Ahad, 17 Februari 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Foto Didakwa Anak Pakar Motivasi Terkenal Tersebar, Semuanya gara-gara Video Ini...

Posted: 17 Feb 2013 05:00 AM PST



"Anak mencerminkan sikap ibu bapa..."
"Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.."
"Bapak borek, anak rintik..."
"Bapak kencing duduk, anak kencing berlari..


Gambar-gambar lain yang didakwa anak-anak tokoh motivasi mesra UMNO ini boleh dilihat di sini.


P/s: Kalau benarlah foto-foto itu ialah anak pakar motivasi di atas, maka nasihat saya, nasihatilah anak-anak sendiri dahulu sebelum menasihati orang lain. 

Allah bayar cash? Memang cash!!!

Kah kah kah!

Apa kata UAI?



Apa kata Presiden PAS?







Baru 6 Hari Bertunang, Sudah....

Posted: 17 Feb 2013 04:06 AM PST



[SH] AMPANG - Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai suami isteri, sepasang kekasih yang baru bertunang selama enam hari dicekup selepas disyaki berkhalwat di sebuah flat di Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam.

Ketika pemeriksaan pada jam 1 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun itu bersama tunangnya berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya yang mengetuk pintu beberapa kali dan melihat melalui cermin tingkap mendapati seorang lelaki hanya memakai seluar pendek cuba menyorok di belakang sofa.

"Lelaki itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa dan memberi alasan tinggal seorang diri di rumah berkenaan, namun anggota penguat kuasa menemui seorang wanita berseluar pendek dan berbaju kemeja menyorok di dalam sebuah bilik," katanya.

Ahmad Nawi berkata, lelaki yang bekerja di sebuah bank itu memaklumkan baru sahaja bertunang dengan kekasihnya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota itu, Isnin lalu.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), sepasang kekasih turut ditahan di pangsapuri sama.

Ahmad Nawi berkata, lelaki berusia 29 tahun itu memberi alasan baru pertama kali datang ke rumah sewa teman wanitanya yang berusia 26 tahun.

"Pasangan berkenaan yang bekerja sebagai penghantar surat dan kerani berpakaian lengkap ketika ditahan," katanya.

Beliau berkata, kesemua ditahan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut sebelum dijamin keluarga atau kenalan masing-masing.

Dalam pada itu, sepasang kekasih dicekup ketika asyik bermadu asmara dalam kereta di Bukit Langat.

Ahmad Nawi berkata, perbuatan lelaki berstatus suami orang dan kekasihnya yang merupakan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu dikesan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Masjid Al- Azim Pandan Indah.

Katanya, Penguat kuasa Jais mendapati pasangan berkenaan berpelukan dan berciuman di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Satria pada serbuan jam 4 pagi itu.

"Penuntut jurusan perakaunan itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu bersama teman lelakinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat logistik di ibu kota," katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan dipercayai telah mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu, namun tidak tinggal sebumbung dengan isterinya selepas kira-kira tiga bulan berkahwin. 

Beliau berkata, pasangan berusia 22 dan 23 tahun terbabit turut dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut.



[Video- Wajib Tonton] Anwar Terima Sambutan Luar Biasa Semasa Hadiri Majlis Rumah Terbuka Dong Zong

Posted: 17 Feb 2013 02:05 AM PST




Laporan awal di sini.






[PANAS] Berita yang Memerahkan Telinga Najib..."I Love New PM"

Posted: 16 Feb 2013 11:26 PM PST


[SH] KAJANG - Ketibaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dong Zong kira-kira sejam selepas perdana menteri meninggalkan majlis itu mendapat sambutan yang agak luar biasa.

Kehadiran Anwar bersama isteri dan pimpinan Pakatan Rakyat disambut dengan tiga plakad bertulis 'I Love New PM'.

Plakad sama sebelum itu digunakan ketika menyambut kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ia diubah suai dengan menambah perkataan 'new' iaitu baru bagi menyambut kehadiran Anwar. 

Salah satu plakad itu juga menambah 'I Love New PM Anwar'.

Anwar tiba kira-kira jam 11.30 pagi. 

Sama seperti Najib, Anwar juga tidak menyampaikan sebarang ucapan kepada kira-kira 5,000 hadirin yang menghadiri sambutan Tahun Baru Cina kali ketiga anjuran Dong Zong yang bertempat di Kolej New Era di sini. 

Sama seperti ketika menyambut kehadiran Najib, acara "Lao Shang" dan aneka persembahan turut disajikan kepada rombongan Anwar. 

Meskipun begitu, masyarakat yang hadir dilihat begitu teruja melihat Anwar dan bersalaman dengan pemimpin itu. 

Bahkan laungan reformasi turut kedengaran. 

Turut mengiringi Anwar ialah Adun Kajang, Lee Kim Sin; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.


P/s: TM memang tidak bersetuju dengan pendirian Dong Zong dalam isu pendidikan kebangsaan, namun hadirin yang menghadiri majlis pertubuhan ini amat sempoi.

Kreatif!

Takziah Najib! Mereka mahu PM baharu!


Tiada ulasan: