Rabu, 13 Februari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Antara DAP dan UMNO - Khalid jawab Fathul Bari

Posted: 13 Feb 2013 12:13 AM PST

Isu ini adalah isu terakhir yang ditimbulkan Fathul Bari yang akan saya jawab. Sembilan isu telah beliau kemukakan dan kesemuanya saya telah hurai dengan panjang lebar. Saya tahu beliau akan tetap di atas pendiriannya kerana paksi kepada segala hujjahnya ialah bersandarkan bahawa beliau mesti bersama dengan pemerintah walau sejahat mana sekalipun pemerintah tersebut.

Namun dalam mempertahankan pemerintah, beliau sanggup memutar-belitkan fakta dan ini amat sangat mendukacitakan.


Di antara fakta yang diputar-belit ialah kedudukan DAP dan bagaimana PAS lebih rela bersama DAP berbanding dengan UMNO. Kenyataan ini dikeluarkan dengan tujuan memperlekehkan pendirian PAS untuk menyertai PR sedangkan hakikatnya tiada pilihan yang sebegitu perlu dilakukan.

Ini adalah kerana pilihan sebenar adalah di antara PAS atau UMNO bagi ummat Islam dan DAP atau MCA/MIC/Gerakan bagi yang bukan Islam. PAS ingin menggantikan UMNO sebagai peneraju politik Melayu dan Islam. PKR juga mempunyai cita-cita yang sama walaupun mereka adalah parti berbilang kaum. PAS berkerjasama dengan DAP kerana PAS memerlukan rakan untuk mendapat sokongan bukan Islam sepertimana juga UMNO apabila bersama MCA/MIC/Gerakan. Bagi pandangan PAS, DAP adalah parti yang lebih mulia berbanding MCA/MIC/Gerakan kerana DAP mempunyai prinsip perjuangan yang berpaksikan konsep keadilan sosial. MCA/MIC/Gerakan telah sebati dengan kronisma dan rasuah sepertimana rakan kongsi mereka iaitu UMNO.

Dalam usaha menggantikan UMNO, adalah pelik sekiranya PAS berganding pula dengan UMNO! Hakikatnya, dari perspektif PAS, UMNO adalah penghalang kepada kebangkitan ummat kerana mereka menawarkan kepada orang Islam kaedah politik yang selain dari Islam. Pada masa yang sama mereka menghalang kemaraan PAS dalam usaha memperbetulkan minda Muslim dengan menutup segala saluran dakwah yang mampu ditutup mereka.

Bagi UMNO kefahaman yang jelas berhubung politik Islam adalah ancaman kepada politik perkauman UMNO. Oleh itu mereka berusaha sedaya upaya untuk menghalang peningkatan kefahaman ummat Islam. Dan inilah sebabnya UMNO adalah musuh Islam yang sebenar. Oleh itu tidak masuk akal untuk PAS berkerjasama dengan UMNO.

Ini adalah kerana PAS ingin kefahaman terhadap politik Islam ditingkatkan sambil UMNO mahu ianya semakin disekat! Adakah mungkin berganding bersama? Satu ingin tambah dan satu lagi ingin kurang!

DAP sebaliknya bukan merupakan saingan terhadap PAS. Ini adalah kerana PAS dan DAP tidak merebut 'market' yang sama. DAP inginkan yang bukan Islam berpegang kepada corak politik berprinsip, walaupun bukan prinsip Islam, namun ada banyak persamaan dengan Islam. Persoalan keadilan sosial, keadilan, ketelusan, kecekapan semuanya adalah prinsip yang selari dengan ajaran Islam. Berbanding MCA/MIC/Gerakan mereka merupakan rakan yang lebih mulia.

Maka jelas PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai rakan kerana ingin menggantikan UMNO. Pada masa yang sama, adalah amat lojik bagi PAS untuk berkerjasama dengan DAP kerana perlukan rakan bukan Islam untuk menghadapi hakikat masyarakat majmuk. Fathul dalam menyentuh persoalan ini hanya menyentuhnya dari sudut emosi perkauman dan 'keislaman' yang songsang. Iaitu DAP bukan Islam sambil UMNO Islam. Persoalannya, adakah kita sebagai ummat Islam wajar berkerjasama dengan orang Islam yang ingin mengongkong kefahaman Islam itu sendiri?

Sudah pasti tidak! Maka biarlah PAS bersaing dengan UMNO demi membebaskan ummat Islam dan agama Islam itu sendiri dari terus dikongkong UMNO!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


Orang PKR Tak Tau Beza Haram Halal - Ketua Penerangan Umno Pandan

Posted: 12 Feb 2013 03:36 PM PST




INI KERJA HALAL... KAHKAHKAH...



Video Najib Dan Rosmah Dimalukan Sekali Lagi - Psy Enggan Gaul Yee-Sang Bersama

Posted: 12 Feb 2013 05:56 AM PST




PENANG - Bintang antarabangsa Korea, Psy telah memberi tamparan hebat kepada Parti pemerintah apabila dia enggan naik ke pentas untuk bersama-sama perdana menteri beserta ahli-ahli tertinggi BN setiba masanya untuk upacara tradidi menggaul 'yee-sang' dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina.

Sedihnya bagi BN, Psy telah berjaya mengelakkan dirinya dari dipergunakan untuk mempromosikan politik jenama 1Malaysia Najib. Pemimpin Malaysia itu telah mengumumkan kepada khalayak penonton bahawa Psy ada kejutan bagi mereka- Oppa BN style.

Tetapi, ianya tidak berlaku. Najib, isterinya Rosmah, anaknya Norashman, mantan pm, Abdullah Badawi, ketua parti Gerakan, Koh Tsu Koon, Teng Chang Yeow dan menteri pelancongan Ng Yen Yen merupakan antara mereka yang mendapat malu apabila Psy tidak naik ke pentas untuk menyertai upacara menggaul 'yee-sang' dan mempersembahkan Oppa BN style.

Setelah dimalukan, pasukan BN itu pun bersurai, kembali ke khemah VIP mereka. Hanya Norashman yang tinggal, menuju ke kawasan bawah pentas hanya beberapa kaki dari pentas dimana pasukan Malaysia Chronicle bakal menyaksikan persembahan memukau Psy.

MalaysiaChronicle



Samseng Umno Belasah Mahasiswa Di Parlimen Pekan

Posted: 12 Feb 2013 03:47 AM PST

KUALA LUMPUR 12 FEB: Baru lima hari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengumumkan bertanding dalam PRU 13 di kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan, kempen mereka sudah pun diganggu samseng Umno dengan membelasah aktivisnya, Ekhsan Bukhari tengah hari tadi.

Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) itu dibelasah empat samseng Umno selepas mengedar risalah 'Harapan Malaysia' di Kampung Datuk Keramat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis


"Selepas edar risalah, saya dan Fatih Abdul Aziz dan Alif Hafiz masuk ke kereta untuk ke lokasi lain. Tiba-tiba datang tiga lelaki tempatan merampas kunci kereta kami.

"Kemudian, datang tiga orang lagi yang mengaku ahli Umno, memaki kami. Mereka tarik saya keluar dari kereta hingga terjatuh. Mereka serta-merta menendang kepala dan badan yang terbaring di tanah.

"Saya cedera di beberapa bahagian di badan, antaranya siku saya berdarah dan bahagian leher baju koyak," kata bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) itu ketika dihubungi Keadilan Daily dari sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ekhsan berkata, kereta yang dinaiki mereka turut kemek di bahagian tepi manakala kereta seorang ahli PAS yang menjadi penunjuk arah kemek di bahagian depan.

"Saya hairan, kalau Datuk Seri Najib Razak betul-betul kuat di Pekan, kenapa hantar samseng untuk pukul kami? Kami datang bawa hujah dan idea. Mereka patut lawan dengan cara sama," katanya.
Ketika ini, mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk membuat laporan.

Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) sebelum ini membuat pengumuman untuk bertanding di Parlimen Pekan yang disandang Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sebagai ekspresi penolakan mahasiswa terhadap Umno BN.

www.keadilandaily.com/


Tiada ulasan: