Kelab Greenboc |
- Penahanan Xenophon Cemarkan Imej Negara & Langgar Protokol Antarabangsa
- [VIDEO] Beratus Cedera Akibat Lintasan Meteor Di Russia
- Bas Rombongan Program PM Terhumban Ke Parit
- [EDISI SAWAN] Rakaman Video rakaman Adun Pulau Manis Maki Hamun Mahasiswa
- [Edisi Menyayat Hati] Anak Diperkosa Depan Ibu
- [EDISI "COVER LINE"] Siapa Yang Nak Bunuh Najib & Psy?
- [BERGAMBAR] Ramai Dicekup Di Ops Hari kekasih
Penahanan Xenophon Cemarkan Imej Negara & Langgar Protokol Antarabangsa Posted: 16 Feb 2013 01:01 AM PST Australia mahu senatornya dibebaskan dari ditahan di Malaysia SEPANG, 16 Feb ― Canberra mahu pembebasan segera senator Nicholas Xenophon yang ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) hari ini. Xenophon ditahan di LCCT dan dijangka akan dihantar pulang kerana pihak imigresen menganggap beliau sebagai "risiko keselamatan". "Kebimbangan Australia telah dikemukakan kepada Menteri Luar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia. "Kerjasama mereka diminta untuk memastikan Senator Xenophon dibebaskan dari tahanan," kata Menteri Luar Australia, Bob Carr dalam satu kenyataan hari ini. "Penahanan Senator Xenophon memeranjatkan dan mengecewakan dari sebuah negara yang Australia anggap rakan diplomatik yang kuat," katanya lagi. Xenophon tiba di Malaysia untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu hadapan bagi membincangkan sistem pilihan raya Malaysia, kata pegawai kanan Anwar, Ibrahim Yaacob hari ini. -TMI
|
[VIDEO] Beratus Cedera Akibat Lintasan Meteor Di Russia Posted: 16 Feb 2013 12:05 AM PST Moscow: Meteor dari angkasa menimpa Rusia pagi tadi (waktu tempatan) menyebabkan bola api, yang mengejutkan ramai, dan mencederakan lebih 900 orang Di Chelyabinsk, wilayah Ural, timur Moscow, pagi tadi waktu tempatan. Jurucakap pihak berkuasa Chelyabinsk berkata, sembilan orang dimasukkan ke hospital. Kebanyakan cedera disebabkan terkena kaca yang pecah. Agensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, sekurang-kurangnya tiga lagi kritikal, juga akibat terkena kaca pecah dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi. Menurut laporan agensi berita rasmi, Itar-Tass, satu cahaya terang berwarna putih muncul di langit untuk beberapa saat diikuti dengan bunyi "bang" yang sangat kuat seperti letupan. Itar-Tass melaporkan, letupan itu berpusat di 50 batu (80 kilometer) di bandar Satka, Chelyabinsk. Sementara itu, pegawai kecemasan Rusia berkata, meteor telah musnah selepas sebahagiannya terbakar ketika berada di atmosfera lebih rendah berbanding daerah Ural. Pegawai Kementerian Kecemasan Gennady Onishcenko berkata, kebanyakan mangsa cedera akibat terkena serpihan kaca selepas hujan meteoroid tersebut jatuh ke kawasan perumahan dan sekitar bangunan. "Kebanyakan mangsa dikejarkan ke hospital akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan selepas meteoroid itu terkena premis bangunan, kedai dan kediaman," katanya. Presiden Vladimir Putin bersyukur kerana insiden yang mengejutkan ini tidak menyebabkan kehilangan nyawa. Meteor ini disaksikan di Yekaterinburg, 200 kilometer ke utara dan di Kazkhstan di selatan. Jabatan Kesihatan Chelyabinsk mengesahkan 985 orang setakat ini mengalami kecederaan, termasuk 200 kanak-kanak. Dua orang di bandar Kopeysk berada dalam keadaan serius. Menurutnya, seramai 20,000 petugas kecemasan dikerah ke Chelyabinsk dengan tiga pesawat tentera udara. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Vadim Kolesnikov berkata, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kilang zink runtuh, sistem telekomunikasi terputus, penggera keselamatan bangunan, rumah dan kereta berbunyi. "Satu letupan kuat bersama gumpalan cahaya terang menyerupai api melintasi bandar ini hingga jatuh dan mengenai beberapa kawasan premis sekitar bandar ini," katanya. Beliau berkata, beberapa penduduk mendakwa, letupan dapat didengar ketika asteroid itu memasuki atmosfera bumi. Sementara itu, Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), dalam satu kenyataan berkata, asteroid dikenali sebagai 2012 DA14 itu telah dijangka memasuki atmosfera bumi hari ini. "Pemantauan telah dilakukan sejak 15 tahun lalu. Namun lokasi tepat objek itu jatuh tidak dapat dipastikan," katanya. Pemerhati langit mendakwa kejadian yang berlaku mempunyai signifikasi dengan acara Tunguska yang terkenal tahun 1908 di kawasan terpencil Siberia apabila asteroid yang memasuki atmosfera dan meletup sehingga memusnahkan pokok di seluruh kawasan seluas 820km persegi - kira-kira dua pertiga saiz Rhode Island. Dalam kejadian itu, secara keseluruhan, kira-kira 80 juta pokok telah ditebang. |
Bas Rombongan Program PM Terhumban Ke Parit Posted: 15 Feb 2013 08:17 PM PST Simpang Pulai - "Saya sempat bergayut di palang berhampiran kerusi sebelum melihat penumpang lain terhumban dan terhimpit ke sebelah kiri bas," ujar Urusetia Persatuan Orang Asli Kelantan, Jabbar Salleh, 53. Jabbar adalah seorang daripada 36 Orang Asli yang menaiki bas persiaran dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dekat sini. Bas tersebut adalah salah satu daripada 25 bas yang membawa kira-kira 1,000 Orang Asli dari Kelantan bagi menghadiri Program Himpunan Perdana Warga Orang Asli Bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Program Mengubah Destini Orang Asli di Padang A, petang semalam. Dalam kejadian jam 2 petang itu, bas yang dinaiki kumpulan Orang Asli terbabit dipercayai terbabas lalu melanggar bahagian kanan sebuah lagi bas yang turut mengikuti konvoi tersebut sebelum masuk ke dalam parit berhampiran. Kejadian yang berlaku di Kilometer 15, Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Pos Slim itu turut mengakibatkan seorang maut manakala lima lagi cedera parah manakala 10 yang lain hanya mendapat rawatan pesakit luar dan mereka semua dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Jabbar berkata, bas tersebut dalam keadaan tidak stabil ketika melalui selekoh dan dipercayai mengalami kerosakan gear ketika menuruni bukit sebelum melanggar bas di hadapan sehingga mengakibatkan bas terbabas masuk ke dalam longkang. "Selepas bas terhumban masuk ke dalam parit, kesemua penumpang yang duduk di sebelah kanan terjatuh ke sebelah kiri sehingga mengakibatkan ramai daripada penumpang cedera akibat kejadian itu. "Saya dan beberapa penumpang keluar mengikut pintu pemandu bas manakala selebihnya mengikut pintu belakang," katanya. Seorang lagi penumpang bas yang terselamat, Kemboh Dollah, 22, berkata, dia yang duduk bersama kakaknya di barisan ketiga belakang tempat duduk pemandu hanya mendengar jeritan penumpang lain sebelum bas terbabas memasuki longkang di sebelah kiri jalan. "Kami berdua terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa hanya berharap sesuatu yang buruk tidak berlaku," katanya yang serik untuk menaiki bas selepas terbabit dalam kemalangan itu. Bergesel dengan bas lain Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila bas tersebut bergesel dengan bas persiaran yang lain sebelum dihimpit ke tepi sehingga mengakibatkan ia masuk ke dalam longkang berhampiran. Menurutnya, bas yang bertolak dari Pos Hendrop, Gua Musang itu dalam perjalanan ke UiTM Seri Iskandar untuk menghadiri program bersama perdana menteri. "Bagaimanapun, setibanya mereka di Kilometer 15 Cameron Highlands-Simpang Pulai bas tersebut mengalami kemalangan mengakibatkan 36 penumpang bas terhimpit ke sebelah kiri bas. "Polis, bomba dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) bekerjasama membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. "Akibat kemalangan itu, seorang maut setengah jam selepas mendapat rawatan di hospital, lima daripadanya separuh kritikal manakala 18 lagi mendapat rawatan pesakit luar, " katanya. Katanya, mangsa maut dikenali sebagai Mali Along, 21, pelajar Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP), Kuantan. "Mangsa yang maut dipercayai akibat kecederaan dalaman dan kes tersebut disiasat di bawah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya. Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Datuk Shalimin Ahmad Shaffie berkata, kerajaan negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan membantu menguruskan jenazah mangsa serta membantu mangsa lain yang cedera dalam kemalangan itu. PM lawat mangsa nahas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut meluangkan masa selama 15 minit melawat mangsa di Wad Kecemasan HRPB. -SH |
[EDISI SAWAN] Rakaman Video rakaman Adun Pulau Manis Maki Hamun Mahasiswa Posted: 15 Feb 2013 06:28 PM PST Kisah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Pekan, Khairudin Mahmud mengamuk dan memaki mahasiswa yang masuk bertemu penduduk di kawasannya tanpa kebenaran beliau kini menjadi video top di youtube. Video yang dirakam secara rahsia oleh salah seorang mahasiswa yang dimaki itu kini menjadi kegilaan ramai di youtube. Video itu menggambarkan YB Khairudin yang lebih dikenali Cikgu Din itu menemui para mahasiswa yang masuk ke Pekan melalui Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) untuk menyampaikan agenda mereka. Cikgu Din kelihatan dengan kasar memarahi para mahasiswa itu termasuk membangkitkan soal cincin yang dipakai oleh Rosmah. Selain insiden serangan oleh wakil rakyat Umno ini, mahasiswa yang turun ke Pekan juga ada yang dibelasah dan ada siswa yang dikejar dengan parang oleh mereka yang tidak dikenali. Pengerusi GM13, Syis Abd Kadir berkata, mahasiswa tidak sesekali mahu bermusuh dengan rakyat sebaliknya ingin menyampaikan harapan mereka kepada rakyat khususnya di Pekan yang merupakan kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Pendirian GM13 jelas iaitu tidak mahu bermusuh dengan rakyat dan kami akan meneruskan program seperti yang dijadualkan. "Kami akan cuba pergi ke tempat-tempat di Dun di Pekan dan kalau dihalang, kami berundur. Kami bukan pergi untuk bergaduh," kata beliau dipetik Harakah Daily. |
[Edisi Menyayat Hati] Anak Diperkosa Depan Ibu Posted: 15 Feb 2013 03:29 PM PST Batu Pahat: "Kami diseret 10 meter ke ladang sawit di belakang rumah sebelum anak perempuan bongsu saya dirogol seorang daripada penjenayah berkenaan," kata seorang wanita dikenali sebagai Mah berusia 50-an di sini, semalam. Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua beranak itu turut dirompak dua penjenayah yang menceroboh rumah mereka di sebuah kampung di daerah ini. Menceritakan kejadian itu, Mah berkata, mereka sedang tidur di ruang tamu rumah pusaka keluarga sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki yang menutup muka dengan kain. "Penjenayah yang bersenjatakan parang dan pisau itu memaksa kami mengambil barangan berharga selain berdiam diri jika tidak mahu leher dikelar. "Mereka mengugut anak perempuan supaya menyerahkan wang dan barangan berharga atau disembelih sebelum anak menyerahkan wang simpanannya RM200," katanya ketika. Tidak cukup dengan itu, mereka diseret ke ladang sawit sebelum tangan diikat dan mulut disumbat dengan gumpalan selimut. Menurutnya, dia dan anak perempuannya berusia 20-an dipisahkan empat meter sbebelum anaknya dirogol oleh seorang daripada penjenayah berkenaan. "Tidak lama kemudian, penjenayah itu masuk semula ke rumah untuk mencari barang berharga lain. "Selepas berjaya membuka ikatan, saya bergegas mendapatkan anak sebelum melarikan diri ke rumah jiran," katanya. Katanya, berikutan kejadian itu, anaknya dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, trauma dan tidak henti menangis. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja Datuk Ab Aziz Kaprawi yang turut melawat mangsa bersedia memberi bantuan bila-bila masa. -hm |
[EDISI "COVER LINE"] Siapa Yang Nak Bunuh Najib & Psy? Posted: 15 Feb 2013 07:07 AM PST Hahahaha....Nyawa PM dan Psy diancam? PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut bukti daripada pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang mendakwa ada ancaman nyawa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan terhadap penyanyi Korea Selatan, Psy ketika sambutan Tahun Baru Cina di negeri tersebut Isnin lalu. "Keselamatan Perdana Menteri adalah sangat penting. Siapa yang mengancam beliau? Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, saya tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut," kata Lim yang dipetik Malaysiakini. "Bahkan ketua polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi juga tidak memaklumkan perkara ini pada saya. Jelasnya, Teng cakap tak berakal, dan tidak berkata benar semasa berkata nyawa pemimpin BN dalam bahaya," tambahnya lagi. Dalam menghadapi dua malu besar terhadap Najib ketika sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang iaitu peristiwa 'No' dan dibiarkan menunggu Psy yang tidak muncul-muncul untuk menggaul 'Yee Sang', semalam Teng menggemparkan semua pihak apabila mendakwa terdapat ancaman nyawa terhadap Psy. "Terdapat ancaman terhadap nyawa Psy, jadi polis terpaksa bertindak untuk memastikan kawasan tersebut selamat kerana khemahnya jauh sedikit daripada pentas, itu sebabnya kita suruh Perdana Menteri untuk turun dari pentas," kata Teng yang dipetik The Malaysian Insider. Teng menjelaskan demikian selepas kemunculan klip video yang menunjukkan Najib dan para pembesar BN dibiarkan tunggu untuk kemunculan Psy untuk menggaul Yee Sang walaupun dijemput berkali-kali oleh pengacara majlis. Namun, Psy tidak muncul menyebabkan semua yang ada di pentas terkial-kial. Selepas itu, Najib pula menjadi pengacara majlis untuk menjemput Psy untuk melakukan persembahannya. Ketika itulah, Najib dimalukan sekali lagi apabila rakyat Pulau Pinang berkata 'No' kepada soalannya 'Are you ready for BN?' yang ditanya tiga kali berturut-turut. Jika betul ada ancaman nyawa terhadap Najib dan Psy, mengapa Teng tidak menjelaskan mengapa Psy dibenarkan untuk mempersembahkan dua kali lagu popularnya Oppa Gangnam Style selepas ancaman di terima dan Najib pula dibiarkan menjadi pengacara majlis selepas acara menggaul yee sang. Manakala jawapan polis pula berterabur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Mazlan Kesah semalam berkata beliau tidak mendapat maklumat mengenai ancaman terhadap Psy atau sesiapa, manakala Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim mengesahkan ada ancaman terhadap Psy. Bagaimanapun, tiada yang menjelaskan bagaimana Psy boleh pergi makan malam di sebuah restoran Korea di Tanjung Bungah sebelum meninggalkan negara pada 2 pagi hari Selasa. "Dalam klip video tersebut, semua – termasuk Perdana Menteri tidak kelihatan seperti diancam. Juga tiada polis kelihatan sekitar pentas. Psy dibenarkan buat persembahan dan kemudian makan malam. Ini berita besar, nyawa Perdana Menteri dan Psy diancam.Mengapa tidak disebut sehingga sekarang?" tanya Lim Guan Eng. -HD Ulasan GB Disangkanya rakyat begitu bodoh untuk mempercayai ada cubaan untuk membunuh Najib dan Psy. Sau penipuan tahap gila babi semata-mata untuk menutup malu apabila Najib dan BN diaibkan semasa kehadiran Psy di Penang. Anehnya polis tumpang semangkok dengan mengesahkan kononnya ada cubaan untuk membunuh Najib dan Psy. Jika benar, seperti kata Guan Eng, buktikan segera dakwaan itu. Jika tidak, maka tunggulah hukum kebenaran dan keadilan yang universal itu mengambil tempatnya... MCA dan pihak polis pasti menerima hukuman ilmu pasti itu kerana menipu rakyat. |
[BERGAMBAR] Ramai Dicekup Di Ops Hari kekasih Posted: 15 Feb 2013 04:29 AM PST Datuk kena cekup separuh bogel KUALA LUMPUR - "Jangan ambil wang itu, takut hilang. Saya sudah kumpul lama untuk beli rumah," kata seorang lelaki selepas pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menemui wang RM15,000 ketika pemeriksaan dilakukan di bilik sebuah hotel, di sini, semalam. Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan bersama pasangannya, seorang remaja berusia 16 tahun antara 10 pasangan yang ditahan sempena pada malam sambutan Hari Kekasih. Ketika disoal penguat kuasa, lelaki dari Kuala Lumpur itu berkali-kali memberitahu wang itu adalah untuk membayar pendahuluan pembelian rumah yang disimpan hasil perniagaan yang diusahakan. Sementara itu, sepasang pelajar berusia 17 tahun yang cuba menipu pihak berkuasa kononnya mereka adik-beradik, ditahan kerana disyaki berkhalwat, di bilik sebuah hotel. Apabila diberitahu pegawai penguat kuasa bahawa kes mereka akan dimaklumkan kepada ibu bapa mereka, mereka menangis dan minta dilepaskan. Datuk dicekup dengan janda Dalam operasi sama juga, seorang ahli perniagaan berpangkat datuk ditahan bersama seorang janda di sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam. Datuk yang berumur 60 tahun berada dalam bilik bersama wanita berusia 29 tahun apabila pihak penguat kuasa mengetuk pintu bilik. Setelah pintu dibuka selepas diketuk kira-kira 15 minit, datuk itu didapati dalam keadaan separuh bogel, sementara wanita itu berkemban. Janda itu difahamkan memberitahu pihak penguat kuasa bahawa dia susah dan sedar apa yang dilakukan adalah satu kesalahan. Datuk itu pula mengaku tiada pertalian sah dengan wanita berkenaan. Pihak penguat kuasa juga menahan seorang wanita hamil lapan bulan dan seorang lelaki yang disyaki berkhalwat. Jawi menyifatkan jumlah tangkapan khalwat yang rendah pada malam sambutan Hari Kekasih semalam membuktikan umat Islam di negara mempunyai kesedaran untuk tidak terlibat dalam gejala kemaksiatan. Pegawai Penguat Kuasa Kanan Perhubungan Awam Jawi, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, operasi di lapan hotel murah sekitar Kuala Lumpur dan Tasik Titiwangsa mencatatkan penahanan paling sedikit, iaitu sebanyak 10 pasangan. "Tangkapan ini adalah melalui operasi pihak kami secara berterusan di kawasan Kuala Lumpur. "Ini tangkapan paling kecil bilangannya dan ia menunjukkan penurunan daripada tangkapan pada tahun sebelumnya," katanya di pejabat Jawi, semalam. Menurutnya, pasangan yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun itu turut menerima tiga surat perintah hadir di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan