DUNIACACAMARBA |
- Mengapa Orang Korea Cun? Salah Satu Sebabnya....
- [Gambar] Najib Pakai Baju Cina MATI???
- Anwar Serahkan Sumbangan untuk Pembinaan Masjid di Gaza, Turut Kelihatan...
- Anjing "Dilupuskan" Kerana Dianggap Gay
Mengapa Orang Korea Cun? Salah Satu Sebabnya.... Posted: 01 Feb 2013 04:00 AM PST
.. ialah orang Korea cenderung untuk melakukan pembedahan plastik atau pembedahan kosmetik. Menurut kajian Persatuan Doktor Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS) sebanyak 15 juta orang di seluruh dunia menjalani pembedahan plastik pada tahun 2011 dan orang Korea antara yang mendominasi kelompok tersebut. Hal ini dibuktikan apabila seorang daripada77 orang di Korea Selatan pernah menjalani prosedur kosmetik pada tahun 2011. Berdasarkan kecenderungan individu menambahkan kecantikan melalui prosedur pembedahan kosmetik, kini dianggarkan sebanyak 20 000 pakar bedah plastik berlesen di seluruh dunia. Korea Selatan menjalankan pembedahan kosmetik yang paling banyak berdasarkan populasi penduduk pada tahun 2010, manakala UK di tempat ke-20. Tahun lepas, 20 peratus wanita berusia 19-49 tahun di ibu kota Seoul mengaku menjalani pembedahan plastik. Salah satu prosedur yang paling popular ialah pembedahan yang dapat mengurangkan lebihan kulit pada kelopak mata untuk menjadikan mata kelihatan lebih besar dan lebih 'Barat'. Perkembangan industri muzik di negara tersebut dipercayai meledakkan trend pembedahan kosmetik apabila banyak pelanggan yang datang ke klinik kecantikan mahu kelihatan seperti artis pujaan mereka. Dalam hal ini, Miss Korea Selatan 2012, Kim Yu-Mi turut mengaku pernah menjalani pembedahan kosmetik. Katanya, "Saya tidak pernah berkata saya dilahirkan cantik." Dia mengakui menjalani pembedahan kosmetik agar dapat kelihatan lebih cantik seperti hari ini. Kecantikan Kim Yu-Mi mula dipersoalkan apabila gambar lama ketika dia masih bersekolah tersebar. Gambar lama itu jelas menunjukkan perbezaan wajahnya pada waktu itu dan wajahnya ketika ini. -DCM/DM P/s: Laman Asiaone ada menyiarkan gambar artis KPop ketika belum terkenal dan wajah mereka pada hari ini. Jangan terkejut apabila mendapati wajah mereka tidaklah secantik atau setampan hari ini. Mungkin tarikan yang diperoleh mereka pada hari ini berpunca daripada pisau doktor pembedahan kosmetik...!!! | ||
[Gambar] Najib Pakai Baju Cina MATI??? Posted: 31 Jan 2013 11:00 PM PST [Pulakdah] Menurut beberapa komen daripada Facebook apabila melihat gambar di atas, telah memaklumkan bahawa pakaian Najib ini adalah untuk si mati bagi kaum Cina. Malah salah satu daripada komen tersebut turut memberi pautan sebuah laman web www.yingruixiang.com, sebuah syarikat di China yang pakar dalam menyediakan pakaian dan kelengkapan untuk upacara kematian China. Laman web tersebut menyediakan pelbagai kelengkapan kematian seperti pakaian si mati untuk lelaki dan wanita, topi untuk si mati, kasut, keranda, pasu abu mayat dan pelbagai kelengkapan lagi. Antara gambar pakaian-pakaian untuk si mati lelaki yang di tunjukkan, adalah gambar pakaian seperti di bawah. Jika benar pakaian yang dipakai oleh Perdana Menteri kita sempena ucapan Selamat Tahun Baru Cina ini adalah pakaian khas untuk si mati, maka pasti penasihat kepada Perdana Menteri tidak melakukan kerja. Ini seolah-olah sengaja untuk memalukan imej Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. P/s: Aduhai....!!!!! Undi punya fasal!!!! | ||
Anwar Serahkan Sumbangan untuk Pembinaan Masjid di Gaza, Turut Kelihatan... Posted: 31 Jan 2013 10:30 PM PST
... pelakon dan pelawak terkenal Afdlin Shauki yang baru-baru ini pergi ke Gaza. Tidakkah orang UMNO melenting dengan tindakan Afdlin Sauki yang sebelum ini diuar-uarkan secara besar-besaran menyertai UMNO bersama-sama dengan rakan baiknya, harun Salim Bachik? | ||
Anjing "Dilupuskan" Kerana Dianggap Gay Posted: 31 Jan 2013 06:28 PM PST Seekor anjing jenis Pitbull akan dilupuskan di Tennessee hari ini selepas pemiliknya meninggalkan anjing itu di sebuah pusat perlindungan haiwan kerana beranggapan anjingnya itu gay. Anjing itu dijadualkan akan dilupuskan dalam masa terdekat kecuali ada orang yang sanggup membelanya. Menurut pemilik tempat perlindungan haiwan itu, tuan anjing berkenaan melihat anjingnya itu melakukan aksi seksual dengan anjing jantan lain sehingga mendorongnya beranggapan bahawa anjingnya itu gay. Pakar haiwan berpendapat anjing kadang-kadang memperlihatkan tingkah laku homoseksual, namun anjing jantan melekap dengan ajing jantan lain bukanlah tanda orientasi seksual tetapi sebaliknya anjing itu cuba menunjukkan tanda dominasi. Nasib anjing itu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pencinta haiwan. Sebuah laman Facebook telah diwujudkan dengan mesej: 'Jangan biarkan anjing cantik ini mati hanya kerana pemiliknya jahil tentang kelakuan biasa seekor anjing! 'Anjing ini akan dilupuskan esok kerana tiada ruang untuknya di pusat pelindungan!' 'Pusat perlindungan itu dibuka pada pukul 9 pagi dan anjing itu akan dilupuskan pada pukul 1 petang jika tiada orang yang mahu mengambilnya. 'Yuran program haiwan angkat ialah ASD38 termasuk suntikan penyakit anjing gila.' -DCM/DM P/s: Mungkin anjing ini sudah dilupuskan oleh pusat pelindungan tersebut. Macam-macam! Opppss, kemas kini, anjing itu diselamatkan oleh seorang pencinta haiwan. Wanita itu menamakan anjing itu Elton. Baca di sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan