Jumaat, 22 Februari 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bila pula apek ni nak minta maaf ?

Posted: 22 Feb 2013 02:34 PM PST

Hoi Apek Ridhuan Tee, amacam kamu? Apakah kamu masih berasa diri kamu itu tidak bersalah? 

Datuk Abdul Jalil Ali dan warga kerja Sinar Harian dah mohon maaf kepada orang India beragama Hindu atas penyiaran rencana tulisan kamu tu. 

Riaksi Datuk Abdul Jalil Ali yang memohon maaf bagi pihak seluruh karyawan Sinar Harian itu jelas menunjukan rasa kesal dan mengakui kesilapan yang 
dilakukan itu. 

Tidak ada alasan lagi bagi kamu untuk tidak memohon maaf.Nak tunjuk sangat diri tu Melayu sangat satelah masuk Islam …peeerah apek! Sila baca di sini

Pertandingan menjilat di Johor ....

Posted: 22 Feb 2013 03:30 AM PST

dari fesbook Topeng Perak Unmasked

Text disediakan oleh Ejen Barisan Nasional untuk dibaca oleh Pelajar semasa Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah Rendah di Negeri Johor.
 


Sambil bercerita kisah Nabi, diselit pulak Agenda memburukkan Pakatan Rakyat. Text disediakan oleh Ejen Barisan Nasional untuk dibaca oleh Pelajar semasa Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah Rendah di Negeri Johor.


Yang ni pulak diselitkan Agenda Menjilat Jubor Barisan Nasional...Phui..!

Tidaklah dinamakan Umno kalau tak menipu kerjanya!

Posted: 21 Feb 2013 10:30 PM PST


Aku teringat cerita Sanusi Junid, Menteri Pertanian ketika Mahathir jadi PM. Maka banyaklah idea gila-gila dia sampai syorkan rakyat tanam padi atas bumbung bangunan!

Satu jagi idea gilanya ialah, dia syorkan supaya lembu-lembu dipakaikan cermin mata hijau supaya lembu-lembu itu berasa lebih nikmatnya apabila memamah jerami kering yang di beri! ha! ha!

Inilah otak Umno ~ asyik nak menipu saja kerjanya. Lembu yg bodoh pun nak ditipunya juga, bukan nak diajar jadi cerdik. Maka begitulah juga dengan orang-orang Melayu yang selama ini diperlembukan oleh Umno/BN.Tidakaklah dinamakan Umno kalau tak menipu kerjanya!

Terkini, pencacai Umno/BN menjaja satu malaya, kononnya Tuan Guru Nik Aziz hina rakyat kerana mengumpamakan mereka bagai ayam dan lembu.Menyamakan mereka dengan haiwan adalah keterlaluan, kata Utusan Meloya.

Isi yang sedap-sedap korang rembat senyap-senyap , 
rakyat  hanya dapat limpahan kuah di suruh bersyukur?
 
Perumpamaan banyak digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu   untuk memberi teguran, nasihat dan merupakan satu kaedah sindiran secara halus. 

Memang wajar sekali bila Tuan Guru Nik Aziz menggunakan kata perumpamaan haiwan ternak , tetapi oleh kerana otak Umno, maka hanya menipu sajalah tahunya.

Walhal, Allah sendiri menggunakan perumpamaan binatang seperti monyet, anjing, babi, kayu, batu, labah-labah dan keldai terhadap manusia untuk memberi teguran, nasihat dan merupakan satu kaedah sindiran. Salah satu ayantNya :
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telingan (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (al-A'raf, 7: 179 )
Tuan Guru kata, "Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
Lalu hebohlah pencacai Umno/BN kata kononnya Tuan Guru telah menghina rakyat miskin yang menerima BR1M kerana mengumpamakan mereka macam binatang! 

Perumpamaan Tuan Guru wajar sekali untuk mengingatkan rakyat supaya jgn gembira keterlaluan sangat jadi macam ayam dalam reban Umno/BN kerana hanya ditabur hampas kelapa atau padi.

Biarlah kalau boleh, rakyat mendapat yang lebih baik lagi bukan sekadar sisa-sisa hampas kelapa setelah santannya orang lain dah pulun habis.

Bukan sekadar padi sahaja, sedangkan orang lain mendapat beras yang boleh dimasak menjadi hidangan yang lebih enak!

Tuan Guru juga mengingatkan rakyat supaya jgn suka sangat macam lembu yang berada dalam kandang Umno/BN yang hanya diberikan jerami ~ rumput kering! 

Bahawa nun disana, diluar kandang itu ada padang ragut dengan rumput yang menghijau subur , tentunya itu lebih enak untuk dimamah.

Dan yang paling penting sekali Tuan Guru cuba mengingatkan rakyat supaya beringat dan waspada bahawa muslihat orang yang memberi itu hanyalah bertujuan mahu  menyembelih mereka kerana 'Raya' dah dekat sangat!

Walau apa pun nasihat Tuan Guru dulu tu masih lagi relevan dan masih lagi boleh diguna pakai iaitu, "Beri gula kita kacau, beri kain kita pakai, beri duit kita ambil, undi tetap PAS!"

Tiada ulasan: