DIALOG RAKYAT |
- PM umum berita gembira kakitangan awam 11 Mac?
- Keluarga Zaidi terharu MB imam solat jenazah
- Altantuya: Panggil semua disebut dalam SD1 Bala
- Manifesto: PAS giat beri kefahaman kepada rakyat
- PI Bala dedah Najib dalang pembunuhan Altantuya
- Pelajar tingkatan satu pulangkan wang tercicir RM37,500
- SU Akhbar Menteri Sumber Manusia, pemandu maut kemalangan
- Tangguh p’raya: Alasan Najib tidak munasabah
- Isu ceroboh Sabah: Risalah disebar minta penceroboh serah diri
- Pas: Langkah Isma hanya untuk pecah undi Melayu
- Zaidi Buluh Perindu meninggal dunia ketika buat persembahan sambut Noh Omar
- Dewan Perniagaan Melayu tawar bantuan pelabur British saman bekas bendahari Umno
- Salih Yaacob umum bersara selepas dikritik hebat
- Altantuya: Hadirin teruja dengar pendedahan Bala
- Binatangkan rakyat satu Malaysia
- Utusan Umno
- Pengumuman Miti tiada kesan kepada harga kereta
- Tolak Merdeka Center, mana kajian Umno – Nizar
- Jambatan dekat Cyberjaya runtuh
- Penerima BR1M diarah bersumpah undi BN
- Penganalisis: Manifesto BN perlu komprehensif 'saingi' Pakatan
- Harga Kereta Jepun & Australia Turun Menjelang Pilihanraya Umum ke 13!
- Utusan catat kerugian sebelum cukai RM15.50j
- 21 lagi sekolah di K'tan ditutup kerana banjir
- Siri 3: UMNO Khianat Melayu
PM umum berita gembira kakitangan awam 11 Mac? Posted: 28 Feb 2013 03:39 PM PST SANDAKAN - Kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa. Beliau berkata kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan perkara itu merupakan antara masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan awam di negara ini. Katanya, penilaian telah dibuat terhadap kalangan penjawat awam yang sudah mencapai had atau tangga gaji maksimum dengan kebanyakan mereka ini mempunyai skor 80 hingga 85 ke atas dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. "Ia menunjukkan penjawat awam itu telah melaksanakan tugas dengan cemerlang tetapi jika dilihat skim gaji, kita dapati ada yang terhenti dan sampai ke tahap maksimum," katanya dalam Program Temubual Bersama Radio Sandakan FM yang bersiaran semalam. Ketua Setiausaha Negara berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam. Katanya, kertas cadangan itu turut meliputi cadangan kenaikan dua hingga lima peratus untuk penjawat awam yang sudah capai had gaji maksimum. Menurutnya, perkara itu sedang dibincangkan di peringkat Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman secepat yang boleh. Beliau yakin kerajaan akan mengambil perhatian perkara itu selepas meluluskan kenaikan pencen sebanyak dua peratus setiap tahun bermula tahun ini kepada pesara kerajaan. Ali berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam pada 11 Mac ini di Putrajaya, Perdana Menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini. "Kita tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif kita sama-sama tunggu. "Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam," katanya. Katanya, untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan. "Kami sedang melihat dan mungkin ia akan mengambil masa lebih sikit kerana kena perlu melihat balik semua elaun dan juga akan ada implikasi kewangan yang lebih," katanya. Pada akhir program itu, beliau meminta penjawat awam di seluruh negara meneruskan perjuangan mereka untuk membaiki perkhidmatan diberikan kepada rakyat dan hala tuju negara ke arah pencapaian negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Beliau berkata, penjawat awam mesti bersikap kreatif dan inovatif secara lebih proaktif dengan disertai sikap positif, peribadi yang mulia dan berintegriti. Katanya, tugas sebagai penjawat awam adalah untuk menyampaikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat. - Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keluarga Zaidi terharu MB imam solat jenazah Posted: 28 Feb 2013 03:23 PM PST
TUMPAT: Keluarga allahyarham pendikir barat Zaidi Buluh Perindu atau nama sebenarnya, Zaidi Mohammad, 44, melahirkan rasa terharu di atas kesudian Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir untuk mengimamkan solat jenazah. Isterinya, Zaharina Mohammad, 47, ketika ditemui melahirkan rasa syukur dalam nada sebak sebaik sahaja melihat Tuan Guru mengimami solat jenazah di kediaman arwah di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu dekat sini. "Terima kasih banyak-banyak, syukur kerana Tuan Guru sudi datang," ujarnya dengan nada sebak. Zaharina turut mengakui Zaidi jatuh pengsan ketika membuat persembahan pada satu program di Pengkalan Kubor kira-kira jam 11.00 pagi tadi. Jelasnya, arwah suaminya tiba-tiba jatuh dan pengsan serta disahkan meninggal dunia di Hospital Daerah Tumpat. Tuan Guru mengimamkan solat jenazah tepat jam 5.15 petang. Beliau meminta menghubungi pihak keluarga allahyarham untuk menziarahi sebaik sahaja dimaklumkan berhubung kematiannya. Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak. Ketua Kumpulan Ar-Rasy, Ausri Hussin mengucapkan takziah di atas kematian allahyarham. Beliau menyifatkan kematian Zaidi begitu sukar dicari ganti. "Suaranya begitu lunak, hingga berkesan pada siapa yang mendengarnya," ujarnya. Sementara itu rakan yang sering berganding sewaktu persembahan dengan allahyarham, Mat Glamour atau nama sebenarnya Ahmad Awang Ahmad, 53, tidak menafikan beliau begitu terasa kehilangan Zaidi. Menurutnya, selama 15 tahun beliau aktif bersama. "Allahyarham bukan hanya sebagai rakan seperjuangan tetapi juga seorang sahabat yang baik, saya memang terasa kehilangannya," ujarnya. Turut menziarahi keluarga allahyarham, Timbalan Speaker Dun, Mohd Zaki Ibrahim, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Tumpat, Rosli Abdullah, Ketua Penerangan PAS Tumpat, Mohd Nawi Adam, bekas anggota Parlimen Tanah Merah, Mohd Saupi Daud, serta lain-lain pimpinan PAS. Turut menziarahi rakan-rakan artis dikir barat yang lain, Man Khan, Fendi Kenali, Jen KL dan lain-lain termasuk anggota Ar Rasy. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Altantuya: Panggil semua disebut dalam SD1 Bala Posted: 28 Feb 2013 03:21 PM PST
Sehubungan itu, beliau mendesak Peguam Negara membuka semula kes perbicaraan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan memanggil kesemua nama-nama yang disebut di dalam akuan bersumpah pertama (SD1) yang dilakukan oleh PI Bala sebelum ini. "Saya menyambut baik pendedahan berani yang dilakukan oleh PI Bala malam tadi dan ia merupakan satu permulaan baru kepada kes yang membabitkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya. "Jadi, kita mendesak agar Peguam Negara segera membuka semula perbicaraan dan memanggil nama-nama yang disebut dalam SD1 itu," jelas beliau. Khalid yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut berpendapat, PI Bala telah merasakan diri beliau selamat dari ancaman pihak-pihak tertentu termasuk keluarga sehingga berani tampil secara terbuka untuk membuat pendedahan. PI Bala yang sebelum ini terpaksa membuat akuan bersumpah kedua (SD2) dan membawa keluarganya ke India apabila terdapat ancaman dari pihak tertentu yang tidak senang dengan SD1 beliau itu. "PI Bala tampil membuat pendedahan apabila beliau merasakan dirinya termasuk keluarganya terjamin selamat dan tidak akan dicederakan. Bala malam tadi tampil di pentas umum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), beliau menceritakan penglibatannya sebagai penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda yang merupakan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak. PI Bala juga menceritakan secara terperinci kandungan akuan bersumpahnya yang pertama di forum 'Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?' itu. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Manifesto: PAS giat beri kefahaman kepada rakyat Posted: 28 Feb 2013 03:19 PM PST
KUALA LUMPUR: Tawaran manifesto Pakatan Rakyat kini sedang giat disampaikan kepada rakyat melalui jentera penerangan PAS, khususnya di parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) tumpuan. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata jentera parti kini dalam usaha memberi kefahaman kepada rakyat di peringkat akar umbi berkaitan Manifesto Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi, katanya selepas manifesto itu mendapat beberapa komen daripada pemimpin Umno yang ternyata bimbang dengan manisfesto yang bersifat baru dan adil untuk semua. "Secara gerak kerjanya, PAS sudah bergerak secara tuntas sebelum ini lagi. Dengan manifesto ini pula, kita tambah giat lagi dengan penerangan secara berkelompok berkaitannya," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Beliau juga berkata penerangan manifesto berbentuk bahan cetakan juga sedang dilakukan bagi memudahkan penerangan kepada rakyat. Beliau berkata, sebaran berbentuk risalah juga sedang dicetak untuk kali kedua bagi memudahkan pengundi memahami dengan jelas berkenaan tawaran Pakatan Rakyat. Tambah Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga, secara dasarnya PAS sudah menggerakkan jentera partinya ke kawasan-kawasan tumpuan sebelum ini. "Kita bertambah giat lagi dengan menumpukan kepada pengundi kerana pilihan raya akan diadakan bila-bila masa dalam tempoh tidak sampai dua bulan ini," tegas beliau. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PI Bala dedah Najib dalang pembunuhan Altantuya Posted: 28 Feb 2013 05:08 AM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) mendedahkan, 'VVIP' yang terlibat menjadi dalang di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bala yang membuat pendedahan umum kali pertama malam tadi, sekembalinya ke tanah air Ahad lalu menceritakan kronologi pembunuhan Altantuya bermula beliau dipanggil bekerja oleh Abdul Razak Baginda. Menurut Bala, Razak, sekutu rapat dan orang kepercayaan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengarahkan supaya beliau melindungi rumah dan anaknya 24 jam selama 10 hari. Beliau mendedahkan perbualan Razak bersama seorang individu ketika pertemuan mereka. "Semasa (saya) bertemu Razak, dia menerima panggilan dari seseorang bernama 'Tan' yang mengugut akan mencederakan anak Razak jika beliau tidak membayar wang 'wanita' itu," kata Bala, merujuk Altantuya. "Kemudian saya tanya kenapa tak buat laporan polis? Razak jawab tak boleh, sebab ada VVIP yang terlibat. Saya tanya lagi kenapa tak halang saja dia (Altantuya) dari masuk negara ini? Razak kata tak boleh, Altantuya ada banyak pasport," kata Bala di hadapan 3,000 hadirin pada forum 'Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH). Menurut Bala lagi, Razak memberitahunya, Altantuya menuntut bayaran sebagai perantara dalam urusan pembelian kapal selam di Perancis sebanyak USD500 juta dan tiga tiket kapal terbang pulang ke Mongolia. Kata Bala, kali terakhir dia melihat Altantuya pada 18 Oktober 2006 iaitu di hadapan rumah Razak. "Sebelum itu Razak cakap, kalau Altantuya ada depan rumahnya, (saya perlu) mesej beliau (dahulu). Saya hantar SMS kepada Razak memberitahunya (tentang kehadiran Altantuya). Kemudian Razak kata 'lengahkan dia, tunggu sampai orang saya sampai'," kata Bala. "20 minit kemudian, sebuah kereta Proton Aeroback warna merah tiba dengan seorang wanita dan dua lelaki. Wanita itu adalah Lans Korporal Rohaniza, dan dua orang lelaki itu adalah Azilah Hadri dan Sirul Azhar (Umar). Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya sementara dua yang lain menunggu dalam kereta," jelas Bala. "Azilah tanya saya dalam Bahasa Melayu: 'inikah perempuan itu', menyebabkan Altantuya tak faham apa yang kami cakap. Saya kata 'ya'. Azilah pula berkata, mereka (tiga individu berkenaan) akan bawa Altantuya pergi. Saya beritahu Altantuya bahawa dia ditahan dan perlu mengikut mereka naik kereta tersebut. Altantuya masuk dan duduk di belakang bersama Korporal Rohaniza, manakala Azilah dan Sirul berada di depan," kata Bala. Azilah dan Sirul – kedua-dua mereka adalah anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan Najib. Mereka bersama-sama disabitkan kesalahan membunuh Altantuya di kawasan hutan di Shah Alam, hampir tujuh tahun lalu. Sah Najib terlibat Menurut Bala lagi, beliau hanya mengetahui kematian Altantuya selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) pada November 2006. "Sewaktu (saya) bertemu Razak dan peguam Puvanendran, Razak menerima SMS dan menunjukkan kepada kami kandungan SMS itu – "Meeting IGP at 11am, be cool". (Pada SMS itu) tertera nombor Datuk Seri Najib Razak. Maka terjawablah VVIP yang terlibat," kata Bala disambut sorakan hadirin. Mengesahkan lagi keterlibatan Najib, Bala memberitahu, adik Najib, Datuk Nazim Razak pernah berjumpanya, mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah pertama. "Saya dipanggil ke hotel untuk bertemu Nazim. Nazim tanya saya, kamu sayang keluarga kamukan? Saya jadi takut dengan soalan-soalan ugutan seperti itu dan memutuskan untuk membuat akuan bersumpah kedua," jelas Bala yang meninggalkan Malaysia sejak 2009 disebabkan ugutan itu. Forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tersebut dipengerusikan Presiden Kumpulan Anak Muda Independan (Kami), Khalid Ismath. Panelis melibatkan kartunis politik, Zunar; Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel, manakala Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin selaku moderator. Hadir sama di kalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat antaranya, Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu. Kehadiran Bala disambut meriah penyokong pelbagai kaum yang melimpah hingga ke luar dewan. Ekoran sambutan itu, penganjur memasang skrin di perkarangan dewan, supaya hadirin dapat sama mengikuti pendedahan yang dinanti-nantikan itu. Turut sama mengambil peluang, para peniaga yang membuka gerai jualan seperti baju dan makanan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pelajar tingkatan satu pulangkan wang tercicir RM37,500 Posted: 28 Feb 2013 04:57 AM PST BATU PAHAT – Seorang pelajar tingkatan satu sanggup mengayuh basikalnya sejauh 200 meter untuk mengejar sebuah kereta dipandu seorang wanita untuk memulangkan semula beg tangan mengandungi S$15,000 (RM37,500) yang tercicir. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Syed Esa, Amir Azizan Hashim, 13, mengakui tindakannya itu didorong oleh pesanan ibu tersayang supaya memulangkan kembali setiap barang yang ditemui kepada pemiliknya. Menurutnya, beg tangan itu terjatuh di tempat letak kereta di sebuah pasar raya setelah wanita terbabit meletakkan beg tangan berkenaan di atas bumbung kereta sebelum meninggalkan lokasi, dipercayai untuk pulang ke Singapura. "Saya tetap ingat pesanan emak, jika terjumpa barang orang kena pulangkan, kalau boleh beri pada pemiliknya. Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu. Ketika itu saya sedang membeli surat khabar berhampiran sebuah pasar raya yang terletak di Taman Soga. "Saya menaiki basikal dari rumah yang terletak berhampiran pasar raya itu sebelum ternampak seorang wanita sedang menaiki kereta jenis Nissan berwarna hitam dan beg tangannya berada di atas bumbung kereta. "Saya percaya wanita berusia lingkungan 30-an itu tidak menyedari beg tangannya berada di atas bumbung kereta sebelum dia terus menggerakkan kenderaannya dan berlalu dari situ," katanya kepada Sinar Harian. Amir berkata, sebaik beg tangan wanita itu terjatuh, dia segera bertindak mengambil beg tangan berkenaan dan terus memeriksa kandungannya seterusnya mendapati satu sampul surat mengandungi wang tunai Singapura, dokumen pengenalan diri dan seutas jam tangan. "Ketika memeriksa beg berkenaan, saya mendapati terdapat satu sampul surat yang mengandungi wang tunai dollar Singapura selain pasport dan seutas jam tangan dipercayai milik wanita terbabit. "Saya terus mengayuh basikal mengejar kereta berkenaan untuk memulangkan semula beg tangan miliknya. Alhamdulillah saya dapat mengejarnya ketika di simpang jalan seterusnya memulangkan kembali beg terbabit," katanya. Beliau berkata, terharu dengan keikhlasannya, wanita terbabit beberapa kali mengucapkan terima kasih dan menghulurkan sejumlah wang sebagai sagu hati kepadanya. "Saya tidak menerima wang berkenaan kerana teringat pesanan daripada ibu dan ayah yang kerap kali menasihati saya untuk tidak menerima apa-apa pemberian daripada orang yang tidak dikenali. Wanita itu bertanya beberapa maklumat diri saya antaranya alamat sekolah sebelum dia berlalu pergi dan saya terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibu dan ayah. "Emak puji tindakan yang saya lakukan dan menasihati saya untuk meneruskan sikap sebegini pada masa akan datang," katanya. Sementara itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato' Syed Esa, Mohd Taat Kasran berkata, sikap yang ditunjukkan pelajar sekolahnya yang bertindak jujur memulangkan semula wang dan beg tangan berkenaan sangat dipuji. "Wanita terbabit menghubungi pihak sekolah beberapa hari selepas kejadian bagi memaklumkan berhubung keikhlasan Amir yang sanggup memulangkan wang miliknya sebanyak S$15,000 (RM37,500). "Kami seluruh warga sekolah sangat berbangga dengan tindakan Amir yang diharap dicontohi pelajar lain bukan saja di sekolah ini, tetapi di sekolah lain di seluruh negara. Sebagai penghargaan, pihak sekolah beri sijil kepada Amir bagi menghargai tindakannya," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SU Akhbar Menteri Sumber Manusia, pemandu maut kemalangan Posted: 28 Feb 2013 04:53 AM PST Hazrin Hasan, 35, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka. Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi tadi, mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan rasmi cedera parah. Sivam, 35, menjadi setiausaha akhbar kepada Datuk Seri Dr S Subramaniam sejak lebih dua tahun lalu. Kemalangan membabitkan sebuah lori, kenderaan pacuan empat roda dan kereta. Jurucakap polis dipetik Bernama berkatam ketika kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri satu program yang turut dihadiri menteri berkenaan. Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian, kenderaan jenis Nissan X-Trail yang dipandu Hazrin terbabas dan bergesel dengan sebuah Perodua Myvi sebelum merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan plastik. "Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan menyebabkan mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini hari ini. Pemandu lori dan pemandu kereta Myvi yang turut terlibat dalam kejadian itu tidak mengalami kecederaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan. Katanya mayat Sivam dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarganya. Sementara itu, Subramaniam ketika ditemui di Hospital Tampin berkata Sivam sudah tiga tahun berkhidmat dengan beliau sebagai setiausaha akhbar dan hubungan mereka sangat rapat. "Saya amat sedih kerana kedua-dua mereka merupakan pekerja yang setia dan bertanggungjawab dengan tugas selain banyak berjasa kepada kerajaan. "Pada hari ini saya bukan sahaja kehilangan pekerja yang baik tetapi seorang sahabat kerana mendiang Sivam amat rapat dengan saya dan hubungan kami seperti saudara," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tangguh p’raya: Alasan Najib tidak munasabah Posted: 28 Feb 2013 04:45 AM PST
Lagi lambat pilihanraya di adakan lagi kuat bukti yang penangguhan yang begitu lama itu adalah disebabkan ketakutan UMNO dan BN menghadapi kekalahan. Seperti yang di sebut selalu di sini Najib merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang tidak dipilih sampai penghujung penggal pilihanraya. Selalunya mana-mana Perdana Menteri yang baru mengambil alih jawatan itu tidak akan sabar-sabar untuk mengadakan pilihanraya bagi mendapatkan mandat yang terus dari rakyat. Seorang Perdana Menteri itu mahu tahu sejauh mana sokongan orang ramai dan itulah yang menyebabkan semua Perdana Menteri sebelum Najib telah memanggil pilihanraya sejurus selepas mengambil alih jawatan itu. Ramai orang berkata Abdullah Badawi itu lemah dan tidak 'effective' tetapi apa pun orang kata terhadap beliau, Abdullah telah memanggil pilihan raya selepas empat bulan mengambil alih jawatan PM itu dari pemimpin yang boleh berjalan di atas air, iaitu Dr Mahathir Mohammad. Abdullah telah mendapatkan 'endorsement' dari rakyat dan beliau telah mendapat mandat yag begitu besar, iaitu kedua terbesar selepas pilihanraya tahun 1955 dahulu. Dalam pilihanraya 1955 itu hanya seorang wakil Perikatan yang kalah iaitu Sulaiman Palestin di Pulau Pinang Selatan. Tetapi sehebat-hebat Najib seperti yang diwar-warkan oleh UMNO pada hari ini, hendak memanggil pilihanraya pun takut dan tidak berani menghadapi risiko politiknya. Beberapa hari yang lepas Najib memberitahu kita yang beliau sengaja menangguhkan pilihanraya ini kerana hendak menunggu hasil Program Transformasi Ekonomi (PTE) yang telah beliau lancarkan itu. Kalau begitulah alasan beliau maka pilihanraya mungkin tidak di adakan dalam tempoh empat atau lima tahun lagi kerana apa-apa program kerajaan yang baru itu akan hanya mendatangkan hasil, jika ada, selepas tempoh yang panjang. Mengikut perlembagaan tempoh tamat penggal ini ialah 28hb April nanti. Tidak mungkin hasil transformasi ekonomi beliau itu akan kita dapati dalam masa sesingkat itu. Alasan itu amat dangkal sekali dan tidak boleh diterima akal walau pun kepada mereka yang buta huruf. Najib lupa yang seorang insan itu mempunyai mata hati yang amat mudah untuk melihat siapa yang berbohong dan siapa yang di bohongi. Apa yang diperkatakan Najib itu tidak siapa yang akan mempercayainya. Hanya kepada yang mahukan beliau berbohong sahaja yang akan memberikan anggukan kepada kenyataan Najib itu. Isu sebenarnya ialah isu ketidakyakinan beliau terhadap sokongan ramai terhadap UMNO itu dan juga masalah yang mungkin beliau hadapi di dalam UMNO itu sendiri. Kemenangan besar adalah wajib bagi Najib perolehi tetapi harapan itu tidak akan menjadi kenyataan kerana ramai rakyat telah membuat ketetapan di hati masing-masing untuk meninggalkan UMNO dalam pilihanraya ini dengan memberikan undi kepada pihak pembangkang. Saya selalu bercakap dan ramai lagi manusia telah menunjukkan apa yang bakal dihadapi oleh Najib jika beliau tidak dapat memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya nanti. Bagaimana Najib hendak mendapatkan kemenangan besar sedangkan untuk mendapatkan sedikit lagi sokongan untuk mendapat kemenangan kecil pun tidak akan dapat beliau perolehi. Bagi saya Pakatan Rakyat hanya perlu untuk menjaga dan mengawal keadaan yang sedang memihak kepada mereka. Pakatan Rakyat tidak boleh melakukan sedikit kesilapan dalam tindakan mereka menghadapi pilihanraya ini. Pakatan perlu ingat yang mempertahankan sokongan rakyat terhadap mereka sekarang lebih payah dari mendapatkannya. Mana-mana parti dalam PR jangan sekali melakukan kesilapan. Pakatan tidak boleh melakukan kesilapan yang disengajakan atau pun kesilapan yang tidak disengajakan. Alasan Najib yang mengatakan penangguhan pilihanraya ini disebabkan untuk menunggu hasil PTE beliau itu adalah bukti kukuh yang Najib tidak berkeyakinan untuk memenangkan BN dalam pilihanraya ini. Najib sedang berperang untuk mempertahankan kewibawaan palsu beliau di mata rakyat. PI Balasubramaniam telah kembali untuk membantu apa yang sedang dilakukan oleh Deepak dan lain-lain yang menuduh Najib dengan berbagai-bagai isu yang ganas itu. Isu terhadap Najib datang bertimpa-timpa. Tetapi isu yang bakal dihadapi oleh lain-lain pemimpin dalam UMNO tidak kurang ganasnya. Jika Muhyiddin mengambil alih sekali pun isu terhadap beliau pun bukannya kecil. Begitu juga isu terhadap lain-lain pimpinan kanan UMNO sekarang ini. Mereka terlalu kaya dengan isu-isu negatif dan tidak siapa pun di kalangan pimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi parti itu tidak mempunyai isu yang tidak mempunyai moral untuk mentadbir negara. Mereka, seperti yang saya selalu katakan itu, adalah dari acuan yang sama. Pendeknya formula yang paling baik untuk menyelamatkan negara dan kerajaan kita ialah untuk melakukan perubahan dan kita tinggalkan pentadbiran dan politik yang tersangat menghimpit pemikiran rakyat yang dahagakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab seperti UMNO ini. Jika benar Najib seorang yang bertanggungjawab beliau tidak akan melakukan apa yang sedang beliau lakukan hari ini. Inilah dia hasil dari didikan kepada petualang politik negara khususnya orang Melayu Dr Mahathir Mohammad. Kata perpatah, 'keruh air di hulu maka keruh di hilir'. Kekeruhan politik negara bermula dari permainan politik Mahathir selama 22 tahun dan budaya politik kini masih dipengaruhi oleh isu Dr Mahathir. UMNO tidak akan kekal sebagai UMNO parti orang Melayu tetapi ia akan terus menjadi parti untuk segelintiran Melayu yang tamak kuasa dan mempunyai mentaliti 'migrant' yang tidak akan dapat ditanggalkan dari imej ini buat selama-lamanya. Kita tidak tahu bagaimana lagi UMNO hendak menyelamatkan diri mereka untuk masih menjadi parti yang relevan untuk rakyat yang terlalu dahagakan pimpinan yang telus dan jujur untuk menempa hari muka yang mencabar. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Isu ceroboh Sabah: Risalah disebar minta penceroboh serah diri Posted: 28 Feb 2013 04:40 AM PST SINAR HARIAN LAHAD DATU - Risalah-risalah dalam bahasa Suluk meminta penceroboh rakyat Filipina menyerah diri disebar di sekitar kawasan Kampung Tanduo sejak semalam tetapi setakat ini pihak keselamatan Malaysia belum menerima sebarang reaksi daripada kumpulan itu. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sejak risalah itu ditabur, belum ada maklum balas daripada kumpulan penceroboh itu. "Saya percaya mereka telah mendapat 'flyers' itu," katanya pada sidang akhbar, hari ini, mengenai perkembangan terkini usaha menamatkan insiden yang bermula sejak kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Sulu menceroboh perkampungan nelayan kira-kira 130km dari sini 12 Februari lepas. Hamza berkata, pasukan keselamatan tidak teragak menggunakan kekerasan sekiranya anggotanya terancam. "Kami tidak mahu mereka (penceroboh) meletakkan pasukan polis atau pasukan keselamatan kita dalam satu situasi di mana kami tidak ada pilihan lain (kecuali mengambil tindakan kekerasan). "Kita kena ingat bahawa tujuan kita adalah untuk menyelamatkan nyawa. Tapi nyawa pasukan keselamatan lebih penting daripada nyawa mereka (penceroboh)," katanya. Hamza berkata, sebarang tindakan oleh pihak keselamatan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang serta mengambil kira sebarang kemungkinan dan kesan tindakan yang diambil. - Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pas: Langkah Isma hanya untuk pecah undi Melayu Posted: 28 Feb 2013 04:37 AM PST PUCHONG - Langkah pertubuhan bukan kerajaan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mahu bertanding di 20 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) atas tiket Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dilihat hanya untuk memecah undi orang Melayu. Ketua Pemuda Pas Puchong, Mohd Rosharizan Mohd Rozlan berkata, sekiranya benar pertubuhan itu berniat membawa kesejahteraan ummah, mereka sepatutnya bersama-sama Pakatan Rakyat (PR), yang di dalamnya ada Pas. Menurutnya, beliau melihat cadangan bertanding itu sebagai helah yang sengaja untuk memecah undi pengundi Melayu Islam yang bakal memilih PR di peringkat Parlimen pada PRU13. Jelasnya, tindakan itu tidak akan berhasil lebih-lebih lagi dengan kebangkitan rakyat yang melihat PR sebagai alternatif menggantikan kerajaan pada hari ini. Seperti yang disiarkan media arus perdana, wakil NGO itu, katanya, memaklumkan akan meletakkan calon berkaliber dalam kalangan orang Islam di beberapa kerusi Parlimen dan Dun dan antaranya di Puchong. Kata Rosharizan, pihak itu memberi alasan untuk memperjuangkan ummah dan orang Melayu sedangkan niatnya lebih cenderung ke arah lain. "Saya lihat kawasan dicadang mereka untuk bertanding adalah yang mempunyai polariti kaum 50/50 antara kaum Melayu dan kaum lain. "Saya tidak katakan mereka cenderung kepada mana-mana parti tetapi jika bertanding ia akan lebih memanfaatkan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika ditemui pada program meraikan ibu tunggal di sin | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Zaidi Buluh Perindu meninggal dunia ketika buat persembahan sambut Noh Omar Posted: 28 Feb 2013 04:36 AM PST SINAR HARIAN TUMPAT - Penyanyi lagu-lagu dikir barat terkenal Kelantan, Zaidi Mohamad, 46, yang lebih dikenali sebagai 'Zaidi Buluh Perindu', meninggal dunia di Hospital Tumpat akibat serangan jantung, di sini hari ini. Zaidi jatuh dan pengsan ketika membuat persembahan dikir barat untuk menyambut ketibaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting, di sini, pada 10.35 pagi dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada 11 pagi. Allahyarham yang menetap di Kampung Bunut Sarang Burung, di sini, meninggalkan seorang isteri, Zaharina Mohamad, 47, dan tujuh anak berusia antara 11 hingga 28 tahun. Allahyarham turut merakamkan lebih 100 album sejak berkecimpung dalam dunia dikir barat sejak 20 tahun lepas, dan mula terkenal selepas lagu dikir barat bertajuk 'Juwita' mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk negeri ini. Zaharina ketika ditemui di rumahnya berkata beliau reda dengan pemergian suaminya namun terkilan kerana hajat Zaidi untuk menunaikan umrah pada April ini tidak tercapai. "Pagi ini arwah sempat bersarapan sebelum turun membuat persembahan dikir barat di Kompleks LKIM itu. Saya tidak syak apa-apa sehinggalah menerima panggilan mengatakan arwah meninggal dunia," katanya. Sementara itu, Noh turut meluangkan masa melawat keluarga Zaidi selepas selesai merasmikan Restoran Sri Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tumpat serta menyampaikan elaun sara hidup tunai Parlimen Tumpat dan Pengkalan Chepa di LKIM Geting di sini. Turut hadir Adun Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar; Naib Ketua Umno Tumpat Wan Hanapi Wan Yaakob dan Pengarah LKIM Kelantan, Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bunut Sarang Burung selepas solat Asar. - Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dewan Perniagaan Melayu tawar bantuan pelabur British saman bekas bendahari Umno Posted: 28 Feb 2013 03:33 AM PST KUALA LUMPUR — Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berkata pihaknya sedia membantu 60 pelabur British yang mengemukakan saman terhadap bekas bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi serta dua defendan lain kerana didakwa melakukan penipuan berjumlah RM12.8 juta. Presiden DPMM Syed Ali Al Attas berkata pelabur British tersebut dialu-alukan untuk mengemukakan aduan rasmi kepada DPMM dan pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas dakwaan tersebut. "Dan jika mereka mahu merujuk kepada dewan (DPMM), kami alu-alukannya. "Mereka boleh tulis kepada setiausaha agung dan pastinya kami lihat perkara tersebut dengan panel perundangan kami," kata Syed Ali (gambar) mengemukakan tawaran kepada pelabur-pelabur British tersebut. Apabila ditanya sama ada kes saman tersebut akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia, Syed Ali bagaimanapun menolak perkara itu, sebaliknya berkata pasaran negara masih kukuh ketika ini. Syed Ali berkata pelabur di Malaysia bijak untuk menilai pasaran dan tahu apa yang mereka lakukan, sambil menambah kes saman oleh pelabur British tersebut baginya adalah kes terpencil dan berlaku dimana-mana negara. "Saya tidak rasa ia akan beri kesan kepada pelabur untuk datang ke Malaysia kerana ahli peniagaan adalah bijak. "Mereka tahu apa yang mereka lakukan," kata Syed Ali selepas sidang media Persidangan Muslim Sedunia yang bakal berlangsung 4 Mac ini. Walaubagaimanapun, Syed Ali menegaskan tindakan tegas wajar diambil terhadap individu yang terlibat dalam kes penipuan tersebut serta menyatakan keyakinannya bahawa pihak berkuasa akan menjalankan siasatan dengan teliti dan telus. "Tapi tidak bermakna tiada tindakan undang-undang diambil ke atas mereka. "Pihak berkuasa pastinya akan mengambil tindakan pantas, jangan risau pasal hal itu," tambah Syed Ali yang merujuk kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Kementerian Perdagangan. Kenyataan Syed Ali hari ini sebagai respon, apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Datuk Seri Mustapha Mohamed semalam berkata pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terhadap Abdul Azim serta dua defendan lain kerana menipu 60 pelabur British sebanyak RM12.8 juta. Semalam, pelabur British mendedahkan mereka telah memfailkan saman terhadap Doxport Technologies Sdn Bhd milik Abdul Azim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu melalui firma guaman, The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua. Ketua wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, berkata, 60 pelabur British melalui syarikat Fiscal Capital City Sdn Bhd (FCC) jelas ditipu oleh Doxport, syarikat milik Azim, dan mereka menemui beberapa pemimpin tertinggi negara, antaranya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut Hasnal, 60 warga British itu melabur sebanyak AS$4 juta kepada Doxport Technologies pada Januari 2009 semasa Azim menjadi bendahari Umno. Azim yang kini ketua bahagian Bukit Bintang, digantikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai bendahari Umno pada April 2009. Hasnal berkata pelabur tersebut membuat laporan polis pada 2011 selepas mendapati tidak ada suis Telekom itu beroperasi di Malaysia. Peguam tersebut berkata pelabur tersebut menyaman untuk mendapatkan semula pelaburan mereka, disamping ganti rugi am dan tauladan. Azim - yang menjadi pengerusi Bank Simpanan Nasional dari 1999 hingga 2009, dan Institut Bank Simpanan Dunia dari 2006 hingga 2009 - juga berhadapan dengan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) selalu pengerusi Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju utama projek tersebut. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Salih Yaacob umum bersara selepas dikritik hebat Posted: 28 Feb 2013 03:22 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan. Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu. "Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat. "Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam. Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad. Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri. Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot. Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu. Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri. Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan.-Harakahdaily | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Altantuya: Hadirin teruja dengar pendedahan Bala Posted: 28 Feb 2013 03:17 AM PST
KUALA LUMPUR: Kemunculan Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) di pentas umum terbukti sangat dinantikan apabila Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi. PI Bala tampil menceritakan penglibatan beliau sebagai penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda yang merupakan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak. PI Bala juga menceritakan secara terperinci kandungan akuan bersumpahnya yang pertama di forum 'Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?'. PI Bala buat pertama kalinya tampil di pentas umum bagi mendedahkan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas kembali ke Malaysia Ahad lalu, setelah empat tahun tinggal di India. Ketibaan PI Bala disambut seperti wira dengan tepukan gemuruh dan sorakan lebih 2,000 hadirin yang memenuhi dalam dan luar dewan. Orang ramai kelihatan sangat teruja untuk mendengar sendiri pendedahan PI Bala mengenai kes yang bermula sejak 2006 itu. Antara yang disebut dalam pendedahan Bala adalah mengenai penglibatan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah pertama. "Saya dipanggil ke hotel untuk bertemu Nazim. Nazim tanya saya, kamu sayang keluarga kamukan? Saya jadi takut dengan soalan-soalan ugutan seperti itu dan memutuskan untuk membuat akuan bersumpah kedua," kata Bala sekaligus menjawab persoalan beliau menukar akuan bersumpahnya yang dibuat pada 2008. Sebelum mengakhiri forum, PI Bala menyatakan kesediaanya membantu Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). "Saya pulang ke Malaysia untuk memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat," kata beliau disambut tepukan dan sorakan gemuruh. PI Bala juga akan meneruskan siri jelajah ke Kelantan dan Perak bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Sebelum PI Bala tampil di pentas, forum dimulakan dengan ucapan Kartunis Zunar dan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Binatangkan rakyat satu Malaysia Posted: 28 Feb 2013 03:14 AM PST
SAYA diberi borang BRIM 1.0 dulu. Saya layak menerimanya. Ketika berduyun-duyun menerimanya, saya tidak mengisi borang itu. Ada yang berkata saya bodoh, tolak rezeki. Tetapi saya terasa malu untuk menerimanya walaupun adalah dalam lingkungan orang yang boleh mendapatnya. Saya rasa boleh dihina. Tetapi saya tidak terasa hina dimasukkan dalam katogari orang yang boleh menerima skim kifalah RM1,000 apabila mati nanti. Saya tidak kata apa-apa tentang pemberian sekali sekala di ambang PRU itu kerana ramai orang berpeluang berolah pemberian yang lebih baik daripada duit zakat fitrah setahun sekali itu. Ada sebab disyariatkan pemberian zakat fitrah kepada fakir miskin, tetapi apa sebab BRIM itu diberi di premis umno/BN dan menerima sedikit syarahan dari pemimpin UMNO yang menyampaikannya. Tidak seronok dengannya. Naluri jadi begitu. Sekarang saya dapat jawapan dari kenyataan Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan bahawa pemberian itu dikira Binatangkan Rakyat 1Malaysia. Orang yang diberi dan menerimanya itu bukan binatang. Masing-masing adalah orang. Tetapi cara memberinya itu seolah-olah menjadikannya seperti haiwan dan begitulah haiwan diperlakukan. Pepatah Inggeris kata, orang yang perlukan lauk jangan dibagi ikan tetapi bagilah kail. Yang memberi BRIM itu masing-masing keluaran sekolah Inggeris dan PM sendiri belajar di England. Tetapi tidak mengambil ajaran pepatah Inggeris itu. Kata Tok Guru, belajar dari didikan Rasulullah SAW, tidak beri benda kepada jahiliyah di Makkah dan Madinah tetapi beri ilmu. Beri benda sampai bila? Tapi beri ilmu, orang yang dapat ilmu boleh cari hidup dan rezeki sendiri. Memberi BRIM itu diibaratkannya seperti memberi hampas, melukut atau sekam kepada haiwan. Tiap-tiap kali tiba waktu makannya taburlah hampas atau sekam atau padi. Kata Mahfuz Omar dalam ceramah, orang yang hendak menyembeli ayam, teriakkan, 'Kuuuurrrrr!' Meluruhlah ayam datang. Sebelah tangan orang melaung 'kuuuurrrr' itu ada pisau untuk menyembellihnya. Kerana PRU13 ditunda, penerima BRIM 1.0 itu mula tidak ingat pemberian itu dulu, maka diadakan pula BRIM 2.0 dan disampaikan dalam masa demam pilihan raya sudah mulai rancak. Maka nyatalah tiada lain BRIM itu adalah demi menyembelih penerimanya menjelang pilihan raya itu. Umno tidak bising dan tidak menamakannya rasuah politik kerana ia dibuat untuk memastikan BN kembali berkuasa. Tetapi kalau calon Majlis Tertinggi menabur apa-apa saja yang boleh meraih sokongan perwakilan, maka ia bising kerana ia adalah rasuah politik, membeli perwakilan. Dr Mahathir keluar umno kerana perwakilan mesyuarat Umno Kubang Pasu mendapat habuan supaya tidak menjadikan Dr Mahathir seorang daripada perwakilan ke Perhimpunan Agung. UMNO mentribunal pemimpinnya yang terbabit dan Tan Sri Isa Samad disabitkan, digugurkan jawatan Naib Presiden yang dimenangi dan digantung keahliannya. Dulu-dulu pengundi diumpan dengan kain batik dan kain pelekat. Zaman 1Malaysia di bawah Najib ini tidak perlu tunggu hari mengundi bersembunyi-sembunyi. Berterang-terang disiarkan di TV memberi BRIM yang boleh dikira binatang rakyat 1Malaysia. Orang kata Tok Guru menghina rakyat tetapi Tok Guru kata, pemberian benda yang begitu rupa menyamakan manusia yang mula dengan haiwan. Ia satu kata-kata mantik yang kuat. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 28 Feb 2013 03:13 AM PST Tuan Fairuz Tuan Ismail Jika dikurniakan duit yang lebih, saya ada satu syarikat yang benar-benar saya ingin beli, Utusan Group. Sebuah syarikat yang berdaya saing satu ketika dahulu dengan menghasilkan pelbagai karya ilmiah kini kelihatan semakin lesu (persepsi saya) dan hilang taringnya. Akhbar hariannya, Utusan Malaysia yang mempunyai pembaca yang sangat ramai suatu ketika dahulu, kini semakin hari semakin kurang pembacanya. Akhbar inilah yang mencatatkan penurunan pengedaran (circulation) yang konsisten dari setahun ke setahun berdasarkan laporan Audit Bureau of Circulation sebanyak 20 peratus dari Jun 2006 hingga Jun 2009 (213,445 pada tahun 2006 kepada 169,548 pada tahun 2009). Jumlah penurunan sebanyak 20 peratus sepatutnya membuatkan pemilik dan pelabur syarikat tidak senang duduk, namun jika saya berada di tempat mereka, saya lebih membimbangi "trend" menurun yang konsisten setiap tahun. Tentu ada masalah fundamental yang perlu ditangani untuk memastikan akhbar tersebut kekal relevan. Teramatlah malang sekiranya akhbar yang mempunyai sejarah yang panjang, lebih lama daripada usia negara kita sendiri, musnah akibat kesilapan keputusan perniagaan (bad business decision). Kesilapan fundamental yang saya nampak adalah dengan menjadikan akhbar massa tersebut sebagai lidah rasmi kepada parti pemerintah. Ia bukan lagi media neutral yang memberikan ruang kepada pembaca untuk mendapatkan maklumat daripada semua pihak termasuk pihak pembangkang. Disebabkan penyiaran yang berat sebelah ini, ramai pembaca khususnya dari kalangan yang menyokong pembangkang semakin menjauhi akhbar ini. Satu lagi segmen masyarakat yang kurang memilih media ini adalah golongan muda yang lebih terdedah dengan pelbagai sumber maklumat melalui Internet. Lebih memburukkan keadaan, sering sekali kita melihat akhbar Utusan Malaysia mutaakhir ini kalah dalam saman fitnah. Yang terkini adalah saman Datuk Seri Nizar Jamaluddin tentang isu nombor plat WWW1. Sememangnya saman yang terpaksa dibayar adalah merugikan syarikat, namun reputasi dan kredibiliti yang rosak adalah sesuatu yang lebih patut dibimbangi. Yang lebih membimbangkan, saingan kepada Utusan Group, iaitu Kumpulan Karangkraf dengan akhbar hariannya Sinar Harian, memberikan pembaca, apa yang tiada pada utusan; penyiaran yang neutral. Mereka memberi ruang kepada pemimpin pembangkang untuk menjelaskan sesuatu isu, sama seperti peluang yang diberikan kepada pemimpin kerajaan. Tidak hairanlah dalam masa yang singkat, akhbar yang pada mulanya hanya bermula di negeri Pantai Timur, kini telah menjadi sensasi nasional. Walaupun belum diedarkan di negeri-negeri utara, dan Johor namun jumlah edarannya yang dianggarkan sekitar 150,000 semakin menyamai edaran akhbar-akhbar yang telah lebih lama bertapak. Saya yakin dan percaya, jika Utusan tidak mengubah strategi perniagaannya, mereka akan kalah kepada kumpulan Karangkraf dalam masa yang terdekat. Saya berdoa agar ada jutawan diluar sana yang boleh membeli pegangan syarikat ini yang dipunyai oleh individu yang rapat dengan parti Umno agar ia boleh berubah dan memastikan ia terus relevan pada masa akan datang. Adalah satu kesilapan besar dari segi strategi bisnes sekiranya terus menjadikan ianya sebagai Utusan Umno! | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengumuman Miti tiada kesan kepada harga kereta Posted: 28 Feb 2013 03:07 AM PST
KUALA LUMPUR: Pengumuman Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (Miti) bahawa cukai import bagi kereta-kereta import siap pasang (CBU) dari Jepun dan Australia akan dikurangkan secara berperingkat menjelang tahun 2016 adalah helah politik menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). "Ini bukanlah perkara baru dan adalah dasar sedia ada yang sudah pun diketahui umum," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar). Malah, katanya perkara itu diulas dengan panjang lebar di dalam Laporan Kesatuan Eropah Mengenai Industri Automotif Malaysia bagi Januari 2012, menunjukkan bahawa perkara itu sudah pun wujud sejak tahun 2012 lagi. Lebih teruk lagi, ujar beliau penghapusan cukai import untuk kereta-kereta mewah CBU yang diimport dari Jepun telah pun dilaksanakan oleh Umno Barisan Nasional sekarang. Menurutnya, pada ketika ini pun, memang Umno Barisan Nasional tidak mengenakan sebarang cukai import kepada kereta-kereta import dari Jepun di antara 2,500 hingga 3,000 cc.
Sebab itu, tambah Rafizi PKR beranggapan bahawa dasar sedia ada yang diamalkan oleh Umno Barisan Nasional digubal untuk menguntungkan golongan kaya. "Cukai import dihapuskan untuk kereta-kereta import besar dan mahal yang hanya mampu dibeli oleh orang kaya," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, dengan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Mustapha Mohamad itu, ia hanya akan memberi kesan kepada sekitar 21,000 unit kereta setiap tahun kerana jumlah kereta import siap pasang (CBU) dari Jepun hanyalah sekitar 3.5% dari jumlah jualan keseluruhan kenderaan (Total Industry Volume atau TIV). "Jumlah kereta import dari Australia pula adalah terlalu kecil dan langsung tidak akan memberi kesan kepada harga kereta di negara itu," katanya. Justeru, tegasnya PKR tetap dengan pendirian dan kempennya bahawa struktur cukai eksais yang perlu dirombak untuk menurunkan harga kereta. Menurutnya, cukai eksais (dicampur dengan cukai jualan) yang bermula setinggi 85% bagi kereta bersaiz bawah 1,800 cc dan mencecah 115% bagi kereta bersaiz atas 3,000 cc dikenakan ke atas setiap kereta tanpa mengira asal pengeluaran. "Cukai inilah yang mencekik darah rakyat terutamanya golongan kelas bawahan yang membeli kereta-kereta keluaran tempatan. "Mereka terpaksa membayar harga kereta sehingga dua kali ganda dari harga sebenar kerana cukai eksais yang dikenakan," katanya. Lebih penting, katanya cukai eksais berada di dalam kawalan kerajaan persekutuan sepenuhnya tanpa perlu dirunding dengan mana-mana negara. Tambahnya, PKR komited untuk menurunkan cukai eksais ini dalam tempoh lima tahun secara berperingkat dengan kadar penurunan 20% setiap tahun. Menurutnya lagi, menjelang tahun 2018, tidak ada lagi cukai eksais yang akan dikenakan ke atas kereta. "Sekiranya Umno Barisan Nasional juga prihatin dengan nasib rakyat, wajarlah ia juga menurunkan cukai eksais, bukannya bermain wayang seperti sekarang," katanya lagi. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tolak Merdeka Center, mana kajian Umno – Nizar Posted: 28 Feb 2013 03:05 AM PST
Malah menurut Nizar lagi, selain mengemukakan hasil kajian tersebut, Umno juga perlu menunjukkan bentuk kajian yang mereka lakukan jika merasakan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin meningkat. "Saya cabar Umno menyiarkan kajian yang mereka lakukan jika mereka tidak yakin dengan apa yang dilakukan oleh Merdeka Center, kita nak juga tahu tahap populariti yang diterima oleh Najib. "Selain itu juga kita ingin mengetahui bentuk kajian yang dilakukan terutama dari segi soalan, jangan lupa masukkan sekali kajian terhadap Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakahdaily. Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut berpendapat kajian yang dilakukan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) dan Merdeka Center telah menunjukkan graf populariti yang sama terhadap Najib. Malah katanya lagi, angka dan peratusan yang ditunjukan daripada kedua-dua kajian itu menunjukkan angka yang hampir sama dan tidak ada apa yang perlu dipersoalkan lagi. Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan telah mempersoalkan kajian Merdeka Center yang menyebut kurang separuh daripada 1,021 respondennya berpuas hati dengan kerajaan BN. Adnan memberitahu kaji selidik yang dilakukan oleh BN sendiri menunjukkan bahawa sokongan rakyat memihak kepada parti tersebut. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jambatan dekat Cyberjaya runtuh Posted: 28 Feb 2013 03:04 AM PST
PUTRAJAYA: Sebuah jambatan di Cyberjaya di persimpangan bertingkat Taman Sains Selangor 2 menghala ke Lebuh Raya Elit runtuh petang tadi. Difahamkan ianya runtuh kira-kira antara jam 1 hingga 2.30 petang tadi. Menurut laporan beberapa portal berita, polis Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi. Jambatan tersebut dikatakan didalam proses baikpulih kerana tanah dikawasan tersebut mendap. Jabatan Bomba dan Penyelamat menyebut tiada mangsa dilaporkan terlibat. Gambar-gambar jambatan runtuh itu turut tersebar di internet dengan pelbagai spekulasi disebarkan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penerima BR1M diarah bersumpah undi BN Posted: 28 Feb 2013 03:01 AM PST
BACHOK: Bukan lagi omongan kosong Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan umpan menarik sokongan rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13. Lebih dahsyat lagi apabila surat akuan bersumpah turut dikempilkan bersama baucer BR1M yang diberi kepada setiap penerima. Akuan bertulis itu berbunyi "Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan bekerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Umno, bukan untuk berpecah sesama Islam". Akuan bersumpah itu diedarkan pada majlis penyampaian BRIM di Sekolah Menengah Beris Panchor baru-baru ini. Mengulas taktik terdesak Umno Bachok itu Adun Tawang, Hassan Mohamood berkata, pemimpin utama Umno yang bermati-matian mempertahankan BR1M bukan tujuan politik pilihan raya ternyata meleset sama sekali. Katanya, mereka tidak boleh hendak berdolak dalih lagi kerana apa yang berlaku di bawah jelas membawa mesej politik dengan menggunakan bantuan kerajaan. "Umno dan BN ternyata sudah benar-benar terdesak sekarang. Mereka hanya dapat mengumpul rakyat di majlis pengagihan BR1M dan mesyuarat PIBG sahaja. "Tanpa ada program BR1M Umno tidak mampu mengumpulkan orang ramai mendengar ceramah mereka menghentam kerajaan negeri dan PAS. "Inilah taktik kotor Umno dengan berhempas pulas menggunakan segala kemudahan kerajaan bagi mempertahankan sisa-sisa kuasa," katanya di sini. Bagaimanapun beliau menganggap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan akuan sumpah tersebut kerana mereka faham talian hayat Umno berada di penghujung. Sementara itu pada program penyampaian BR1M di sebuah sekolah di Dun Tawang semalam menyaksikan seorang penerima tiba-tiba pengsan kerana terlalu lama menunggu. Yaakub Ibrahim dari Kampung Budi berkata, abang iparnya Nik Mahmud Nik Ismail datang awal lagi bagi menerima BR1M disampaikan seorang pemimpin Umno. Bagaimanapun katanya, kerana terlalu lama diarah menunggu bagi mendengar ceramah politik pemimpin Umno menyebabkan dia jatuh pengsan. "Nik Mahmud ada penyakit diabetis. Namun kerana terlalu lama menunggu pelbagai kerenah pemimpin Umno sebelum mendapat baucer BR1M menyebabkan dia tidak tahan sehingga terjatuh pengsan. "Sekarang beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan keadaannya sudah beransur pulih sekarang," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penganalisis: Manifesto BN perlu komprehensif 'saingi' Pakatan Posted: 28 Feb 2013 02:55 AM PST MALAYSIA CHRONICLE SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) perlu menawarkan manifesto yang lebih komprehensif daripada manifesto Pakatan Rakyat (PR) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum Jawan berkata, manifesto BN perlu memenuhi keperluan semua pihak untuk memikat pelbagai lapisan masyarakat bandar dan di luar bandar. Beliau berpendapat banyak pihak menganggap manifesto PR, yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat yang dilancarkan Isnin lalu, tidak realistik dan BN perlu mengambil peluang ini untuk membuktikan bahawa mereka adalah kerajaan terbaik setakat ini dan bukan sekadar janji kosong. "Golongan muda juga perlu diberikan perhatian dalam manifesto BN kerana sebahagian besar pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah mereka," katanya. Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata, BN perlu membuat manifesto yang sepadan dengan tawaran dijanjikan PR. Menurutnya, manifesto dilancarkan oleh BN pada 2008, tidak terperinci dalam isu beberapa bidang termasuk mengatasi masalah kemiskinan, memerangi jenayah dan meningkatkan efisien kakitangan awam. Azizuddin berkata, manifesto PR baik tetapi tidak realistik kerana cuba melakukan perubahan kepada sistem politik dan ekonomi. "Dalam masa sama, terdapat percanggahan. Mereka cuba hapuskan monopoli dengan perkenalkan dasar liberalisme ekonomi atau kapitalis mutlak," katanya. Menurutnya, rakyat akan melihat sektor terpenting iaitu ekonomi dan kemakmuran bagi lima tahun akan datang. Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, BN pasti belajar daripada kesilapan manifesto 2008. Menurutnya, manifesto kali ini perlu menjurus kepada kemampuan untuk menepati janji dan ia dilihat sebagai janji.-sinarharian.com | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Harga Kereta Jepun & Australia Turun Menjelang Pilihanraya Umum ke 13! Posted: 28 Feb 2013 02:52 AM PST Menjelang Pilihanraya Umum kita mendengar satu lagi berita baik daripada kerajaan. Nampaknya, mungkin tiada lagi masalah negara bakal bankrap ataupun kerisauan melibatkan pengusaha kereta terpakai dan pemilik kereta andaikata cukai import diturunkan pula.
Duti Import Kereta Dari Jepun & Australia Turun!!Nantikan pengumuman emas daripada Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri MITI).
P/S : Kami akan kemaskinikan butirannya selepas ini. Apa respon balas anda pula mengenai berita penurunan duti import kereta setakat ini? | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Utusan catat kerugian sebelum cukai RM15.50j Posted: 27 Feb 2013 04:07 PM PST Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama sebelumnya. Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6 peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan. Utusan Melayu berkata tahun ini akan terus mencabar untuk kumpulan itu berikutan saingan sengit dalam penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dalam kalangan media. Bagaimanapun kumpulan itu akan terus memanfaatkan akhbar kompaknya, Kosmo, untuk perolehan iklan yang lebih tinggi. "Kami juga akan memanfaatkan segmen teknologi maklumat dan multimedia yang merekodkan perolehan yang meningkat sekali ganda tahun lepas. "Segmen itu dijangka meningkatkan sumbangannya terhadap kumpulan itu," katanya. Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
21 lagi sekolah di K'tan ditutup kerana banjir Posted: 27 Feb 2013 04:03 PM PST Sebanyak 21 buah sekolah lagi di Kelantan akan ditutup hari ini akibat banjir gelombang ketiga di negeri ini, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Hussain Awang. Beliau berkata ini berikutan sekolah tersebut digenangi air akibat limpahan air sungai selepas hujan lebat sejak empat hari lalu yang boleh membahayakan nyawa pelajar, guru dan petugas. "Sekolah terlibat ialah 15 buah di jajahan Pasir Mas dan enam lagi di jajahan Tanah Merah," katanya di Kota Bharu semalam. Sekolah di jajahan Pasir Mas ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi; SMK Rantau Panjang; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Alfalahiah Sirah; SABK Diniah Bongor; Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang I; SK Kok Pauh; SK Kampung Baru; SK Rantau Panjang; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Khay Boo; SK Bakong; SK Gual Sitok; SK Sri Rantau Panjang II; SK Rahmat; SK Gual Tok Deh dan SK Lubok Stol. Enam lagi sekolah di jajahan Tanah Merah ialah SK Sokor; SK Ladang Kerilla; SK Kampung Panjang; SK Tebing Tinggi, SK Kulim dan SABK Tarbiayah Islamiah (Kuala Kajang). "Kami sedang membuat pemantauan bagi mengumuman perkembangan terbaru terhubung perkara itu," katanya.- Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 27 Feb 2013 03:58 PM PST Orang Melayu mesti sedar perkara ini. Bila Najib kata kalau PR menang, DAP akan perintah negara- dia DUSTA. Bila dia kata Nik Aziz anggap penerima BR1M adalah haiwan- dia DUSTA lagi!. Yang Nik Aziz kata ialah UMNO memperlakukan penerima BR1M seperti ayam yang diberi makan denak. Najib PENDUSTA. Dan semua orang tahu bila Najib kata dia tak kenal Ziana Zain dan Altantuya- dia DUSTA lagi. Tuhan tak beri kita dekat dengan Pendusta. Dia beri BR1M kepada rakyat kerana hendak beli kesetiaan rakyat dan lembutkan hati rakyat. Maka dia berlakun cakap lembut macam pondan kerana hendakkan orang lembut kepada dia. Dia rasuah orang sana sini, sebab rupa2 nya , dia laki bini balun duit rakyat. Najib guna Islam untuk sumpah sana sini dan menghina orang lain.dia sebut maqasid shar-iyah, wasathiyah dan lain2 tapi nak beri contoh najis mughallazah, dia tak tahu. Orang kata Allah swt- dia kata Allah saw. Orang kata Muhamad saw , dia kata Muhammad swt. Bila kita hendak beri pendidikan percuma, turunkan harga minyak, hapuskan sabsidi kepada IPP- yakni bila kita hendak buat kebaikan, dia mahu teruskan kezaliman. Pengikut nya kasar, simbah cat, maki hamun orang, baling batu dan kayu, tikam orang, merusuh sana sini. Najib lagak macam kepala gangster kerana dia ingat UMNO ada 3.2 juta ahli. Tapi dalam PRU 2008, calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi. Dan bila orang suka kepada Islam, dia kata kalau system Islam dilaksanakan negara akan huru hara. Ertinya, dia anggap apa yang ada dalam Quran hanya cerita orang zaman dahulu. Orang Melayu yang beragama Islam hanya ada satu pilihan keatas orang seperti Najib- singkirkan dia dan UMNO dalam PRU13 ini. Melayu tdak mati, dan yang melindung orang Melayu ialah keyakinan kepada undang2 dan sebuah kerajaan yang adil didalam nya ada pemimpin yang baik2. Budaya UMNO sejak tahun 1981, ialah budaya perompak. Setiap projek untuk rakyat sebenarnya adalah suatu rencana membalun dan melanun rakyat. Dalam UMNO, samun dan rompak sudah diinstitusikan. Makna nya, samun dan rompak sudah menjadi keperangaian kedua- second nature kepada UMNO. Kenapa jadi begini? Sebab falsafah yang melandasi perjuangan UMNO sejak tahun 1981, bila mamak bendahara mengambil alih kerajaan, berubah. Kepentingan rakyat diganti dengan kepentingan peribadi dan kepentingan kroni. Masa depan pemimpin UMNO dan kroni adalah masa depan gemilang dan penuh kemewahan. Masa depan rakyat adalah suatu masa depan yang kelam dan banyak kesusahan. Seperti yang saya nyatakan- UMNO mahukan kesamaan dalam hasil- equality in outcome. Semua orang mesti tamatkan perlumbaan pada masa yang sama. Oleh kerana matlamat UMNO ialah equality in outcome- ianya menyebabkan campurtangan kerajaan dalam proses ekonomi. Kerajaan membesarkan penglibatan dengan meletakkan syarat2 dan halangan2 menyekat suatu kelompok manakala mempromosi kelompok yang lain. Kelompok terbanyak berdepan dengan masa depan yang pernah dilalui oleh S Jibeng, Yahya Sulong, anak P Ramlee, dan Saloma. Kelompok terpilih yang ada bin dan binti yang tertentu- jadi kaya raya dan mewah. Ini lah system UMNO. Lihat kaedah UMNO merompak negara melalui mempromosi projek2 gila. Dalam artikel yang lalu, kita lihat bagaimana ketika Syed Mokhtar cemas melihat projek EDTP nya dibatalkan, dia guna Gamuda dan Shah Hakim dan anak Pak Lah dan seterus nya laki Jaqueline. Apa Effendi dapat? Kerana memberi buah fikiran yang geliga ini, Effendi meminta CEO Lin Gamuda membiayai hobi Tiara Jacqueline membuat filem dan teater. Dengan cara itu, Tiara Jacqueline ada wang yang banyak untuk mempersembahkan drama Melayu yang glamour dan termahal pada saat ini -- Puteri Gunung Ledang. Lin dan Syed Mokhtar juga mengongkosi projek2 kesukaan isteri Pak Lah- Kak Endon. Projek2 tersebut termasuklah Pride Foundation and Endon Award for Performing Arts Excellence scholarship fund. Pak Lah dan keluarga dan rakan2 kabinet lain nya mahu mengajar , Syed Mokhtar dan rakan lanun nya Lin, suatu pengajaran kerana menepikan Pak Lah pada zaman Mahathir. Hangpa semasa Mahathir, tengok aku pun hangpa tak mau. Sekarang aku PM, mampuih hang. Aku buat hangpa tercirit, noo. Cara nya- buar MMC-Gamuda bayar apa2 hobi kesukaan Pak Lah. Pak Lah si pencari damai abadi sebenar nya menyambung apa yang lazim dilakukan oleh dan kepada pemimpin tertinggi UMNO. Perkara yang serupa dilakukan oleh tauke2 besar kepada Tun Siti Hasmah. Sekarang syarkat2 gergasi yang mendapat projek2 kerajaan berpentesan kaki membodek bini Najib, Rosmah Mansor. Dan media arus perdana akan memasyorkan sumbangan yang diberi oleh perompak2 korporat tadi kepada Kak Mah. Puak2 inilah yang mebiayai ketagihan Rosmah kepada beg tangan Hermes Birkin dan permata berlian. Cerita mengenai pemberian EDTP tentulah tidak lengkap tanpa memberitahu pembaca bahawa pengerusi cabinet mengenai Infrastructure ketika itu, ialah Najib sendiri. Najib mengesahkan hidup semula EDTP kerana Syed Mokhtar bersetuju, bahawa adik beradik Najib akan mendapat bahagian mereka dalam projek ini. Dan bahagian mereka, bukan lah kecil, woi. Nazim Razak (Jim) ialah arkitek yang akan reka bentuk stesyen2 projek landasan berkembar itu. Nazir Razak (Jay) bos CIMB akan menjadi bank saudagar kepada projek itu. Nizam Razak memberi khidmat nasihat kewangan dan penjualan saham. Peranan Najib ialah menghidupkan projek tersebut. Kalau semua perompak dapat bahagian masing2, mengapa pihak Shah Hakim mahu menyaman Syed Mokhtar? Sebab Syed Mokhtar janji nak beri RM600juta, tapi kemudian menurunkan komsiyen kepada RM300juta. Mana cukup! Shah Hakim telah pun mempengaruhi Effendi Norwawi supaya membahagikan projek tersebut kepada 2 bahagian– kerja2 Infrastructure dikurniakan secara langsung kepada MGJV pada kos RM10 billion tapi kerja2 Systems bernilai RM2.38 billion diberi kepada kontraktor yang dipilih oleh kerajaan. Dan kerja2 sistem dicadangkan diberi kepada NR Sistem, syarikat yang diujudkan oleh Shah Hakim untuk kepentingan dia dan geng2 penyamun yang lain. Daripada harga RM2.38b ini berapa bahagian Shah Hakim? Budak ini mahu sapu 30% yakni, RM600juta. Syed Mokhtar naik berang- dia mengadu kepada Mamak Mahathir bagaimana Pak Lah telah membatalkan EDTP dan sekarang Syed Mokhtar terpaksa menggunakan khidmat Shah Hakim yang akan mengenakan yuran sebanyak RM600 juta 'atas angin'. Mahathir mengeluarkan fatwa kepada Syed Mokhtar untuk melambatkan menanda tangan perjanjian apa2 dengan NR Sistem untuk keraja2 Systems. Najib pulak menonjolkan diri sebagai pihak yang tidak memihak mana2 geng. Dia tak kata dia sokong Mahathir, dan tak juga kata dia sokong Pak Lah. Tapi kita tahu, Najib yang takut pada Mahathir tentulah menyokong Mahathir. Yang penting bagi Najib, dia dah dapat bisnes untuk adik2 dia. Najib tahu Mahathir masih berpengaruh maklum sahajalah Mahathir ialah mursyidul am UMNO. Fatwa dia yang terkenal ialah menyuruh orang UMNO berkawan dengan syaitan daripada malaikat. Dan jika serangan Mahathir berjaya, fikir Najib, dia dapat menggantikan Pak Lah tanpa mencabarnya dalam pertandingan UMNO. Dan mulai tahun 2007, Mahathir memulakan serangan nya keatas Pak Lah dan memerli dan mengejek Mr Clean. Pada masa yang sama, Syed Mokhtar mengarahkan Lin untuk memaksa Seow dan Shah Hakim supaya menerima komisyen yang sudah dikurangkan dari RM600juta kepada RM300juta. Kali ini, Shah Hakim dan Kamaluddin pula naik berang sebab mereka fikir mereka dah bersetuju bahagian 30% sebanyak RM600juta. Dan duit tersebut bukan sahaja diperlukan oleh mereka tapi juga untuk membiayai PRU Pak Lah pada tahun 2008. Syed Mokhtar ingkar memberi Pak Lah dana untuk berdepan dengan PRU12. Mahathir menasihatkan Syed Mokhtar jangan komit apa2 janji kepada Pak Lah kerana Mahathir mahu Pak Lah susah dalam PRU12 dan akan ditendang keluar. dalam system UMNO , orang yang mahukan jawatan PM mesti bayar sana sini, atas bawah, depan belakang dan kiri kanan. Kena merasuah dan membayar pengundi dan penyokong UMNO. Tanpa dana, Pak lah tak dapat bayar untuk mendapat undi dan akan ditendang keluar. Ini system dalam UMNO. System untuk orang yang istimewa dan terpilih dan kaya. Dan tanpa dana, rancangan dan pakatan jahat Mahathir menjadi kenyataan. Pak Lah dapat keputusan teruk dalam PRU March 2008 -- yang dilihat oleh ahli UMNO sebagai bukan sahaja menyebabkan pencari Al Ghazali dan As Shafie kalah PRU tapi juga jatuh muka. Tauke2 besar enggan membiayai kempen Pak Lah. UMNO kalau takde wang, akan jam tak boleh buat apa2. Ini membimbangkan imam2 perang dalam UMNO dan mereka semua melaungkan darah Pak lah. Selepas PRU 2008, semua orang tahu lambat laun, Pak Lah terpaksa menyerah kepada Najib. Syed Mokhtar, saudagar yang lihai, mengarahkan LIN supaya jangan sign apa2 dengan Shah Hakim dan syarikat NR Sistem – walaupun untuk komisyen yang dikurangkan kepada RM360juta. Kenapa? Sebab Pak Lah sudah jadi harimau takde taring lagi dan tak dapat mengancam mereka. Syed Mokhtar juga mahukan Kamaludin dan Shah Hakim meminta sedekah untuk RM360juta yang CEO Lin janjikan kepada mereka. Fakta nya, ialah Syed Mokhtar tidak bercadang membayar Kamaluddin dan Shah Hakim komisyen RM600 juta mahupun bahagian 33% atau RM3.3 billion dari harga RM10 billion kerja2 Infrastructure EDTP. Syed Mokhtar yang dapat semua- dia dapat RM3.7billion dari harga keseluruhan RM12.4 billion untuk EDTP ini. Jadi kalau hari ini, Syed Mokhtar beri UMNO RM500 juta tunai seperti yang dia lakukan sekarang, jumlah tersebut sap sap suwe. Dia akan balun lagi banyak melalui MRT, keretapi laju antara Malaysia-Singapura. Hidup Melayu! Dari episode tersebut lah kita tengok syarikat Kamaludin Scomi di pinggirkan dalam projek2 dengan kerajaan. Akhirnya, Kamaluddin Badawi dan Shah Hakim terpaksa menyaman MMC – Gamuda dan mendedahkan dalam mahkamah bagaimana BN/Umno menyarai pilihanraya mereka dan melanun dan merompak negara. Cuba bayangkan! Rencana Transformasi Ekonomi si Najib apa sebenarnya? Kerajaan konon nya akan melaksanakan projek raksasa dengan alasan memulihkan ekonomi tapi sebenarnya setiap projek yang dijalankan harga nya di UMNOkan dan pihak2 mendapat bahagian masing2. Ini hukum faraid style Mahathir yang diteruskan oleh Najib. Dan bayangkan banyak mana bahagian yang akan diperolehi oleh Syed Mokhtar dari projek MRT yang dianggarkan bernilai RM50 billion. Kroni2 UMNO menjilat lelehan air liur membayangkan untung 30%. Itu bersamaan dengan RM15 billion yang Mat Arab akan agih2kan! Bayangkan banyak mana UMNO rompak dan sapu bila memberi projek pembinaan lebuh raya KIDEX kepada peguam UMNO Hafarizam Harun, dan bekas Ketua Hakim, Zaki Azmi. Bayangkan banyak mana UMNO sapu lagi apabila menjual lebuhraya sepanjang 26 kilometre Kuala Lumpur-Putrajaya yang dikenali sebagai Maju Expressway (MEX), kepada EP Manufacturing Berhad pada harga RM 1.7 billion. Sedangkan kos nya RM976.6 juta yang dibiayai dengan grant kerajaan atau duit kita semua. Campurkan pula komisyen UMNO bila 1Malaysia Development Berhad syarikat membeli syarikat pembekal kuasa letrik yang dimiliki oleh Ananda. Harga nya ialah RM8 billion. Kalau komisyen 30%, bahagian UMNO sudah mencecah RM2.4billion. Semua ini menunjukkan bahawa UMNO sedang mengumpul dana yang banyak untuk merasuah rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, inilah kaedah yang digunakan oleh pemimpin2 UMNO untuk merompak dan melanun negara ini. Ini cara UMNO dan budaya UMNO. Ianya akan membengkrapkan dan memapa-kedanakan rakyat Malaysia. Malaysia akan menjadi Greece untuk Asia jika kita menyingkirkan UMNO. UMNO akan peras dan picit negara ini. Sebab itu orang Melayu khususnya mempunyai alasan dan sebab menolak UMNO. Benar apa yang dikatakan oleh pendita Zaaba- golongan penindas keatas bangsa Melayu ialah pemimpin yang bersikap feudal seperti UMNO. Mereka akan menghisap darah rakyat dengan menggadakan kos2 projek berlipat ganda dan rakyat membayar nya dengan darah dan air mata. Ini cara UMNO merompak dan melaunun gera kita. UMNO mengawal pemberian kontrak dan beri kepada siapa yang mereka suka. Projek diberi kemudian dibatalkan kemudian dihidupkan kembali. Ia nya diberi nama baru dan akhirnya akan di pikul oleh kerajaan. Melalui projek2 ini, UMNO dan pemimpin mereka dapat wang yang banyak. Dengan wang yang dirompak inilah, masa depan gemilang lagi mewah tercipta untuk pemimpin dan kroni UMNO. Masa depan untuk rakyat pula, adalah suatu masa depan yang kelam dan gelap. Berapa lama lagi bangsa Melayu boleh menanggung lintah darat seperti UMNO? Siri 1 :Pengkhianatan keatas Orang Melayu Siri 2 :UMNO Khianat Orang Melayu |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan