Rabu, 27 Februari 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Haiwan Diproses Hidup-hidup...Jangan Tonton Kalau Lemah Semangat

Posted: 27 Feb 2013 03:51 AM PST





Video yang memaparkan haiwan diproses hidup-hidup ini didakwa berlaku di kilang pemprosesan daging burger milik jenama terkenal dunia. Suara latar video ini jelas menyebut nama jenama tersebut.

Siapa yang boleh mengesahkan maklumat video ini?

Tiada bukti yang mengaitkan kejadian itu berlaku di kilang pemprosesan daging burger milik jenama terkenal itu. Berdasarkan pemerhatian, kejadian ini berlaku di luar negara.

Gila kejam!

Kalau diselidik komen-komen di Youtube, ada yang mendakwa video ini memaparkan proses pelupusan haiwan yang berpenyakit, ada juga yang mendakwa kejadian ini berlaku di kilang pembuatan makanan haiwan atau baja.

Namun persoalannya, mengapa cara yang digunakan untuk membunuh haiwan ini sangat kejam?


P/s: Orang bukan Islam mendakwa proses menyembelih haiwan cara Islam itu kejam. Walhal cara itu tidak menyiksa haiwan dan ada kebaikan dari segi saintifik. Kalau menyembelih haiwan itu kejam, bagaimana dengan cara barbarian di atas?




Suami Boleh MATI PUCUK Jika Isteri Bergaji Besar???

Posted: 26 Feb 2013 10:00 PM PST



[BH] COPENHAGEN: Lelaki yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil Viagra dan ubat lain kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor satu kajian.

Penyelidik kurang pasti mengapa perkara itu berlaku tetapi rasa hilang harga diri selain marah dan kecewa mungkin memainkan peranan.

Kajian dilakukan di Denmark, lokasi penggambaran drama politik popular, Borgen, yang memaparkan bagaimana Perdana Menteri wanita bergelut dengan kesukaran mentadbir negara manakala suaminya mengu-ruskan rumah tangga dan anak-anak.


Penyelidik Denmark dan Amerika Syarikat bermula dengan mengkaji gaji pada data lebih 200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan Viagra dan ubat bagi masalah mati pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih tinggi.

Kesan malah dapat dilihat pada keluarga yang isteri memiliki pendapatan cuma sedikit lebih tinggi daripada suami.

Penyelidik berkata: "Malah perbezaan kecil dalam pendapatan dikaitkan dengan risiko besar penggunaan ubat mati pucuk apabila wanita menjadi penyumbang utama dalam rumah tangga berbanding lelaki."

Perbezaan gaji sebanyak £10,000 (RM 47,095) yang memihak kepada wanita, menggandakan penggunaan Viagra.

Menariknya, fenomena itu tidak dilihat pada pasangan yang selalunya memiliki pendapatan lebih tinggi. Sebaliknya, ia terhad kepada perkahwinan yang isteri mengambil alih kedudukan itu daripada suami.

Ia menunjukkan rasa hilang harga diri menjadi punca keadaan itu.

Menulis dalam Buletin Personality and Social Psychology, penyelidik berkata, peningkatan aliran bagi wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan psikologi.

"Kehendak seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa, wang dan rangkaian sosial, berpotensi menyebabkan lelaki berdepan masalah penurunan kehendak seksual atau tidak berfungsi apabila mendapati peranan tradisi mereka dirampas.

"Kemarahan dan kekecewaan juga boleh membawa kepada masalah seksual serius seperti mati pucuk," kata penyelidik. - Agensi 

[Panas Membara] Bala DEDAH Orang Arah BUNUH Altantuya Malam Ini!!!

Posted: 26 Feb 2013 06:53 PM PST


Bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) akan tampil di forum 'Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya' malam ini, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India.

Empat lagi ahli panel forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu ialah Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel; Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Kartunis Zunar.

"SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan kumpulan mahasiswa.

"PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

SAMM menjemput orang ramai menghadiri forum yang akan bermula jam 8.30 malam.



P/s: Siapa yang tidak tidur lena malam ini?


 


Tiada ulasan: