberapa kenyataan yang dibuat dalam akhbar online ini. http://www.malaysiakini.com/news/221493 1. Saya tidak pernah sama sekali mengedarkan risalah anti-BN, saya malahan hanya menyerahkan surat harapan dari mahasiswa kepada rakyat. Saya kurang senang bilamana didakwa menghasut masyarakat kerana apa yang dilakukan hanyalah berbincang secara ilmiah dan berhujah bersenjatakan idea dan fakta. 2. Saya dikatakan menangis dan ketakutan. Artikel ini tidak sebegitu lengkap sebenarnya sekiranya ia digunakan untuk menggambarkan keseluruhan peristiwa yang berlaku ketika itu. Saya hanya mengeluarkan air mata apabila saya ditengking dan dimalukan di dalam pasaraya tersebut. Saya malahan hampir dicederakan oleh samseng berkenaan apabila beliau menghayun bakul barang dengan sekuat hati kepada saya. Namun alhamdulillah, tindakan itu dihentikan oleh seorang lelaki baik hati yang berani. Namun sebab yang paling utama penyebab air mata saya jatuh adalah apabila beliau mula menarik tangan dan tudung saya. Bagi saya itu adalah aurat dan maruah saya yang paling berharga. Kegeraman saya memuncak dan ia dimanifestasikan dengan jeritan untuk menghalang perbuatan mereka serta tangisan tanda sebak juga geram. 3. Kesimpulannya, saya tidak ke sana untuk menghasut. kami hanya bawa idea dan fakta. Ayuh berhujah dengan bijak dan matang. Saya juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa kenyataan saya ini tidak terkandung unsur fitnah. Terlalu banyak manusia yang menjadi saksi peristiwa ini tidak kira pelanggan, pekerja, orang ramai malah mungkin CCTV di pasaraya tersebut. Apa yang tinggal hanyalah keberanian mereka untuk tampil menyatakan kebenaran. Namun, cukuplah bagi kita membenci perbuatan bukan tuan punya badan. Saya tetap mendoakan agar mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya telah mengguris hati dan maruah saya sebagai wanita Islam. Hijab adalah maruah saya. *Nor Fatehah Ahmad. SU MPP UPM -KITA TURUT MEMBENCI PERBUATAN TERKUTUK TERSEBUT- |
[VIDEO] Haramjadah Terus Menimpa Najib: Anwar Disambut Lebih Meriah Posted: 17 Feb 2013 06:32 AM PST Anwar disambut lebih meriah di majlis Dong Zong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini. Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu. Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu. Slogan tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu. Penyokong tersebut menambah perkataan "new" dan "Anwar" pada slogan yang diedarkan untuk meraikan Najib itu dengan menggunakan pena dakwat hitam. Salah seorang individu bertanggungjawab, Jimmy Wong Chee Wai, 34, berkata beliau berbuat demikian untuk menunjukkan sokongannya kepada Anwar, yang diyakininya sebagai bakal menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang. Beliau berharap ketibaan tahun tahun baru Cina ini juga membawa maksud bahawa perdana menteri akan datang bukan lagi dari BN. "Beliau (Anwar) sepatutnya jadi PM kita selepas ini," kata beliau yang hadir dengan memakai baju-T BERSIH. Najib yang tiba lebih awal daripada Anwar tidak membuat sebarang ucapan atau memberikan kenyataan kepada media walaupun ini merupakan kunjungan bersejarah sebagai perdana menteri pertama yang hadir ke majlis Dong Zong. Najib beredar selepas meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk menikmati hidangan, menyaksikan persembahan, menyertai acara menggaul yee sang dan menulis kaligrafi. Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian pula, yang tidak membuat ucapan sewaktu kehadiran Najib, mengambil peluang untuk berucap sewaktu Anwar berada di majlis itu. Dalam ucapannya, beliau antara lainnya merayu agar "rakan" Dong Zong terus menyokong usaha yang dijalankan pertubuhan berkenaan. "Kita dalam tahun baru ini semuanya akan berubah. Jadi di sini saya harap semua rakan-rakan sokong Dong Zong sampai mencapai kita punya matlamat," kata Yap. Yap yang berucap dalam bahasa Melayu itu turut menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana sudi hadir ke majlisnya. Tindakan Yap yang menyebut nama Najib itu bagaimanapun disambut dengan laungan "boo" oleh para penyokong Pakatan. Kumpulan sama turut melaungkan "Reformasi" sekali lagi sewaktu Anwar beredar daripada majlis tersebut. Hadirin yang menikmati hidangan secara lambak sejak ketibaan Najib juga mula beransur-ansur meninggalkan majlis sebaik sahaja Anwar beredar. Turut bersama Anwar pada majlis tadi adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, dan ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, serta presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah. -mk |
Najib Bakal Keluar Dari Putrajaya Dengan Lenggang "Gangnam Style"? Posted: 17 Feb 2013 03:56 AM PST Najib, UMNO/BN ditimpa tiga aib besar di pesta Gangnam Tiga keaiban besar menimpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO/Barisan Nasional (BN) ketika pesta RM3. 5 juta Psy dan Gangnam Style yang turut memalukan negara. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, video satu minit tiga jawapan 'ya' untuk Psy dan tiga jawapan 'tidak' untuk BN ditonton hampir setengah juta di Youtube daripada banyak laman sejak Isnin lalu. Katanya, Najib dan UMNO/BN dimalukan menerusi video lima minit penolakan Psy untuk tidak bersama Najib dan pemimpin BN, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika acara menggaul yee sang. "Psy menolak untuk mempersembahkan "Gangnam 1Malaysia Style" juga memalukan Perdana Menteri sebaik mengumumkan bahawa Psy akan mengadakan persembahan itu selepas jawapan tiga kali "Ya" untuk Psy dan tiga kali "Tidak" untuk BN," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 56 Hari ke PRU-13, semalam. Menurut Kit Siang, kemunculan Psy dan Gangnam Style sempena pesta Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang sepatutnya menjadi hiburan dan menambahkan keyakinan UMNO/BN memenangi PRU-13, sebaliknya bertukar menjadi kemusnahan besar bagi parti yang memerintah negara 56 tahun itu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, setakat ini kegagalan menjelaskan penaja yang melangsaikan sekurang-kurangnya RM3.5 juta untuk membawa terus "Psy dan Gangnam Style" dari Brazil ke Pulau Pinang melalui penerbangan 20 jam jika tidak daripada wang rakyat. "Pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina, lebih 10,000 bendera 1Malaysia memenuhi jalan besar di Pulau Pinang yang digunakan Najib dalam lawatan dua hari itu menunjukkan keangkuhan "penaja misteri" pesta Psy dan Gangnam Style serta menghina undang-undang kerana bendera itu dipasang tanpa mengambil kira keselamatan dan undang-undang dianggar menelan belanja kira-kira RM100,000. "Setakat ini penganjur rasmi BN Pulau Pinang mendakwa mereka tidak tahu siapa yang menaikkan 10,000 bendera 1Malaysia menggambar betapa tidak bertanggungjawab atau tidak cekap pemimpin BN negeri itu," katanya. Katanya, persoalannya mampukah Malaysia melakukan peralihan kuasa secara aman bagi Pakatan Rakyat menggantikan BN menjadi kerajaan baru di Putrajaya pada PRU-13 nanti Sekiranya ini dapat dicapai, beliau berkata, keaiban Najib itu menjadi rahmat buat negara bagi membolehkan Malaysia membuka lembaran baru untuk mencapai mencapai kemerdekaan kedua untuk rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan bersaing dengan negara lain di dunia.- Roketkini
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan