DIALOG RAKYAT |
- Pakatan cabar BN debat manifesto
- PI Bala bakal muncul di pentas SAMM
- Penceroboh Lahad Datu sedia pertahankan diri
- Himpunan BERSIH: Mat Sabu, 13 lagi bebas dari tuduhan
- RTM siar atau tidak Pakatan pegang manifesto bersama
- Eksekutif ditahan kerana disyaki liwat pelajar
- Banjir: 27 sekolah di Terengganu ditutup, jejas lebih 13,000 pelajar
- Bernama Diminta Perbetul Fakta Isu Air Selangor
- Majoriti pengundi tidak gembira dengan ‘Projek IC’ di Sabah
- Jumlah mangsa banjir di Kelantan melebihi 1,000 orang
- Kos tunai manifesto hanya RM45 bilion, kata Pakatan
- Saifuddin Nasution tanding di Bandar-Kulim Baharu
- Tujuh rakyat Somalia mengaku tidak bersalah tembak pasukan ATM
- Pakatan sasar jimat RM49.5b setahun tampung perbelanjaan negara
- Vell Paari tetap dengan pendirian mengenai isu Ridhuan Tee, Ibrahim Ali
- Wan Azizah tidak bertanding PRU13
- Umno hadapi perang dengan jeneral tempang
- Apa nasib Mahathir jika Anwar jadi PM?
- Pas: Teguran Mufti Perak perlu adil
- Zain nafi mahu nikah Rozita Julai ini
- Pindaan Auku tingkat kuasa politik pelajar
- PKNS Bina Kompleks Kediaman Pekerja Industri
- Rafizi Minta Selangor Keluar Notis Pengambilan Tanah Kepada Raja Ropiaah
- Warga emas seluruh negara dapat bonus RM1,000 di bawah Pakatan
Pakatan cabar BN debat manifesto Posted: 27 Feb 2013 03:12 AM PST Pakatan Rakyat mencabar BN untuk mengadakan debat terbuka mengenai keupayaan manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang diumumkan gabungan parti itu pada Isnin lalu. Pakatan juga mempertahankan bahawa dasar yang ditawarkan dalam manifesto berkenaan akan memberi penjimatan sebanyak RM49.5 bilion yang boleh digunakan untuk membiaya rancangan dalam ikrar pilihan raya itu. Penjimatan berkenaan, menurut Pakatan, akan diperolehi melalui pembendungan rasuah, perbelanjaan berhemah dan peningkatan hasil kerajaan daripada pembangunan ekonomi. Tiga pemimpin Pakatan Rakyat yang ditugaskan untuk berdebat dengan BN itu ialah pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, anggota jawatankuasa pusat PAS Dzulkefly Ahmad dan setiausaha antarabangsa DAP Liew Chin Tong. Bercakap dalam satu sidang media hari ini, mereka turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung soal tersebut. | ||
PI Bala bakal muncul di pentas SAMM Posted: 27 Feb 2013 03:06 AM PST MALAYSIA KINI Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin berkata penyiasat persendirian P Balasubramanian akan ditampilkan di pentas program anjuran NGO tersebut di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur pada malam ini."Sesi bersama PI Bala akan dikendalikan secara soal jawab satu sama satu dengan seorang moderator. Majlis keseluruhanya akan dipengerusikan oleh aktivis Mahasiswa, Khalid Ismath," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Balasubramaniam yang kembali ke Malaysia pada Ahad lalu berikrar untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat dan menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan Deepak Jaikishan – ahli perniagaan yang didakwa terlibat dalam penyediaan pengakuan berkanunnya yang kedua. Sebaik tiba di KLIA, Balasubramaniam yang mengalirkan air mata turut menyatakan sumpah sambil memegang satu kitab Hindu Bhagavad Gita dan menegaskan bahawa pengakuan berkanun yang dibuat untuk membatalkan pengakuan pertama adalah tidak benar. "Saya mengaku dengan kitab suci ini bahawa SD pertama adalah benar dan tiada yang benar melainkan yang benar. Saya meminta maaf kepada anda semua bahawa SD kedua adalah tidak benar," katanya. SD pertamanya mengandungi butiran mengenai interaksinya dengan beberapa personaliti menjelang hari kematian Altantuya. Antaranya, beliau mendakwa Najib mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya. Sehari selepas itu, beliau bagaimanapun menarik balik SD tersebut dan mendakwa beliau membuat pengakuan berkanun pertama itu dalam keadaan dures. Beliau kemudiannya meninggalkan Malaysia dan mendakwa pengakuan pertama adalah pengakuan sebenar dan SD kedua pula dibuat dalam keadaan dures. | ||
Penceroboh Lahad Datu sedia pertahankan diri Posted: 27 Feb 2013 03:04 AM PST Kumpulan penceroboh Filipina di Lahad Datu berikrar untuk mempertahankan diri sekiranya pihak berkuasa negara ini mengusir mereka dengan kekerasan daripada kawasan perkampungan nelayan yang diduduki sejak awal bulan ini. "Kami bersedia mempertahankan diri," kata Azzimudie Kiram, abang kepada Jamalul Kiram yang mendakwa sultan Sulu. Azzimudie mengetuai kumpulan bersenjata yang menduduki kawasan Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari pekan Lahad Datu. Azzimudie ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk bertempur dengan pihak berkuasa Malaysia. "Kami mahu hidup dengan aman di tanah kami sendiri tapi mereka mahu mengusir kami dengan kekerasan," kata Azzimudi dengan tenang dalam perbualan telefon tersebut. "Kami mahu bercakap dengan pihak berkuasa Malaysia dengan aman sebelum kembali ke tanah kami," katanya yang menambah, rakyat Malaysia sejak sekian lama mendapat hasil yang banyak daripada pendapatan Sabah. Azzimudie juga berkata, beliau menyerahkan soal rundingan dengan pihak berkuasa Malaysia untuk ditangani Jamalul di Manila. Timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam berkata polis berhasrat untuk menamatkan pertentangan tersebut, yang berlarutan sejak 12 Februari. | ||
Himpunan BERSIH: Mat Sabu, 13 lagi bebas dari tuduhan Posted: 27 Feb 2013 02:59 AM PST MALAYSIA KINI Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan 13 lagi dari tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa himpunan BERSIH pada tahun 2007. Laporan Harakahdaily menyebut, ia diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh Bant Singh hari ini. Sementara itu Naib Presiden PKR Tian Chua dalam tulisannya di Twitter berkata dua lagi individu, MP Padang Serai N Gobalakrishnan dan seorang lagi Mohamad Harith Fathillah didapati bersalah kerana menyertai perhimpunan haram dan enggan bersurai. Pada 10 Disember 2007 Mohamad Sabu dan 16 lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan tersebut berhubung perhimpunan rakyat anjuran BERSIH pada 10 November lalu. Di samping itu, kesemua mereka, kecuali Tian Chua dan Mohamad Sabu, turut menghadapi tuduhan kedua, iaitu tidak mematuhi arahan polis supaya bersurai. Kesemua penyokong BERSIH itu didakwa mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Polis. | ||
RTM siar atau tidak Pakatan pegang manifesto bersama Posted: 27 Feb 2013 02:53 AM PST SHAH ALAM - Seolah-olah tidak lagi mengambil pusing hak penyiaran manifesto menerusi stesyen televisyen tempatan pada pilihan raya umum akan datang, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerja-kerja menerangkan manifesto kepada rakyat akan diteruskan menerusi kempen dan program perikatan itu. "Buat masa ini, kami sudah pun terlalu biasa berkempen tanpa menggunakan RTM. Bagi ruang atau tidak, kami akan teruskan kerja macam biasa," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Saifuddin sebelum itu ditanya berhubung status manifesto yang dibentangkan oleh gagasan itu kelmarin, sama ada ia manifesto bersama atau pecahan kepada tiga parti memandangkan pendaftaran gabungan itu belum disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS). "Tidak ada, sekali," jawab Saifuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Konvensyen PR Keempat. Manifesto PR dilancarkan pada konvensyen tersebut. Persoalan dibangkitkan, jika ia adalah manifesto bersama, bagaimana mekanisme penyiaran manifesto itu akan diuar-uarkan menerusi televisyen kelak. Adakah PR akan memecahkan manifesto itu kepada ketiga-tiga parti di dalamnya seperti yang dipersoalkan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang. Saifuddin bagaimanapun berkata, beliau enggan mengulas kenyataan timbalan menteri kerana menurutnya, tidak ada sebarang perbincangan dilakukan sehingga kini. Malah kementerian juga, katanya, memilih untuk hanya bercakap kepada media sahaja. "Sudah berapa lama dah... Rais Yatim pun keluar kenyataan. Mula kata nak bagi slot, kemudian kata nak bagi rakaman. Kemudian kata akan tapis kandungan manifesto. "Tidak pernah berlaku sebarang perbincangan. Yang kita tahu hanyalah menteri dan timbalan menteri cakap kepada media. Itu sahaja," tegas Saifuddin. Pihaknya bagaimanapun sedia untuk mempertimbangkan sekiranya ada keperluan untuk berbincang mengenai hak siaran manifesto. "Kami akan teruskan kerja-kerja biasa kami. Jika di sana sekiranya ada keperluan untuk berbincang, kami tengoklah," katanya. Penyiaran manifesto adalah sebahagian daripada syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkenaan dengan penambahbaikan sistem pilihan raya. | ||
Eksekutif ditahan kerana disyaki liwat pelajar Posted: 27 Feb 2013 02:52 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang eksekutif sebuah syarikat pada Jumaat lepas, kerana disyaki meliwat seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di sebuah hotel di Jalan Kuchai Lama di sini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di Lumut, Perak susulan laporan polis yang dibuat ibu bapa mangsa selepas dimaklumkan mengenai insiden yang dikatakan berlaku pada 8 Feb itu, oleh guru kaunseling sekolah anak mereka. "Pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Brickfields itu mengenali suspek melalui laman sosial Facebook dan dipercayai terpedaya dengan ajakan lelaki itu (untuk bertemu)," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. Mohmad berkata suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat. Katanya suspek juga disyaki melakukan perbuatan sama terhadap tiga rakan mangsa dan polis meminta individu berkenaan tampil membuat laporan polis. Mengulas lanjut, beliau berkata modus operandi suspek adalah mendekati mangsa dengan menghadiahkan barangan kesukaan mereka sebelum dibawa ke hotel. - Bernama | ||
Banjir: 27 sekolah di Terengganu ditutup, jejas lebih 13,000 pelajar Posted: 27 Feb 2013 02:50 AM PST SINAR HARIAN Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Hashim Mohd Zain berkata penutupan itu membabitkan 22 sekolah rendah serta lima sekolah menengah dan menjejaskan 13,373 pelajar. Sekolah yang terlibat ialah 14 di Besut, lapan di Hulu Terengganu dan lima di Setiu, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. Katanya antara sebab sekolah terbabit diarah tutup ialah dinaiki air, dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir, masih dalam proses pembersihan selepas dijadikan pusat pemindahan dan sekolah terputus hubungan. Antara sekolah yang ditenggelami air ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Payong, SK Pasir Akar dan SK Darau, semuanya di Besut, katanya. Di Setiu pula membabitkan SK Kampung Bukit, SK Sungai Las, SK Langkap, SK Kampung Buluh dan SK Kampung Besut, manakala di Hulu Terengganu membabitkan SK Bukit Tadok, SK Matang, SK Teris, SK Tengkawang dan SK Jeneris. Katanya sekolah yang masih menjadi pusat pemindahan sementara ialah SK Anak Ikan di Setiu dan SK Seri Payong serta SK Tenang di Besut. Sekolah yang terputus hubungan di Hulu Terengganu ialah SK Kuar, SK Felda Tersat, SMK Menerong, SMK Matang dan SMK Jenerih setelah jalan utama ke sekolah terbabit dinaiki air setinggi hampir dua meter. Semua sekolah ini akan ditutup sehingga keadaan mengizinkan, katanya. - Bernama | ||
Bernama Diminta Perbetul Fakta Isu Air Selangor Posted: 27 Feb 2013 02:48 AM PST SHAH ALAM : Kerajaan Negeri menegaskan bahawa artikel Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bertajuk 'Air Selangor Dalam Keadaan Kucar-kacir' yang disiarkan pada 26 Februari lalu oleh beberapa akhbar dan portal berita mengelirukan. Ia juga mengandungi kesalahan fakta berhubung usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat mendapat perkhidmatan air yang lebih baik dan cekap pada kadar tarif munasabah. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam suratnya kepada Ketua Editor Bernama, Datuk Yong Soo Heong berkata, Kerajaan Negeri meletakkan tanggungjawab membetulkannya atas bahu Bernama yang cuai di dalam memilih pendapat 'pakar' yang meragukan. Ujar beliau, kenyataan seorang ahli akademik Dr Zaharuddin Ahmad Sabri yang mendakwa konon dirinya seorang pakar air, lantas Bernama merumuskan bahawa pengurusan dan insfrastruktur air di Selangor dalam keadaan kucar-kacir . "Agak sukar untuk mengiktiraf beliau sebagai pakar air kerana dari semakan yang lakukan, tiada satu makalah pun samada terbitan buku mahu pun artikel pendek yang pernah beliau hasilkan khusus dalam pengurusan industri air," kata Abdul Khalid. Tambah Abdul Khalid, kenyataan Dr Zaharuddin yang mempersoalkan kemampuan kewangan Kerajaan Negeri membiayai tawaran RM9.65 bilion bagi membeli empat syarikat konsesi air dipertikaikan. "Nampak jelas beliau sebenarnya tidak mengkaji Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang menerangkan secara terperinci penstrukturan semula industri perkhidmatan air. "Selaras dengan Akta 655, aset air negeri dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pada nilai yang ditetapkan. "Oleh itu, pemerolehan aset air akan dibiayai oleh PAAB, sementara Kerajaan Negeri akan membiayai pemerolehan nilai ekuiti konsesi," katanya. Jelas Abdul Khalid, pada masa ini beberapa institusi kewangan tempatan dan asing menunjukkan minat untuk membiayai perjanjian ini bagi pihak rakyat Selangor. Tawaran ini munasabah kerana memberi pulangan 12 peratus setahun kepada kepada pemegang saham disamping semua asset dan liabiliti diambilalih Kerajaan Negeri. "Kita menegaskan bahawa penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah amat penting untuk memastikan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menikmati perkhidmatan air yang cekap dan berbaloi," ujar beliau. | ||
Majoriti pengundi tidak gembira dengan ‘Projek IC’ di Sabah Posted: 27 Feb 2013 02:43 AM PST Merdeka Center, yang melakukan tinjauan bebas ke atas 1,021 pengundi di Semenanjung Malaysia pada akhir Januari berkata, 86 peratus mengatakan mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang digelar "Projek IC" sehingga menyebabkan peningkatan mendadak populasi di negeri Di Bawah Bayu itu. Tinjauan tersebut menunjukkan 60 peratus pengundi percaya sebahagian besar warga asing mendapat kad pengenalan biru untuk menunjukkan status mereka sebagai warganegara. Isu yang berbangkit mengenai pendatang haram tidak dikaji berdekad lama menyebabkan kemarahan di kalangan rakyat Sabah khususnya kaum asli seperti Kadazandusun dan Murut, yang merasakan negeri mereka dicabul kedaulatannya dengan kebanjiran pendatang asing dari Filipina dan Indonesia. Lebih suku daripada populasi di Sabah ialah pendatang asing, sejumlah 889,000 dari 3.2 juta penduduk, iaitu 28 peratus berdasarkan bancian 2010. Sabah mempunyai 926,638 pengundi menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star pada Jun. Kehadiran pendatang asing dalam jumlah yang besar membimbangkan penduduk Sabah, selain turut menyalahkan mereka berikutan peningkatan jenayah dan kekurangan peluang pekerjaan. Selain itu, baru-baru ini lebih 100 orang bersenjata dari Filipina menceroboh Lahad Datu dan mendakwa Kesultanan Sulu memiliki Sabah sejak 2009 serta enggan meninggalkan kawasan berkenaan. Melihat kepada masalah kebanjiran pendatang asing, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razik bersetuju untuk mengadakan inkuiri suruhanjaya diraja (RCI) bagi mencari jalan penyelesaian. Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama memerintah Malaysia bermula 1981 hingga 2003, dituduh sebagai dalang dalam "Projek IC", dimana kewarganegaraan diberi untuk mendapatkan undi. Namun bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh yang mentadbir negeri itu dari 1976 hingga 1985 menafikan kewujudan "Projek IC". Dr Mahathir dalam sidang media bulan lalu berkata warga asing di Sabah sememangnya layak mendapatkan kewarganegaraan, tetapi menegaskan ia "masih mengikut undang-undang". Inkuiri yang diketuai oleh bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan disambung semula pada 5 Mac. Tinjauan 23 Januari hingga 6 Februari yang dibiayai Merdeka Center melihat kepada persepsi pengundi menjelang pilihan raya ke-13 tidak lama lagi, dengan ralat sebanyak 3 peratus. Badan peninjau itu berkata tinjauan itu dilakukan selepas 12 Januari, iaitu Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan pemimpun Pakatan Rakyat (PR) di ibu negara dan juga liputan media mengenai inkuiri suruhanjaya diraja mengenai Projek IC di Sabah. Ia juga bertanya pelbagai isu, termasuk mengenai peniaga permaidani Deepak Jaikishan, kenyataan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan yang sering bertentangan dengan kerajaan dan isu kalimah Allah. | ||
Jumlah mangsa banjir di Kelantan melebihi 1,000 orang Posted: 27 Feb 2013 02:41 AM PST Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah terbanyak yang dipindahkan itu adalah di Kuala Krai membabitkan 456 orang diikuti Pasir Mas (247), Pasir Puteh (125), Tanah Merah (111), Bachok (61), Kota Baharu (24) dan Machang (12). Kesemua mereka itu membabitkan 263 keluarga. Sungai Golok di Rantau Panjang terus mencatatkan kenaikan paras air yang melebihi bahaya 9 meter iaitu pada 8.30 pagi ini sungai itu mencatatkan bacaan 10.26 meter. Satu lagi sungai yang berada melebihi paras bahaya ialah Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah yang kini pada bacaan 17.10 meter (bahaya 16 meter). Setakat ini banjir di Kelantan yang bermula semalam meragut dua nyawa pelajar berusia 13 dan 15 tahun di Machang. Tiada jalan utama yang dilaporkan ditutup kepada lalu lintas melainkan beberapa jalan kampung berikutan limpahan air sungai. Cuaca di Kelantan kini mendung dengan sesekali hujan renyai. — Bernama | ||
Kos tunai manifesto hanya RM45 bilion, kata Pakatan Posted: 27 Feb 2013 02:38 AM PST PETALING JAYA - Manifesto Pakatan Rakyat (PR), yang dilancarkan kelmarin, hanya akan menelan kos RM45 bilion apabila dilaksanakan sepenuhnya kelak, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Beliau berkata, manifesto empat teras itu mengambil kira kos aliran tunai setiap tahun untuk melaksanakan perkara-perkara yang digariskan. Menurutnya, PR juga tidak akan melaksanakan manifesto ini sekali gus, sebaliknya secara berperingkat-peringkat. "Jumlah keseluruhan yang diperuntukkan hanya akan menelan belanja sebanyak RM45.75 bilion. "Ini bermakna ia tak benar seperti dakwaan BN yang mengatakan manifesto kita akan menelan belanja yang lebih besar daripada kerajaan sebelum ini. "BN hanya nak takutkan rakyat, kita telah ambil kira aliran tunai setiap tahun dan akan dilakukan secara berperingkat kepada rakyat," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Tambahnya, PR juga menggunakan pendekatan yang berbeza berbanding BN iaitu mengekang pembaziran dengan membanteras rasuah dan menyusun keutamaan dalam perbelanjaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik. "Kita akan gunakan pendekatan yang berbeza dengan BN yang lebih telus," katanya lagi. Difahamkan, kerajaan Selangor yang diperintah pembangkang dalam projek kerja raya 2012 telah dapat membuat penjimatan sebanyak 24 peratus daripada RM10 bilion yang diperuntukkan. Oleh itu katanya, jika 24 peratus dapat dilaksanakan ke atas setiap projek di bawah kawalan kerajaan yang menelan belanja sebanyak RM206 bilion pada tahun ini, maka RM49 bilion boleh dijimatkan. Selain itu, manifesto ini dapat dilaksanakan apabila berlakunya peningkatan hasil pertumbuhan ekonomi akan mencecah tujuh peratus. Dalam pada itu kutipan cukai tambahan pada nisbah purata 20 peratus akan membawa pendapatan tambahan RM4 bilion setiap tahun dan penyusunan semula keutamaan peberlanjaan seperti pemberian subsidi, rundingan monopoli dan pampasan, dan sebagainya dapat meneruskan pelaksanaan manifesto kepada rakyat. Mengulas lanjut, Rafizi juga berkata, dalam melaksanakan manifseto, PR akan memberi keutamaan dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan rakyat terlebih dahulu. Rafizi juga berkata, sejak 40 tahun lalu BN hanya menggunakan manifesto sebagai alat menggulakan rakyat untuk memancing undi pada pilihan raya berbanding PR. "Kita akan utamakan yang berkaitan rakyat terlebih dahulu seperti pendidikan, persekolahan dan sebagainya. "Bukan seperti BN yang membelanjakan berjuta ringgit untuk menyiapkan bangunan Seri Perdana dan menggulakan rakyat dengan janji paslu," katanya. Isnin lalu, PR telah membentangkan manifestonya pada konvensyen kali keempat. | ||
Saifuddin Nasution tanding di Bandar-Kulim Baharu Posted: 27 Feb 2013 02:35 AM PST MACHANG - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, sekali gus menamatkan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam. Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya PKR di Kedah. "Bagi tujuan itu, PKR akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu( Machang) malah perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir," katanya. Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, kerusi Bandar-Kulim Baharu dimenangi calon PKR, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi. Zulkifli bagaimanapun meninggalkan PKR tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas. | ||
Posted: 27 Feb 2013 02:32 AM PST Pelabur British saman bekas bendahari Umno kerana didakwa menipu RM12.8 juta TERKINI @ 05:25:02 PM 27-02-2013 PETALING JAYA — 60 pelabur British hari ini memfailkan saman ke atas Doxport Technologies Sdn Bhd milik bekas bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi serta dua defendan kerana didakwa menipu dan memalsukan dokumen pelaburan.Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu melalui firma guaman, The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua. "Pelaburan ini dikatakan untuk membeli enam suis telekomunikasi dan saham di dalam syarikat Doxport," Hasnal memberitahu The Malaysian Insider hari ini. "Mereka dijanjikan suis telekomunikasi itu akan menjana keuntungan, serta menjadi pemegang saham dalam Doxport, tetapi dokumen itu dipalsukan," katanya lagi. Ketua wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, berkata, 60 pelabur British melalui syarikat Fiscal Capital City Sdn Bhd (FCC) jelas ditipu oleh Doxport, syarikat milik Azim, dan mereka menemui beberapa pemimpin tertinggi negara, antaranya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Namun tiada sebarang tindakan diambil ke atas Azim," kata Zuraidah di ibu pejabat PKR hari ini. Menurut Hasnal, 60 warga British itu melabur sebanyak AS$4 juta kepada Doxport Technologies pada Januari 2009 semasa Azim menjadi bendahari Umno. Azim yang kini ketua bahagian Bukit Bintang, digantikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai bendahari Umno pada April 2009. Hasnal berkata pelabur tersebut membuat laporan polis pada 2011 selepas mendapati tidak ada suis Telekom itu beroperasi di Malaysia. "Sesetengah dokumen sengaja dibuat untuk menunjukkan suis tersebut menerima panggilan melalui mereka. Semua klien kami percaya suis tersebut beroperasi, tetapi apabila mereka tiba di Malaysia, suis itu tidak wujud, mereka akhirnya tidak memiliki ekuiti di Doxport dan tidak memiliki suis tersebut," katanya lagi. Peguam itu menambah pelabur tersebut mensasarkan pendapatan melalui trafik panggilan yang dirakam oleh suis tersebut, yang Doxport mendakwa ia akan dilaksanakan di Malaysia, Vietnam dan Filipina. "Para pelabur ditipu bahawa Doxport menjalankan perniagaan di Kemboja dan untuk memperkukuhkan kedudukan, mereka diminta untuk melabur, namun didapati Doxport tidak mempunyai lesen untuk beroperasi apa-pun di Kemboja," katanya lagi. Peguam tersebut berkata pelabur tersebut menyaman untuk mendapatkan semula pelaburan mereka, disamping ganti rugi am dan tauladan. Azim — yang menjadi pengerusi Bank Simpanan Nasional dari 1999 hingga 2009, dan Institut Bank Simpanan Dunia dari 2006 hingga 2009 — juga berhadapan dengan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) selalu pengerusi Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju utama projek tersebut. | ||
Tujuh rakyat Somalia mengaku tidak bersalah tembak pasukan ATM Posted: 27 Feb 2013 02:29 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR,— Tujuh rakyat Somalia yang ditahan tentera Malaysia di Teluk Aden dua tahun lepas, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan melepaskan tembakan ke arah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika merompak di atas sebuah kapal. Ahmed Othman Jamal, 27, Abdil Eid Hasan, 22, dan lima lagi remaja bawah umur didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat untuk mendatangkan kematian atau kecederaan kepada anggota ATM di atas Kapal Bunga Laurel di koordinat Latitud 20'14.73N Longitud 063'39.96 E, 250 batu nautika dari perairan Oman, antara 8.10 malam hingga 10 malam, 20 Jan 2011. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas manakala pembelaan diketuai peguam Amrit Pal Singh. Hakim Datuk Mohd Azman Husin menetapkan 2 hingga 13 Sept depan untuk perbicaraan kes. — Bernama | ||
Pakatan sasar jimat RM49.5b setahun tampung perbelanjaan negara Posted: 27 Feb 2013 02:27 AM PST Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata, angka itu adalah penjimatan sebanyak 24 peratus perbelanjaan pembinaan jalan raya di Selangor dari Januari hingga September 2012. "Kita akan jimatkan RM49.5 billion, iaitu 24 peratus dari perbelanjaan keseluruhan (RM206.4 billion)," kata Rafizi dalam sidang medianya di ibu pejabat PKR hari ini. "Kita menggunakan pendekatan pembiayaan dari tiga sumber kewangan, iaitu penjimatan perbelanjaan dengan membanteras rasuah dan perbelanjaan berhemah, menyusun keutamaan perbelanjaan, dan peningkatan hasil dari pertumbuhan ekonomi yang lebih baik." Dalam manifesto yang dilancarkan PR Isnin lalu, pakatan itu mensasarkan pendapatan RM4,000 per purata isi rumah dalam tahun pertama pemerintahan. PR juga mahu menghapuskan tol, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menurunkan harga kereta, caruman wanita nasional dan 20 peratus dividen kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Turut hadir ialah naib presiden PKR, Chua Tian Chang, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat Dr Zulkefly Ahmad, dan ahli parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran.Rafizi berkata PR akan mengambil alih konsesi tol secara berperingkat-peringkat, bermula dengan lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang berjumlah RM5.5 billion tahun ini. Beliau berkata kos sebenar mencecah RM6.9 billion, tetapi mendapat penjimatan berjumlah RM1.4 billion dari pampasan tahunan dan dividen kepada PLUS, dan peningkatan dari penggunaan domestik apabila tol dimansuhkan akan berjumlah RM5.5 billion sahaja. Rafizi juga berkata RM6 billion diperlukan setahun bagi pendidikan percuma dan menghapuskan PTPTN. Rafizi juga berkata duti eksais akan diturunkan sebanyak 20 peratus secara berperingkat-peringkat selama lima tahun mulai tahun ini, dan menjual permit kebenaran (AP) secara terbuka. "Pada 2018, apabila ekonomi meningkat, kerugian dari membuang duti eksais berjumlah RM7 billion itu akan diganti dengan pertumbuhan ekonomi," kata Rafizi lagi. Menurutnya, kerajaan PR akan mendapat cukai tambahan sebanyak RM4 billion setiap tahun apabila pertumbuhan 7 peratus setahun pertumbuhan ekonomi. Rafizi juga berkata PR akan menyusun keutamaan perbelanjaan dengan mengurangkan perbelanjaan bajet Jabatan Perdana Menteri sebagai contoh. "Kini Jabatan Perdana Menteri mendapat RM14 billion setiap tahun, iaitu hampir lima peratus. Kita akan ubah," katanya lagi. Beliau menegaskan PR mengurangkan harga minyak dengan meningkatkan subsidi dari kerajaan, tetapi menyusun semula subsidi kepada janakuasa bebas (IPP). Rafizi menambah PR akan melaksanakan gaji minima RM1,100 dengan menyediakan subsidi kerajaan sebanyak RM2 billion setahun untuk membantu majikan. "Hanya syarikat yang berkeuntungan tertentu dapat menyertai skim ini,dan mereka mesti menggantikan pekerja tempatan daripada pekerja asing," katanya lagi. Rafizi berkata cara Barisan Nasional (BN) melaksanakan gaji minima RM900 tahun ini menyebabkan industri kecil dan sederhana membantah kerana kerajaan tidak membantu mereka melalui subsidi. | ||
Vell Paari tetap dengan pendirian mengenai isu Ridhuan Tee, Ibrahim Ali Posted: 27 Feb 2013 02:25 AM PST KUALA LUMPUR— Vell Paari tetap dengan pendiriannya mendesak MIC untuk berkempen atas tiket sendiri daripada bersama Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 sekiranya parti pemerintah itu mahu memastikan tiada pihak yang menimbulkan isu perkauman terhadap komuniti bukan Muslim di negara ini. Namun Pengarah Strategi MIC itu berkata kepada The Malaysian Insider ia hanya bergantung kepada hasil mesyuarat Kabinet hari ini, yang mana katanya Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel, bersetuju untuk menyuarakan pendapatnya itu. "Saya telah berbincang dengan presiden dan beliau berjanji akan membangkitkannya di Kabinet," kata Vell Paari ketika dihubungi semalam. Anak kepada pemimpin MIC paling lama berkhidmat, Datuk Seri S. Samy Vellu, mewujudkan gelombang dalam partinya minggu lalu apabila menghantar surat terbuka kepada Palanivel mendesak agar Kabinet mengambil tindakan terhadap tokoh akademik Muslim Dr Ridhuan Tee Abdullah dan presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali. Vell Paari yang lebih fokus terhadap Ridhuan Tee berkata, kenyataan media yang dibuat oleh ahli akademik tersebut mengenai komuniti Hindu merupakan satu perkara yang serius, kerana ia membentuk majoriti masyarakat India di negara ini. "Presiden parti juga turut menyuarakan kebimbangan beliau berkenaan sisu terbabit dan akan membincangkannya di dalam mesyuarat Kabinet, dan saya akan menunggu keputusan dari Kabinet," katanya. Sekiranya masih tiada sebarang maklum balasa daripada Kabinet mahupun kepimpinan tertinggi partinya, Vell Paari mengulangi ugutannya supaya masyarakat India mengundi mengundi pembangkang. "Dalam CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat), saya akan lampirkan apa yang dirasakan patut MIC lakukan. Jika mereka bersetuju dengan saya, itu bagus sekali," katanya. "Jika mereka menolak, saya akan melaksanakan agenda ini bersendirian. Ia bukan soal menyertai pembangkang, namun ... saya tidak akan bersama pembangkang kerana ia membuktikan saya tidak berjuang dengan benar." Vell Paari menjelaskan beliau akan membentuk platformnya sendiri bagi memastikan objektif politik mahupun sebaliknya dapat dipenuhi. Malah, beliau turut mengakui dirinya telah mengambil risiko yang amat besar dengan kenyataannya, namun menjelaskan sedia meninggalkan MIC atau dipecat. "Sebelum ini, tiada pihak yang membangkitkan. Apabila saya mengugut agar masyarakat India mengundi pembangkang, semua pihak mula mengambil berat," katanya. "Saya lakukan ini kerana ianya satu keperluan ... jika tidak tiada yang akan ambil peduli." Jelas Vell Paari, individu seperti Tee dan Ibrahim sebenarnya bertindak bertentangan dengan falsafah 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau turut mengingatkan kedua-dua mereka juga bakal menimbulkan perang sivil di negara ini, terutamanya apabila mereka dibenarkan untuk terus mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman. "Dalam politik, kita tidak boleh berdiam diri. Ianya bukanlah perkara yang baik. Jika kita terus mendiamkan diri, lebih baik jadi perpustakawan, bukan ahli politik," katanya. Vell Paari turut mempertahankan kaedah pilihannya, dan berkata ia bukan sahaja langkah terbaik menyelesaikan sebarang isu, tetapi juga pilihan komuniti India yang menginginkan ketelusan. Jelasnya lagi surat terbukanya itu bukanlah menyerang Palanivel, tetapi hanya bertindak berlandaskan protokol, dan menambah presidennya itu memberi kebebasan untuknya bersuara dan bertindak apabila dilantik sebagai pengarah strategi. Vell Paari turut mengingatkan Malaysia adalah negara berbilang bangsa dan sekiranya komuniti tidak dilayan seadilnya, mereka yang berkemampuan akan berhijrah ke luar negara. "Bagaimana dengan mereka yang tidak berkemampuan untuk berhijrah?" "Empat tahun kami telah katakan — lakukan sesuatu, buat sesuatu. Ianya teruk. Namun berdasarkan apa yang berlaku, umpama kita meminta Melayu dan bukan Melayu untuk bertelagah ... satu dengan keris, dan satu pihak lagi dengan parang. "Kita semua sama ... namun jika ianya berlaku, saya tak pasti akan ke syurga atau neraka namun saya pasti saya dari Malaysia," katanya lagi. Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugesan, mengesahkan CWC MIC selepas ini akan membincangkan isu yang dibangkitkan Vell Paari kepada Palanivel. Murugesan bagaimanapun menambah, Palanivel perlu membincangkan dengan parti pertemuan selanjutnya, atau sebarang rancangan untuk menghukum Vell Paari kerana mengkritik kepimpinan MIC secara terbuka apabila mengatakan mereka pengecut dalam menguruskan isu perkauman yang dibuat individu seperti Tee dan Ibrahim. Murugesan juga mengakui parti itu mempunyai saluran dalaman untuk membangkitkan perkara seperti itu, namun tidak mengulas sama ada Vell Paari bertindak di luar batasan. "Beliau (Palanivel) belum lagi menghubungi saya berkenaan surat tersebu, namun saya telah maklumkannya. Kami menerimanya di pejabat kami dan saya hantar ke pejabat presiden," kata Murugesan kepada The Malaysian Insider. "Dan beliau maklum mengenai surat itu." Dalam suratnya, Vell Paari berkata beliau akan menyuarakan kebimbangannya dalam mesyuarat CWC akan datang yang mana pada kebiasaannya diadakan sekali, atau dua kali sebulan. "Jadi kita akan membincanya dalam CWC," kata setiausaha agung berkenaan. Pemuda MIC telah membuat laporan polis Rabu lalu terhadap artikel Ridhuan yang dikeluarkan Sinar Harian bertajuk "Kesabaran Umat Islam Ada Had", yang diterbitkan pada Isnin sebelum itu. Ketua Penerangan Pemuda MIC, S. Subramaniam, berkata artikel itu "tidak sensitif" terhadap masyarakat Hindu, kerana ia membincangkan filem kontroversi "Vishwaroopam", namun penulisnya mengaitkan filem berkenaan dengan penganut Hindu. Dalam surat terbuka kepada Palanivel, Vell Paari berkata isu ini mesti dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein bertindak ke atas pendakwah Islam itu, dan juga presiden Perkasa, Ibrahim. "Jika kita terus berdiam diri dalam isu tersebut kerana takut menentang sesuatu kuasa, kita mungkin akan tutup kedai dan menjadikan Ibu Pejabat MIC sebagai restoran daun pisang," katanya. | ||
Wan Azizah tidak bertanding PRU13 Posted: 27 Feb 2013 02:16 AM PST Perkara ini disahkan oleh Timbalannya, Azmin Ali walaupun mengakui wujud permintaan dan sokongan penuh akar umbi dan pimpinan tertinggi parti yang mahu Wan Azizah bertanding semula. PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tetap dengan keputusan untuk tidak bertanding dalam mana-mana kerusi pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Perkara ini disahkan oleh Timbalannya, Azmin Ali walaupun mengakui wujud permintaan dan sokongan penuh akar umbi dan pimpinan tertinggi parti yang mahu Wan Azizah bertanding semula. "Beliau dah buat keputusan. Terpulang kepada tuan empunya badan. Kita tak boleh nak paksa," katanya. Berikutan itu, menurut Azmin nama Wan Azizah tidak disenarai sebagai calon PRU 13 dan menghormati hasrat bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu yang mahu fokus kepada tanggungjawab sebagai Presiden parti. "Jawatankuasa PKR Pusat akur dengan keputusan itu," katanya. Wan Azizah yang juga bekas ketua pembangkang pertama kali terjun bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh pada tahun 1999 dan berjaya mempertahankannya selama tiga penggal berturut-turut. Beliau kemudiannya melepaskan kerusi itu bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukan pembangkang di Parlimen dan juga dalam arena politik negara untuk menentang Barisan Nasional (BN). Tindakan itu menyebabkan beliau dilarang daripada bertanding semula di kerusi parlimen, namun tidak menyekatnya daripada bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Wakil yang gagal akan digugur Sementara itu, ditanya mengenai kriteria calon, Azmin berkata pihaknya tidak akan teragak-agak menggugurkan nama mana-mana wakil rakyat yang gagal menunjukkan rekod bersih dan cemerlang sepanjang tempoh penggal lalu. Beliau turut memberi jaminan sepenuhnya calon yang akan dikemukakan nanti terdiri daripada individu yang berwibawa selepas melalui proses saringan yang ketat sejak tahun lalu. Katanya, PKR sudah belajar daripada kesilapan dan akan memastikan tidak ada lagi tragedi wakil rakyat parti itu yang keluar dan lompat parti. "Proses calon ini telah dijalankan saringannya setahun lalu bagi memastikan calon benar-benar wibawa, komited dan tak khianat seperti sejarah lalu," katanya. Selepas PRU 12 (2008) menyaksikan enam ahli parlimen PKR keluar parti untuk menjadi ahli Bebas dalam Dewan Rakyat. Mereka adalah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Wee Choo Keong (Wangsa Maju) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai) yang dipecat dan meninggalkan PKR setelah dikatakan tidak sehaluan dengan kepimpinan Anwar. Manakala lapan Adun PKR yang keluar selain meletakkan jawatan dalam parti sehingga memaksa pilihan raya kecil (PRK) diadakan masing-masing dua orang di Perak dan serta Sarawak dan seorang di Selangor dan Pulau Pinang. | ||
Umno hadapi perang dengan jeneral tempang Posted: 26 Feb 2013 09:08 PM PST
Umno nampaknya terpaksa menyertai pilihan raya umum ke 13 dalam keadaan serba pincang. Dengan kumpulan tukang kempen utama mereka iaitu Wanita Umno lumpuh ekoran tragedi lembu masuk kondo dan tanah LTAT, Umno hilang penggerak utama mereka. Sekarang ini ke mana Wanita Umno bergerak dalam baju merah puteh mereka, bunyi 'mooo' akan dibuat. Skandal tanah Ketua Wanita Umno Selangor pula memperlihatkan bagaimana Umno mengorban kepentingan anggota tentera untuk kroni mereka. Pada awal April 2012 lalu, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, Wanita Umno Selangor yang juga Exco Wanita Umno Malaysia dilantik sebagai senator yang baru. Beliau menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terpaksa berundur kerana skandal lembu masuk kondo. Namun, selepas itu meletus skandal LTAT yang didedahkan oleh bekas rakan perniagaan isteri perdana menteri, Deepak Jaikishan dan diperjelaskan lagi oleh Rafizi Ramli yang sebelum itu 'membunuh' kerier politik Shahrizat. Pemuda lumpuh Ketika tukang kempen mereka lumpuh, Pemuda Umno juga tidak kelihatan bergerak. Kalau selama ini bilik gerakan Umno banyak dipenuhi oleh tenaga muda mereka, kini Pemuda juga sunyi sepi. "Tidak ada wang bang, macamana nak gerak," kata seorang pemimpin muda Umno kepada penulis. Berikutan tindakan pimpinan Umno yang terlalu takut kepada Tun Dr Mahathir, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sehingga kini tidak mendapat sebarang jawatan dalam kerajaan. Akibatnya, sumber kewangan untuk menggerakkan Pemuda Umno terputus langsung. Sedangkan semua tahu memang menjadi budaya dalam Umno tanpa wang semua kerja tidak boleh jalan. Keadaan itu semakin parah apabila semua ketua-ketua pemuda Umno negeri juga dilantik Khairy. Hasilnya sebagaimana Khairy bermasalah di pusat, ketua-ketua pemuda negeri pula bermasalah di negeri masing-masing. "Masalah paling besar kepada pemuda adalah apabila Khairy diketepikan, tidak ada mana-mana pihak yang berani mendekati atau membantu Khairy. "Ini kerana mereka tidak mahu dilihat membantu atau bersama Khairy kerana takut diserang oleh orang PM dan juga orang Tun (Dr Mahathir). "Hasilnya Khairy sedang mati perlahan-perlahan bersama seluruh jentera pemudanya," kata sumber itu. Yang terakhir, apabila pemuda mencalonkan 25 nama dari kalangan mereka untuk dijadikan calon dalam polihan raya ini, hanya dua nama saja yang lekat. Kini pemuda menunggu masa saja untuk bertindak, apatah lagi kalau pemilihan calon ini menjadi realiti nanti. Azalina Di samping pemuda dan wanita, semua terasa sejak Datuk Azalina Othman Said meninggalkan Puteri Umno, sayap Umno untuk wanita muda ini seolah-olah sudah tidak ada. Dengan berketuakan pemimpin dari Sabah, Puteri Umno seolah-olah sudah tidak ada lagi di medan. Serangan Najib terhadap Azalina ketika beliau baru mengambil alih pucuk kepimpinan negara dari Pak Lah benar-benar menghiris Azalina. (Puteri Umno ketika berada di zaman kegemilangannya) "Kita bukan mahu melihat muka menterinya, kita hendak melihat tempat-tempat pelancongan," begitulah kira-kira kata Najib membidas bilboard pelancongan yang dipasang Azalina untuk membuat promosi ke atas kawasan pelancongan di negara ini. Hasilnya tidak lama selepas itu semua bilboard ini jatuh bersama jatuhnya Azalina dari arus perdana politik Umno dan Malaysia. Namun manusia ini sama saja. Ia lebih mudah melihat kesilapan mereka yang bekerja tetapi sukar untuk melihat mereka yang tidak bekerja dan diri mereka sendiri. Kalau dulu Najib marah kerana muka Azalina dalam bilboard pelancongan, sekarang muka Najib bukan di bilboard saja bahkan di mana-mana. Hatta pintu tandas pun ditampal gambar Najib. Tidak cukup dengan itu, semua pengundi baru akan menerima surat bermuka Najib memujuk dan merayu mereka agar memberikan peluang sekali lagi kepada BN. "Terharunya...takkan sampai merayu begini sekali. Sampai minta maaf segala," kata seorang gadis yang menerima surat Najib. Beliau adalah antara kira-kira 5.2 juta pengundi baru yang bakal mengundi buat pertama kalinya. Selain wanita, pemuda dan puteri, ramai yang beranggapan, Putera Umno hanya tingga Datuk Azeez (Abdul Rahim) seorang sahaja. Ini kerana, inilah saja muka dipromokan termasuklah kononnya dilantik menjadi duta oleh negara Palestin. Padahal lebih 1,000 orang telah dilantik oleh kerajaan Hamas untuk menjadi duta kepada negara dan perjuangannya. Dengan ketiga-tiga sayap utama lumpuh dan sayap Putera tinggal Azeez seorang, bagaimanakah Umno mahu meneruskan peperangan ini. Najib bukan sahaja berdepan dengan Deepak Jaikishan, sekarang PI Bala juga balik untuk meranapkan lagi kredibiliti beliau. Hantu Altantuya akan mengejar ke mana-mana beliau pergi. Hatta perbelanjaan jutaan ringgit untuk membawa penyanyi Gangnam Style, Psy, juga masuk ke dalam longkang sahaja apabila penonton sepakat berkata "NO" kepada Barisan Nasional. Memang Tun Dr Mahathir berusaha untuk menukar jeneral perang Umno ini, namun dengan satu kes sahaja dibuka, iaitu RCI Sabah, Mahathir terpaksa melutut kepada Najib. TV3 dengan bangganya melaporkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara tetamu VIP yang turut menyambut kepulangan Perdana Menteri Malaysia dari luar negara. Inilah dilema besar Umno. Muhyidin Yassin dimalukan di Sabah bahkan Ng Yen Yen juga dimalukan di majlisnya sendiri di Jonker Walk, Melaka. Umno hadapi perang kali ini dengan semua jeneralnya tempang...yang tinggal hanya tukang raba punggung yang sedang mencatur dalam War Room Umno. | ||
Apa nasib Mahathir jika Anwar jadi PM? Posted: 26 Feb 2013 09:06 PM PST Shahbudin HusinMahathir bersuara lagi. Terbaru beliau menyatakan bahawa Anwar akan mengamalkan nepotisme dan kronisme jika berjaya menjadi Perdana Menteri. Dengan mengambil contoh isteri dan anak Anwar yang menjadi Presiden dan Naib Presiden PKR serta bekas Setiausaha Sulitnya, Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR, Mahathir sekali lagi menyerang Anwar. Tujuannya tidak lain ialah supaya rakyat tidak memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan Anwar tidak berjaya menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini sudah beberapa kali Mahathir bersuara mengenai Anwar dan Pakatan Rakyat. Pantang ada kesempatan, Mahathir pasti melibas musuh politik nombor satunya itu. Beliau pernah mengingatkan rakyat agar jangan terlalu obses mahu menukar kerajaan kerana katanya kerajaan baru belum tentu menjanjikan kebaikan berbanding BN yang sudah banyak berjasa. Hujahnya ialah negara-negara Arab yang bertukar kerajaan, sebahagiannya masih tidak aman sehingga sekarang. Mahathir juga pernah mengecam Anwar sebagai pembawa budaya demonstrasi kepada Malaysia. Katanya, sejak dulu Anwar sering menggunakan demonstrasi untuk mencapai cita-cita politiknya. Selain itu, Mahathir juga sering membuat pelbagai dakwaan terhadap Pas, DAP, PKR dan Pakatan Rakyat dengan pelbagai perkara lainnya. Seringnya beliau menjadikan isu kaum dan agama untuk melaga-lagakan parti-parti dalam PR dengan harapan keyakinan rakyat makin berkurangan terhadap gabungan pembangkang itu. Pendeknya, serangan Mahathir terhadap Anwar dan PR sentiasa bertali arus dan tidak pernah ada kesudahannya. Jika mahu dikumpulkan kecamannya itu, sudah boleh dibuat buku tebal yang memerlukan beberapa hari untuk membacanya. Namun yang jelasnya, semua kecaman dan serangan Mahathir itu menggambarkan ketakutannya BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya. Yang lebih ditakutinya ialah jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri akhirnya. Daripada 28 juta rakyat Malaysia, tampaknya Mahathirlah yang paling takut jika BN tumbang dan Anwar menjadi Perdana Menteri, malah ketakutannya melebihi ketakutan Najib yang akan kehilangan jawatan Perdana Menteri atau Muhyiddin yang tidak tercapai hajat mendiami Seri Perdana andainya BN tewas dalam pilihanraya nanti. Mungkin yang ingin dipertahannya ialah ego dan legasinya, walaupun tidak dinafikan kepentingan anak-anaknya dalam perniagaan dan politik turut menjadi keutamaannya. Walaupun Anwar berkali-kali menyebut beliau tidak berdendam dengan Mahathir dan keinginannya menduduki Putrajaya hanyalah untuk menyelamatkan negara daripada dasar pemerintahan BN yang penuh kepincangan, rasuah dan salah guna kuasa, hakikatnya tiada jaminan keselesaan Mahathir sebagai seorang pesara tidak diusik langsung jika beliau mengambil alih kuasa. Sudah banyak contoh di beberapa negara, bekas pemimpin yang diheret ke muka pengadilan atas pelbagai kesalahan yang pernah dilakukan ketika berkuasa dulu. Apatah lagi jika setelah menjadi PM nanti, desakan rakyat yang mahu Mahathir diadili menjadi bertambah kuat sehingga sukar Anwar menolaknya. Lebih sukar beliau menolak desakan rakyat itu andainya dengan membawa Mahathir ke muka pengadilan, mampu pula melonjakkan sokongan rakyat dan sanjungan dunia terhadapnya. Beberapa pemimpin UMNO sendiri tidak menafikan hakikat itu. Kata mereka, meskipun sekarang Anwar mengatakan beliau tidak berdendam dengan Mahathir tetapi itu bukanlah jaminan tiada sebarang tindakan akan dilakukannya terhadap bekas Perdana Menteri itu, lebih-lebih lagi apa yang dilakukan Mahathir terhadap Anwar adalah sesuatu yang dahsyat dan penuh penghinaan. Membayangkan hakikat itulah barangkali yang membuatkan Mahathir sering terganggu lenanya. Lantaran itu, selagi terdaya, beliau akan berusaha menghalang kemaraan Anwar. Dari sudut yang lain, jika pun tiada tindakan diambil terhadap Mahathir selepas Anwar menjadi Perdana Menteri, dengan kejayaan Anwar akhirnya menguasai Putrajaya juga, ia sudah cukup memalukan Mahathir sendiri. Ketika itu, beliau mungkin tidak bernilai lagi dan cakapnya pun tidak mahu didengari lagi. Legasinya dan pengaruhnya akan terpadam serta-merta. Jika BN terus menang dan Najib kekal lagi sebagai Perdana Menteri, belum tentu juga Mahathir mempunyai pengaruh yang sama. Ketika itu, Najib mungkin sudah mempunyai keberanian mempamerkan belangnya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara dengan meletakkan orang-orangnya di beberapa posisi penting negara serta tidak lagi memperdulikan nasihat Mahathir. Najib mungkin tidak mahu lagi terikat dan dibayangi oleh Mahathir. Dalam masa yang sama, isteri Perdana Menteri, Rosmah pastinya menjadi lebih berkuasa dan Mahathir secara automatik menjadi tidak penting lagi. Jika beberapa bulan lalu ketika Rosmah diberi penghormatan melancarkan kapal tentera laut, Gagah Samudera di mana Mahathir terpaksa berdiri di belakangnya bersama Zahid Hamidi, pemandangan seperti itu mungkin lebih kerap dapat dilihat jika Najib kekal lagi sebagai Perdana Menteri selepas pilihanraya nanti. Mahu tidak mahu, jika Najib kekal lagi, Mahathir bukan saja akan kerap kelihatan di belakang Najib, bahkan juga kerap membiarkan Rosmah berada di depannya demi memastikan masa depan anak-anak dan keluarganya terpelihara. Dengan Najib kekal lagi sebagai Perdana Menteri, walaupun Mahathir masih relevan ketika itu tetapi darjat dan kepentingannya, baik dalam UMNO mahu pun di kalangan rakyat, pastinya mulai menurun. Nasib Mahathir hanya lebih baik jika BN menang tipis dan perubahan kepimpinan dalam UMNO dan kerajaan menjadi suatu keperluan untuk menghadapi pilihanraya yang seterusnya. Sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang, Muhyiddin mungkin menjadi pilihan Mahathir untuk ditonjolkan bagi menggantikan Najib. Dengan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, beliau tiada pilihan selain menggunakan Mahathir untuk membantunya menguatkan UMNO dan kerajaan yang baru diambil-alihnya. Beliau akan terus bersuara dan kekal penting, baik dalam UMNO dan kerajaan. Kepentingan anak-anaknya dalam politik dan perniagaan juga akan terus terjamin. Maka itu, untuk memastikannya terus relevan, Mahathir bukan saja tidak mahu BN tumbang dan Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi juga tidak mahu BN menang cemerlang dan Najib kekal lagi Putrajaya. Hanya Muhyiddin akan menjadikannya kekal relevan. Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com | ||
Pas: Teguran Mufti Perak perlu adil Posted: 26 Feb 2013 08:58 PM PST IPOH: Pas Perak kesal dengan sikap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang seolah-olah tidak berlaku adil terhadap Pas dengan menutup mata dan melupakan segala sikap prasangka buruk yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) khususnya Umno. Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, pelbagai kepincangan yang berlaku seperti rasuah, ketirisan dan penyelewengan dalam pemerintahan BN namun tiada sebarang teguran dan kenyataan yang dibuat oleh Mufti itu. "Malah Umno sebagai parti pembangkang di negeri-negeri pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) juga tidak mengiktiraf usaha kerajaan negeri memajukan rakyat, bahkan berusaha untuk menyekat sumber royalti hak rakyat negeri itu dan menimbulkan pelbagai fitnah terhadap kerajaan PR di saluran-saluran perdana milik kerajaan pusat. "Adakah mereka mengikut ajaran Islam yang sebenar? Adakah ini tidak lebih teruk dari Kafir?," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam. Ahmad Nuri berkata, seorang mufti mesti bersikap adil kepada semua umat dan tidak boleh prejudis pada golongan-golongan tertentu sahaja. Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Harussani yang mengatakan Pas lebih teruk daripada kafir seperti mana yang disiarkan sebuah akhbar baru-baru ini. Menurutnya, seorang mufti seharusnya mendapat tasawwur dan gambaran sebenar satu-satu isu sebelum mengeluarkan hukuman. "Kami mengambil sikap seperti mana yang dianjurkan oleh ajaran Islam dan kami telah pun menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Harussani bagi menjernihkan suasana agar mendapatkan maklumat yang sebenarnya. "Kami tidak mahu rakyat mencemuh Mufti kerana bersikap berat sebelah dan tidak adil sepertimana yang dituntut oleh ajaran Islam. "Harussani perlu mendapatkan maklumat sebenar dan menilai setiap apa yang dilaporkan oleh media massa secara benar tanpa berpihak kepartian," katanya. | ||
Zain nafi mahu nikah Rozita Julai ini Posted: 26 Feb 2013 08:55 PM PST KL TODAY Zain Saidin menafikan bakal bernikah dengan kekasihnya, Rozita Che Wan pada Julai ini.Laporan akhbar tempatan semalam menyebut, pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sudah memilih tarikh untuk bernikah Julai ini dengan Zain.Ketika dihubungi, adik kepada Shasha Saidin ini menafikan laporan itu. "Saya tanya Che Ta, dia kata tak pernah pun kata nak kahwin Julai. Mereka (akhbar) tulis sendirilah. Saya tanya dia tentang kenyataan itu, dia kata tak ada pun (bagi kenyataan) ," katanya kepada Sinar Harian Online. Sebelum ini, Che Ta lebih memilih untuk berdiam diri bercakap tentang kisah cintanya dengan pelakon berwajah Pan Asia itu. Beberapa minggu lalu, mereka bercuti ke Singapura bersama keluarga Che Ta sempena cuti sekolah. Dalam pada itu, Zain juga akui masih belum ada perbincangan tentang perkahwinan. "Belum ada perbincangan tentang perkahwinan lagi tetapi insya-ALLAH kalau ada rezeki hujung tahunlah," katanya. Mengulas lanjut soal laporan akhbar itu, Zain berkata, tidak logik jika pernikahan mereka pada bulan Julai. "Julai itu bulan puasa kan? Ada ke orang kahwin bulan puasa? Kalau fikir secara logiknya, tak kan saya nak kahwin bulan puasa. Tak nak ajak orang datang kahwin ke apa?" katanya. Sebelum ini, Sinar Harian Online melaporkan, Zain serius untuk bernikah dengan Che Ta dan merancang untuk berkahwin hujung tahun ini. Kosmo hari ini menyebut kakak Zain iaitu bekas anggota kumpulan Elite, Sasha terkejut mendengar perkara tersebut kerana dia yang baru pulang dari Sydney, Australia minggu lalu sememangnya langsung tidak tahu apa-apa mengenainya (Zain akan kahwin hujung Julai) Mengulas mengenai penerimaan keluarga mengenai hubungan Zain dan Rozita memandangkan umur aktres itu dan Zain jauh berbeza 13 tahun, Sasha berkata sebagai kakak, dia memang tiada halangan dan Zain bebas memilih sesiapa sahaja yang ingin menjadi teman hidupnya. Tambahan keluarganya mengamalkan sikap terbuka dan merestui hubungan mereka berdua selama ini. | ||
Pindaan Auku tingkat kuasa politik pelajar Posted: 26 Feb 2013 08:52 PM PST KL TODAY SHAH ALAM – Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini. Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini. Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa. Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini. Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini. "… kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya. "Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya. Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus. Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut pengajian tinggi. Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13. "… transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa. "Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya. Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar. | ||
PKNS Bina Kompleks Kediaman Pekerja Industri Posted: 26 Feb 2013 08:47 PM PST KELANA JAYA : Sebuah Kompleks Kediaman Pekerja Industri Bersepadu untuk kemudahan pekerja industri yang lebih selesa dan teratur bakal didirikan di tapak seluas 6.08 ekar di SS 8/6 di sini. Blok pertama yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu bakal siap menjelang Disember 2015 yang boleh menempatkan kira-kira 10,000 warga industri. Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, projek ini memenuhi keperluan 'Workers Accomodation : Process And Standarts' yang ditetapkan International Finance Corporation dan European Bank untuk pembinaan semula dan pembangunan. "Ia merupakan satu-satunya projek kediaman bersepadu seumpamanya di Selangor. "Projek ini nanti juga bakal memberikan kemudahan kepada pekerja dengan penyediaan jejantas dan laluan berbumbung serta tambahan 1,500 kemudahan tempat letak kereta," kata Othman. Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor adalah negeri yang terbaik untuk pelaburan di negara ini apabila sejak 2008 jumlah pelaburannya mencecah RM50 bilion. Ujar beliau, pembinaan asrama ini akan meningkatkan kepercayaan pelabur untuk terus mengembangkan perniagaannya di negeri ini. "Kawasan Sungei Way perlu dibangun semula untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan Petaling Jaya. "Usaha pembangunan di Petaling Jaya perlu diperhebatkan dan menganggap usaha yang positif ini perlu dipercepatkan," kata Abdul Khalid. Dalam program itu Abdul Khalid merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Datum In-City yang turut dihadiri Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Him. Kompleks Kediaman Pekerja yang menempatkan 432 unit kediaman dengan tiga rekabentuk setiap satu seluas 475 kaki persegi, 865 kaki persegi dan 971 kaki persegi itu bakal dihuni pekerja Western Digital Malaysia Sdn Bhd. Ia juga akan digunakan pekerja industri di kawasan sekitar yang menerapkan konsep kehijauan menerusi penyediaan taman berlandskap di atas bumbung dan podium setiap tingkat selain hab pengangkutan yang strategik. Selain itu, antara kemudahan lain yang disediakan ialah kedai mini, tempat makan dan surau serta dilengkapi kawalan keselamatan yang merupakan sebuah projek perkongsian bijak antara Kerajaan Negeri, PKNS dan Western Digital. | ||
Rafizi Minta Selangor Keluar Notis Pengambilan Tanah Kepada Raja Ropiaah Posted: 26 Feb 2013 08:45 PM PST PETALING JAYA: Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli hari ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan notis Pengambilan Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 yang kini dimiliki Kerajaan Persekutuan. Tindakan tersebut harus diambil bagi mengelakkan tanah seluas 223 ekar itu diserahkan kepada Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Raja Abdullah melalui sebuah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Jendela Hikmat Sdn Bhd. Menurut Rafizi, Perkara 3.2 perjanjian di antara syarikat milik Raja Ropiaah, Awan Megah dengan Bakti Wira Sdn Bhd, Awan Megah akan menandatangani satu perjanjian perkongsian tanah dengan Jendela Hikmat. "Saya sudah tulis surat secara rasmi kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Jika notis ini dikeluarkan, secara automatik Perkara 8.2 di dalam perjanjian berkuatkuasa dan wajarlah keseluruhan urusniaga ini dibatalkan seperti diperuntukkan di dalam perjanjian," kata Rafizi di sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR, Merchant Square di Tropicana hari ini. Terdahulu, Kerajaan Negeri menyerahkan tanah kepada Kerajaan Persekutuan sebelum Kerajaan Persekutuan memberikan tanah tersebut kepada LTAT untuk membina kem tentera dan juga untuk membiayai pelbagai aktivitinya. Bagaimanapun LTAT melalui beberapa anak syarikatnya, selain didapati tidak menepati syarat pembangunan tanah, LTAT juga didapati cuba menyerahkan tanah tersebut kepada syarikat milik Ketua Wanita Umno Selangor, sekaligus dianggap merugikan anggota tentera dan rakyat. Dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk mengambil semula tanah tersebut sekiranya didapati pihak terlibat melanggar syarat pengambilalihan tanah atau bertindak merugikan kepentingan awam. | ||
Warga emas seluruh negara dapat bonus RM1,000 di bawah Pakatan Posted: 26 Feb 2013 08:42 PM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara.Menerusi skim ini, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan beban hidup mereka. Tawaran ini terkandung pada muka surat 9 Manifesto Pakatan Rakyat di bawah teras Rakyat Bersaudara. Manifesto Rakyat dengan tema Pakatan Harapan Rakyat yang dilancar pada Konvensyen Pakatan Isnin lalu memberi tumpuan ke atas empat teras utama, yang dilihat merangkumi semua segmen masyarakat. Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat. "Kenaikan harga barang yang mencanak mengurangkan kuasa beli warga emas. Kesempitan hidup di hari tua menjadi igauan ramai rakyat Malaysia," dokumen manifesto itu dipetik. Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan