Kelab Greenboc |
- Gangnam Style: Tak Logik Penaja Habiskan RM2 juta Tapi Sorok Identiti
- "Are U Ready For Putrajaya?" Rakyat Jawab : YES
- Konsert Gangnam: Najib Digesa Bentang Penyata Kos Tajaan Psy
- Wanita Ini Berjaya Islamkan 7 Profesor Barat Hanya Dengan Jilbab
- Tidak Mustahil "Arab Spring" Berlaku JIKA Ada Penipuan Dalam PRU - Mat Sabu
- BN ‘Tunggu Mati’ Di Perak: Analisis Buktikan PR Bakal Menang 40 Dari 59 Kerusi
Gangnam Style: Tak Logik Penaja Habiskan RM2 juta Tapi Sorok Identiti Posted: 13 Feb 2013 01:06 AM PST Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengkritik kerajaan Umno BN kerana merahsiakan penaja artis antarabangsa dari Korea Selatan, Psy yang menelan kos hingga RM 2 juta "Siapakah penaja yang sanggup bayar RM 2 juta tetapi merahsiakan? Bukankah penaja sepatutnya mahu tajaan mereka diketahui bagi mempromosi khidmat atau barangan mereka "Inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan," kata Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dipetik daripada blognya, hari ini Beliau juga mempersoal tindakan Umno Pulau Pinang sebelum ini mengkritik dan mempertikaikan aktiviti anjuran Kerajaan Pulau Pinang tetapi bersetuju dengan pembaziran itu "Adakah Umno Pulau Pinang bersetuju membawa artis Korea dengan RM 2 juta untuk menyanyikan satu lagu?" Laporan berita sebelum ini mendakwa Umno-BN membelanjakan RM 2 juta hanya untuk membawa "Psy" mempersembahkan lagu "Gangnam Style" di program rumah terbuka Tahun Baru Cina Kerajaan Persekutuan di Georgetown, Pulau Pinang Akan tetapi, tujuan Umno-BN untuk meraih populariti daripada persembahan tersebut gagal dan menjadi buah mulut pelayar internet semasa Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan persembahan "Psy" kepada hadirin "Apabila ditanya adakah yang hadir bersedia untuk Psy, semua serentak mengatakan 'Ya'," kata Badrul Hisham "… Malangnya apabila dia mengambil kesempatan dengan bertanya adakah bersedia untuk BN? Majoriti yang hadir menjawab 'Tidak'" |
"Are U Ready For Putrajaya?" Rakyat Jawab : YES Posted: 12 Feb 2013 10:22 PM PST DAP Pulau Pinang cuba memalukan BN sekali lagi dalam satu majlis rumah terbuka anjurannya dengan menyoal tetamu yang hadir sama ada mereka akan menyokong parti yang membentuk kerajaan pusat itu DAP negeri Chow Kon Yeow dalam ucapannya bertanya demikian dengan merujuk kepada soalan sama yang diajukan perdana menteri dalam satu majlis semalam Ditanya sekiranya mereka sedia untuk menyokong BN, hadirin dianggarkan seramai 3,000 orang di Times Square Pulau Pinang itu melaungkan jawapan "Tidak" Ditanya lagi sama ada mereka bersedia untuk DAP dan Pakatan, kumpulan berkenaan menjawab "Ya" Chow dengan bergurau juga berkata, ketua menteri Lim Guan Eng ingin bertanya soalan sama namun teragak-agak untuk berbuat demikian kerana bimbang akan mendapat jawapan sama seperti yang diterima Najib semalam "Jadi dia minta saya untuk uji pasaran dulu," kata Chow yang disambut gelak ketawa hadirin.-mk Ulasan GB Satu pengajaran besar untuk Najib & UMNO/BN bahawa: jangan bercakap besar dan berlagak dengan rakyat! Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana mereka yang bercakap besar dan berlagak pasti akan mendapat kehinaan dan kehancuran. |
Konsert Gangnam: Najib Digesa Bentang Penyata Kos Tajaan Psy Posted: 12 Feb 2013 07:15 PM PST Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff gesa Perdana Menteri bentangkan penyata kos tajaan artis pop Korea Selatan, Psy yang mendapat bayaran semahal RM2 juta. Ia ekoran kenyataan Datuk Seri Najib Razak dalam twitter kononnya persembahan penyanyi yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Stlye' di majlis Rumah Terbuka BN Pulau Pinang itu semalam tidak menggunakan wang rakyat. "Isunya bukan pasal duit siapa, tetapi sikap penanggungjawaban dan urus tadbir kerajaan. Ketika rakyat dihimpit bebanan ekonomi, kerajaan bazirkan wang begitu saja untuk bawa masuk artis luar negara," kata Yusmadi. "Jika benar ada pihak yang menanggung kos untuk persembahan itu, kenapa perlu dimasukkan dalam agenda BN? Sedangkan kita tahu di Pulau Pinang, Najib memang menerapkan slogan '1Malaysia'. Ini jelas ia agenda BN," katanya ketika dihubungi. Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN itu mempersoal kehadiran Najib semasa Psy membuat persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina. "Adakah Najib bercakap atas kapasiti Perdana Menteri atau Presiden Umno? Sebagai Perdana Menteri, ia pasti melibatkan dana dan kepentingan awam," katanya. "Apa pun alasan Najib, beliau kena bentangkan penyata dan jelaskan siapa penaja konsert dan berapa bayarannya," sambung Yusmadi. Psy dilaporkan dibayar hampir RM2 juta untuk persembahan selama lapan minit, dengan mempersembahkan lagu popularnya sebanyak dua kali. Turut menyaksikan nyanyian Psy di padang Kolej Han Chiang, Georgetown, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, anak mereka Norashman dan Nooryana Najwa. Najib dalam ucapannya mengulangi komitmen untuk membina sistem monorel dan sistem penyuraian trafik demi memperbaiki sistem pengangkutan di negeri itu jika diberi peluang memerintah semula. Namun sekalipun Najib memboroskan RM2 juta bagi meraikan sambutan itu, beliau tetap gagal meraih sokongan rakyat apabila penonton terang-terangan menolak BN dengan menjawab 'No' (tidak) apabila ditanya Najib 'Are you ready for BN?' (Bersediakah anda dengan BN). |
Wanita Ini Berjaya Islamkan 7 Profesor Barat Hanya Dengan Jilbab Posted: 12 Feb 2013 04:17 PM PST Kisah yang satu ini merupakan salah satu contoh dari sekian banyak potret kehidupan seorang wanita muslimah yang begitu bangga dan merasa terhormat dengan agama yang selama ini ia telah hadir mewarnai perjalanan hidupnya. Seorang muslimah yang di hatinya terdengar keras degupan syiar agama Allah. Itulah hati yang mampu mengenal Allah dan Rasul Nya sehingga keraguan tak pernah lagi ditemui di dalamnya. Dialah peribadi seorang wanita muslimah yang hatinya selalu memikul tanggung jawab dakwah. Namun sayang watak semacam ini ternyata jarang untuk kita temui. Ya memang sangat jarang sekali. Ummu Abdul Aziz, begitulah wanita ini biasa disapa dalam hariannya. Suaminya seorang doktor yang tinggal di bandar Riyadh, Saudi Arabia. Pada satu kesempatan, Ummu Abdul Aziz harus menyertai suaminya untuk menghadiri salah satu persidangan perubatan yang diadakan di salah satu negara Eropah. Dengan langkah pasti ia iringi keberangkatan sang suami. Ya, ia sedar sekali bahawa Tuhan yang selama ini ia sembah di negaranya tak lain adalah Tuhan yang akan ia jumpai di negera Eropah tersebut. Tuhan yang satu, Allah. Demikian pula halnya kaum Lelaki yang ia jumpai nya di negara asalnya, Arab Saudi. Oleh kerana itu, sebaik tiba di negara destinasi, keadaannya tidak berubah sedikitpun. Komitmen untuk sentiasa melaksanakan segala perintah Tuhannya ia selalu pegang dengan baik. Hal ini nampak kelihatan jelas dari cara ia berpakaian. Potongan kain yang dikenakannya menutupi seluruh anggota tubuhnya .. Ya Ummu Abdul Azis mengenakan pakaian secara lengkap sehingga tidak tak sedikitpun anggota tubuhnya yang boleh terpandang mata, walaupun ia berada di kawasan Eropah yang serupa dengan mode-mode pakaian masa kini. Oleh kerana itu wajar apabila masyarakat Eropah yang menjumpainya merasa hairan dengan pemandangan yang sangat asing seperti yang ia tampakkan. Ia pun mula menjadi pusat perhatian, seakan-akan bertanya '"Makhluk apakah yang ada di balik kain hitam ini?" Benar-benar pemandangan yang sungguh aneh bagi mereka. Pada suatu hari, beberapa wanita Eropah berkumpul mendatanginya. Rata-rata mereka adalah para profesor yang boleh dikatakan sudah cukup berumur. Dialogpun akhirnya berlangsung di antara mereka (Qadaralllah ummu Abdul Aziz mampu berbahasa Inggeris). Dengan begitu beraninya salah seorang daripada mereka mengajukan sebuah soalan, "Kamu pasti kelihatan seperti ini hanya untuk menyembunyikan kecacatan yang ada di tubuh kamu bukan? Atau mungkin sekadar menutupi wajahmu yang nampak tidak cantik?? Ya kiranya anggapan seperti itulah yang tertanam di benak mereka selama ini terhadapnya. Ummu Aziz terus membawa mereka ke salah satu sudut bilik, lalu membuka cadar yang selama ini menutupinya wajahnya. Ternyata ia nampak seperti wanita normal pada umumnya, tanpa ada cacat sedikitpun sebagaimana dugaan mereka. Bahkan mungkin parasnya lebih cantik dari wanita biasanya, insya Allah. Kesempatan ini tentu tidak ia biarkan berlalu begitu sahaja tanpa menyampaikan sesuatu kebenaran. Setelah memperlihatkan wajahnya, Ummu Abdul Aziz terus bermula masuk ke pembicaraan asas. Ia jelaskan kepada mereka bagaimana Islam meletakkan wanita. Ia paparkan sejauh mana penghormatan agama Allah ini terhadap kaum Hawa selain ia berikan gambaran tentang ajaran agama Islam secara umum. Tahukah apa yang berlaku selepas itu? Ya setelah tiga jam berlalu, sebanyak tujuh dari sepuluh Professor wanita tadi terus mengikrarkan keislaman mereka! Tak lain kerana Ummu Abdul Aziz atas izin Allah! Bayangkan tujuh orang Professor masuk Islam hanya dalam tempoh tiga jam selepas melakukan dialog. Sebagai seorang muslimah Ummu abdul Aziz tidak merasa kecil sehingga menjadi asing dengan ajaran agamanya Kehadirannya di negara pengusung faham liberalisme yang jauh dari sistem nilai sosial tersebut. Ia tetap berpakaian muslimah sejati dan tidak mempengaruhinya untuk berganti pakaian ketat dengan hiasan murahan di sana-sini seperti perhiasan kejahiliyahan layaknya barangan murahan. Tujuh orang professor wanita menyatakan keislaman mereka. Allah pun meninggikan darjat mereka dengan agama ini. Agama yang selama ini menjadi satu kebanggaan tersendiri bagi peribadi seperti Ummu Abdul Aziz. Akhirnnya dari seorang muslimah yang berusaha untuk mengajak umat ini kepada jalan Allah. Ia fungsikan dirinya sebagai media turunnya hidayah bagi siapa yang Allah kehendaki. Dengan cara seperti ini ia mampu merubah pandangan rendah mereka terhadap agama yang Allah redhai ini. La ilaha ilallah ….semoga Allah sentiasa memberikan taufikNya kepada dirimu, Ummu Abdul Aziz. Allah jaga dirimu sehingga benar-benar bermanfaat bagi agama dan umat ini... Amiin |
Tidak Mustahil "Arab Spring" Berlaku JIKA Ada Penipuan Dalam PRU - Mat Sabu Posted: 12 Feb 2013 07:14 AM PST Gelombang 'Arab Spring' tetap berlaku di Malaysia jika ada penipuan daftar pemilih dan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang yakin 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah PRU akan datang tidak puas hati dengan keputusannya. Mat Sabu menegaskan, gelombang itu hanya berlaku jika terbukti penipuan sebelum dan semasa hari pengundian membabitkan daftar pemilih. "Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan jangan berkomplot menipu dalam pilihan raya atau menerima kesan kebangkitan rakyat di jalan raya. "Rakyat sekarang memiliki akses maklumat yang luas dan mereka semakin bijak menilai dan membandingkan maklumat yang dikemukakan baik dari media Pakatan atau Umno BN. "Tuntutan terbesar seluruh rakyat sekarang ialah sebuah proses pilihan raya yang bersih dan telus," ujar Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), 12 Januari lalu itu kepada Keadilan Daily. Bagaimanapun, Mat Sabu berkata, istilah 'Arab Spring' tidak sesuai dengan konteks Malaysia kerana beberapa perbezaan dasar seperti geopolitik dan sejarah berbeza namun penggunaan istilah bukan isu besar. Katanya, penukaran kerajaan akan dibuat mengikut sistem demokrasi melalui proses pilihan raya. Beliau turut menolak fitnah Musa kononnya Pakatan gagal mentadbir empat negeri dengan baik. "Jangan tuduh melulu, teliti laporan Audit Negara sebelum keluarkan kenyataan yang memalukan diri sendiri. Sebenarnya Umno BN yang gagal mentadbir dan mereka patut berundur dari memerintah negara," katanya. |
BN ‘Tunggu Mati’ Di Perak: Analisis Buktikan PR Bakal Menang 40 Dari 59 Kerusi Posted: 12 Feb 2013 03:44 AM PST SSejarah bakal berulang, analisis yang diperolehi daripada pelbagai sumber mengatakan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi sekurang-kurangnya 40 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. kata Naib Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar. Katanya, rakyat negeri Perak tidak pernah lupa bagaimana mandat yang diberi kepada PR secara demokratik akhirnya dirampas Barisan Nasional (BN) dengan cara yang paling tidak bertamadun. Beliau berkata, tertubuhnya kerajaan haram Perak yang disusuli krisis perlembagaan membuka mata ramai pihak betapa tamak dan jahatnya tindakan BN dan sejarah hitam itu akan terus berparut dalam sanubari setiap rakyat yang cintakan keamanan dan menjunjung tinggi prinsip Perlembagaan. "Tambah menyedihkan, niat BN merampas negeri itu dilihat semata-mata untuk membolot kekayaan negeri itu. "Sebagai bukti, pendedahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang lalu menyebut lebih 68,000 ekar tanah di seluruh Perak diberi kepada kroni UMNO-BN dengan harga premium tanah yang terlalu murah," katanya dalam satu kenyataan. Sivakumar juga berkata, terdapat banyak usaha yang diambil kerajaan haram BN Perak untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu ini tetapi menemui kegagalan. "Rakyat Perak sedar bahawa kerajaan negeri hari ini tidak sah atau 'haram' di sisi undang-undang dan mereka tidak akan membenarkan keadaan itu berterusan. "Negeri Perak memerlukan satu kerajaan sah melalui mandat rakyat. BN telah melakukan satu kesilapan besar," ujar beliau. Sambil menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perhitungan meleset apabila menganggap 'rakyat Malaysia mudah lupa', beliau turut berkata, ia diperkuat lagi dengan bukti bahawa BN tidak berjaya membawa apa-apa perubahan nyata di Perak. "Banyak slogan retorik seperti 'Perak Aman Jaya', 'Tiada Yang Tertinggal, Tiada Yang Terpinggir' sekadar omong-omong kosong saja. "Rakyat dapat menilai, membuat pertimbangan rasional dan membandingkan pemerintahan PR selama 11 bulan dengan BN selepas empat rampasan kuasa. Rakyat tidak boleh lagi ditipu dengan janji manis yang tidak dilaksanakan," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu. Menurutnya, masa yang ditunggu-tunggu rakyat Perak semakin hampir kerana Parlimen dan DUN Perak akan dibubarkan tidak lama lagi. "PR Perak akan terus berusaha keras untuk menambah bilangan kerusi pada PRU-13. Pemimpin PR negeri ini yakin bahawa rakyat Perak akan memberi mandat yang lebih besar pada PRU-13 nanti," tambahnya. -Roketkini |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan