Sabtu, 16 Februari 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Pulau Pinang Di Bawah Pemerintahan Cina BN dan Cina Pakatan Rakyat, Yang Mana Menguntungkan Islam?

Posted: 16 Feb 2013 05:51 AM PST


Gambar: FB


Penggunaan kata "Cina" pada tajuk kiriman bukanlah melambangkan rasis atau niat lain. Penggunaannya hanya sekadar untuk menunjukkan perbezaan yang berlaku semasa dan selepas BN memerintah Pulau Pinang. Fakta ini dilepas pandang oleh penyokong UMNO BN secara sengaja atau tidak sengaja. Bagi pembaca DCM yang mahu membuat pertimbangan secara rasional, sila renung dan selidik maklumat di atas.


[Gambar] Konsert AMAL Tiger Beer. Cuba Lihat Tukang Rasmi!

Posted: 16 Feb 2013 12:02 AM PST

Gambar FB


Setiausaha Politik, Menteri Besar Perak merangkap Ketua Umno Bahagian Taiping, Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dinyatakan dalam kain rentang di atas sebagai perasmi konsert amal yang ditaja oleh Tiger Beer.

Konsert yang diadakan di Taiping itu khabarnya dianjurkan untuk menarik minat golongan muda terutamanya kaum Tionghua untuk berhibur sambil beramal. -DCM


P/s: Adakah Pak Haji merangkap SU Zambry ini sudah tidak mengenali halal, haram? 

Menurut sebuah blog pro-UMNO, Pak Haji itu dikatakan tidak hadir ke majlis tersebut, tetapi sekadar  menghantar wakil untuk merasmikan majlis tersebut.

Benarkah begitu atau tulisan itu hanya "cover line" sahaja?

Tidakkah pihak penganjur mendapatkan kepastian Pak Haji sebelum mencetak kain rentang dan menggantungkannya di lokasi tertentu?

Hahahahhaha


[PANAS] Senator Australia Ditahan di LCCT Kerana Dianggap "Musuh Negara"

Posted: 15 Feb 2013 10:41 PM PST



[MK] Senator Australia Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan sedang menunggu untuk deportasi kerana didakwa menjadi "musuh negara".

Xenophon, yang tiba awal pagi ini, ditahan pihak imigresen sejak beberapa jam yang lalu.

Xenophon memberitahu akhbar Sunday Mail Australia bahawa beliau sedang ditahan di kawasan dengan semua sel tahanan penuh dengan wanita. 

Katanya, beliau dimaklumkan yang beliau merupakan "musuh negara" dan akan dihantar menaiki penerbangan berikutnya untuk pulang ke negaranya.

Menurut senator itu, walaupun tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon, tetapi beliau sempat menghubungi akhbar Australia itu ketika ditinggalkan bersendirian dalam bilik soal siasat.Ketua Kakitangan pejabat Ketua Pembangkang, Ibrahim Yaakob, yang bergegas ke LCCT untuk menguruskan perkara itu, memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai imigresen mendapati nama Xenophon telah disenaraihitamkan dalam sistem jabatan tersebut.

"Para pegawai tidak menyatakan sebarang sebab lain, tetapi Xenophon memberitahu kami bahawa dia dimaklumkan bahawa dia ialah musuh negara ini," kata Ibrahim ketika dihubungi.

Akan dihantar pulang

Xenophon dijadualkan dihantar pulang ke Australia dalam penerbangan jam 10 malam ini, kata Ibrahim.

Ibrahim juga berkata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia telah tiba di LCCT dan sedang berusaha untuk menghubungi kementerian luar Malaysia.

Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia selepas kerajaan Australia menolak permohonan Anwar mendapatkan pemerhati bebas bagi memantau pilihan raya umum akan datang.

Tiga lagi anggota delegasi itu ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.

Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka masih belum berlepas ke Malaysia.

Menurut Ibrahim, mereka telah memutuskan untuk membatalkan lawatan mereka selepas apa yang berlaku kepada Xenophon.

"Ini akan menjejaskan nama Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya.

Xenophon menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas sebagai pemerhati antarabangsa dan turut menjadi sasaran gas pemedih oleh polis anti-rusuhan, yang menyuraikan peserta demonstrasi menuntut reformasi pilihan raya itu. 

'Arahan dari atas'

Xenophon memberitahu ABC News 24 Australia bahawa beliau tidak menjangka akan ditahan semasa ketibaannya di Kuala Lumpur.

Katanya, pegawai imigresen berkenaan "sangat sopan" tetapi mereka memberitahunya bahawa mereka menerima "arahan dari atas" untuk menahannya.

"Saya mendapatinya luar biasa. Saya pernan ke sini sebelum ini [dan] Saya telah membuat kenyataan mengenai keadaan demokrasi di Malaysia sebelum ini.

"Tetapi pada kali ini jelas seseorang yang berkuasa dalam kerajaan Malaysia tidak mahu saya di sini," katanya.



P/s: Memalukan. Musuh negara atau musuh Najib dan BN?


Laporan Lain:

Penahanan Nick Xenophon Langgar Protokol Antarabangsa – Anwar

[KD] KUALA LUMPUR 16 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam penahanan senator bebas Australia, Nick Xenophon pagi ini dan menegaskan ia melanggar protokol antarabangsa.

"Saya mengecam dengan keras penahanan senator Australia Nick Xenophon di LCCT yang dikatakan mengancam keselamatan nasional dan dilabel sebagai 'musuh negara'. Tuduhan-tuduhan itu adalah tidak berasas,"

"Saya mengingatkan perdana menteri, Najib Razak bahawa beliau tiada hak untuk memperlaku tetamu sebagai musuh negara hanya kerana mereka kritikal kepada pentadbiran Umno.

"Malaysia bukan dimiliki Umno. Ia kepunyaan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik," tegas Anwar.

Menurut Anwar, Xenophon yang melahirkan kebimbangan terhadap pilihan raya akan datang, tidak melanggar sebarang undang-undang mahupun mengancam keselamatan negara.

"Tambahan pula, beliau disertai penggubal undang-undang Australia untuk bercakap kepada kami, serta pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan raya. Ini bukan sebab untuk menyenaraihitamkan beliau," katanya.

Menurut Anwar, tindakan menahan dan menghantar pulang Xenophon bermotifkan politik dan merupakan salahguna kuasa.

"Ia juga jelas melanggar protokol antarabangsa dalam menerima kehadiran penggubal undang-undang daripada luar, khususnya ahli negara komanwel.

"Senator Xenophon mesti dibebaskan serta merta dan dibenarkan masuk ke negara ini tanpa halangan selanjutnya," tegas Anwar.




Dalam Keadaan "DIANCAM BUNUH", Psy Sempat Lepak & Bergambar dengan Pengurus Restoran Korea Hahahaha!

Posted: 15 Feb 2013 07:51 PM PST

Kim (kiri) sempat bergambar kenangan dengan Psy ketika kunjungan 'superstar' itu ke restorannya ketika membuat persembahan di P.Pinang baru-baru ini.

[Mstar] GEORGE TOWN: Beberapa hari selepas masyarakat di Pulau Pinang terpesona dengan persembahan bertenaga Psy, orang ramai masih lagi bercakap tentang 'superstar' dari Korea Selatan itu.

Pengurus Restoran Daorae Korean BBQ, Kim Gi Joun, 56, bercakap sendiri dengan Psy dalam pertemuan peribadinya dengan Psy di restorannya di Jalan Tanjung Tokong selepas Psy membuat persembahan pada Isnin.

"Psy sangat merendah diri malah dia juga menghidangkan 'soju' (nasi wain Korea) kepada setiap ahli kumpulannya. Dia tidak meninggi diri dan langsung tidak berkelakuan seperti 'superstar'.

"Bagi pihak rakan-rakan di Korea Selatan, saya amat berbangga dengannya," katanya.

Kim berkata Psy memesan beberapa makanan Korea termasuk 'kimchi', 'pancake' Korea, sup makanan laut dan kek beras pedas.

Kim berkata dia dimaklumkan tentang kunjungan Psy enam hari sebelum kedatangannya dan berada dalam dilema selepas diberitahu untuk menyimpan "rahsia".

"Saya begitu teruja dan ingin sangat untuk menggantung banner besar untuk menghebahkan Lawatan psy ke restoran saya," katanya.

Kira-kira pukul 4.45 petang 11 Februari, beberapa jam selepas membuat persembahan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional P.Pinang di Han Chiang High School, Psy secara rahsia pergi ke restoran ini dengan memakai T-shirt hitam.

Walaupun ia dirahsiakan, kira-kira 200 peminat menunggu di luar restoran.

Kim berkata, Psy yang datang dengan 10 polis pengiring dan lima pengawal peribadi, berada di restorannya lebih dari lima jam.

"Psy terpaksa meninggalkan restoran melalui pintu belakang kira-kira pukul 10.00 malam kerana semua peminat-peminatnya memenuhi lobi dan kawasan tempat letak kereta," katanya.

Psy dijangka membuat persembahan di Malaysia sekali lagi pada 16 Mac depan.



P/s: Di mana polis yang sepatutnya mengawal Psy?  Jika terancam mengapa Psy boleh bersantai di restoran tersebut?

Jika terancam, mengapa Psy boleh menari kuda sebanayak 2 kali di atas pentas?

Kantoi tahap maksimum!

Berdasarkan berita di atas, Psy bukan sahaja bersantai di sebuah restoran makanan Korea malah akan berkunjung lagi ke Malaysia untuk mengadakan konsert. Bukankah Psy terancam di sini?

Kah kah kah!

Cerita Psy diancam bunuh di sini, di sini.

Apa yang sebenarnya berlaku boleh ditonton di sini.





Tiada ulasan: