Ahad, 17 Februari 2013

Biaqpila

Biaqpila


Hassan Ali Gagal Hadir, Ezam Berdebat Sorang-sorang Atas Lori Ikan

Posted: 17 Feb 2013 04:00 AM PST



Debat" Rakyat kelmarin 15hb Februari 2013, di Padang Rekreasi Rakan Muda, Taman Seri Andalas dihebohkan kepada satu dunia adalah antara Penaung Waris Malaya, Ezam Md Nor lawan Presiden JATI Hasan Ali.



Tapi malangnya "pedebat" dari JATI, Hasan Ali tak nampak batang hidung. Maka terpaksalah Ezam Md Nor berdebat seorang diri diatas lori 3 tan bawa ikan.



Kelmarin dulu Ezam dengan Noh Omar "berdebat" atas lori ikan yang sama.



Pengacara "debat" tidak memberitahu alasan dan punca mengapa Hasan Ali enggan datang untuk berdebat dengan Ezam Md Nor.



Adakah dia merasakan pentas "debat" tidak sesuai dengan statusnya sebagai Presiden NGO Tiga Jalur, JATI yang "memperjuangkan" Islam, Melayu dan Raja... Wallahuakhlam Bissawab.



Kehadiran orang ramai pada amatan dan pandangan mata Omakkau ialah sekitar 150-200 orang kebanyakkannya ialah budak-budak dari Waris Malaya yang berpakaian Baju T warna putih dimana Ezam adalah Penaungnya.



Kalau beginilah cara UMNO berdebat maka istilah debat perlu digubal semula dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.



Dalam kamus UMNO debat maknanya dua orang berhujah tanpa ada bangkangan. -omakkau









greenboc


AWAS JIKA NAMPAK KERTAS DI KERETA

Posted: 16 Feb 2013 11:00 PM PST



KUALA LUMPUR: Awas! Jika anda ternampak sekeping kertas melekat di cermin belakang kereta anda, berjaga-jagalah kerana mungkin anda mangsa samun seterusnya. Ini kerana, inilah teknik terbaru yang digunakan oleh manusia durjana ini untuk melarikan kereta anda.

Modus operandi kes sebegini mudah sahaja dan biasanya ia berlaku di tempat parking awam.

Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya.

Kita mula hidupkan engin kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yang melekat di tengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita.

Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.

Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci-kunci kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!

Terlaris & Terhebat !!! Wangian Pheromones Berkuasa Untuk Memikat Wanita… KLIK SINI
Stor Rumahtangga Terhebat & Terbaik Untuk Suami Dan Isteri… KLIK SINI
Vimax Original MyIdaman Malaysia & Pillsexpert Canada. Gunakan Dengan Yakin… KLIK SINI

Berhati-hatilah…Inilah cara baru yang digunakan untuk mencuri kereta.

Oleh itu, jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu.

Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca tulisan ini.

Itulah pesan kepada pemilik kereta khasnya kaum wanita berikutan ramainya yang menjadi mangsa kerana hal sebegini.

kl-today

LAWAK AHAD: GILA

Posted: 16 Feb 2013 07:30 PM PST



Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?"

Orang gila 1 : "Aku ni matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa... "

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Doktor : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat
tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang
buat."

Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Doktor : "???"



Tiada ulasan: