Jumaat, 22 Februari 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] TG Nik Aziz Samakan Penerima BR1M dengan Bintang? Sila Baca Kenyataan Asalnya di Sini...

Posted: 22 Feb 2013 06:54 AM PST


[HD] "Orang Yang Menawarkan (Wang) Kepada Orang, (Sama Seperti) Kalau Kita Panggil Ayam Nak Suruh Ayam Datang Dekat, Kita Tabur Hampas Kelapa, Tabur Padi. Kalau Nak Panggil Lembu Kita Bubuh (Bagi) Jerami. Tapi Kalau Nak Beri Islam, Kita Nak Panggil Ayam Cakap Nak Ceramah, Mana Ayam Datang, Nak Panggil Lembu, Mana Datang, Jadi Kalau Kita Beri Barang Kepada Orang, Beri RM10, RM50 (Orang Akan Datang Ambil). Ini Bukan Cara Islam, (Cara) Islam Ialah Beri Ilmu Kepada Manusia" - Ucapan Tok Guru Nik Aziz.


Apa komen anaknya?

Nik Mohamad Abduh
TG Nik Abdul Aziz menghina penerima BR1M?! Oh tidak, dia menghina perbuatan rasuah la. Bahkan, jangan lari, dia menghina kamu.. kamu yang memberi rasuah kepada rakyat. Kamu tutup akal rakyat dengan wang agar kezaliman kamu dilupakan. TG Nik Abdul Aziz mesti ingatkan rakyat, jangan makan umpan hina BN.


Apa Komen UAI?

Ustaz Azhar Idrus ( Original ) :

"Ni buah cari baloh (persengkataan), sebenarnya apa yang kita dengar dalam video klip bukan tok guru Nik Abdul Aziz kata kepada penerima BRIM tu seperti haiwan, cuma tok guru kata orang yang memberikan BRIM itulah cuba menjadikan orang yang menerima jadi seperti haiwan, umpama bagi makan lepas tu sembelih, maknanya begitu jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan, jadi leni (sekarang) kene hati-hati lah, banyak putar belit dan 'spin' berita bila hampir musim mengundi ni, yang tak pernah nampak muka pun dah kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong atau untuk kepentingan tertentu? Jadi kene bijaklah, jangan percaya tanpa selidik. " - UAI di Masjid Pengadang Baru, Terengganu 22 Februari 2013.
 

18 000 Ribu Restoran Mamak Cari Bala? Lihat Gambar!!!

Posted: 22 Feb 2013 04:56 AM PST



Biar betul?

Adakah mereka sudah lupa akan nasib Restoran Ikan Bakar Sekhincan?

Adakah restoran mamak mahu menerima nasib yang sama?

Cuma takut-takut KIMMA yang punya angkara, habis 18 ribu restoran mamak kena boikot!!! -DCM




Deepak Saman Fitnah Najib, Kaitkan Wanita Bernama "Flora Ong" dengan Najib

Posted: 22 Feb 2013 04:39 AM PST

 
[KD] KUALA LUMPUR 22 FEB: Ahli Perniagaaan, Deepak Jaikishan hari ini memfailkan saman fitnah ke atas Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Deepak berkata, Najib mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada 17 Januari lalu.

Beliau turut memetik laporan Malaysiakini.com bertajuk 'PM Dismisses Deepak Allegation as Not True' yang disiarkan portal itu pada hari yang sama.

Deepak berkata, kenyataan itu adalah respon terhadap dakwaan beliau yang mengaitkan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap pembuatan akuan bersumpah kedua oleh penyiasat persendirian, P Balasubramanim.

Antara lain, kenyataan fitnah tersebut berbunyi "It's not true. He is not a credible person" (Perkara itu tidak benar, Dia (Deepak) tidak boleh dipercayai).

Dalam pernyataan tuntutannya, Deepak selaku plaintif berkata, kenyataan Najib membawa maksud beliau mempunyai reputasi tidak baik, seorang penipu dan tidak boleh dipercayai, rendah moral dan tidak layak mengadakan hubungan profesional.

"Kenyataan Najib sebagai Perdana Menteri yang menuduh saya menipu dan tidak boleh dipercayai memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan dan kerjaya saya sebagai seorang ahli perniagaan" katanya.

Justeru beliau yang memfailkan saman menerusi firma guaman M/s Daim & Gamany menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada Najib.

Sebelum ini, Deepak mendedahkan kaitan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Syaribu dan tindakan mempengaruhi P Balasubramaniam menandatangani Akuan Bersumpah kedua.

"Kebenaran tidak boleh diselindungkan, saya mahu beliau mengaku atau nafikan hal ini sebelum kepulangan P.Bala Ahad ini," tegasnya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Bercakap kepada Keadilandaily, Deepak turut menuntut Najib menjawab semua tuduhan termasuk penafian beliau mempunyai hubungan intim dengan Altantuya dan seorang lagi individu bernama Flora Ong.

Malah Deepak berkata, Najib turut membiayai kewangan kedua-dua wanita tersebut.

Sementara itu, peguam R.Sivarasa yang mewakili Deepak berkata, saman berkenaan difailkan ekoran tindakan Najib mengeluarkan perkataan fitnah dan berniat jahat.

"Kami hanya tunggu jawapan Najib untuk mengaku atau nafikan penglibatan beliau dalam semua tuduhan ini dan proses seterusnya adalah di Mahkamah," katanya.

Turut hadir ketika saman itu difailkan adalah peguam Afiq M Noor.
 
 
 

[Gambar] Nak Duit BR1M, Kena Sumpah Dahulu

Posted: 22 Feb 2013 03:52 AM PST

Sumber: FB Abu Siraj

Khabarnya kejadian pihak terdesak ini berlaku di Bachok Kelantan. Orang ramai yang mahu mengambil duit B1RM perlu melafazkan sumpah/aku janji di atas.

BR1M yang diberi kepada rakyat kesan daripada kekuatan politik PR ini duit poket UMNO/BN? Kalau duit poket mereka, maka tidak hairanlah jika mereka mahu rakyat yang menerimanya bersumpah untuk mengundi mereka?

Masalahnya BR1M ini ialah dana awam, duit rakyat, duit pembayar cukai. Apa gila dan muka tidak malu mereka berbuat demikian???!!!!








Kenyataan Media Dr Fadzilah Kamsah tentang Doa KO dan Gambar Anaknya

Posted: 22 Feb 2013 02:59 AM PST



KENYATAAN MEDIA DR FADZILAH KAMSAH

Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya dipolitikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.

Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.

-Dr Fadzilah Kamsah-



P/s: Kenyataan media di atas TM salin dan tampal dari AmenoWorld. Laporan awal tentang hal ini di sini. Tontonlah video itu semula, bandingkan dengan kenyataannya di atas.


Suspek Rogol Dibelasah Hingga Koma

Posted: 22 Feb 2013 12:27 AM PST

SUSPEK kes rogol terlantar di hospital. 

[HM] Kuala Lumpur: Seorang suspek kes rogol menerima perintah tahanan reman ke atasnya dalam keadaan koma dan terlantar di katil hospital selepas dia parah akibat dibelasah keluarga mangsa. 

Lelaki berusia 28 tahun itu disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang meminta perlindungan di rumahnya di Bukit Puchong, di sini, kelmarin.

Difahamkan, lelaki terbabit (suspek) dikejarkan ke HKL jam 9 malam, selepas dibelasah sekumpulan antara tiga hingga lima lelaki dipercayai keluarga remaja perempuan yang dirogolnya itu ketika suspek berada di Setapak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata akibat kejadian itu suspek cedera parah di kepala, selain empat tulang rusuk kanannya patah dan kini dilaporkan koma di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini. 

"Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK)," katanya ketika dihubungi, semalam.



Yasin Sulaiman Sahkan Duta PKR, Minta Orang Lain Hormati Pendiriannya

Posted: 21 Feb 2013 11:20 PM PST


[HM] Kuala Lumpur: "Ya memang benar, saya kini duta kepada sayap sebuah parti. Itu pilihan saya sendiri dan berharap orang lain menghormatinya," kata penyanyi yang popular menerusi lagu Mimpi Laila, Yassin Sulaiman, 38. 

Pengakuan itu dinyatakan Yassin selepas dilantik sebagai duta bagi sayap sebuah parti di Damansara, Isnin lalu yang dijadikan strategi parti terbabit menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

"Saya menerima lantikan itu atas kehendak sendiri bukan paksaan mana-mana pihak. Biarpun menganggotai parti itu, saya masih memiliki ramai kawan yang menyokong perjuangan kerajaan dan pembangkang," katanya.

Kata Yassin, keputusan dibuat itu tidak menjadi halangan untuk berkawan dengan penyokong parti berbeza selain menolak fahaman 'boikot-memboikot'.

"Sejak dulu lagi saya adalah individu berpegang kepada prinsip kepercayaan kepada sesuatu. Saya inginkan pembaharuan dan mengharapkan perubahan," katanya.

Kata Yassin, memilih mana-mana parti politik adalah hak individu, namun biarpun berbeza keanggotaan, dia masih menghormati pilihan orang lain.

"Saya akui menerima pelantikan itu, namun berbeza parti bukan pemisah untuk kita tetap berkawan," katanya menyifatkan sokongan terhadap sesebuah parti seperti memilih pasukan bola sepak kegemaran.

"Masyarakat negara ini sudah pun matang, terbuka dan mampu menilai. Maka, buatlah pilihan yang tepat mengikut keinginan anda," katanya memaklumkan tidak kisah mana-mana parti yang dipilih asalkan memberi kebaikan kepada negara.

Ditanya mengenai perkembangan seni, Yassin berkata, dia baru menamatkan persembahan di Pulau Pinang, baru-baru ini dan akan mengadakan persembahan di Kolej Perguruan Bangi, minggu hadapan.


P/s: Tahniah!


9 Janda Dapat Habuan

Posted: 21 Feb 2013 06:35 PM PST


ANTARA wanita yang didenda oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana bekerja sebagai GRO.

[HM] Kuala Lumpur: "Saya anggap ini sebagai satu kerosakan akhir zaman. Saya kesal kerana kamu semua jadikan pusat (karaoke) sebagai tempat kerja bagi ibu tunggal sedangkan banyak lagi tempat lain kamu boleh cari rezeki halal."

Demikian teguran Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abdul Walid Abu Hassan sebelum menjatuhkan didenda RM2,800 setiap seorang atau penjara 40 hari ke atas sembilan ibu tunggal, semalam.

Mereka dikenakan hukuman itu selepas semuanya mengaku bersalah atas tuduhan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke, Jun tahun lalu.

"Saya harap kamu semua bertaubat dan menjadi seorang yang lebih baik satu hari nanti," kata Abd Walid lagi.

Mereka terbabit ialah Erni Juita , 47; Siti Farahdilla Azua, 26; Rita, 29; Rabihah, 37; Nor Azilah, 38; Eparizan, 30; Noriza  35; Zaiton, 42, dan Rosnita, 35.


P/s: Semoga insaf!


 

[Gambar] Adakah Gambar Ini Berkaitan dengan...

Posted: 21 Feb 2013 04:50 PM PST


isu ini? Bagi yang faham, fahamlah!


Berita Berkaitan:

5000 Rakyat Pelbagai Kaum Julang Plakad Anwar PM Ke-7


[KD] KLANG 22 FEB: Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang disambut meriah dengan plakad 'Anwar PM ke-7′.

 
Ketua Umum KEADILAN itu tiba ketika Tan Sri Khalid Ibrahim sedang berucap sekitar jam 11 malam sebelum Menteri Besar Selangor itu mengumumkan ketibaan Anwar.

Berikutan itu, rakyat baik Melayu, Cina dan India menjulang plakad berkenaan dengan disertai gema sorakan sebelum Anwar bergambar kenangan dan memulakan ucapan.

Plakad itu disediakan atas inisiatif Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri yang diedar kepada sebahagian dari lebih 5,000 hadirin.

PM3 
 
Turut berucap pada program itu ialah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid; Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. 
 
Anwar pada 17 Februari lalu disambut dengan plakad yang asalnya disediakan untuk Datuk Seri Najib Razak tetapi orang ramai mengubahsuaikannya kepada 'I Love (New) PM'.

Ia berlaku pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Kolej New Era di Kajang yang dihadiri Najib secara berasingan.
 
 
 

Tiada ulasan: