DUNIACACAMARBA |
- Eddie Hamid Cipta Lagu Bantu Kempen UMNO Rampas Kelantan???
- [Video Panas] Pendedahan Bala: Siapa yang Arah Altantuya Dibunuh? (Lengkap)
- Remaja Hamil 5 Bulan Dicekup Khalwat
- Gara-gara Dihentam Peminat dan Penyokong PR, Salih Yaacob Umum Bersara daripada Industri Hiburan
Eddie Hamid Cipta Lagu Bantu Kempen UMNO Rampas Kelantan??? Posted: 28 Feb 2013 04:54 AM PST Komposer dan penyanyi Eddie Hamid dalam HM mendakwa tiada niat untuk menyindir pihak tertentu walaupun jelas lirik lagunya Bo La Wei menyindir pentadbiran PAS di Kelantan. Malah lagu ini turut dilancarkan oleh Najib bersempena dengan Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Bukit Jalil pada 17 Februari lalu. Antara isu yang diutarakan dalam lirik lagu ini termasuklah air kotor, janji yang tidak ditepati, pembalakan, ladang rakyat, dan sebagainya. Lirik lagu ini kemudiannya mengajak rakyat Kelantan melakukan perubahan dan bersatu padu dalam satu barisan untuk memilih pihak yang kononnya akan menunaikan janji. Perhatikan liriknya di bawah ini: Dengar lagunya di sini. Lihatlah latar belakang video ini. Jangan terkejut apabila mendapati Mustapa Mohamed melakukan rap ditengah-tengah lagu ini. Walaupun sudah ditonton lebih 15 ribu kali, namun majoriti pelayar internet menekan butang dislike. Berdasarkan jumlah semasa, sebanyak 1500 orang menekan butang dislike, hanya 200 orang yang memilih untuk like video ini. Melodinya sedap, catchy, tetapi awas lirik dan mesejnya jelas mempunyai misi politik untuk mengubah undi majoriti rakyat Kelantan yang sejak sekian lama menyokong PAS. Tiada agenda politik? Tidak menyindir pihak tertentu? Tidak berkempen untuk UMNO? Jika Salih Yaacob dihentam teruk oleh rakyat yang marah apabila pelawak itu mempersenda Buku Jingga dan pemimpin PR. Apa pula pendapat rakyat Malaysia, khususnya rakyat Kelantan tentang lirik dan mesej lagu ini? -DCM Berita Berkaitan: |
[Video Panas] Pendedahan Bala: Siapa yang Arah Altantuya Dibunuh? (Lengkap) Posted: 28 Feb 2013 03:00 AM PST |
Remaja Hamil 5 Bulan Dicekup Khalwat Posted: 28 Feb 2013 12:17 AM PST [SH] AMPANG, Selangor - Seorang remaja perempuan yang mengandung lima bulan dan pasangannya ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam. Penguatkuasa agama, mendapati lelaki berusia 20 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 18 tahun memakai kemeja dan berseluar pendek ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di sebuah flat di sini, pada jam 1 pagi. Pegawai Masjid Al- Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, lelaki terbabit membuka pintu bilik, manakala teman wanitanya sedang tidur ketika pemeriksaan dilakukan. "Lelaki berkenaan memberi alasan akan bernikah dengan pasangannya itu dalam masa terdekat setelah keluarga remaja perempuan itu mengetahui anak mereka mengandung lima bulan," katanya. Menurutnya, pasangan itu dipercayai saling mengenali sejak tahun lalu dan mereka turut menyewa rumah berkenaan bersama tiga lagi abang kepada remaja perempuan terbabit. "Lelaki yang bekerja di sebuah gerai burger untuk sementara waktu itu dipercayai telah tinggal lebih sebulan dengan kekasihnya itu. Remaja perempuan itu pula tidak mempunyai pekerjaan dan dipercayai tidak bersekolah sejak tingkatan dua," katanya. Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan. Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 26, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan. |
Gara-gara Dihentam Peminat dan Penyokong PR, Salih Yaacob Umum Bersara daripada Industri Hiburan Posted: 27 Feb 2013 07:16 PM PST Bahana menyindir Pakatan Rakyat secara melulu dan tanpa membuat penyelidikan. Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, dilaporkan oleh Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran sketsa pendek berjudul Buku Jingga di laman YouTube. Sketsa tersebut merupakan satu daripada video yang diterbitkan dalam siri Bangkang dari Longkang. Sketsa pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad. Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot. "Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat. "Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Laporan dan video yang memaparkan sketsa Buku Jingga itu boleh ditonton di sini. Siri Bangkang dari Longkang turut membarisi pelawak Afdlin Shauki, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Harith Iskander, Douglas Lim, dan Johan Raja Lawak yang menyentuh pelbagai isu semasa termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH. Setakat ini hanya Nabil dan Salih Yaacob yang menerima tempias kerana terbabit dalam siri Bangkang dari Longkang. Bagaimana pula respons masyarakat terhadap pelawak lain yang turut mempersenda PR dalam pelbagai isu? Tonton video-video tersebut di Youtube dan nilailah fitnah dan sindiran yang dilakonkan oleh mereka- DCM P/s: Siapa kata rakyat Malaysia dan penyokong PR tiada pengaruh untuk bertindak balas terhadap fitnah pihak tertentu? |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan