Jumaat, 15 Februari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Anwar: Tahniah Rakyat P.Pinang Kerana Pandai & Berani Jawab NO Kepada Najib

Posted: 15 Feb 2013 12:15 AM PST


Najib Razak tidak cerdik mengulangi tiga kali 'Are you ready for BN?' setelah dijawab 'No' ketika soalan itu ditanya kali pertama kepada rakyat Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Najib patut malu dengan respon negatif oleh rakyat. Beliau sepatutnya berundur dari pentas.

"Tapi tidak, dia terus bertanya soalan sama tiga kali, punyalah tak cerdik," kata Anwar disambut gelak lebih 1,000 penduduk tempatan pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Gapis, Padang Rengas, Perak, malam Rabu lalu.

Beliau menyindir Najib yang tanpa segan silu ditolak rakyat terang-terangan pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, George Town, Isnin lalu.

Dalam insiden memalukan itu, Najib yang berperanan sebagai pengacara pentas, bertanya hadirin berhubung penerimaan mereka terhadap BN dengan mempertaruh populariti Psy yang dibawa dengan kos RM2 juta untuk lapan minit.

Sebaliknya, penonton ketika menjawab soalan Najib sebanyak tiga kali itu, mahu penampilan Psy tetapi terang-terangan menolak BN.

Najib: 'Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy)

Penonton: Yes (Ya)

Najib: 'Are you ready for BN' (Adakah anda sedia untuk BN?)

Penonton: 'No' (Tidak)

Perdana Menteri itu kemudian mengubah topik dengan menyatakan Psy sudah tiba di Malaysia sejak jam 6 pagi dan membuat pengumuman bahawa penyanyi sudah bersedia untuk beraksi di pentas.

Malah, ramai di kalangan penonton memakai baju kuning, hijau dan merah seperti saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini.

Ada antara mereka turut makai baju 'Bersih' pada majlis itu.

Selepas konsert Psy, Najib sekali lagi dimalukan dan terpaksa meninggalkan pentas selepas Psy tidak keluar apabila dijemput untuk menyertai 'Yee Sang' dengan pemimpin BN.

Semalam, BN mereka cerita kononnya Psy tidak turut serta naik ke pentas ketika upacara 'Yee Sang' kerana penyanyi Korea itu menerima ancaman nyawa.

Sebelum itu, pemimpin BN terpaksa menyelamatkan maruah Perdana Menteri dengan menuduh penolakan rakyat di majlis itu berpunca dari sabotaj Pakatan Rakyat.

[EDISI Bangang] Apakah Standard PM Di bawah Artis Korea?

Posted: 14 Feb 2013 10:22 PM PST


Tindakan membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpinga-pinga di pentas semasa acara 'makan besar' di Pulau Pinang Isnin lalu dianggap memalukan.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan berkata, Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya dimalukan sehingga menjadi bahan ketawa apabila mendapat liputan meluas media antarabangsa.

"Apakah peristiwa ini memberi gambaran betapa 'standard' Perdana Menteri Malaysia hanya berada di bawah seorang artis Korea," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, SAMM berpendapat sudah sampai masanya Najib berundur secara terhormat kerana telah memalukan negara selepas beberapa kali berdepan dengan peristiwa memalukan.

"Bagi SAMM, malu ini bukanlah percuma. Mengikut resam kebiasaan, orang membayar satu jumlah untuk mengelak dari mendapat malu tetapi apa yang berlaku terhadap Najib, Umno dan BN adalah sebaliknya.

"Inilah satu-satunya kes malu yang 'dibayar' dengan harga yang tinggi, difahamkan dari laporan media melebihi RM2 juta,"
katanya.

Kredibiliti Najib dilihat tercalar apabila penyanyi antarabangsa, Psy dikatakan enggan naik ke pentas menggaul Loh Sang walaupun dipanggil berkali-kali oleh pengacara majlis.

Najib serta beberapa pemimpin BN termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansur dibiarkan berdiri tercegat sambil menanti kehadiran Psy kira-kira lima minit sehingga membantutkan acara tersebut. -FMT

[VIDEO] Pengampu Najib Sunting Video Gangnam Style Untuk Tutup Malu

Posted: 14 Feb 2013 07:15 PM PST


PPengampu Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyunting rakaman video yang memapar adegan Perdana Menteri berkomunikasi dengan penonton konsert Gangnam Style bagi menangkis penolakan secara terbuka rakyat negeri itu terhadap BN.

Rakaman itu dikesan dimuat naik dua hari menjadi kejadian itu menjadi hangat dan jenaka segenap lapisan rakyat, malah menjadi muka depan Suara Keadilan edisi 104, sebelum video yang disunting itu disebar melalui facebook khususnya fan page Sayangi Selangor yang didalangi Umno BN.

Suntingan itu melibatkan adegan Najib bertanya 'Are You ready For BN?' dan penonton menjawab 'Yes' sedangkan rakaman asli menunjukkan rakyat menyebut 'No' sebanyak tiga kali.

Paparan gambar ketika sebutan 'Yes' juga beralih-alih akibat suntingan berkenaan, menyebabkan ramai pengguna internet tidak menyakini kesahihannya sedangkan kedudukan kamera rakaman asli, statik dan tidak berubah-ubah.

Mengulas perbuatan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon, berkata suntingan itu sama sekali tidak akan mengembalikan maruah Najib yang dimalukan rakyat.

"Ia hanya menambahkan malu Najib. Tiada gunanya lagi. Semua sudah berlaku, semua rakyat sudah tahu apa yang berlaku.

"Video asal jelas menunjukkan betapa beraninya rakyat menolak BN. Untuk apa ada video yang diedit. Banyak media sosial sudah memuat naik rakaman dan ramai orang sudah menyaksikan rakaman asal," katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau menyifatkan, perbuatan itu menunjukkan Umno BN yang takut dan terdesak untuk meraih undi anak muda menyebabkan mereka terpaksa melakukan perkara tidak masuk akal.

"Yang edit video ini tak ubah macam perangai TV3 dan media kawalan Umno suka putar belit fakta. Kesudahannya buat malu diri sendiri kerana rakyat tahu permainan mereka," katanya.

INI VIDEO YAN DIEDIT:



INI VIDEO SEBENAR
,br>

[BOM MELETUP] Deepak Bongkar SD 3 Pengakuan ‘Individu’ Diarah Bunuh Altantuya

Posted: 14 Feb 2013 04:05 PM PST


Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan membongkar akuan bersumpah (SD) ketiga berhubung pengakuan individu yang menerima arahan daripada orang atasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak berkata, individu yang tidak dinamakan itu menyediakan satu SD, dijelaskan Deepak sebagai SD ketiga (SD 3) menyatakan individu tersebut diarah membunuh warga Mongolia itu.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai individu berkenaan dan SD 3 tersebut tetapi sedia membongkar secara berperingkat pada masa akan datang.

"Ada arahan kepada seseorang oleh orang atas Najib yang mahu supaya beliau membunuh Altantuya.

Dan orang itu mengaku dia menerima arahan tersebut dalam akuan bersumpahnya.

"SD 3 ini adalah pendedahan terbaru yang belum dilapor," kata Deepak.

Deepak secara bertulis kepada Malaysia Chronicle kelmarin berkata, 'seseorang' menyedia satu SD menyatakan, dia diarah membunuh Altantuya oleh orang atasan Najib.

Dalam artikel bertajuk 'Order for Altantuya murder came from Najib, Baginda was sexually impotent – Deepak claims' itu, Deepak tanpa menjelaskan SD yang dimaksudkan itu adalah SD 3.

Menurut artikel tersebut, Deepak mengulangi penglibatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam proses membuat SD kedua yang dilakukan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).

Dedah Deepak, beliau diarah mengeluarkan 'fakta tertentu dan butiran panas' urusan antara Najib dan Altantuya.

Ekoran itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah mendesak Pejabat Peguam Negara dan polis membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya dan merakam kenyataan Deepak.

"Tiada tindakan bermakna meneruskan konspirasi menyembunyikan kebenaran," kata Sivarasa dalam kenyataan.

Deepak turut mendedahkan, dia membuat pembayaran kepada Najib dan Rosmah daripada 'hasil Glomac Tower kepada sebuah anak syarikat Kuwait Finance House'.

"Bukti ini direkodkan oleh Datul Jamidan, Pengarah Kanan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 2011.

"SPRM perlu jelaskan segera kepada rakyat Malaysia sama ada dakwaan pembayaran kepada Najib dan Rosmah adalah benar," kata Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.

"Kami juga menunggu respon SPRM mengenai dakwaan Deepak disokong dokumen bahawa dia memberi hadiah mahal dalam bentuk berlian dan barang kemas untuk Rosmah.

"Akhirnya, untuk kali pertama Deepak menyatakan dengan bertulis berita yang melingkari negara sejak pembunuhan yang berlaku pada Oktober 2006 berhubung penglibatan Najib dan isteri dalam pembunuhan Altantuya," kata Sivarasa.

Akuan bersumpah pertama & kedua Dalam surat permohonan untuk mendapat imuniti sebagai saksi kepada Peguam Negara semalam, Deepak berkata, beliau langsung tidak terlibat di dalam perbuatan kedua-dua SD bertarikh 1 Julai 2008 dan 3 Julai 2008.

Kata Deepak, penglibatannya hanya bermula selepas SD1 muncul apabila beliau dihubungi Rosmah bagi membantu membersihkan nama Perdana Menteri apabila Najib dilibatkan secara langsung dalam SD1.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak kenal rapat dengan Bala.

Deepak sebelum ini mendakwa, beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh Rosmah.

Beliau diminta oleh Rosmah yang dianggap sebagai 'kakak' berbuat demikian selepas Bala membuat sidang media mendedahkan pengakuan bersumpahnya yang pertama.

Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian Altantuya yang dibunuh secara kejam di hutan simpan dekat Puncak Alam pada 2006.

Melalui SD 2 yang dibuatnya, Bala menarik balik segala pengakuan beliau dalam SD 1.

Deepak berkata, beliau membawa Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara.

Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada Bala.

Ekoran itu, Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1.

Ketika SD 1 dan 2 tanpa sebarang siasatan, kini muncul pula SD 3 sebagaimana didedah Deepak.

Apa Kejadah Kos Satu Bilik Darjah Dibina Umno-BN Bernilai RM1 Juta?

Posted: 14 Feb 2013 06:55 AM PST


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti jauh lebih efisien dan cekap dalam pengurusan kewangan apabila mampu membina sekolah yang mempunyai 24 bilik darjah serta kelengkapan dewan dan makmal pada kos RM4.9 juta.

Ia berbeza apabila Kerajaan Umno-BN membina sekolah yang mempunyai hanya 12 bilik darjah dengan kos didakwa berjumlah kira-kira RM12 juta.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, pembinaan SJK(T) Ladang Midlands di sini yang dibina dengan kos RM4.9 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 April lalu.

Selama 50 tahun para pelajar di situ terpaksa belajar di dalam bilik darjah berdinding papan dan lantai simen retak dan menanti bantuan untuk mendapatkan bangunan baru bagi keselesaan pembelajaran.

Pembinaan sekolah tersebut yang boleh menempatkan kira-kira 2,000 pelajar tidak menggunakan satu sen pun peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

"SJK(T) Ladang Midlands itu boleh dianggap yang terbaik dan termoden di negara ini malahan mungkin di dunia dengan dewan yang besar dan makmal yang canggih dengan RM4.9juta.

"Berbanding dengan Sekolah Rendah yang hendak dibina di U10 Shah Alam ini yang ada 12 bilik darjah tetapi kosnya adalah RM12 juta yang bermakna setiap darjah itu kosnya adalah RM1juta," kata Khalid ketika dihubungi TVSelangor.

Ujar beliau lagi, kos pembinaan yang menelan kos RM12 juta itu dianggap tidak munasabah dan memerlukan penjelasan lanjut pihak berkenaan ekoran kos pembinaannya yang jauh lebih tinggi.

"Ianya membuktikan ketidakcekapan dan ketidaktelusan serta kemungkinan projek pembinaan sekolah di U-10 itu diberi secara rundingan terus dan sebagainya.

"Yang jelas kosnya lebih lima kali ganda itu dan terlalu tinggi akan merugikan rakyat," kata Khalid.

Tiada ulasan: