DIALOG RAKYAT |
- Segera Hentikan Keganasan Kempen Politik
- Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS hampir siap
- Kubu Umno pecah, PAS buka 2 cawangan baru di Johor
- Abdul Khalid: Hutang KDNK 53 Peratus, Ekonomi Negara Dalam Bahaya
- Halang senator Australia bukti pilihan raya tak akan telus – Anwar
- Kes Sugumaran: PR mahu kerajaan pelawa Pornthip
- 2 pelajar maut kereta dinaiki cuba elak lembu
- Annuar: Red Warriors akan tampil dengan senjata baru
- Kementerian tidak halang mahasiswa jadi calon PRU13
- Anwar : Tan Sri Khalid Pencetus Idea Projek PPR
- Kumpulan bersenjata Filipina helah Umno takutkan rakyat – Tian
- Halang Pornthip, jawapan Najib bercanggah- Surendan
- UPKO serah senarai nama untuk dipertimbang sebagai calon
- Umno tergugat di kubu sendiri
- Deepak akan saman Rosmah, kerajaan RM3b kerana kerugian perniagaan
- Australia mahu senatornya dibebaskan dari ditahan di Malaysia
- Pengundi Cina Kekal Tolak BN
- Najib ludah diri, partinya sendiri
- BERANI sungguh mamat Umno neh [Saksikan...]
- Himpunan Kebangkitan Tentera, 22 Feb ini
- Demo: Lakonan hebat pencacai Umno terbongkar
- 10,000 risalah GM13 dibakar, seorang mahasiswa ditampar
- Muhyiddin: Sekolah kurang murid tidak ditutup
- Ulama bebas tanding PRU13, kata Khairy
Segera Hentikan Keganasan Kempen Politik Posted: 16 Feb 2013 06:46 AM PST
2. Mahasiswa sejak sekian lama menjadi kuasa semak-imbang di dalam proses demokrasi negara kita maka seharusnya keputusan mereka untuk menyertai proses pilihanraya dihormati oleh semua pihak. Amat malang sebenarnya kerana insiden seperti ini menimbulkan persoalan sejauh mana kerajaan komited kepada perlaksanaan pindaan di dalam AUKU. 3. Pada masa yang sama, komitmen kami di Dewan Pemuda ialah untuk melupuskan terus AUKU bagi mnggalakkan aktivisme mahasiswa di dalam mencorak masa depan negara. 4. Kita berharap pihak polis supaya menyegerakan siasatan dan membawa individu-individu terbabit ke muka pengadilan supaya ianya menjadi teladan kepada orang ramai bahawa sikap sebegini tidak diberi sebarang toleransi khususnya menjelang PRU 13. 5. Turut penting ialah respon pihak parti pemerintah untuk memastikan para penyokong mereka tidak melampaui batas apabila berada di medan berkempen. Apakah mereka sudah kehabisan hujah dan tinta sehingga sanggup bertindak ganas ke atas seteru politik mereka? 6. Memandangkan kejadian ini berlaku di dalam kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri, maka seharusnya Perdana Menteri mengambil tanggungjawab kepimpinan dalam soal ini dengan menegaskan tatacara madani di dalam soal berpolitik. 7. Namun demikian seperti biasa Perdana Menteri terus membisu seolah meredhai insiden yang berlaku sekaligus memberikan petunjuk yang membingungkan kepada masyarakat. 8. Hakikatnya ini bukanlah kejadian ganas yang pertama berlaku setelah siri keganasan kempen politik yang semakin kerap berlaku akhir-akhir ini. Sebelum ini ANAK diserang dan dihalang memasuki kawasan Felda. Kini Mahasiswa pula menjadi mangsa politik ganas. bukan sahaja siswa diugut, dipukul malah siswi di sentap tudungnya sehingga menampakkan aurat. satu pencabulan yang sangat biadap. Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan provokasi yang dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin parti pemerintah yang menggambarkan keadaan huru hara selepas PRU kelak. Taktik politik intimidasi sebegini kelihatannya menjadi modus operandi parti pemerintah untuk kekal berkuasa. 9. Di dalam berdepan dengan kerancakan kempen, maka saya menyeru kepada semua petugas pillihanraya PAS khususnya pemuda PAS untuk menjaga batas-batas wajib, haram, dosa dan pahala serta menggandakan amalan qiyamunlail memohon pertolongan dari Allah swt. 10. Para petugas PAS juga harus kekal tenang dan melakukan gerakkerja secara berjamaah agar tidak terperangkap di dalam politik provokasi parti lawan. Ingat resam Rasullulah saw yang bersabar walau dakwah baginda dibalas dengan batu dan cacian. Biarlah kemenangan kita di dalam PRU 13 kelak mendapat sanjungan rakyat dan beroleh keredhaan dari Allah swt. Nasrudin Hassan Ketua Pemuda PAS Malaysia | ||||
Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS hampir siap Posted: 16 Feb 2013 06:43 AM PST
KUALA LUMPUR: PAS bersedia dengan program Jelajah Negara Berkebajikan apabila treler yang digunakan bagi program tersebuat siap sepenuhnya Rabu depan. Tinjauan Harakahdaily di Kampung Melayu Subang mendapati treler tersebut sudah melebihi 90 peratus siap dan hanya proses persiapan terakhir yang melibatkan kerja-kerja luaran sahaja. Manakala bagi persiapan pentas dan berkaitan teknikal telah siap sepenuhnya. Treler Jelajah Negara Berkebajikan itu hanya memerlukan kurang 30 minit proses pemasangan bagi menjadikannya lengkap untuk pentas penceramah. Jelajah Negara Berkebajikan akan memulakan perjalanan sulungnya ke Pendang, Kedah bagi program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS diselia sepenuhnya di bawah Jabatan Pilihraya PAS Pusat (JPP). | ||||
Kubu Umno pecah, PAS buka 2 cawangan baru di Johor Posted: 16 Feb 2013 06:35 AM PST
KUALA LUMPUR: Malam tadi, dua cawangan baru PAS dapat ditubuhkan iaitu PAS Cawangan Kampung Parit Gantung dan Batu 22 Jalan Muar. Menurut blogger Mutaligat, hampir 50 orang menyertai PAS termasuk bekas-bekas pemimpin dan penyokong kuat Umno. Meskipun Umno cuba manipulasi isu kalimah Allah dengan mengadakan solat hajat selepas Jumaat di seluruh masjid di negeri Johor dan menakutkan orang Melayu dengan DAP, ia tidak menghalang lebih ramai ahli Umno menyertai PAS. Parit Gantung dan Batu 22 terletak dalam Parlimen Parit Sulong. Pemimpin BN khususnya Umno elit, jarang turun padang. Mereka tidak bersama dengan denyut nadi rakyat. Isu kos sara hidup, pengambilan tanah Pengerang, kehilangan tanah Melayu di Iskandar Malaysia, projek pelupusan sampah, perumahan generasi 2 dan 3 peneroka adalah antara deretan isu yang gagal ditangani kerajaan BN Johor. Insya Allah, lebih ramai pemimpin dan ahli Umno akan bersama Pakatan Rakyat. Umno bakal berkubur di Johor! | ||||
Abdul Khalid: Hutang KDNK 53 Peratus, Ekonomi Negara Dalam Bahaya Posted: 16 Feb 2013 06:31 AM PST BANDAR TUN RAZAK: Langkah Kerajaan Pusat menetapkan kadar nisbah hutang negara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada angka 53 peratus merupakan satu tindakan yang berani tetapi membahayakan ekonomi negara, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurutnya, kadar nisbah tersebut tidak boleh melebihi pada kadar 53 peratus itu ditetapkan oleh Menteri Kabinet BN sendiri sekaligus menunjukkan kerajaan sendiri menyedari kadar peningkatan hutang negara yang semakin membimbangkan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata demikian ketika sidang media Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Wilayah Persekutuan tengahari tadi. Jelasnya, penetapan kadar nisbah sama juga dibuat ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. "Saya rasa angka itu ditetapkan oleh Kabinet BN yang mengatakan tidak boleh lebih 53 peratus, menunjukkan BN sendiri rasa lebih pada itu adalah dalam keadaan yang bahaya. "Ini menunjukan kadar 53 peratus itu BN berani dalam keadaan yang bahaya dan saya rasa masa Tun Dr Mahathir pun menetapkan angka tersebut. "(Sekarang) untuk beliau(Mahathir) mengatakan ini adalah angka yang tidak betul, saya ingat dia sudah lupa dengan keputusan yang dia sudah buat," kata Abdul Khalid yang sebelum itu disahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dimenangi pada 2008 itu. Dr Mahathir dalam satu kenyataannya kepada media sebelum ini mengatakan nisbah hutang negara kepada KDNK pada tahap 53 peratus yang dialami negara pada masa ini masih menunjukkan ekonomi yang sihat. Terdahulu, dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di sini seramai hampir 5,000 hadirin membanjiri padang bola sepak Taman Bukit Anggerik Cheras. Turut kelihatan dalam majlis tersebut, dramatis terkenal tanah air, Abu Bakar Juah yang sempat mendapatkan autograf Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di poster kalendar tahun 1999 koleksi miliknya yang memaparkan peristiwa tercetusnya gelombang reformasi tahun sebelumnya. Selain itu turut memeriah majlis tersebut ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad. | ||||
Halang senator Australia bukti pilihan raya tak akan telus – Anwar Posted: 16 Feb 2013 06:23 AM PST Oleh: Aliff Fikri KUALA LUMPUR : Tindakan menghalang Senator Australia, Nick Xenophon ke Malaysia bukti Pilihanraya Umum (PRU) 13 tidak akan berjalan dengan telus, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Umum KEADILAN itu mengecam penahanan Xenophon ketika tiba di Malaysia pagi tadi yang jelas bercanggah dengan prinsip demokrasi. "Beliau datang ke sini untuk memantau dan mengamati proses demokrasi dalam pilihanraya. Sesiapa saja mempunyai kebebasan sebagai Ahli Parlimen untuk pergi ke Australia, Indonesia, Belanda dan mana-mana negara sebagai pemerhati bebas. "Tetapi mengapa Malaysia terutamanya Najib begitu takut dengan kehadiran beliau? Ini satu penyalahgunaan kuasa. "Apa yang salahnya? penjenayah di Sabah (Amalilio) menipu melibatkan RM900 juta dilindungi, tetapi Xenophon yang hanya mahu memastikan pilihanraya berjalan dengan adil dipaksa pulang ke Australia," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Batu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Jinjang Selatan. "Ini trend yang jelas menunjukkan Umno BN tidak bersedia untuk membuat proses yang telus dalam PRU akan datang. "Mengapa risau? Ia adalah kerana ada sesuatu yang cuba disembunyikan mereka. Contohnya seperti akses kepada media, kamu tidak boleh menghalang kebenaran bahawa media tidak mendapat akses yang sewajarnya," ujarnya. | ||||
Kes Sugumaran: PR mahu kerajaan pelawa Pornthip Posted: 16 Feb 2013 06:21 AM PST SINAR HARIAN SHAH ALAM - Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetepikan semua halangan diplomatik dengan kerajaan Thailand bagi membolehkan pakar patalogi Dr Pornthip Rojanasunand menjalankan bedah siasat kedua ke atas C. Sugumaran. Dalam satu kenyataan media bersama yang dihantar peguam keluarga mangsa, N. Surendran dan Latheefa Koya, mereka mendakwa Najib terlibat dalam menghalang kemasukan pakar berkenaan ke Malaysia. "Berdasarkan tuntutannya yang beliau tidak menghalang Dr Porntip, mengapa beliau tidak meminta kerajaan Thai untuk meneruskan dan menghantar Dr Porntip ke Malaysia untuk bedah siasat kedua? "Kami turut meminta bahawa Najib Razak mendedahkan sejauh mana komunikasi dengan kerajaan Thai bersabit kes bedah siasat kedua C Sugumaran. Keluarga dan rakyat Malaysia layak sepenuhnya bagi maklumat ini," kata kenyataan dikeluarkan hari ini. Dalam kenyataan itu, kedua-dua peguam tersebut mendakwa mereka mempunyai sumber yang "meyakinkan dan berwibawa" bahawa wujudnya campur tangan Najib dalam kes ini. Mereka juga mendakwa penafian perdana menteri bercanggah dengan kenyataan dikeluarkan oleh Pornthip bersabit dokumen daripada Kementerian Keadilan. Difahamkan terdapat surat yang panjangnya beberapa helaian menyatakan ketidakpuasan hati kerajaan Malaysia terhadap peranan Pornthip dalam kes membabitkan mendiang Teoh Beng Hock. "Dalam bahasa diplomatik, ini adalah satu mesej yang jelas dari kerajaan Malaysia bahawa Dr Pornthip tidak dialu-alukan di Malaysia untuk tujuan bedah siasat kedua ke atas Sugumar," tulis kenyataan itu. Semalam, Najib menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau mempunyai kaitan menghalang Pornthip melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C.Sugumar. Perdana menteri berkata, dakwaan Surendran itu tidak benar sama sekali. "Tak adalah...cerita-cerita dongeng banyak. Tak usah dengar semua. Tak ada sama sekali," katanya. Dalam insiden pada kira-kira 6.30 petang 23 Januari lalu, Sugumaran yang dipercayai mempunyai masalah mental dilaporkan mengamuk lalu merosakkan harta benda awam dengan menggunakan palang besi. Dilaporkan juga Sugumaran bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota polis dan digari sebelum tiba-tiba rebah dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. | ||||
2 pelajar maut kereta dinaiki cuba elak lembu Posted: 16 Feb 2013 06:20 AM PST Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Mohd Nor Rasid berkata, ekoran kejadian itu mangsa, Nettie Ratna Sari Abdul Rahim, 16, dari Taman Kota Jaya dan Nur Syafiqah Syazwani Harun Nul Rashid, 16, dari Perumahan Desa Sejahtera meninggal dunia di tempat kejadian. Rakan mangsa yang juga pemandu kereta, Mohd Razy Md Yusof, 22, dari Felda Sungai Mas mengalami cedera ringan dan dirawat di Klinik Bandar Penawar. "Kemalangan berlaku kira-kira pukul 2.15 pagi apabila kenderaan jenis Honda City yang dinaiki mangsa dari arah Senai menghala Desaru telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam curam di laluan bertentangan. "Siasatan awal mendapati apabila tiba di KM 66.9 Lebuhraya Senai-Desaru, kereta yang dipandu Mohd Razy cuba mengelak lembu yang berada di atas jalan. "Keadaan jalan yang gelap dan licin berikutan hujan mengakibatkan kereta itu terbabas ke laluan bertentangan sebelum masuk ke dalam curam. "Kedua-dua mangsa parah di bahagian kepala dan meninggal di tempat kejadian dan Mohd Razy, yang masih berada di tempat duduk pemandu, (ketika diselamatkan) cedera ringan," katanya. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kedua-dua jenazah mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat dan telah dituntut oleh keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam, semalam. | ||||
Annuar: Red Warriors akan tampil dengan senjata baru Posted: 16 Feb 2013 06:15 AM PST PRESIDEN Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menasihatkan pasukannya tidak panik meskipun tewas 0-2 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. Sambil menyifatkan ia sebagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pasukan berstatus juara bertahan, Annuar berkata, pihaknya akan muncul dengan "senjata baru." "Terengganu, Pahang, Perak, Lions XII dan Angkatan Tentera Malaysia ialah lima perlawanan yang terpaksa dilalui sebelum TRW diperkasakan. "Saya berharap pemain akan berusaha sebaik mungkin sebelum TRW akan dibekalkan dengan senjata baru," katanya. Menulis di laman sosial Facebook hari ini, kata Annuar, "apa pun jangan panik. Di saat sukar begini kita akan bersama pemain mengumpul tenaga dan keyakinan diri." "Kecatatan pada pasukan akan tetap kita perbaiki sebaik saja kita berpeluang melakukannya," tulis Annuar lagi. Tambah Annuar, "kita sudah ada penyelesaiannya dan sasaran untuk kekal di tangga keempat terbaik akan kita teruskan." "Lagipun, usaha kita tak kenal kecewa atau patah semangat. Ini kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya," kata beliau lagi. Semalam, misi Kelantan untuk meraih tiga mata tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Selangor. Dengan kekalahan itu, Kelantan kini menduduki tangga kelapan dalam Liga Super. Ia hanya mencatat satu kemenangan, tiga seri dan dua kali kalah. Mengulas lanjut kekalahan itu, Annuar berkata, "semalam adalah satu perlawanan yang sangat sukar." "Tidak dinafikan Selangor akan lebih kuat di gelanggang sendiri. Bagi saya ini adalah percubaan karakter untuk pemain The Red Warriors (TRW). "Lagipun pemerkasaan TRW belum sempurna sehinggala 8 April ini. Kita akan merancang dan memperbaiki barisan penyerang dengan tiga bintang baru," kata beliau lagi. Pada masa yang sama, Annuar turut meminta semua pihak pengurusan Kelantan bekerjasama untuk memperbaiki dan mengembalikan kembali kegemilangan pasukan Kelantan. "Saya mahu pengurusan pasukan di perkemas di mana Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim akan diarah untuk menjadi pengurus pasukan dan di bantu oleh Wan Badri. "Bojan (Hodak) pula hanya tertumpu kepada aspek kejurulatihan. "Pembantu jurulatih pula diminta lebih berperanan untuk membantu pemain, memahami dan berkomunikasi dengan lebih baik," katanya. | ||||
Kementerian tidak halang mahasiswa jadi calon PRU13 Posted: 16 Feb 2013 06:13 AM PST SINAR HARIAN PASIR GUDANG - Kerajaan tidak akan menghalang hasrat mana-mana mahasiswa yang ingin bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti yang dihebohkan Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13). Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penyertaan aktif golongan itu dalam politik negara secara langsung membuktikan mereka mengiktiraf amalan demokrasi yang dilakukan kerajaan di negara ini. "Ini membuktikan negara ini mengamalkan demokrasi, menteri atau kerajaan tidak halang mereka berpolitik, tidak sekat mereka untuk bertanding. "Malah ia juga membuktikan mereka juga yakin dengan ketelusan sistem pilihan raya di negara ini kerana itu mereka yakin mereka boleh menang dalam pilihan raya nanti. "Sebab tidak ada calon yang bertanding kalau mereka tidak yakin mereka kalah, buat apa bertanding kalau hanya akan merugikan wang," katanya selepas merasmikan Karnival Mesra Komuniti 1Malaysia dan pelancaran usaha sama strategik Kolej Komuniti bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan industri peruncitan di sini hari ini. Mohamed Khaled berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyatakan GM13 menyenaraikan enam nama untuk bertanding dalam PRU13 kelak termasuk meletakkan calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan yang disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Jika mereka merasakan sistem pilihan raya di negara ini tidak bersih, golongan itu sepatutnya tidak perlu bertanding dan kesanggupan untuk berbuat demikian telah mencerminkan sebaliknya," katanya. Mengulas lanjut, Mohamed Khaled menyifatkan tindakan meletakkan calon di kawasan Parlimen Pekan itu hanya semata-mata untuk meraih publisiti memandangkan kawasan itu disandang Perdana Menteri. "Tindakan mereka memilih kawasan itu tidak lebih daripada untuk mendapat nama semata-mata dan ingin dapat perhatian besar serta meluas kerana ia merupakan kawasan Perdana Menteri kita," katanya. - Bernama | ||||
Anwar : Tan Sri Khalid Pencetus Idea Projek PPR Posted: 16 Feb 2013 03:02 AM PST BANDAR TUN RAZAK: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan individu yang bertanggungjawab mencetus idea mewujudkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) seperti yang ada sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Anwar, idea itu disampaikan Abdul Khalid yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Bhd (PNB) kepada beliau sebagai Menteri Kewangan ketika itu. Selepas itu Kementerian Kewangan ketika itu meluluskan dana sebanyak RM2.4 bilion untuk projek PPR termasuk projek terawal di Baling Kedah. "Abdul Khalid jumpa saya beri cadangan bantu orang miskin memilik rumah, tetapi jangan tubuhkan badan baru sebab kalau tubuh badan pengurusan baru akan tambahkan bermacam perbelanjaan yang makan hampir separuh dan yang tinggal untuk dibelanjakan untuk rakyat tinggal sedikit," ujar Anwar dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Wilayah Persekutuan di sini. Anwar juga memberitahu sekiranya menang nanti semua dasar Pakatan Rakyat (PR) boleh dilaksanakan dan tidak akan menyebabkan hutang negara bertambah sepertimana yang berlaku dibawah Umno-BN sekarang. Sebaliknya PR akan memastikan setiap perbelanjaan akan dilakukan secara cermat dengan memastikan tiada ketirisan dan rasuah berlaku yang merugikan rakyat seperti hari ini. Anwar menambah pengurusan kewangan yang cekap akan menjadikan ekonomi negara bertambah baik dan sekaligus mampu menarik pelabur asing. "Kita tak boleh buat sampai negara rugi, kita tak boleh buat sampai negara berhutang. "Apa (Datuk Seri) Najib kata? (Rezab Selangor) lebih RM2.5 bilion itu dia kata bodoh, tak tahu ekonomi, tetapi hutang (Kerajaan Persekutuan) RM540 bilion itu pandai," sindir Anwar yang membandingkan kecekapan Kerajaan PR Selangor dengan Kerajaan Pusat dalam isu pengurusan dana kerajaan masing-masing. Antara dasar yang disebutkan Anwar ketika berucap di hadapan kira-kira hampir 5,000 di Taman Bukit Anggerik, Cheras tengahari tadi termasuklah menurunkan harga petrol dalam tempoh 24 jam selepas pilihan raya, pendidikan percuma dan membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Selain itu beliau turut mengulangi hasrat PR untuk menurunkan harga kereta dengan menurunkan 20 peratus cukai eksais dan memastikan pemandu teksi memperolehi permit teksi mereka sendiri. | ||||
Kumpulan bersenjata Filipina helah Umno takutkan rakyat – Tian Posted: 16 Feb 2013 02:57 AM PST Aisha Geofrey BATU 16 April: Berita kemasukan 100 ahli kumpulan bersenjata di pesisir pantai Lahad Datu Sabah adalah cerita sama yang diulang untuk menimbulkan suasana panik di kalangan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. "Setiap kali pilihan raya, tiba-tiba kumpulan pengganas seperti ini muncul. "Dulu Al-Maunah, lepas tu ada pula kumpulan militan Malaysia yang ditangkap bersama reformis. Kemudian kata kita (Pakatan Rakyat) guna keganasan untuk rampas kuasa," katanya dalam ceramah Pakatan Rakyat di Bandar Baru Sentul, semalam. Ahli Parlimen Batu itu mengulas isu kumpulan bersenjata di Lahad Datu sejak 14 Februari lalu yang didakwa pewaris 'Sultan Sulu' dari selatan Filipina dan mahu 'merampas' semula Sabah. "Kita rasa cerita ini pelik, 100 lelaki datang mahu mengambil Sabah? Umno macam-macam boleh reka, yang peliknya, bukan Jeneral tentera yang mengarahkan tentera mengepung lelaki-lelaki itu, tetapi Menteri Pertahanan," kata Tian. "Kita tidak hairan jika isu itu digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya negara sedang huru-hara," katanya. Menurutnya lagi, isu 'serangan' itu juga diguna untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah yang didalangi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. "Suruhanjaya Diraja sedang menyiasat isu ini, yang seperti kita tahu didalangi pemimpin yang paling lama memerintah, Mahathir," kata Tian disambut tepukan 500 penyokong. | ||||
Halang Pornthip, jawapan Najib bercanggah- Surendan Posted: 16 Feb 2013 02:55 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Penafian perdana menteri bahawa beliau tidak menghalang Dr Pornthip Rojanasunand melakukan bedah siasat kedua ke atas mayat C Sugumar, bercanggah dengan jawapan kerajaan Thailand.Naib Presiden KEADILAN, N Suredran berkata, kerajaan Thailand sebelum ini menyatakan Malaysia kurang senang terhadap Pornthip, terutama peranannya dalam siasatan kematian Teoh Beng Hock. Menurut Surendran, perkara itu dinyatakan dalam surat bertarikh 14 Februari yang dihantar kerajaan Thailand kepada pakar forensik itu. Pornthip katanya, turut memberitahu perkara itu pada media Malaysia. "Dalam bahasa diplomatik, ini adalah satu mesej yang jelas dari kerajaan Malaysia bahawa kehadiran Dr Pornthip mengundang rasa tidak senang kerajaan Malaysia," kata Suredran dalam kenyataan hari ini. Mengejutkan katanya, kerajaan Malaysia juga tidak berpuas hati terhadap bedah siasat kedua yang dijalankan Pornthip ke atas mayat Teoh Beng Hock yang ditemui mati di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009. Justeru katanya, kes itu juga wajar dibuka semula dan campurtangan kerajaan perlu disiasat dalam inkuiri kematian Beng Hock. Beliau turut menggesa Datuk Seri Najib Razak membenarkan Pornthip melakukan bedah siasat kedua ke atas Sugumar dan menulis surat kepada perdana menteri Thailand berhubung perkara itu. "Kami turut meminta Najib Razak mendedahkan komunikasi dengan kerajaan Thai berhubung bedah siasat kedua C Sugumar. Keluarga dan rakyat Malaysia mahu tahu maklumat ini," katanya. Dalam kejadian pada 23 Januari lepas, Sugumar yang juga pengawal keselamatan dikejar anggota polis, sebelum dibelasah sekumpulan individu dalam keadaan bergari hingga mati di Hulu Langat. Keluarga mangsa menolak laporan bedah siasat Hospital Serdang yang merekodkan kematiannya akibat serangan jantung. | ||||
Posted: 16 Feb 2013 02:53 AM PST Di mana Anwar berpidato, di situ Umno pacak khemah ceramahNazar HashimLANGKAWI : Tidak sukar untuk mengagak bila Umno akan mengadakan ceramah iaitu bergantung kepada lokasi di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pidato, kata Pengerusi KEADILAN Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa. "Umno tak ada kerja lain. Sentiasa ekori Anwar ke mana saja. Kita buat ceramah di sini, mereka pun teringin sangat buat di tempat sama. "Mereka boleh buat hari lain. Kenapa buat hari dan lokasi sama? Ini bukti Umno makin gelisah dengan kehadiran Anwar," katanya mengulas perbuatan Umno Bahagian Langkawi mengadakan ceramah kira-kira 300 meter dari lokasi ceramah Anwar, malam tadi. Ceramah itu dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah, Datuk Nawawi Ahmad dan Ketua Penerangan Perkasa, Datuk Roslan Kassim tetapi 'bungkus awal' berikutan tiada sambutan dan dihadiri 300 orang sahaja. Ia berbeza dengan ceramah menampil Ketua Umum KEADILAN di Pekan Kuah, Langkawi dan dihadiri hampir 5,000 rakyat yang hanya berakhir tengah malam 15 Februari lalu. | ||||
UPKO serah senarai nama untuk dipertimbang sebagai calon Posted: 16 Feb 2013 02:48 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Presidennya Tan Sri Bernard Dompok berkata lebih satu nama dikemukakan bagi setiap kawasan yang diperuntuk kepada parti itu. "Kesemua mereka (calon berpontensi) tertakluk kepada tapisan. Perdana Menteri ingin meneliti setiap nama dan akan membuat pertimbangan tentang calon terbaik," katanya apabila ditemui pemberita selepas majlis makan malam yang diadakan sempena berlangsungnya konvensyen parti itu di sini malam tadi. Ditanya sama ada nama beliau turut termasuk dalam senarai itu untuk mempertahankan kerusi Parlimen Penampang yang disandangnya, Dompok berkata: "Kami akan umumkan nama-nama itu (calon) apabila tiba harinya." UPKO juga berharap diberi peluang meletakkan calonnya bagi kerusi Parlimen Sepanggar yang tidak lagi disandang Barisan Nasional (BN) apabila Parti Maju Sabah (SAPP) meninggalkan parti gabungan itu enam bulan selepas pilihan raya umum sebelum ini diadakan. Sementara itu, Setiausaha Agung UPKO Datuk Wilfred Madius Tangau berkata parti itu lebih berminat dengan kerusi Sepanggar berbanding kerusi lain yang diperuntuk kepada SAPP sebelum ini kerana kawasan itu mempunyai jumlah pengundi Kadazandusun yang ramai iaitu kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan pemilih. Katanya UPKO akan mengadakan konvensyen kebangsaannya pada 23 Feb di Dewan Orang Ramai Menggatal. Beliau berkata konvensyen itu bertujuan memperkemas persiapan UPKO untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang dan lebih 3,000 orang, kebanyakannya petugas pusat kawasan mengundi parti itu dan pemimpin parti, dijangka menghadirinya. Pada pilihan raya umum lepas, UPKO mememenangi kerusi Parlimen Penampang, Tuaran, Putatan dan Ranau serta kerusi Dewan Undangan Negeri Paginatan, Moyog, Nabawan, Bingkor, Kuala Penyu dan Kuamut. — Bernama | ||||
Posted: 16 Feb 2013 02:46 AM PST Malaysiadail JOHOR antara negeri yang disebut-sebut bakal beralih penerajunya dalam PRU13. Justeru, kami terpanggil untuk melihat sendiri bagaimana perkembangan terkini situasi politik di negeri yang pernah dikenali sebagai kubu kuat Umno ini, menjelang tarikh pembubaran Parlimen. | ||||
Deepak akan saman Rosmah, kerajaan RM3b kerana kerugian perniagaan Posted: 16 Feb 2013 02:29 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR,― Peniaga permaidani Deepak Jaikishan akan memfailkan saman RM3 billion ke atas Datin Seri Rosmah Mansor dan kerajaan persekutuan dalam usaha menuntut kerugian dari projek perniagaan yang gagal. Deepak (gambar) mendedahkan rancangannya dalam satu temubual bersama portal berita yang dimuatnaik di YouTube semalam, yang mungkin menyukarkan peluang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013. Beliau memberitahu The Malaysian Insider hari ini bahawa peguamnya, Sivarasa Rasiah akan menerangkan dengan lebih lanjut Isnin ini. "Kita lancarkan saman ke atas Datin Seri dan kerajaan Malaysia," katanya dalam klip video sembilan minit, merujuk kepada Rosmah. Ahli perniagaan itu kini sedang berhadapan dengan satu lagi kes mahkamah dengan syarikat Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah Awan Megah (M) Sdn Bhd, yang beliau dakwa menipu beliau jutaan ringgit dalam jual beli tanah. Astacanggih Sdn Bhd, syarikat milik Deepak bersetuju membeli tiga bidang tanah pada 2007 pada harga RM13 juta dan jaminan bank sebanyak RM72 juta berbentuk bon dari Raja Ropiaah, yang menerima RM100 juta untuk penswastaan pembangunan pusat pengajian pertahanan, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). Tanah tersebut kemudian ditukar milik kepada syarikat Cebur Megah kerana kerajaan tidak membenarkan tanah di projek swasta dijual oleh syarikat yang memenangi bidaan. Tanah tersebut masih milik kerajaan dan projek tersebut masih berjalan. Ketua Wanita Umno Selangor itu didakwa menjual sebidang tanah dengan harga RM2 juta dan overdraf bernilai RM16 juta dalam "usahasama" dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat yang mempunyai kepakaran dengan pembuatan plastik, menyebabkan peniaga permaidani itu membuat laporan polis Julai lalu. | ||||
Australia mahu senatornya dibebaskan dari ditahan di Malaysia Posted: 16 Feb 2013 02:26 AM PST SEPANG, ― Canberra mahu pembebasan segera senator Nicholas Xenophon yang ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) hari ini. Xenophon ditahan di LCCT dan dijangka akan dihantar pulang kerana pihak imigresen menganggap beliau sebagai "risiko keselamatan". "Kebimbangan Australia telah dikemukakan kepada Menteri Luar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia. "Kerjasama mereka diminta untuk memastikan Senator Xenophon dibebaskan dari tahanan," kata Menteri Luar Australia, Bob Carr (gambar) dalam satu kenyataan hari ini. "Penahanan Senator Xenophon memeranjatkan dan mengecewakan dari sebuah negara yang Australia anggap rakan diplomatik yang kuat," katanya lagi. Xenophon tiba di Malaysia untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu hadapan bagi membincangkan sistem pilihan raya Malaysia, kata pegawai kanan Anwar, Ibrahim Yaacob hari ini. | ||||
Posted: 16 Feb 2013 02:20 AM PST Sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini sepatutnya menjadi perayaan yang bermakna buat Najib. Ini kerana sambutan Tahun Baru Cina tahun ini merupakan perayaan terakhir sebelum pilihanraya umum diadakan yang mana tarikh edahnya ialah 28 April depan. Setelah sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha penghujung tahun lalu, Krismas 25 Disember dan Thaipusam penghujung Januari yang lepas, Najib diramal banyak pihak akan membubarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina yang baru disambut beberapa hari lalu. Selepas semua kaum menyambut hari raya masing-masing, maka sesuailah diadakan pilihanraya. Dengan mengadakan pilihanraya selepas semua perayaan utama itu diadakan, Najib akan dilihat sebagai seorang yang bertoleransi kepada semua kaum. Ditambah dengan majoriti kaum Cina memperlihatkan sikap menolak BN, dengan mengadakan pilihanraya selepas perayaan mereka, Najib juga akan dilihat sebagai seorang pemimpin yang mengambil berat dan memahami perasaan kaum itu. Sebab itu, perayaan Tahun Baru Cina kali ini Najib cuba membuat sesuatu yang luar biasa. Selain berlakon dalam sebuah filem iklan sempena sambutan Tahun Baru Cina, sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini, Najib juga cuba mengambil hati kaum Cina dengan membawa supertar Korea, Psy yang popular dengan Gangnam Stylenya untuk menghiburkan mereka pada tahun ini. Poster dan gambar Najib berpakaian Cina juga bersepah-sepah di tiang telefon dan tiang letrik seluruh negara, untuk memperlihatkan sikapnya yang seolah-olah bersama-sama kaum itu. Ditambah dengan kulitnya yang putih dan bibirnya yang merah, sekali pandang memang Najib kelihatan seperti seorang Cina dengan berpakaian begitu. Sebelum itu, beberapa pengumuman yang berupa sumbangan kepada sekolah dan komuniti Cina juga turut diumumkan oleh Najib setiap kali beliau mengadakan pertemuan dengan komuniti Cina. Najib memang memahami pengundi Cina agak kritikal terhadap BN dan kepimpinannya. Dengan berlakon filem iklan yang menunjukkan beliau juga seolah-olah seorang Cina dan membawa Psy ke majlis sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Pulau Pinang, Najib berasakan beliau telah melakukan sesuatu yang melebihi dari sepatutnya kepada kaum Cina dan seharusnya semua yang dilakukannya itu segera dibalas dengan sokongan terbuka kepada BN dalam pilihanraya umum akan datang ini. Sebab itu, di majlis Tahun Baru Cina itu, Najib tanpa segan silu meminta sokongan daripada kaum Cina dengan bertanya sebanyak empat kali "Are You Ready For BN?" kepada mereka yang hadir. Malangnya beliau telah diberikan jawapan "No" oleh mereka yang hadir sambil ada yang tertawa terhadap ketidakcerdikan Najib bertanyakan soalan seperti itu. Sesuatu yang amat memalukan telah berlaku kepada Najib selaku Perdana Menteri dan tidak pernah dialami oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Ternyata Najib telah salah perkiraan dalam membaca fikiran dan hati nurani kaum Cina. Apakah Najib merasakan bahawa kaum Cina begitu mudah dibeli dengan propaganda murahan seperti yang dilakukannya sejak menjadi Perdana Menteri empat tahun lalu. Memang tidak salah mengambil hati kaum Cina dengan apa apa cara sekali pun, termasuk menabur janji, memberi gula-gula dan membawa bintang pop Korea, Psy untuk menghiburkan mereka tetapi beliau tidak harus melupakan masalah pokok yang menghantui masyarakat Cina selama ini. Selain isu ekonomi yang gagal dibangunkan oleh Najib, isu rasuah, pentadbiran yang bersih, pelbagai skandal yang membelit diri dan keluarganya adalah antara perkara pokok yang tidak menyenangkan majoriti pengundi Cina terhadap kepimpinan beliau dan kerajaan sekarang. Sikapnya yang berdiam diri terhadap pelbagai isu yang timbul satu demi satu, baik yang dikaitkan secara langsung dengan dirinya mahupun tidak, menambahkan lagi kesangsian mereka terhadap beliau. Sikap penolakan pengundi Cina memang mempunyai asas yang harus dipuji. Mereka ingin menukar kerajaan supaya akhirnya akan muncul pemimpin serta kerajaan yang baik dan sentiasa mengutamakan rakyat. Pengundi Cina secara umumnya menolak pemberian yang hanya dilakukan di saat-saat akhir seperti yang dilakukan Najib. Dengan Najib sendiri mendengar jawapan "No" juga sebanyak empat kali daripada masyarakat Cina Pulau Pinang apabila beliau meminta sokongan daripada mereka, ia adalah isyarat yang jelas mengenai pola pemikiran pengundi Cina dalam pilihanraya akan datang ini. Ia juga adalah gambaran mengenai trend pengundi Cina di seluruh negara sebenarnya. Dengan pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh terdekat ini, signal daripada pengundi Cina yang didengari secara jelas oleh Najib sendiri dan difahami oleh semua pemimpin UMNO dan BN, hakikatnya tiada apa yang boleh dilakukan oleh Najib lagi untuk mengubah pendirian mereka. Pengundi Cina kini secara tuntas menolak Najib dan BN. Ia bukan saja boleh didengari di Pulau Pinang tetapi nada yang serupa turut boleh dikesan di mana-mana. Tanyalah kepada mana-mana pengundi Cina kali ini, siapakah pilihan mereka. Kita pasti akan mendapat jawapan yang tidak jauh berbeza - BN semakin jauh dihati kaum Cina. Dengan kedudukan pengundi Melayu berpecah dua, undi Cina adalah penentu di kebanyakan kawasan Parlimen dan DUN. Selama ini pun kemenangan BN dalam beberapa pilihanraya umum banyak disumbangkan oleh kedudukan pengundi Cina yang kekal setia dengan BN. Pilihanraya 2008 adalah permulaan penolakan pengundi Cina terhadap BN, dan mereka mendapat pelbagai manfaat daripadanya, malah sentiasa ditatang seperti anak emas baik oleh BN mahukan oleh PR. Dengan sedikit perubahan saja, kaum Cina sudah mendapat pelbagai kelebihan. Sudah tentu mereka tidak teragak-agak melakukan perubahan secara total kerana yakin lebih banyak manfaat bakal diperolehi jika perubahan kerajaan di peringkat Pusat pula dapat dilakukan dalam pilihanraya kali ini. Sebab itu sambutan Tahun Baru Cina tahun ini meninggalkan parut yang besar kepada Najib. Harapannya untuk menjadikan sambutan perayaan itu sebagai medan untuk mendapat lonjakan sokongan daripada pengundi Cina ternyata tidak menjadi, sebaliknya bakal menjadi duka yang berpanjangan. Pelaburan jutaan ringgit membawa Psy menghiburkan kaum Cina dan kesanggupan berlakon dalam iklan akhirnya tidak membawa pulangan yang menguntungkan. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh Najib dalam waktu yang kian singkat untuk mengubah pendirian pengundi Cina kali ini. Mereka nampaknya sudah menetapkan pendirian dan ingin berubah. Sebagaimana Islam menggalakkan berhijrah, nampaknya pengundi Cina juga memahami kebaikan berubah. Sesetengahnya sudah pun menikmati faedahnya. Najib kini hanya mampu berserah dan berdoa. Dan sambil memikir-mikir tarikh yang sesuai untuk membubarkan Parlimen, Najib dan Rosmah bolehlah mulai berkemas apa-apa yang patut untuk meninggalkan Seri Perdana kerana jika kedudukan pengundi Cina ini tetap tidak berubah, harapan BN untuk mempertahankan Putrajaya sebenarnya sangat-sangatlah tipis. | ||||
Najib ludah diri, partinya sendiri Posted: 16 Feb 2013 02:15 AM PST KUALA LUMPUR: Naib Presiden KeADILan, Tian Chua menempelak tindakan Perdana Menteri yang jelas berfikiran cetek dengan cuba menumpang populariti penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style'. "Najib Razak terserlah sebagai pemimpin akal pendek. Dia barangkali tidak ingin ambil tahu pun mesej dalam lagu itu yang sebenarnya mengejek dirinya dan Umno-BN sendiri. "Bagaimana Najib dan isterinya, Rosmah yang semua tahu hidup mewah dan boros boleh meraikan lagu yang sebenarnya mengkritik gaya hidup mereka?" tempelak Tian. Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, kegilaan orang ramai terhadap lagu itu sebenarnya turut didorong fenomena rakyat menentang gejala luasnya jurang kaya dan miskin. Tambahnya, taktik 'mahal' Najib Razak itu dengan kos yang dilaporkan mencecah RM2 juta akhirnya hangus begitu sahaja kerana gagal menarik sokongan rakyat kepada Umno-BN. "Mereka datang kerana mahu melihat persembahan Psy. Selesai Psy menari kuda itu ramai balik meninggalkan program," katanya mengulas kecenderungan pengunjung di rumah terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran BN Pulau Pinang. Difahamkan, 'Oppa Gangnam Style' bermaksud "Abang Gaya Gangnam" dengan 'Gangnam Style' merujuk gaya hidup mewah golongan yang mendiami wilayah kelas elit di tenggara Seoul. | ||||
BERANI sungguh mamat Umno neh [Saksikan...] Posted: 16 Feb 2013 01:34 AM PST shalehudin.blogspot.comKetua Umno Bandar Baru Sentul isytihar sertai KEADILAN BATU : Ketua Cawangan Umno Bandar Baru Sentul, Badaruddin Ismail mengisytihar penyertaannya ke KEADILAN pada program ceramah Pakatan Rakyat, malam tadi. Badaruddin Ismail berbuat demikian depan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Saya masih lagi Ketua Cawangan. Selepas ini saya tunggu apa tindakan Umno terhadap saya," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Umno Batu. Sementara itu, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Rozan Azen Mat Rasip pula berkata, penyertaan Badaruddin berikutan muak dengan penipuan dan sikap pura-pura pemimpin Umno. Katanya, pelbagai tekanan dan sabotaj dilakukan Umno menjelang hari ceramah bagi memberi tekanan kepada Badaruddin dari meneruskan niatnya untuk menyertai KEADILAN. "Dua kali kami terpaksa pindah lokasi. Walaupun pengerusi persatuan di tapak ceramah sudah terima deposit dan kita sudah maklumkan polis, tiba-tiba kata tiada kebenaran untuk ceramah," katanya. Ceramah dijadual di Dataran Menara Orkid terpaksa dipindah ke tanah lapang berdekatan Dewan Desa 8/9 Bandar Baru Sentul ekoran bantahan wakil Menara Orkid, yang kononnya menurut mereka tiada permit. "Mereka sudah terima deposit. Kenapa timbulkan soal permit yang patutnya urusan kami dan polis? Polis pun sudah beri kebenaran berceramah dan tiada bantahan. "Kita yakin, sabotaj itu sebenarnya bertujuan menekan Badaruddin berikutan pemimpin Umno bahagian goyah dengan penyertaan beliau ke KEADILAN," kata Rozan.~ KD | ||||
Himpunan Kebangkitan Tentera, 22 Feb ini Posted: 15 Feb 2013 11:06 PM PST
KUALA LUMPUR: Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) mengajak orang ramai khususnya anggota dan bekas tentera ke Himpunan Kebangkitan Tentera, Veteran dan Rakyat Ke Putrajaya pada 22 Februari ini. Menurut Presiden Kerabat, Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar, himpunan itu akan diadakan di Padang Awam AU 2, Keramat bermula jam 9 malam. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan amanat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) manakala Timbalannya, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa PAS, Mazlan Aliman serta Nazari sendiri akan turut menyampaikan ceramah. Selain itu, semua jentera PAS dan Adun di Dun yang mempunyai pengundi pos di kalangan tentera dialu-alukan untuk hadir sebagai persediaan menghadapi PRU13. "Kita menjangkakan 10 ribu tentera dan veteran akan hadir dan kata hikmat dari Presiden dan Timbalan Presiden amat penting sebagai azimat menghadapi PRU13," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini. Kerabat merupakan organisasi bebas yang ditubuhkan pada 18 Julai 2011 bertujuan menuntut hak dan kebajikan bekas tentera. | ||||
Demo: Lakonan hebat pencacai Umno terbongkar Posted: 15 Feb 2013 11:04 PM PST
KUALA LUMPUR: Lakonan hebat pencacai Umno Melaka terbongkar lagi. Kali ini pencacai Umno menyamar sebagai ahli PAS dan berdemo di Masjid Selat adalah lawak yang hebat. Demikian ulasan blogger addin77. Ulasan beliau seterusnya seperti di bawah. Sudahlah gaya pun tak ada macam ahli PAS, buat demo di masjid yang terpencil dari orang ramai. Dihadiri tak sampai sedozen penyokong. Lawak hebat dari pencacai Ali Rustam. Buat pencacai-pencacai.. lain kali nak buat demo biarlah nampak real baru lah orang percaya. Untuk makluman pencacai, dari maklumat Addin terima.. tiada arahan demo oleh pimpinan PAS Melaka kepada ahli-ahlinya untuk buat demo. So.. confirmlah!! yang buat demo ni adalah pencacai Umno.. Satu lagi yang pelik, pencacai-pencacai ni tutup muka? Takut penyokong PR dapat kesan identiti-identiti pencacai tegar ni ke.. | ||||
10,000 risalah GM13 dibakar, seorang mahasiswa ditampar Posted: 15 Feb 2013 10:59 PM PST Setiausaha Media Soladariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shukri Kamarudin berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3.00 petang itu, kumpulan lelaki terbabit mengarahkan beliau membuka keretanya yang menempatkan semua risalah tersebut lalu dirampas dan lalu dibakar di hadapan ramai. "Kumpulan kami seramai 80 orang berkumpul di hadapan sebuah lot kedai berdekatan Pasar Besar Pekan selepas selesai mengedarkan risalah dan surat harapan Mahasiswa kepada penduduk Pekan. Secara tiba-tiba kami didatangai 10 lelaki dewasa lalu mengepung kami. "Tidak lama kemudian datang lagi beberapa lagi lelaki sehingga menjadi semuanya seramai 40 hingga 50 orang. Mereka bertindak mengepung lalu merampas risalah-risalah yang dipegang oleh Mahasiswa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Katanya lagi, turut dirampas kamera dan telefon bimbit Mahasiswa yang cuba merakam video kejadian, tetapi kumpulan Mahasiswa berjaya menyelamat kamera dari dirampas. Tiga hari lalu, Sinar Harian Online melaporkan serangan dua hari berturut-turut membabitkan beberapa ahli GM13 ketika sedang mengedarkan risalah mahasiswa dan surat harapan mahasiswa di kawasan Parlimen Pekan iaitu di kawasan Dun Pulau Manis dan kawasan Dun Chini. Minggu lalu, GM13 telah mengumumkan akan meletakkan seorang calon mahasiswa untuk bertanding di Pekan. Sebaik pengumuman itu dibuat, GM13 mula merangka siri jelajah di kawasan Parlimen Pekan untuk mengedar risalah dan surat harapan Mahasiswa di empat Dun yang berada di bawah parlimen itu. Hari ini merupakan hari terakhir ahli GM13 edar risalah di kawasan Dun Pramujaya dan semalam di kawasan Dun Bebar. Shukri menambah, salah seorang penyerang terbabit menarik tudung, baju dan tangan dua orang mahasiswi yang sedang memegang risalah dan beliau turut menyatakan kekesalan terhadap perkara itu. Dalam pada itu katanya, Shukri berkata, seorang anggota Aksi Mahasiswa Peduli Unisel, Ekhsan Bukhary Badarul Hisham yang telah dipukul beramai-ramai termasuk disepak di kepala dua hari lalu di sebuah kampung di kawasan Dun Pulau Manis turut ditampar seorang lelaki dalam kejadian itu. Shukri menambah, penyerang itu berkata, "muka ni aku dah tengok hari tu. Aku dah suruh balik tapi tak balik." Kemuncak kemarahan kumpulan itu terjadi katanya, berlaku sebaik melihat kelibat aktivis mahasiswa, Adam Adli. Shukri bagaimanapun menafikan berlaku provokasi daripada pihak GM13 yang menyebabkan rakan mereka diserang. Katanya, "kami hanya mendiamkan diri ketika kami dimarahi." | ||||
Muhyiddin: Sekolah kurang murid tidak ditutup Posted: 15 Feb 2013 10:55 PM PST SINAR HARIAN ALOR SETAR - Kerajaan tidak akan menutup sekolah kurang murid, sebaliknya akan memberikan perhatian untuk meningkatkan lagi kualiti sekolah seperti itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata isu menutup sekolah kurang murid sama ada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina serta Tamil tidak timbul dan terpulang kepada ibu bapa jika mereka mahu memindahkan anak-anak mereka daripada sekolah kurang murid ke sekolah lain. " Kita tidak akan ambil tindakan apa-apa dan biarkan ibu bapa yang tentukan. Masalah berbangkit sekolah-sekolah seperti ini mutu pembelajaran tidak setanding. " Kebanyakan sekolah ini (kurang murid) tak berapa ok. Guru tak cukup, jumlah pelajar kecil. Kadang-kadang pelajar 10 guru pun 10. Tak ada pelajar mencukupi. Kadang-kadang guru kena ajar dua, tiga subjek untuk menampung subjek-subjek di sekolah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung di sini hari ini. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata terdapat lebih 2,000 sekolah yang dikategorikan sekolah kurang murid di seluruh negara, yang bilangan pelajar kurang daripada 50 orang. - Bernama | ||||
Ulama bebas tanding PRU13, kata Khairy Posted: 15 Feb 2013 10:53 PM PST KUALA LUMPUR - Pemuda Umno menyambut baik penyertaan golongan ulama untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Ketuanya, Khairy Jamaludin berkata, ulama bebas untuk berbuat demikian dan memilih mana-mana parti yang mereka mahukan. "Mereka mahu bertanding untuk Umno dan Barisan Nasional (BN), saya alu-alukan. Sekiranya mereka menyertai parti lawan, kita juga terima. Mereka bebas untuk berbuat demikian," katanya bagi mengulas desas desus penyertaan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang dikatakan akan bertanding pada PRU13 nanti. Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, penyertaan golongan ulama itu memberi mesej yang mendalam apabila mereka yang terlibat dalam hal keagamaan menawarkan diri untuk bertanding. "Saya lihat dalam kes mereka berdua, PRU13 kali ini pilihan raya yang bersejarah apabila individu di luar politik, menyertai politik," katanya. Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau mengenali rapat kedua-duanya, namun ketika ditanya media apakah ada sebarang pertemuan membincangkan hal itu, Khairy menjawab: "Kenal rapat, takkan tidak bertemu... Kita tengoklah, dalam dua tiga minggu lagi." Sementara itu, mengulas tindakan golongan mahasiswa dan segelintir pihak mahu mencabar Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di Parlimen Pekan, Khairy berkata, ia adalah perkembangan positif hasil keterbukaan yang diamalkan oleh kepimpinan hari ini. Menolak andaian bahawa cabaran mahasiswa akan menggugat kredibiliti Najib, Khairy berkata, ia tidak menggugat langsung kedudukan Najib. "Ini kerana rekod Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan dah lama dan cabaran ini tidak akan menggugat beliau. Apa yg hebatnya mahasiswa, mahu bertanding, terus bertanding. Ini demokrasi. Mahu bertanding di Rembau pun boleh," katanya. Menurutnya, penyertaan mahasiswa itu mungkin hanya cari publisiti dan ada pihak yang jadi master mind di belakang tindakan kelompok mahasiswa ini. "Selagi boleh bayar deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh bertanding, tetapi fikir dua tiga kalilah, jangan sampai hilang deposit. Itu saja. "Ini bukan pilihan raya kampus," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan