Blog-list Malaysia |
- 4 Cara Penipuan Licik Oleh SPR
- Najib, UMNO/BN ditimpa tiga aib besar di pesta Gangnam Style
- Surat Terbuka Deepak Buat Mahathir
- Sultan Selangor bersama rakyat atau bersama UMNO?
- PRU13 - Bubarlah Bilapun Kerana SPR Lebih Besar Dan Berkuasa..
- Terima Ancaman Bunuh - Sebab Itu Psy Tak Gaul Yee-Sang Bersama Najib
- Tarif Insurans Kenderaan Naik Mulai Esok
4 Cara Penipuan Licik Oleh SPR Posted: 15 Feb 2013 12:40 AM PST Kali ini, saya ingin memberitahu beberapa cara-cara dan teknik penipuan yang telah, sedang dan akan dipakai. Parti United Malays National Organisation dengan kerjasama SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan seluruh agensi kerajaan sedang bersedia untuk menipu dalam PRU 13. Ini bukan tohmahan. Kita tahu teknik menggunakan Kad Pengenalan Segera kepada pendatang haram. Ini telah dibuktikan. Ini bukan rahsia. Tetapi masih ada lagi teknik penipun yang dirancang dengan licik. Sekali imbas, jika salah pandang, maka kita tidak menyangka yang kita TIDAK kena tipu. SPR dan kuncu-kuncunya menjalankan penipuan dengan licik dan cekap. Lebih cekap dari Jantan Nigeria menjaja Black Money. CARA TIPU PERTAMA: Pengunaan dakwat hitam sebenarnya penipuan yang amat jelas. Dalam pilihan raya di negara lain di dunia – jari dicelup dakwat hitam sebagai tanda TELAH mengundi. Ini bermakna kalau jari ada dakwat hitam, maka Si Polan ini tidak dibenarkan datang berhampiran tempat mengundi. Ada dakwat tak boleh dapat kertas undi. Tetapi di Malaysia – jari tercalit dakwat hitam bermakna dapat kertas undi. Pelik? Di Malaysia, bakal pengundi dicalit dakwat hitam dahulu kemudian baru diberi kertas untuk mengundi. Pelik! Kenapa TIDAK celup dakwat hitam sesudah mengundi? Kenapa ada tanda dakwat hitam baru dapat kertas undi? Hairan? Jangan hairan. Jangan terperanjat. Semua sengaja dirancang SPR untuk menipu. Bagaimana penipuan berjalan? Senang sahaja. Dalam PRU 13, ada satu 'kontijen baru' dibentuk SPR. Mereka dinamakan Pengundi Awal. Ada seramai 240,000 angka rasmi Pengundi Awal. Mereka adalah pekerja SPR yang akan mengundi awal. Tangan mereka dicalit dakwat hitam kerana mereka mengundi awal. Tetapi walaupun ada calitan dakwat hitam – si Pengundi Awal boleh dapat kertas undi sekali lagi. Ini kerana di Malaysia ada calitan dakwat masih bisa mengundi. Bayangkan berapa ramai dari 240,000 yang akan mengundi sekali lagi? Ada dakwat hitam boleh dapat kertas undi. Nampak cara menipu? Jelas. CARA TIPU KEDUA: Kita pernah dengar bagaimana Azalina Osman dari Parlimen Pengerang menang dua kali pilihan raya dengan membeli bakal calon PKR. Ini bukan rahsia lagi. Kita sedar bagaimana bakal calon akan disogok, dibeli atau diculik sebelum hari penamaan calon. Tapi kali ini ada rancangan lebih. Hakikatnya dalam pilihan raya di Malaysia, bukan berapa ramai penyokong datang mengundi. Tetapi siapa yang menjadi pengira undi. Parti bertanding menyediakan apa yang dikenali sebagai PACABA – Ejen Mengundi, Ejen Mengira Undi dan Ejen Bilik Mengundi. Mereka diberi latihan. Anggota PACABA dari aktivis parti. Mereka bekerja sukarela di hari mengundi. Tetapi mereka jugalah benteng pertahanan awal paling lemah. Kerana kali ini – khususnya di Selangor – United Malays National Organisation menubuhkan dana khas untuk membeli PACABA Pakatan. Ini sebagai 'top-up' undi pendatang haram yang disusun di Selangor. Selangor menjadi sasaran kerana mati hidup politik Najib bergantung pada Selangor. Walaupun wujudnya 134,000 pengundi yang tidak diketahui asal usul mereka – membeli PACABA adalah satu lagi jaminan kemenangan. Membeli PACABA bukan satu yang baru. Pada pilihan raya 2008, satu kes berlaku di Lembah Pantai. Kes ini membuktikan bagaimana undang-undang dan peraturan SPR bertujuan untuk menipu. Di Bukit Kerinchi, setelah undi dikira tetiba PACABA PKR terperanjat apabila diberitahu bahawa Borang 14 telah habis. Borang 14 adalah borang wajib untuk menentukan jumlah undi. Tanpa PACABA menandatangani borang, maka undi di saluran tidak sah. Taktik jahat SPR telah digagalkan apabila pekerja PKR merantai bilik mengundi dan mengunci pintu masuk ke sekolah. Ini kerana ada PACABA PKR yang keras kepala dan TIDAK dapat dibeli malam itu. Kes seakan-akan sama juga berlaku di pilihan raya kecil Sibu – 16 Mei 2010. Ingatkan kembali bagaimana tetiba – sesudah kiraan undi selesai – sampai kotak undi pos. Walhal – undi pos – dijalankan lebih awal dan pengiraan dilakukan lebih awal. Kes Sibu memperlihat bagaimana PACABA cuba dibeli, tetapi gagal. CARA TIPU KETIGA: PRU 13 ada satu berita baik. Telah diumumkan SPR bahawa warga Malaysia di luar negara boleh mengundi. Sekali dengar memang betul ini berita baik. Tetapi ini juga satu lagi penipuan. BERSIH 2.0 telah meminta SPR menerangkan mekanisme Pengundi Luar Negara. Hingga ke hari ini SPR gagal menerangkan bagaimana pengundian dijalankan. Justeru, jangan terperanjat jika tetiba akan sampai undi luar negara untuk 'top-up' undi calon Rosmah yang wajib dimenangkan. CARA KEEMPAT: Kotak undi sampai lambat. Kes klasik berlaku di Pekan pada 1999. Ramli Muhamad dari PAS mendapat 12,904. Kiraan undi menunjukkan Ramli menang dan Najib Razak dari United Malays National Organisation kalah. Tetiba datang satu kotak undi Orang Asli. Undi Najib tetiba menjadi 13,148. Najib akhirnya diselamatkan oleh 241 'undi tipu'. Ini sejarah. Ini fakta. Ini bukan fitnah. Empat penipuan ini bukan baru. Cara penipuan telah, sedang dan akan digunakan. Pembaca wajib sedar ketika United Malays National Organisation kuat dan popular, penipuan terus dijalankan. Justeru, hari ini ketika Ketuanan Melayu amat lemah, mustahil tiada penipuan. (Hishamuddin Rais) |
Najib, UMNO/BN ditimpa tiga aib besar di pesta Gangnam Style Posted: 14 Feb 2013 09:12 PM PST KUALA LUMPUR, 15 FEB: Tiga keaiban besar menimpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO/Barisan Nasional (BN) ketika pesta RM3.5 juta Psy dan Gangnam Style yang turut memalukan negara. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, video satu minit tiga jawapan 'ya' untuk Psy dan tiga jawapan 'tidak' untuk BN ditonton hampir setengah juta di Youtube daripada banyak laman sejak Isnin lalu. Katanya, Najib dan UMNO/BN dimalukan menerusi video lima minit penolakan Psy untuk tidak bersama Najib dan pemimpin BN, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika acara menggaul yee sang. "Psy menolak untuk mempersembahkan "Gangnam 1Malaysia Style" juga memalukan Perdana Menteri sebaik mengumumkan bahawa Psy akan mengadakan persembahan itu selepas jawapan tiga kali "Ya" untuk Psy dan tiga kali "Tidak" untuk BN," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 56 Hari ke PRU-13, semalam. Menurut Kit Siang, kemunculan Psy dan Gangnam Style sempena pesta Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang sepatutnya menjadi hiburan dan menambahkan keyakinan UMNO/BN memenangi PRU-13, sebaliknya bertukar menjadi kemusnahan besar bagi parti yang memerintah negara 56 tahun itu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, setakat ini kegagalan menjelaskan penaja yang melangsaikan sekurang-kurangnya RM3.5 juta untuk membawa terus "Psy dan Gangnam Style" dari Brazil ke Pulau Pinang melalui penerbangan 20 jam jika tidak daripada wang rakyat. "Pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina, lebih 10,000 bendera 1Malaysia memenuhi jalan besar di Pulau Pinang yang digunakan Najib dalam lawatan dua hari itu menunjukkan keangkuhan "penaja misteri" pesta Psy dan Gangnam Style serta menghina undang-undang kerana bendera itu dipasang tanpa mengambil kira keselamatan dan undang-undang dianggar menelan belanja kira-kira RM100,000. "Setakat ini penganjur rasmi BN Pulau Pinang mendakwa mereka tidak tahu siapa yang menaikkan 10,000 bendera 1Malaysia menggambar betapa tidak bertanggungjawab atau tidak cekap pemimpin BN negeri itu," katanya. Katanya, persoalannya mampukah Malaysia melakukan peralihan kuasa secara aman bagi Pakatan Rakyat menggantikan BN menjadi kerajaan baru di Putrajaya pada PRU-13 nanti Sekiranya ini dapat dicapai, beliau berkata, keaiban Najib itu menjadi rahmat buat negara bagi membolehkan Malaysia membuka lembaran baru untuk mencapai mencapai kemerdekaan kedua untuk rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan bersaing dengan negara lain di dunia. - Roketkini.com |
Surat Terbuka Deepak Buat Mahathir Posted: 14 Feb 2013 06:53 PM PST Tun, Saya merujuk kepada kenyataan Tun yang juga merupakan nasihat kepada DS Najib & DS Rosmah iaitu "Abaikan Deepak", dan juga saya tertarik dengan nasihat Tun agar saya tidak menggunakan saluran politik sebaliknya terus ke mahkamah untuk menuntut hak saya. Tun, Untuk makluman Tun, semenjak 2 tahun lepas iaitu dari tahun 2010, itulah yang telah saya lakukan di mana keputusan mahkamah telahpun memihak kepada saya. Walaubagaimanapun, pentadbiran Najib telah menidakkan keputusan mahkamah ini dan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah yang mempunyai perkaitan dengan DS Rosmah telah dinafikan kewujudannya atau sememangnya jabatan kerajaan tidak bercadang untuk menjawab pertuduhan mahkamah, yang dengan ini, saya memerlukan nasihat daripada Tun. Apakah tindakan Tun sendiri akan lakukan jika Tun berada di tempat saya? Berlatarbelakangkan kami berdua juga pernah dituduh sebagai "orang pakistan" namun kami sama sama "anak Malaysia" yang berhati nasionalis, saya pasti apa yang saya tulis di dalam surat ini tidak banyak berbeza dengan apa yang Tun akan lakukan jika Tun berada di tempat yang sama atau berdasarkan pada apa yang pernah berlaku, Tun sendiri pernah menulis "Surat Sejarah 17 Jun 1969" yang juga merupakan surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman. Tun, Saya telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 kerana pertukaran matawang asing melalui pengurup wang dengan jumlah yang tinggi di dalam Dollar Singapura dan US. Siasatan telah berlangsung selama enam minggu dan saya telah dedahkan bahawa kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada DS Najib dan DS Rosmah sebagai bayaran untuk berbagai tawaran di mana saya bertindak sebagai saluran mereka untuk bayaran Bangunan Angkasa Raya, Tanah Bukit Raja dan Glomac Tower (kini dikenali sebagai Wisma Prestige). Perkara ini walaubagaimanapun terhenti begitu sahaja. Saya juga diminta oleh pihak SPRM untuk membantu siasatan bagi jualan sebuah bangunan di KLCC kepada syarikat perbankan Islam antarabangsa, di mana kami telah mengemukakan bukti bayaran melalui slip, kenyataan video dan testimonial bertulis di mana saya telah bertindak sebagai saluran bagi DS Najib dan DS Rosmah, dan wang telah diserahkan ke tangan mereka dalam berbagai bentuk dan suasana dalam tempoh dua (2) tahun, Pengarah Kanan SPRM yang mengetuai penyiasatan itu ialah Datuk Jamidan, yang juga terlibat dalam kes Sime Darby. Mengapa setelah begitu banyak bukti yang dikemukakan secara terang-terangan dan mengikut saluran, sehingga kini masih tiada siasatan yang dibuat terhadap DS Rosmah, DS Najib or Datuk Nazim? Adakah keadaan ini melibatkan "dakwaan untuk individu terpilih" atau siasatan di peringkat yang berbeza untuk orang yang berlainan taraf? Macam mana lagi Tun hendak saya buat untuk mendapatkan keadilan? Kini mari kita berbicara tentang pengalaman saya di mahkamah pula. Tun, Saya telah membeli 200 ekar bidang tanah daripada Raja Ropiah pada tahun 2007, kini beliau adalah Ketua Wanita Umno Selangor dan Ketua Wanita BN. Kami telah membayarnya secara tunai sebanyak RM13,000,000.00 dan bond tanah (Waranti Bank) sebanyak RM72,500,000.00 telah dikeluarkan bagi tujuan bayaran. Selepas menerima wang tersebut, Raja Ropiah secara sengaja telah melewatkan pengeluaran geran tanah buat kami dengan cara mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyerahkan geran itu dan sebaliknya telah membuat janji dengan CBT untuk menjual tanah tersebut kepada syarikat lain dengan harga yang lebih tinggi dan juga telah mengumpul sejumlah wang tunai hampir kepada RM90,000,000.00 dan Waranti Bank daripada mereka. Ini juga terjadi ketika bon tanah kami masih sah digunakan dan meminta sejumlah RM13,000,000.00 daripada kami dalam bentuk tunai. Kami juga telah membayar secara tertutup di mahkamah terbuka sebanyak RM8,000,000.00 kepada keluarga DS Najib. Saya telah membuat laporan polis dan sehingga kini masih tiada tindakan terhadap Raja Ropiah dan keluarga D. Najib. Sebaliknya saya perlu melalui pengalaman memeritkan dan menerima notis disita daripada Bank yang bergelar "16 D", yang tidak lain tidak bukan daripada firma guaman milik adik DS Najib, Datuk Johari Razak, Shearn Delamore, tepat 24 jam selepas sidang media memaklumkan rasuah dan tindakan tidak bermoral pasangan ini. Tun, jika tidak keberatan, harap dapat maklum pada saya, bank manakah yang membuat sitaan tanpa melalui peringkat undang-undang yang betul? Sitaan mereka berjumlah RM30,000,000.00 dan secara kebetulan Boustead Holding tiba-tiba muncul hendak membeli syarikat kami yang memiliki tanah sejumlah 200 ekar di atas kertas ini, di atas nama Asta Canggih Sdn Bhd dengan jumlah jualan RM30,000,000.00!! Sangat ajaib bukan?? Yang lebih menariknya, syarikat Boustead juga telah membayar pendahuluan sebelum menandatangani perjanjian pembelian, dengan syarat kami menarik-balik kes dari mahkamah serta-merta, memandangkan tarikh untuk kes dibaca dalam mahkamah terbuka adalah dalam minggu yang sama. Sekarang Tun, tolong nasihatkan saya, apakah yang akan Tun sendiri lakukan dalam situasi begini? Apa yang menarik sekali, Raja Ropiah turut dibayar sebanyak RM29,000,000.00 sebagai 'hukuman' dia untuk CBT. Tun, Kami telah menjual sebuah bangunan kepada sebuah badan bank Islam antarabangsa pada tahun 2008 dan mereka gagal untuk membayar kepada kami pada tahun 2010 apabila pemegang saham yang baru menyertai mereka. Kini kami telah memenangi kes ini di mahkamah melalui pengadilan pada 7 November 2012 dan Mahkamah mendapati Bank Islam Antarabangsa:- a) menggunakan tindakan yang melanggar undang-undang untuk membuat konspirasi terhadap kami secara sengaja b) melanggar perjanjian Surat Pengambilalihan yang dikeluarkan terhadap kami c) terlibat dalam pengeluaran dan pelepasan surat salah laku untuk memusnahkan kami dan perniagaan kami Bank tersebut juga telah didedahkan di mahkamah terbuka bahawa: i) telah menipu apabila bertindak sebagai pendeposit dengan membeli asset menggunakan syarikat bersama di mana mereka mengakui mempunyai hak milik sebanyak 19% padahal sebenarnya ia adalah milik mereka 100%, melalui Deklarasi Pengakuan Amanah, di mana mereka kemudiannya dipaksa mengaku di mahkamah terbuka dengan kemunculan Deklarasi Pengakuan Amanah tersebut ii) telah menipu berbagai organisasi seperti Bank Negara Malaysia, SC, FIC dan juga ROC dengan menggunakan nama-nama pemegang saham Malaysia untuk mengelak deklarasi pemilikan asing dalam mendapatkan kelulusan iii) menipu Bank Negara Malaysia, dengan menunjukkan pinjaman melebihi modal berbayar pada ketika yang sama sebagai pinjaman pihak ketiga Syarikat di mana pada sebenarnya ia adalah pinjaman untuk anak syarikatnya sendiri. Tun, Kami telah menulis kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan yang dirasakan patut buat Bank Islam Antarabangsa ini mengikut undang-undang perbankan:- a) Tukar CEO serta-merta b) Hadkan atau menahan lessen bank untuk mengelak bank daripada menerima pendeposit c) Pihak Bank perlu membuat pengumuman mengenai konspirasi ini dan memberitahu kepada pendeposit dan pemegang sahamnya di Malaysia dan Timur Tengah di mana ia adalah sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Saham dan ditadbir oleh Badan Amanah. Tun, Saya telah banyak kali menulis surat buat Tan Sri Zeti dan Ahli Lembaga Bank Negara Malaysia sehingga kini tetapi masih belum dibalas, mengapa? Kerana bank Negara maklum bahawa DS Rosmah dan D Nazim terlibat dalam penjualan bangunan itu? Mengapa? Kerana surat dan kenyataan video kami kepada SPRM pada tahun 2011 telah membuktikan bahawa kedua mereka terlibat di dalam transkrip termasuk bukti-bukti bayaran yang telah dibuat? Oleh itu Tun, mempunyai institusi keadilan yang suci seperti Mahkamah di Malaysia ini tidak mencukupi jika institusi Bank Negara Malaysia turut mendendangkan irama DS Rosmah dan tidak lagi lagu 'I did it my way'. Izinkan saya bertanya kepada Tun, adakah Tun mahu melihat Barisan Nasional dan Malaysia ini dirosakkan oleh pasangan rasuah yang tidak bermaruah ini? Saya inginkan pandangan Tun, apakah yang saya dapat jika saya ke mahkamah dan memenangi kes ini? Kesemua institusi di Negara ini adalah di bawah kawalan pasangan Bonnie & Clyde ini. Ke mana kami pergi selepas ini? Ke Mahkamah Antarabangsa? Media? Atau pembangkang? Harap Tun dapat nasihatkan saya dengan kebijaksaan yang Tun miliki itu kerana saya sendiri sudah jijik dengan apa yang berlaku di Malaysia sejak 11 tahun yang lagi di dalam kerajaan ini. Saya sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan media Tun yang meminta agar saya tidak dipedulikan. Bagaimana untuk tidak mempedulikan saya jika sebenarnya saya kini sedang mempertahankan maruah dan integriti Negara? Mungkin Tun telah mendengar di pihak yang salah jika mereka mengatakan saya bekerja dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Tun, saya adalah seorang negarawan, saya tidak akan menjatuhkan maruah Negara saya, TIDAK. Tun, Tun sendiri pernah berkata, Najib sangat lemah, di mana ia merupakan satu reality. Kaum Cina tahu rasuah ini tidak akan berakhir dan kaum Melayu juga tahu, hanya mereka yang kaya sahaja akan lebih kaya, manakala yang lain akan sentiasa bergantung kepada biasiswa, KR1M, BR1M dab DR1M, di mana kami semua menjadi seperti pengemis atau hamba, dan menyebabkan jumlah hutang kita mencecah kepada RM1 trillion pada 2014. Semua orang juga tahu bahawa PM yang sebenar ialah Rosmah dan Najib hanyalah seorang PM Santa Claus yang gembira dengan tugasnya. Apa yang saya risaukan bukan sahaja Negara ini akan mogok ketika atau selepas pilihanraya tetapi juga pihak tentera yang akan bertindak mengawal semua keributan akibat daripada pilihanraya yang kotor. Dengan mengambil risiko sendiri, saya meminta Tun M mencadangkan kepada Najib agar beliau meletakkan jawatan dan membiarkan timbalannya mengambil alih BN mengetuai pilihan raya akan datang di mana perlu berlaku dalam tempoh 60 hari akan datang. Tun, Saya harap surat ini diterima Tun dengan penuh ikhlas tidak kira bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh. Ikhlas, DEEPAK J TEKWANI |
Sultan Selangor bersama rakyat atau bersama UMNO? Posted: 14 Feb 2013 03:11 PM PST Berita di bawah memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk mengetahui kecondongan politik Sultan mereka. Baca: SETIU: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor tidak menghormati Sultan Selangor apabila bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Mei pada 25 Feb ini. Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya dapatkan perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai pembubaran DUN. "Cara Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) umumkan (cadangan pembubaran DUN) saya lihat seolah-olah beliau tak berapa reti hak kuasa mutlak beliau dan tak tahu hormati Sultan Selangor dalam hal ini. "Mereka menganggap mereka berkuasa penuh dan cuba buat eksperimen mengenai hal pembubaran ini…," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai hasrat kerajaan negeri Selangor yang mahu membubarkan DUN lebih awal. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum itu menyampaikan elaun sara hidup bulanan kepada 389 nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat Penarik di sini hari ini. Beliau berkata hasrat kerajaan negeri Selangor mengadakan pilihan raya berasingan dengan kerajaan pusat hanya akan membazirkan wang rakyat dan tenaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Noh turut mencabar Pengerusi DAP Karpal Singh menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat pada tahun 1997 yang mendakwa mempunyai bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan aktiviti liwat. Beliau berkata Karpal ketika itu mengutuk kerajaan, badan penguatkuasa dan Peguam Negara kerana tidak menyiasat Anwar. "Kalau dia tak berani, dia memang hipokrit dan ada motif tertentu dalam usaha menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum ke-13 nanti. "Selepas Anwar kini berada dalam pakatan pembangkang, Karpal pula yang beriya-iya menjadi hero dan peguam bela kepada Anwar?… pasti ada udang di sebalik batu," katanya. - BERNAMA P/S: Jika berlaku sebarang masalah kepada sistem beraja kerajaan Selangor, Datuk Seri Noh Omar adalah individu pertama yang harus dipersalahkan. Sumber - mediaperak.net/ |
PRU13 - Bubarlah Bilapun Kerana SPR Lebih Besar Dan Berkuasa.. Posted: 14 Feb 2013 07:15 AM PST SHAH ALAM, 14 Feb—Cadangan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal tidak semestinya akan berlaku pilihan raya umum secara berasingan, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Wan Ahmad menegaskan SPR tetap mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan untuk menentukan tarikh pilihan raya, termasuk mengadakan pilihan raya serentak di seluruh negara. "Membubarkan DUN awal memang kuasa kerajaan negeri, tetapi menetapkan tarikh pilihan raya adalah kuasa SPR," tegasnya kepada pemberita selepas sidang media di kediamannya di sini. "SPR ada kuasa untuk memilih tarikh 60 hari selepas tarikh pembubaran DUN ... jika SPR mahu melaksanakan PRU serentak, kami boleh memilih mana-mana tarikh dalam 60 hari tersebut," tambahnya. Beliau turut menambah, walaupun kerajaan negeri mempunyai kuasa membubarkan DUN, mereka masih lagi perlu mendapat perkenan Sultan Selangor, kerana baginda akan menandatangani watikah pembubaran tersebut. "Memang kita mengamalkan prinsip Raja Berperlembagaan, kita perlu hormati Sultan dan mendapat perkenan baginda untuk membubarkan DUN," katanya lagi. |
Terima Ancaman Bunuh - Sebab Itu Psy Tak Gaul Yee-Sang Bersama Najib Posted: 14 Feb 2013 05:42 AM PST Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata terdapat satu cubaan ancaman terhadap nyawa artis sensasi Korea Selatan, Psy, yang menjadi sebab mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta meninggalkan pentas lebih awal selepas acara menggaul yee sang di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Kolej Han Chiang Isnin lalu. Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak polis yang mereka menerima maklumat terdapat cubaan ancaman terhadap nyawa Psy dan itulah sebabnya mengapa orang ramai di tempatkan agak jauh dari pentas. Pihak polis juga, tambahnya, terpaksa membuat beberapa pertimbangan segera dan memberitahu pihaknya supaya meminta Najib segera turun dari pentas selepas acara menggaul yee sang, jelas Teng selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Cina Gerakan di Jelutong hari ini. Setiausaha Agung Gerakan itu cuba menjelaskan mengapa Psy, atau Park Jae-sang, tidak menyertai acara menggaul yee sang bersama Najib dan pemimpin BN di atas pentas. Beliau menafikan dakwaan bahawa Psy enggan bersama Najib, sambil menambah bahawa apa yang berlaku pada hari - di mana pemimpin BN kelihatan keliru dan tidak teratur di atas pentas - dengan pengacara merayu kepada Psy untuk menyertai acara tersebut. Sebenarnya, tegas Teng, berlaku beberapa masalah teknikal dan peranan pengacara sepatutnya hanya memperkenalkan Psy dan bukan memanggil artis tersebut naik ke pentas. "Dia (pengacara) kemudian memberitahu saya yang dia mendapat arahan dari seseorang lain untuk berbuat demikian," katanya. http://www.malaysiakini.com/news/221373 |
Tarif Insurans Kenderaan Naik Mulai Esok Posted: 14 Feb 2013 04:06 AM PST SHAH ALAM, 14 FEB: Pemilik kenderaan di seluruh negara bakal berhadapan kenaikkan tarif insurans kenderaan bermula esok 15 Februari 2013. Penstrukturan ini akan melibatkan motosikal, kereta, bas dan teksi dan setiap kenaikan adalah berbeza mengikut risiko kemalangan kenderaan terbabit melalui kriteria rekod kemalangan serta keadaan kenderaan semasa. Wartawan Tv Selangor menghubungi beberapa ejen insurans bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung berita berkenaan. Berdasarkan maklumat yang diberi kenaikan ini sebanyak RM12 bagi setiap RM1,000 nilai insurans yang dibayar pengguna. Bagaimanapun kenaikan ini bergantung kepada syarikat insurans sama ada akan menaikan esok ataupun syarikat boleh menangguhkan sehingga Mac depan. Kenaikan secara berperingkat sehingga tahun 2015 bermula pada tahun 2012 dan ini merupakan tahun kedua kenaikan ini berlaku Berdasarkan laporan beberapa media pada Februari 2011, perkara ini pernah diumumkan sendiri oleh Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Alshari. http://www.selangorku.com/?p=22949 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan