DUNIACACAMARBA |
- Wanita Dalam Pantang Tawar Seks kepada Anggota Polis
- Gara-gara Salih Yaacob Persenda PR, Peminat Ugut Boikot Sinar FM
- Wanita Asing Dakwa Dirogol Polis Mengaku Tidur dengan Teman Lelaki
- Manifesto Pakatan Rakyat Tumpu Empat Teras Utama
- Berahi Punya Fasal, Sanggup Kena Cekup Khalwat dengan Dua Lelaki Berbeza
- [Video] Selepas Najib, Menteri MCA Pula Dimalukan Rakyat di Melaka
- [Video] Nabil Raja Lawak dan Salih Yaacob PERSENDA Pakatan Rakyat
Wanita Dalam Pantang Tawar Seks kepada Anggota Polis Posted: 26 Feb 2013 07:00 AM PST [BERNAMA] KUALA LUMPUR: Seorang wanita dalam tempoh berpantang pada Selasa dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, Ahad lepas. Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memerintahkan Rosmalini, 31, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Februari lepas. Rosmalini dari Triang, Pahang didakwa menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan kepada Sarjan Major P.Ravidran, 50, dari cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di hadapan sebuah hotel di Jalan Raja Laut di sini pada 8.05 malam pada tarikh tersebut. Dia didakwa mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Rosmalini yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia hanya seorang suri rumah dan masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sebulan yang lepas. Dia juga mempunyai empat lagi anak yang berumur antara 2 tahun hingga 10 tahun manakala suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Zuraimi Kamarozzaman. P/s Macam-macam! | ||
Gara-gara Salih Yaacob Persenda PR, Peminat Ugut Boikot Sinar FM Posted: 26 Feb 2013 04:00 AM PST DCM agak awal melaporkan klip sketsa Bangkang dari Longkang yang bertajuk Buku Jingga di sini. Dalam sketsa itu, Salih Yaacob dan Nabil masing-masing membawa watak sebagai wakil rakyat dan pembantu yang sedang berdialog dengan masyarakat. Dalam dialog tersebut, Salih dan Nabil secara sinis mempersenda Pakatan Rakyat kononnya tidak menunaikan janji di empat buah negeri. Hasil pendedahan dan penyebaran klip tersebut di laman sosial dan blog telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat Salih, Nabil serta radio Sinar FM, tempat Salih bertugas. Menurut HD, laman Facebook Sinar FM yang disukai lebih 130 000 pengguna Facebook telah menerima komen-komen negatif. Salih Yaacob yang lebih mesra dipanggil SY, merupakan juruhebah di slot Sinar Pagi saluran radio itu. Boleh dikatakan setiap status yang dinaikkan ke laman rasmi radio itu menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salih Yaakob sendiri. "Kecewa dengan Sinar FM. Favourite. Tp skrg terpaksa tukar," komen Abbad Muhammad. "sbelum ni minat jugak sinar fm ni, dgr lagu retro best2, lps tengok video dua org tu trus hilang selera kat sinar fm, better download aje lah lagu retro," komen Ajijen Mohd. "Sambil memandu ke tempat keja sambil dgr sinar.bila dh jadi mcm ni rasa baik cr siaran lain lh," komen Zunairi Mohamad. "salih yaacob, ko dah boleh start carik keje lain aa kot. takdenye orang nak dengar SINAR FM lagi dah selagi ko masih dok kat situ," komen Ahmad Zaki Sokhimi. "Cakap kat SY tu jangan nak kurang ajar sangat," komen Eyka Farhana. Malah ada pendengar radio itu turut meminta Saleh Yaakob dan Nabil meminta maaf secara terbuka. "Suruh SY dan nabil mintak maaf secara terbuka kalau tidak kami boikot sinar fm," komen Faizal Goku. "Saleh.hang kena mintak maap ngan penyokong pakatan.nak lawak pn agak2 lh der," komen Zunairi Mohamad. P/s: Laman yang diwujudkan khusus untuk menyatakan bantahan dan boikot terhadap Nabil dan Salih Yaacob di sini. | ||
Wanita Asing Dakwa Dirogol Polis Mengaku Tidur dengan Teman Lelaki Posted: 26 Feb 2013 02:58 AM PST
Mangsa Mengaku Lakukan Hubungan Seks dengan Teman Lelaki Sebelum Buat Laporan Polis [BERNAMA] BUTTERWORTH: Seorang wanita warga Indonesia memberitahu Mahkamah Sesyen di sini dia melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya sebelum membuat laporan polis mendakwa dia dirogol tiga anggota polis pada 9 November tahun lalu. Mangsa, 26, membuat pengakuan itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim pada perbicaraan hari pertama kes rogol membabitkan tiga tertuduh iaitu Koperal Nik Sin Mat Lazim, 33, Konstabel Remy Anak Dana, 25, dan Konstabel Syahiran Romli, 21. Mangsa juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 52 tahun beberapa kali sepanjang lapan bulan tinggal bersama. Semasa prosiding itu pihak pendakwaan turut menunjukkan empat daripada 19 barang kes kepada mangsa untuk dikenal pasti iaitu dua helai blaus panjang berwarna hitam dan putih, sehelai seluar dalam berwarna biru dan sehelai baju dalam berwarna merah jambu yang diakui mangsa adalah miliknya. Mangsa adalah saksi pertama pendakwaan turut memberitahu mahkamah kronologi kes bermula daripada penahanannya oleh dua anggota polis sehingga proses kawad cam dilakukan untuk mengenal pasti suspek. Bagaimanapun keterangan yang dibuat mangsa mengenai kejadian rogol itu dilakukan secara tertutup di hadapan hakim dan wakil Kedutaan Indonesia. Ketiga-tiga tertuduh Nik Sin, Remy dan Syahiran dituduh melakukan kesalahan itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012. Bagi pertuduhan rogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 376(1) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Nik Sin dan Remy diwakili peguam Abdul Roni Rahman manakala Syahiran diwakili peguam R.S.N Rayer. Perbicaraan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi bersambung esok. | ||
Manifesto Pakatan Rakyat Tumpu Empat Teras Utama Posted: 25 Feb 2013 09:00 PM PST Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat. Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran. Rakyat Bersaudara Dalam teras Rakyat Bersaudara, PR memfokuskan kepada beberapa bahagian, antaranya setiap isteri layak menerima Caruman Wanita Malaysia sebagai jaringan keselamatan sosial menjamin kebajikan mereka. Di bawah caruman ini, suami wajib di sisi undang-undang mencarum mengikut kadar pendapatan antara RM10 hingga RM100 sebulan dengan syarat caruman ini boleh dikeluarkan isteri dalam keadaan tertentu seperti penceraian, musibah, kemalangan dan genap umur 50 tahun. Kerajaan juga menyumbang RM50 sebulan kepada setiap isteri dan caruman ini akan diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial. Selain itu, PR akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara, dengan memberi bonus RM1,000 setiap tahun kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas. Dalam teras ini juga, PR akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina) atau UEC bagi tujuan kemasukan institusi pendidikan tinggi dan kelayakan bagi tujuan permohonan kerja. Ekonomi Rakyat Dalam teras Ekonomi Rakyat, PR mengulangi janji-janji yang telah diumumkan sebelum ini, antaranya setiap keluarga di negara ini akan membawa pulang pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas penggal pertama pemerintahan PR di Putrajaya. PR turut mengulangi janji gaji minimum dengan setiap pekerja akan dibayar sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan. Selain itu, PR mengumumkan cukai rakyat diselaraskan demi kesaksamaan antara pendapatan tinggi dan sederhana. Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26 peratus hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas berbanding RM250,000 sekarang. Kesejahteraan Rakyat Teras ketiga, PR bertekad menurunkan harga minyak sejurus selepas PR berjaya menawan Putrajaya. Selain itu, caj elektrik diturunkan dengan PR menyalurkan subsidi berjumlah RM25 bilion terus kepada rakyat. Penghapusan tol secara berperingkat juga dimasukkan dalam manifesto ini, seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga, dengan pembiayaan operasi lebuhraya ditampung dana RM5 bilion. Selain itu, PR juga akan menghapuskan cukai eksais kereta berjumlah 70 peratus sekarang dalam tempoh lima tahun. Apa yang menarik dalam manifesto ini, PR berjanji akan menghapuskan Sistem Perlaksanaan Automatik (AES) dan membatalkan saman yang telah dikeluarkan. Kerajaan Rakyat Dalam teras terakhir, antara intipati menarik adalah PR akan menghapuskan semua undang-undang yang menyekat kebebasan media terutamanya Akta Percetakan dan Penerbitan dan prosedur perlesenan media. Berikut empat teras utama manifesto Pakatan Rakyat :- 1) Rakyat Bersaudara - Menghapus diskriminasi - Mengiktiraf sumbangan wanita dan warga emas - Merangkum semua aliran pendidikan - Mengembalikan hak Sabah Sarawak seperti Perjanjian 1963 - Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara - Kehormatan amalan agama 2) Ekonomi Rakyat - 1 juta peluang pekerjaan untuk rakyat - Perkongsian produktiviti yang adil melalui gaji minimum - 1 juta tenaga kemahiran terlatih dari kalangan lepasan sekolah - Reformasi pendidikan merangsang ekonomi - Membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan kerajaan - IKS dan inovasi teras ekonomi negara - Pelarasan percukaian rakyat demi kesaksamaan - Ekonomi lestari - Membela ekonomi dan kebajikan prajurit - Memberdayakan usahawan teksi - Pelaburan R&D mencecah 5 peratus dari KDNK - Pengangkutan awam nadi ekonomi negara - Memecah monopoli merancakkan persaingan 3) Kesejahteraan rakyat - Mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga dan menghapuskan monopoli - Merombak dasar automotif untuk mengurangkan bebanan rakyat - Perumahan selesa dan mampu milik untuk semua - Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN - Hapus AES, batal saman AES - Keadilan untuk warga Felda - Keselamatan rakyat - Kemudahan kesihatan asas percuma dijamin - Membina jaringan keselamatan sosial rakyat 4) Kerajaan rakyat - Reformasi institusi Islam dan keagamaan - Pakej pengajian dan perkhidmatan baru penjawat awam - Pilihan raya yang bersih, adil dan telus - Reformasi institusi kehakiman, Pejabat Peguam Negara, SPRM dan PDRM - Reformasi Parlimen - Kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media - Memansuhkan Auku dan menjamin kebebasan akademik - Memansuhkan semua undang-undang antirakyat - Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) Berkaitan: Presiden Pas: Bagi Pakatan Peluang, Hukum Jika Gagal [SH] SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk dihukum oleh rakyat menerusi sistem demokrasi yang adil dalam negara ini. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PR tidak mahu memerintah sepanjang hayat. Menurutnya, dengan konsep yang ditunjukkan menerusi manifesto PR iaitu kehebatan perlembagaan, rakyat boleh menghukum PR menerusi proses pilihan raya, jika tidak memberi prestasi yang baik. "Rakyat boleh menjadi hakim yang adil. Kerajaan PR tidak berlagak menjadi Tuhan. "Kita bukan pemimpin yang tidak tahu malu dengan melindungi dan membersihkan diri yang sememangnya tidak bersih," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat semalam. Katanya, rakyat pada hari ini berhadapan dengan negara yang tidak ada maruah demokrasi, pemimpin yang tidak ada rasa malu dan pelbagai salah laku. "Rakyat dinafikan untuk berfikir dengan benar serta laporan media yang tidak adil," katanya. Pada waktu yang sama, Abdul Hadi berkata, parti-parti politik yang fanatik perkauman sudah tidak relevan di negara ini. "PR sudah berjaya menterjemahkan amalan ini melalui Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Sudah lebih sebahagian rakyat negara ini sudah menerima hakikat ini dan semangat rakyat mesti dihidupkan. "Hanya Barisan Nasional, MCA, MIC, Umno dan parti seangkatan mereka yang masih berteraskan perkauman dan mereka tidak dianggap relevan lagi," katanya. Katanya, PR menerima adunan pelbagai kaum, budaya dan pengalaman. "Jika ia disatukan, ia akan memberi kekuatan kepada PR. "Kita juga sudah menyatukan pelbagai kaum menerusi konsep kita menerusi perlembagaan, yang mana tidak mampu dilakukan mereka (Barisan Nasional)," katanya. | ||
Berahi Punya Fasal, Sanggup Kena Cekup Khalwat dengan Dua Lelaki Berbeza Posted: 25 Feb 2013 06:51 PM PST [SH] KLUANG - Tidak serik-serik. Wanita yang pernah ditangkap Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lalu atas kesalahan berkhalwat, sekali lagi dicekup ketika sedang memadu kasih selepas meraikan majlis hari jadi di sebuah hotel di Jalan Mengkibol, di sini, awal pagi kelmarin. Sebelum itu, wanita berkenaan sempat menyambut hari jadi teman lelakinya yang ke-22 di sebuah restoran makanan segera di bandar Kluang. Lelaki yang berasal dari Melaka itu sanggup datang ke Kluang semata-mata ingin menyambut hari lahirnya dan melepaskan rindu dengan teman wanitanya yang jarang ditemui kerana bekerja di sebuah pasar raya di bandar Kluang. Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor cawangan Kluang, Anuar Kosnin, berkata, sewaktu serbuan dijalankan kira-kira jam 1.15 pagi pasukan penguat kuasa terpaksa menunggu lebih kurang lima minit untuk pasangan berkenaan membuka pintu hotel. "Apabila pintu dibuka hanya lelaki sahaja yang ada manakala si wanita menyembunyikan diri dalam bilik air dalam keadaan berkemban dengan harapan untuk menyelamatkan diri daripada ditahan. "Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati wanita yang ditahan itu pernah ditangkap oleh Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lepas di kawasan Perumahan Jalan Haji Manan, Kluang tetapi bersama dengan lelaki lain," katanya. Anuar berkata, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas wanita itu tidak pernah dijadikan tauladan tetapi masih mengulangi kesalahan yang sama iaitu berkhalwat. "Bagaimanapun, pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan," katanya. Operasi bersepadu itu berakhir sekitar jam 5 pagi dan melibatkan lima daerah Jabatan Agama Islam Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru dan Kluang, disertai tiga anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Kem Mahkota Kluang. | ||
[Video] Selepas Najib, Menteri MCA Pula Dimalukan Rakyat di Melaka Posted: 25 Feb 2013 06:03 PM PST | ||
[Video] Nabil Raja Lawak dan Salih Yaacob PERSENDA Pakatan Rakyat Posted: 25 Feb 2013 04:30 PM PST Video di atas merupakan salah satu siri Bangkang dari Longkang yang diterbitkan untuk menyindir beberapa isu semasa termasuklah yang membabitkan Pakatan Rakyat. Antara isu yang disindir oleh barisan pelawak seperti Afdlin Shauki, Nabil Raja Lawak, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Salih Yaacob, Douglas Lim dan Johan Raja Lawak termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH. Dalam sketsa di atas, Salih berlakon sebagai wakil rakyat yang berjanji akan menunaikan segala janji selepas menakluki Putrajaya. Nabil pula dilihat sebagai pembantu Salih. Pemimpin yang digambarkan sebagai pemimpin PR itu dipaparkan sedang mendengar luahan rakyat dan berjanji untuk menunaikan tuntutan mereka dalam suatu dialog atau ceramah. Dalam dialog sketsa Buku Jingga itu, Nabil dengan jelas menyebut "bos relaks, relaks, janji tak semestinya ditunaikan. Macam yang kita buat di empat negeri tu..." ketika Salih menggelabah kerana telah berjanji macam-macam kepada masyarakat.-DCM Video-video Lain: Siapa di belakang Bangkang dari Longkang? P/s:Ada artis sokong PR, ada artis sokong BN. Biasalah! Moga-moga selepas PRU nanti, lawak mereka ini menjadi tidak relevan. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan