DIALOG RAKYAT |
- Skandal Shafie-Zahida: Bekas Pemandu Zahida Rafik Dipanggil Ke SPRM
- Kereta penyunting berita Bernama disimbah cat
- FAM keluar surat disiplin, Shahidan letak jawatan
- Musa Hassan dakwa PR mahu wujud semula ISA
- KTMB Jadi Alat Propaganda BN, Tidak Layan PR Sewa Ruang Iklan
- Tarik balik saman AES, pulangkan denda, bekas peguam negara memberitahu Gani Patail
- Abdullah Sammah Tanding Atas Tikit Umno?
- Apa kata tukar nama Akta Perhimpunan Aman?
- Dasar transformasi Najib gagal: Kerajaan BN patut ditukar pada PRU-13
- Pojok: Cabai Burung – UMNO apa lagi?
- Wakil Rakyat Tunggu Hasil Laporan Polis Dibuatnya
- Jelajah SAMM, ABU 16 lokasi seluruh negara
- Anwar sambut kunjungan delegasi pemimpin Hamas
- Anwar tiada kaitan projek IC, pasukan khas ditubuh Mahathir
- Komplot polis & HKL untuk tutup pembunuhan Sugumar – Surendran
- Bayar RM1.5 juta pada Zahida, SPRM dijangka panggil Shafie Afdal?
- Bubar Dun awal tidak bawa perubahan
- Hadi: Pas, Umno tidak boleh bekerjasama
- PRU13: Calon PAS selesai hampir 100%
- Senarai negara ramai didiami Yahudi
- CEO dipecat, KSSB goyah lagi
- Nik Zawawi: Kes Nasha dan Daud Al-Iraqi berbeza
- Kakitangan Awam Bakal Naik Gaji @ Dapat Bonus @ Pelarasan Elaun Perumahan & Cola?
- 'Jangan layan saya macam orang asing. Ini negara saya'
- Deepak setuju jumpa Mahfuz 6 Februari
Skandal Shafie-Zahida: Bekas Pemandu Zahida Rafik Dipanggil Ke SPRM Posted: 01 Feb 2013 03:42 PM PST KELAB GREENBOC Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau yang ditemani Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya serta ibu saudaranya, yang juga penyanyi terkenal tahun 1980-an, Dayangku Intan memasuki bangunan SPRM di Putrajaya kira-kira jam 10 pagi. Latheefa yang ditemui pemberita di luar bangunan SPRM berkata, beliau tidak tahu atas tujuan apa Azman dipanggil. Bagaimanapun beliau percaya ianya melibatkan kes dakwaan Azman sebelum ini yang melibatkan Zahida dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal. "Saya tak tahu kenapa dia dipanggil. Tapi saya percaya benda ni ada kaitan dengan dakwaan dia sebelum ini tentang Shafie dan Zahida. Kena tunggulah," katanya. Pada 16 Mei tahun lalu, Azman (tengah) dilaporkan mendakwa, beliau pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie. Shafie dan Zahida sebelum ini telah menafikan dakwaan Azman dan PKR serta mengugut akan menyaman pihak-pihak yang didakwa cuba menfitnah mereka. Sementara itu, Azman bersama Latheefa keluar dari bangunan SPRM kira-kira jam 1.17 tengahari. Pada sidang media yang diadakan selepas itu, Latheefa memberitahu, Azman dipanggil ke SPRM sebagai saksi dalam kes melibatkan dakwaan Zahida terhadap bekas pemandunya itu. Menurut Latheefa lagi, Azman memberi keterangan kira-kira satu jam setengah. Bagaimanapun, beliau berkata, kandungan keterangan itu tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA). "Keterangan telah diambil selama kira-kira satu jam setengah. Tapi kita tak boleh dedahkan sebab terikat dengan AMLA. "Saya percaya Azman dipanggil hari ini berkaitan dengan dakwaan Zahida yang mengatakan Azman melarikan wang RM200 ribu dan pendedahan Azman mengenai wang RM1 juta tahun lalu. "Tetapi sehingga hari ini beliau belum didakwa atau dituduh di mahkamah," kata Latheefa. Menurut Latheefa lagi, Azman telah dipanggil untuk memberi keterangan pada 29 Januari lalu tetapi memilih pada hari cuti am, hari ini kerana kesibukan masa. Katanya lagi, Azman dipanggil ke SPRM berkemungkinan daripada laporan yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung isu tersebut sebelum ini. Ulasan GB Kita tunggu dan lihat siasatan SPRM. Apakah langkah SPRM ini telus untuk menyiasat skandal Shafie Apdal-Zahida Rafik atau untuk membersihkan nama Shafie Apdal sepertimana kes lembu NFC dulu. | ||||
Kereta penyunting berita Bernama disimbah cat Posted: 01 Feb 2013 03:40 PM PST SINAR HARIAN Cermin depan kereta jenis Kia Spectra itu turut dipecah dan sebuah lagi kereta jirannya yang diletak di lokasi sama turut disimbah cat, dalam kejadian awal pagi itu. Jaiarajo berkata bagaimanapun, tiada barangan dalam keretanya dilarikan. "Saya hanya menyedari kereta dipecah dan disimbah cat pukul 7.30 pagi semalam. Malam sebelum kejadian itu, isteri saya lihat kereta kami berada dalam keadaan baik sahaja. "Ini adalah kali pertama berlaku sejak saya tinggal di sini 21 tahun yang lalu. Saya tak tahu apa motif kejadian. Saya dan keluarga tidak pernah berdendam dengan sesiapa," katanya sambil menambah kejadian dipercayai berlaku akibat perbuatan vandalisme. - Bernama | ||||
FAM keluar surat disiplin, Shahidan letak jawatan Posted: 01 Feb 2013 03:37 PM PST SINAR HARIAN BEKAS Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim meletak jawatan dalam dua jawatankuasa kecil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas menerima surat pertuduhan daripada badan induk itu mendakwa beliau membuat kenyataan kepada media yang menyentuh kepimpinan FAM. Beliau menerima surat itu hari ini, yang memintanya mengemukakan surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya. Shahidan, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Perlis, berkata, beliau tidak akan menjawab surat itu, sebaliknya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai anggota jawatankuasa kewangan dan anggota jawatankuasa bola sepak wanita FAM. "Saya juga berhasrat untuk meletak jawatan sebagai Presiden PFA, tetapi buat masa ini, saya perlu menjadi penasihat kepada persatuan tersebut untuk membantu mencari wang bagi membayar gaji pemain dalam skuad negeri sekarang. "Keputusan muktamad mengenai perkara ini (peletakan jawatan) akan diumumkan beberapa hari lagi," katanya pada sidang akhbar di Kangar, hari ini. - Bernama | ||||
Musa Hassan dakwa PR mahu wujud semula ISA Posted: 01 Feb 2013 03:35 PM PST PETALING JAYA - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan besar mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Beliau berkata, ia berikutan tindak tanduk Anwar dan kenyataan PR yang sering berubah-ubah dalam sesuatu isu, maka tidak mustahil akta tersebut diwujudkan semula jika mereka berkuasa. Menurutnya, ia berikutan ISA diakui oleh ramai pihak sebagai satu undang-undang pencegahan yang berkesan, malah banyak negara termasuk Amerika Syarikat meniru akta tersebut. "Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati beliau (Anwar), tidak mustahil ISA boleh diwujudkan semula jika mereka memerintah. "Kenapa saya berfikiran begitu, kerana mereka sudah memulakan budaya huruhara, memainkan isu perkauman, agama dan memainkan soal keselamatan negara," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam. Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau gembira ISA tidak lagi wujud kerana PR tidak boleh lagi menyumbat orang ke dalam penjara jika mereka berkuasa. Dakwa Dr Mahathir lagi, perkara pertama yang pembangkang akan lakukan jika berkuasa adalah menutup pintu keluar masuk negara dan menangkap pemimpin lawan. Selain itu, Musa turut menegaskan 'Arab Spring' boleh tiba di negara ini sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan berkesan daripada sekarang. Katanya, jika perkara tersebut berlaku, segala pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 56 tahun lalu sia-sia. "Sebagai rakyat, semua pihak perlu menjaga keamanan negara, jangan termakan hasutan yang mahu menghuru-harakan negara. Dalam hal ini kerajaan kena pastikan ia tidak berlaku. "Saya juga melihat ada usaha pihak luar yang mahu negara kita hancur dari dalam, melalui musuh yang halimunan," katanya. Ditanya mengenai musuh halimunan ini, Musa berkata musuh ini sukar dikesan kerana mereka bergerak di kalangan rakyat negara ini. "Ancaman itu semakin lama semakin besar, mereka bercita-cita menawan negara ini. Jadi tugas sekarang adalah menyedarkan rakyat tentang bahaya perkara ini dan apa perancangan mereka untuk rosakkan negara. "Dulu pihak luar bergerak melalui CIA untuk musnah negara lawan, sekarang tidak lagi kerana semua sudah tahu, mereka sekarang bergerak melalui NGO-NGO yang berada dalam negara," katanya. | ||||
KTMB Jadi Alat Propaganda BN, Tidak Layan PR Sewa Ruang Iklan Posted: 01 Feb 2013 03:33 PM PST KELAB GREENBOC Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang merupakan sebuah syarikat pengangkutan awam tidak wajar dijadikan alat propaganda Umno-BN dengan hanya menempatkan iklan mempromosikan gagasan itu pada gerabak keretapi. Tindakan tersebut jelas menunjukkan Umno-BN menjadikan KTMB sebagai alat kepentingan politik apabila permintaan DAP Selangor untuk menyewa ruang iklan yang sama bagi DAP dan Pakatan Rakyat (PR) tidak mendapat layanan sama. Menurut Bendahari DAP Selangor, Hannah Yeoh dalam sidang medianya hari ini, pihaknya sebelum ini telah menghantar surat menyatakan minat DAP dan PR untuk menyewa ruang iklan pada koc komuter KTMB. "Pada 8 Januari lalu, kami ada hantar surat kepada Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir melalui tangan dan surat itu sudah diterima dengan terdapat akuan penerimaan pada salinan surat itu sebagai bukti penerimaan. "Tujuannya adalah untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai bertugas untuk mendapatkan sebut harga tapak iklan dan sebagainya seperti mana BN. "Tetapi malangnya tiada sebarang jawapan dari KTMB," ujar Hannah yang juga merupakan Adun Subang Jaya. Hannah turut mempertikaikan keengganan KTMB menjawab persoalan yang pernah ditimbulkan sebelum ini, iaitu samada KTMB mengenakan sebarang bayaran kepada Umno-BN untuk iklan mereka. Dalam isu sama Hannah turut menempelak Datuk Seri Mohd Zin Mohamed agar lebih bijak membezakan antara jawatan Kordinator BN Selangor dengan Pengerusi KTMB yang kedua-duanya disandang beliau. Dilaporkan sebelum ini bahawa Umno-BN menjalankan propaganda politik mereka menerusi iklan 'Sayangi Selangor' di stesen dan gerabak KTMB. | ||||
Tarik balik saman AES, pulangkan denda, bekas peguam negara memberitahu Gani Patail Posted: 01 Feb 2013 05:11 AM PST Pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun, beliau yang sekarang seorang penjawat awam bersara menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat. "Ia adalah benar-benar tidak adil dan tidak munasabah untuk membenarkan saman dikeluarkan tetapi tidak membenarkan pendakwaan kes itu jika seseorang atau orang-orang yang disaman ingin mencabar tindakan pihak berkuasa itu. "Di manakah mereka pergi untuk mendapatkan keadilan? Mahkamah mesti bertindak secara bebas dan tidak menerima arahan daripada Pendakwa Raya," kata beliau dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini. Pejabat Peguam Negara dan kerajaan persekutuan dikritik hebat bulan lepas diatas pembekuan pendakwaan pesalah trafik di bawah AES akan tetapi membenarkan sistem itu untuk terus beroperasi. Pembekuan saman itu diarahkan selepas bantahan terhadap sistem tersebut yang telah mengeluarkan 300,000 saman sejak ia bermula pada 23 September tahun lalu. Keputusan itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang meluas dan mendorong pentadbiran Najib memikirkan untuk menghentikan pelaksanaan sistem yang menyebabkan pengguna menerima dua saman termasuk dari perangkap kelajuan polis di sepanjang lebuh raya. Tidak berapa lama selepas pembekuan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengatakan sistem AES akan beroperasi seperti biasa dan saman akan terus dikeluarkan, membangkitkan lebih banyak kritikan dari mereka yang menentang sistem tersebut. "Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu," kata Kong pada 26 Disember. Namun, Kong turut mengakui saman AES tersebut bermasalah dari sudut perundangan dan kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan tersebut. Bulan lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung. Dalam satu kenyataan, mereka bagaimanapun menegaskan saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah. Abu Talib, walau bagaimanapun, menyimpan kritikan terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar), yang dilaporkan telah mengakui kelemahan dalam AES. Abdul Gani dilaporkan berkata saman masih lagi sah akan tetapi mengakui terdapat kelemahan dalam aspek undang-undang saman tersebut dan pejabatnya masih lagi dalam perbincangan tentang bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Pada 13 Januari, akhbar berbahasa Melayu Mingguan Malaysia melaporkan peguam tertinggi negara itu keputusan berkenaan dengan ribuan saman yang telah dikeluarkan setakat ini masih tidak boleh didedahkan kerana ianya melibatkan beberapa jabatan. "Hakikat beliau mengatakan pejabatnya memerlukan masa untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan AES serta memastikan semua peraturan dan tatacara berada di tempatnya sebelum prosiding mahkamah dimulakan adalah satu pengakuan bahawa sistem tersebut tergesa-gesa dilaksanakan tanpa memikirkan dengan mendalam untuk undang-undang dan hak rakyat," katanya. Menurut Abu Talib, kenyataan Abdul Gani membuktikan sistem AES tidak diperincikan dengan teliti terlebih dahulu oleh kerajaan sebelum ianya dilaksanakan. "Jika ia benar, bahawa semua peraturan dan tatacara masih belum tersedia, perkara yang betul untuk beliau lakukan adalah untuk menarik balik semua saman yang dikeluarkan dan memulangkan semula semua denda yang dibayar, jika ada," kata beliau yang pernah mempengerusikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi JPJ berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya. Pihak polis, yang menguatkuasakan undang-undang had laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek saman berganda untuk pemandu ingkar. Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) telah menggunakan isu ini menjelang kempen pilihan raya yang perlu diadakan pada April selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat. | ||||
Abdullah Sammah Tanding Atas Tikit Umno? Posted: 01 Feb 2013 05:06 AM PST MSO Satu maklumat yang baru saya terima dari Kelantan, guru pondok tersohor di Tumpat yang lantang mengkritik Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdullah Samaah katanya akan diletakkan sebagai calon UBN di salah stau kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.
Beberapa orang tertentu yang menganggotai satu unit kajian bebas mengenai bakal calon Umno di Kelantan mengemukakan cadangan ini langsung kepada presiden parti Mohd Najib Razak tanpa melalui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed. Alasan untuk menurunkan Abdullah untuk mempengaruhi pengundi Melayu di Kelantan mengenai isu-isu agama seperti kalimah Allah, doa KO Umno, Umno KO dan juga 'keceluparan' Nik Aziz dalam ceramahnya seperti menyebut 'Tuhan mencarut', Nabi Muhammad sama dengan budak kampung bernama Mamat saja dan sebagainya. Unit kajian itu juga mencadangkanh kepada Najib agar Umno menguar-uarkan Abdullah bakal dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan. Alasannya keilmuan dan kedudukan beliau sebagai guru pondok amat sesuai dilantik sebagai MB Kelantan. Menurut unit ini satu survey telah diadakan di kalangan pengundi Melayu berusia 55 tahun ke atas bersetuju kalau Abdullah diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun menurut kajian itu mereka tidak setuju kalau Abdullah diuar-uarkan bakal MB Kelantan kerana beliau tidak ada pengalaman sebagai seorang adimstratif. Sementara itu difahamkan kerusi yang kemungkinan akan diberikan kepada Abdullah ialah di Pengkalan Kubur yang kini disandang oleh Nur Zaidi Omar. Kerusi itu tepat kerana pusat pengajian Abdullah berada dalam kawasan berkenaan iaitu di Genting Tumpat. Sementara Nur Zaidi pula katanya dicadangkan supaya dipindah ke kerusi parlimen. Sebelum ini setiap kali pilihan raya UBN menurunkan tokoh-tokoh atau guru agama menjadi mereka calon tetapi semua tewas. Antara calon UBN bertaraf ustaz atau tok guru termasuklah Mustapa Taib, Wan Ismail Wan Ahmad, Dusuki Ahmad, Mohd Nor Deris, Zainal Abidin Abdul Kadir dan Shukeri Mohamad dan lain-lain | ||||
Apa kata tukar nama Akta Perhimpunan Aman? Posted: 01 Feb 2013 05:00 AM PST
KUALA LUMPUR: Memandangkan Akta Perhimpunan Aman mempunyai pelbagai kekangan yang tidak sesuai pada namanya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata lebih elok kalau akta tersebut ditukar nama. "Ini kerana syarat dalam akta tersebut tidak menggambarkan semangat dalam akta tersebut seperti larangan membawa kanak-kanak," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan polis untuk mencari 14 orang suspek membawa kanak-kanak ketika perhimpunan raksasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu. "Cari anak orang hilang tak secepat itu," sindir Tuan Ibrahim. Selain Tuan Ibrahim, ramai yang mengeluh mengenai tindakan polis yang disifatkan double standard, kerana ibu bapa yang membawa anak-anak ke himpunan yang dianjurkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pula diberi 'layanan' yang sama. Oleh yang demikian, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata eloklah untuk Akta Perhimpunan Aman mengambil nama yang lain. "Kalau aman, kenapa banyak sangat pantang larang seolah-olah tidak aman," tambah beliau lagi. Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua mendakwa polis sedang mengikut telunjuk Umno dalam memburu 14 ibu bapa terbabit. "Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat berkumpul di HKR," kata beliau yang dipetik Suara Keadilan. | ||||
Dasar transformasi Najib gagal: Kerajaan BN patut ditukar pada PRU-13 Posted: 01 Feb 2013 04:55 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan yang diperintah Barisan Nasional (BN) patut ditukar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti kerana kegagalan slogan dan dasar transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Katanya, ini termasuk sikap berpura-pura Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat pendatang tanpa izin di Sabah, risiko tinggi Malaysia dalam rasuah pertahanan dan kedudukan kebebasan akhbar paling buruk. Beliau berkata, hampir setiap hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan bukti kegagalan slogan dan dasar transformasi Najib termasuk siasatan RCI Sabah yang sudah masuk minggu kedua pendengaran awam. "Rakyat Sabah dan Malaysia bimbang kerana RCI tidak akan mampu menggali kebenaran hingga ke dasar mengenai tindakan menghalalkan pendatang tanpa izin di Sabah menyebabkan penduduk negeri itu meningkat lima kali ganda daripada 600,000 pada 1970 kepada 3.3 juta sekarang mengikut komen seorang pembaca Malaysiakini. "Bagaimanapun kecacatan sebenar RCI adalah lapan syarat yang ditetapkan tidak termasuk mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab melakukan pengkhianatan terhadap negara di dalam skandal "kewarganegaraan untuk undi" di Sabah – atau secara terperinci menyiasat dan mengenalpasti dalang Projek M dan Projek IC," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 71 Hari ke PRU-13, semalam. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, RCI Sabah akan berakhir dengan sia-sia melainkan RCI Sabah dimasukkan syarat tambahan untuk menyiasat dan mengenalpasti dalang Projek M dan Projek IC di Sabah. Bagaimanapun, katanya, adakah Najib Razak bersedia memasukkan syarat kesembilan dalam RCI Sabah bagi menyiasat dan mengenalpasti dalang Projek M dan Projek IC dan mencadangkan tindakan diambil terhadap pengkhianat negara. "Kedua, pemantauan ketelusan antarabangsa yang terkemuka melaporkan Malaysia berada pada kedudukan berisiko tinggi rasuah dalam perbelanjaan pertahanan dan operasinya dan meletakkan Malaysia seiring dengan negara seperti Bangladesh, Pakistan, China, Russia, Kazakhstan dan Jordan. "Di dalam Indeks Anti-Rasuah Pertahanan Kerajaan, analisis global pertama terhadap risiko rasuah di dalam pertahanan seluruh dunia yang dikeluarkan Transparency International UK semalam, Malaysia mendapat D- di dalam kumpulan antara A hingga F. "Kedudukan itu membuktikan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) gagal meletakkan antara keutamaan tertinggi memerangi rasuah, memandangkan indeks anti-rasuah terbaru selepas kajian selama dua tahun dilakukan antara Julai 2011 dan November 2012 – memberikan tamparan hebat kepada GTP dan NKRA Najib yang berlangsung sejak empat tahun lalu," katanya. Menurutnya, di kalangan negara Asean, Singapura dan Thailand, pencapaian Malaysia kedua-duanya mendapat D+, manakala Indonesia dan Filipina di belakang Malaysia dalam kumpulan E. Setiap kerajaan dinilai dalam lima bidang berkemungkinan ada risiko rasuah pertahanan – politik, kewangan, kakitangan, risiko operasi dan perolehan. Malaysia memperoleh mata terendah di dalam risiko kewangan dan operasi iaitu 25 dan 10 peratus daripada jumlah 100 peratus. Laporan bahagian negara ke atas Malaysia mendapati "Kelemahan rasuah politik adalah tinggi, memandangkan tidak terdapatnya jawatankuasa pertahanan dan keselamatan dan peranan Parlimen di dalam sektor itu pula terhadap pada sekadar meluluskan belanjawan agregat dan umum. "Ketiga, Malaysia menjunam ke kedudukan terendah dalam sejarah yakni ke-145 di dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2013 – paling buruk sejak Reporters Without Border (RSF) memulakan indeks tahunan itu pada 2002. "Di bawah tajuk yang tidak menarik iaitu "Cambodia and Malaysia: drift towards authoritarianism" bagi Asia Tenggara, RSF menyatakan kedudukan kebebasan akhbar Malaysia 2013 "mempamerkan rekod menyedihkan iaitu jatuh 23 pada kedudukan lebih rendah berbanding yang diperoleh pada 2002", kerana "kempen menekan kerajaan, seperti yang digambarkan melalui tindakan keras terhadap protes Bersih 3.0 pada April tahun lalu dan usaha penapisan, berterusan melemahkan kebebasan asas dalam hak memperoleh maklumat," katanya. – Roketkini.com | ||||
Pojok: Cabai Burung – UMNO apa lagi? Posted: 01 Feb 2013 04:50 AM PST Roketkini.com DISANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah dilema yang sedang menghantui UMNO-BN membuatkan mereka hilang arah dalam rangka politik buruk-memburuk dan fitnah-memfitnah yang sering mereka putarkan. Di sebalik sensasi isu kalimah Allah yang dimomok-momokkan, dalam kekecohan Perkasa yang konon mahu membakar Bible versi bahasa Melayu, dua tokoh politik negara, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh bertemu dalam suasana penuh mesra memberi renjatan mengejutkan UMNO-BN. Apalagi, ia bukanlah pertemuan formal di pentas ceramah. Malahan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut hari lahir beliau ke-82 di rumah Pengerusi DAP itu. Mungkin hasil pertemuan ini polemik isu kalimah Allah yang dicipta balaci dan propagandis UMNO-BN terbantut tidak sampai klimaksnya. Ada yang kata PAS dah lain. Ada yang kata DAP pun dah lain. "Dulu bujang sekarang dah kahwin," sindir seorang teman UMNO. Lebih ekstrim, ada juga pencacai UMNO menuduh yang bukan-bukan, "Tengok, ini bukti PAS barua DAP." Sudah tentu orang yang melabel 'barua' bagi pertemuan dua tokoh utama oposisi ini cetek akal. Ia sama dangkal kalau kita menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi barua kepada Kristian apabila beliau mengunjungi Pope Benedict XVI di Rom, pada 18 Julai 2011. Apapun persepsi yang tercipta dengan pertemuan bersejarah dua tokoh yang sering dilaga-lagakan itu, ia telah mengukir satu lembaran baru ukhwah yang terpahat di kalangan parti gabungan Pakatan Rakyat (PR). Bila mana seorang pemerintah Kristian, Raja Najashi yang memerintah Habsyah memberi suaka politik kepada sekumpulan umat Islam yang memohon perlindungannya, ia telah memulakan satu era baru dalam sejarah awal ketamadunan Islam dan menggambarkan ketinggian sifat manusiawi. Ini yang UMNO-BN cemburui. Dominasi UMNO terhadap parti gabungan di bawah BN seperti MCA dan MIC jauh bezanya dengan amalan PR. Amalan jahiliah 'dominasi' UMNO ini sudah tak terbendung lagi sehingga melingkupkan ekonomi negara. Sebab itulah banyak benda yang tak mampu dijawab Najib sendiri. PR menjunjung prinsip hak untuk berbeza pendapat, bekerjasama memartabatkan rakyat. Sudah tentu ia tidak lari daripada acuan demokrasi. Yang pasti, UMNO gagal memperbodohkan rakyat Malaysia. Kesedaran dan sensitiviti di kalangan kita semakin kukuh. Jadi, UMNO apa lagi? -Roketkini.com | ||||
Wakil Rakyat Tunggu Hasil Laporan Polis Dibuatnya Posted: 01 Feb 2013 04:44 AM PST MSO Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan yang dipukul menyebabkan cedera di bahagian leher dan punggung masih tertanya-tanya mengenai laporan polis yang dibuatnya berhubungan serangan oleh dua lelaki terhadapnya. Setelah lebih dua minggu laporan polis dibuat beliau belum menerima apa-apa perkembangan atau maklumat mengenai status laporan berkenaan ini menyebabkan timbul tanda tanya, apakah polis sudah mengambil tindakan menyiasat kejadian itu atau belum? "Sesuatu yang agak menghairankan juga kerana sehingga kini saya tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai laporan polis saya itu , atau prosudernya memang begitu?" kata Adun berkenaan memaklumkan perkara berkenaan dengan rasa kesal. Disebabkan keadaan itu beliau keliru apakah laporan itu disiasat atau tidak dan ia menghairankan kerana biasanya dalam kes-kes melibatkan orang kenamaan polis cepat bertindak. Dalam kejadian tengah pada 17 Januari lalu di sekitar Jalan Bayam Kota Bharu, wakil rakyat berkenaan diserang oleh dua orang lelaki. Gara-gara itu menyebabkan beliau tercedera di bahagian leher dan punggung. Kecederaan di bahagian punggung agak serius dan kemungkinan ia boleh membawa kecederaan kekal. Ekoran kejadian itu wakil rakyat yang baru sepenggal menang itu membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu dua hari kemudian pada 19 Januari setelah dinasihatkan mendapat laporan perubatan terlebih dahulu. Laporan itu diterima dan dimaklumkan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 323 KK yang akan disiasat oleh Inspektor Siti Alina Mohd Adil Natkunasingam. Bersama laporan polis itu disertakan juga perakuan dari doktor yang merawat wakil rakyat itu dan yang mengesahkan berlaku kecederaan agak membimbangkan. Beliau sangat berharap agar laporan polis itu akan diambil tindakan segera demi keadilan semua. | ||||
Jelajah SAMM, ABU 16 lokasi seluruh negara Posted: 01 Feb 2013 04:40 AM PST KEADILAN DAILYBeberapa minggu yang lalu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menerbitkan satu kenyataan media yang menyentuh pengakuan Tun Mahathir dalam penipuan pilihanraya dalam soal pemberian kad pengenalan kepada warga asing. Perenggan terakhir kenyataan tersebut yang membayangkan satu Roadshow akan dilancarkan oleh SAMM adalah seperti di bawah;Demi rakyat dan kecintaan terhadap negara ini, SAMM dengan kerjasama pelbagai organisasi massa akan sekali lagi menjelajah ke seluruh tanahair termasuk Sabah dan Sarawak bagi meniup kesedaran awam dalam isu babitkan warga asing dan juga menggerakkan massa untuk mengekang warga asing daripada menjadi pengundi talibarut rejim pemerintah. 1 Febuari 2013 menjadi tarikh penting bermulanya Roadshow anak muda demi pecutan akhir sebelum PRU-13. Menyedari PRU ke 13 ialah peluang terbaik menumbangkan regim warisan penjajah (Umno Bn), maka Roadshow dijayakan oleh SAMM dengan bekerjasama rapat dengan sekutu-sekutu ABU, organisasi mahasiswa serta anak muda dan berkerjasama rapat dengan perbagai peringkat Pakatan Rakyat. . SAMM sebuah ormas muda bebas, bukan kerajaan atau front mana–mana parti politik tetapi mengambil sikap politik dan antara objektif jelas SAMM ialah mempersiapkan rakyat untuk perubahan dan menyedarkan hakikat perubahan hanya boleh bermula dengan jatuhnya Umno Bn. Maka untuk itu SAMM sentiasa berusaha bersungguh–sungguh menjatuhkan Umno Bn dengan apa cara sekalipun. Untuk itu SAMM membuat keputusan untuk menjatuhkan Bn, Pakatan Rakyat (PR) seharusnya dibantu. SAMM bersekutu mendokong idea ABU iaitu bersekutu ke arah perubahan. Sememangnya peluang untuk menang berdasarkan tapak sokongan amat cerah. Namun penipuan PRU menjadi musuh utama. Jesteru itu regim harus diberi amaran, rakyat harus dipersiap minda, berlaku saja penipuan yang memenangkan Bn maka dalam tempoh 24 jam rakyat harus turun ke jalan tanpa arahan. Maka, Roadshow kali ini sememangnya khusus untuk menyampaikan 'signal' yang jelas kepada setiap kawasan tumpuan di seluruh tanahair selain menjadi medan pecutan akhir demi memberi fokus penyebaran maklumat semaksima mungkin terus kepada rakyat. Juga turut akan diedar di sepanjang Roadshow (dalam program pagi dan petang di setiap lokasi) ialah set risalah yang diterbit oleh gerakan ABU dan SAMM sendiri selain memastikan maklumat PR dapat turun terus ke tangan rakyat. Ia adalah Roadshow dengan strategi 'serampang beberapa mata'. Sempena Roadshow SAMM-ABU, beberapa sidang media juga akan berlangsung pada tarikh dan masa berikut; Sidang Media: Pelancaran Roadshow SAMM-ABU "AMARAN: TIPU PRU, RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU" Tarikh: 4 Febuari (Isnin) Masa: 10 pagi Lokasi: Dewan Perhimpunan Cina KLSCAH Kepada semua editor, mohon jasa baik semua rakan media agar dapat menghantar wakil membuat liputan untuk semua sidang media di atas. Disenaraikan juga dalam kenyataan ini, jadual ringkas Roadshow SAMM-ABU; 1 Feb – Kg Parit Perawas, Sg Rambai, Melaka (012-2478016) 3 Feb – Jalan Seroja 1, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor (012-3312364) 4 Feb – Kg Bahagia Teluk Intan, Perak (012-5595258) 5 Feb – Dewan Sepak Takraw Sg Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor (012-3312364) 6 Feb – Dataran Pasti Bandar Putra, Kulai, Johor (012-7030747) 7 Feb – Taman Kenanga, Jalan Bakri, Muar, Johor (017-3563823) 9 Feb – Felda Palong 2, Gemas, N.Sembilan (Pertanyaan 0123696474) 11 Feb – Depan Kem Pga Kubang Badak, Kuala Terengganu, Terengganu 12 Feb – Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan (019-9317608) 13 Feb – Pej Keadilan Paya Besar, Permatang Badak, Kuantan, Pahang (017-9573855) 18 Feb – Depan Pasaraya C-Mart Arau, Perlis (019-4342244) 19 Feb – Kg Sungai Layar Hujung, Sg Petani, Kedah (017-5568557) 20 Feb – Bukit Panchor, Nibong Tebal, P.Pinang (012-4702074) 21 Feb – Upu Pas Teluk Sarih Kg Gajah, Perak (012-5595258) 22 Feb – Palm Grove, Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Selangor (019-9809974) 23 Feb – Kemuncak: Sebuah Konvensyen Di Kuala Lumpur (010-2675872) (nombor pertanyaan dalam kurungan) Maklumat lanjut akan diumum dalam sidang media 4 Febuari nanti. Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda SAMM | ||||
Anwar sambut kunjungan delegasi pemimpin Hamas Posted: 01 Feb 2013 04:31 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Kunjungan delegasi Hamas ke ibu pejabat KEADILAN pagi tadi disambut meriah pimpinan KEADILAN.Hubungan persaudaraan yang erat jelas terpancar apabila ketua delegasi iaitu Ahli Biro Politik Hamas, Dr Waled Alamoudi memeluk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena kunjungan tersebut. Waled turut menyarungkan mafla bercorak bendera Palestin kepada pimpinan KEADILAN. Sebuah kek berbentuk masjid turut dipotong dan dijamu kepada wartawan yang hadir. Aqsa Syarif yang diwakili Pengerusi, Dr Hafizi Mohd Nor dan duta yang juga pengarah dan pelakon popular, Afdlin Shauki turut bersama dalam pertemuan itu. Dalam sidang media itu, NGO yang aktif memperjuang hak rakyat Palestin itu turut menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia berjumlah AS$700,000 (RM2.175 juta) bagi membina semula Masjid Nour Al Hamidi di Gaza yang musnah dibom tentera Israel. Selain Waled, wakil Hamas yang hadir ialah bekas Menteri Hal Ehwal Sosial Gaza, Ahmad Al-Kurd, Dr Nazim Syeikh Ahmad Yassin (saudara kepada pengasas Hamas, Syeikh Ahmad Yassin) dan Abd Nabi Al-Rantissi (saudara kepada pengasas bersama Hamas, Abdel Aziz al-Rantissi). Antara pimpinan KEADILAN yang hadir pula adalah Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Ketua Biro Antarabangsa, Yusmadi Yusof. | ||||
Anwar tiada kaitan projek IC, pasukan khas ditubuh Mahathir Posted: 01 Feb 2013 04:29 AM PST Oleh: Aedi Asri PETALING JAYA Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang menuduh beliau terlibat dalam pemberian kad pengenalan (IC) kepada pendatang asing di Sabah. Anwar menegaskan perkara itu tidak pernah dibawa ke kabinet dan beliau sendiri tidak pernah mempengerusi sebarang mesyuarat. Sebaliknya, Anwar berkata, pasukan khas itu dikendalikan Mahathir, orang kanannya, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin dan timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. "Tanya semua menteri yang ada dalam kabinet pada masa itu dan selepasnya, (Projek IC) tidak pernah dibentang dalam kabinet. Tiada satu minit yang (dapat) tunjukkan saya hadir dalam mana-mana mesuarat task force. "Tidak pernah ada laporan dikemukakan kepada saya, sama ada selaku Menteri Kewangan atau Timbalan Perdana Menteri. Tidak pernah ada sama sekali rekod yang berkenaan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN pagi tadi. "Soalnya, apakah Mahathir boleh nafikan beliau bertanggungjawab asaskan taskforce? Dia yang lantik Aziz Shamsuddin dan Megat Junid. Semua laporan sampai kepada pengetahuan beliau," katanya lagi. Anwar sebelum ini menyatakan kesediaannya memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Projek IC di Sabah jika dipanggil untuk berbuat demikian. Dalam pada itu, beliau turut mengulangi gesaannya agar RCI turut menyiasat penglibatan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam hal itu. "Kita tahu taskforce itu berterusan. Jadi sepatutnya tanya juga (kepada) Tun Abdullah dan Najib. Ini wajar ditanya," katanya lagi. | ||||
Komplot polis & HKL untuk tutup pembunuhan Sugumar – Surendran Posted: 31 Jan 2013 11:56 PM PST Oleh Arif Juhani KUALA LUMPUR : Dolak-dalik polis dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung tuntutan bedah siasat kedua C Sugumar dipercayai untuk mengelak keganasan polis ke atas mendiang terbongkar. Kelewatan polis mengeluarkan kebenaran bertulis kepada hospital tersebut untuk bedah siasat kedua mangsa turut dikecam. Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, polis sengaja melengahkan bedah siasat supaya kes yang didakwa sebagai pembunuhan itu tidak diketahui umum. "Peguam mendiang Sugumar, Eric Paulsen hari ini memaklumkan bahawa HKL tidak akan membuat bedah siasat kedua selagi polis belum mengeluarkan kebenaran bertulis. "Polis dan HKL juga dianggap berkomplot kerana gagal memberikan jawapan memuaskan kepada kita," katanya kepada Keadilan Daily. "Bila tanya polis, mereka suruh kita tanya HKL begitulah sebaliknya. Sikap seperti ini memang dangkal dan memualkan!" katanya. Beliau menambah, kelembapan polis mengeluarkan surat kebenaran kerana mahu menyembunyikan fakta sebenar pembunuhan Sugumar. "Polis takut jika bedah siasat kedua dibuat, kezaliman polis yang menyebabkan kematian Sugumar akan diketahui orang ramai. "Kita desak polis segera bantu siasatan untuk HKL buat bedah siasat kedua. Jangan sembunyikan kebenaran!" tegasnya. Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, tiada halangan bedah siasat kedua dijalankan seperti diminta keluarga mangsa asalkan kos pembedahan itu ditanggung sendiri. | ||||
Bayar RM1.5 juta pada Zahida, SPRM dijangka panggil Shafie Afdal? Posted: 31 Jan 2013 11:51 PM PST Oleh: Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal untuk menyiasat pemberian RM1.5 juta kepada seorang artis terkenal, Zahida Rafik. Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, seorang pegawai SPRM memberitahu akan memanggil Shafie selepas mendapat keterangan daripada Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin. "Memang sepatutnya amalan neutral mana-mana siasatan, kedua pihak pengadu dan yang diadu dipanggil memberi keterangan. "Peranan SPRM yang sepatutnya ialah menyiasat mana-mana transaksi yang mencurigakan, tanpa perlu menunggu aduan orang ramai," katanya kepada Keadilandaily. Tambah Latheefa, beliau difahamkan pelakon berkenaan telah dipanggil memberi keterangan kepada SPRM, namun sesi tersebut dibuat secara 'diam-diam'. Manakala Zuraida belum dipanggil setakat ini. Latheefa pagi ini menemani Noor Azman Azemi, 39, bekas pemandu Zahida Rafik yang dipanggil SPRM untuk membantu siasatan aduan yang dibuat Zuraida. Pada 18 April 2012, Zuraida mendedahkan, transaksi RM1.5 juta itu berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000) Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta. Kata Latheefa, siasatan dibuat dibawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Azman disoal kira-kira 20 soalan oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Timbalan Pegawai Penyiasat selama kira-kira sejam setengah. Azman ketika ditemui Keadilandaily berkata, beliau mahu Zahida membersihkan namanya yang tercemar kerana reputasi kerjanya yang rosak hingga menyukarkannya mendapat pekerjaan. Pada 2 Mac 2012 akhbar Harian Metro muka hadapan melaporkan Zahida kehilangan RM200,000 dan kemudiannya menuduh Azman melarikan wang tersebut. | ||||
Bubar Dun awal tidak bawa perubahan Posted: 31 Jan 2013 11:40 PM PST SHAH ALAM - Penganalisis berpendapat tindakan Kerajaan Selangor mengumumkan tarikh pembubaran Dun selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan, tidak memberi perubahan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, keputusan itu tertakluk kepada kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (Kita) itu berkata, pemimpin politik di negara ini wajar duduk bersama untuk menentukan tarikh pilihan raya. "Ini kerana, saya lihat negara kita ini sering berpolitik dalam segala hal. Tarikh pilihan raya pun dipolitikkan. "Saya juga cadang kita ikut cara Amerika Syarikat tentukan tarikh. Mereka tetap tarikh PRU seterusnya, selepas selesai pilihan raya," katanya. Beliau berpendapat, tindakan Kerajaan Selangor mengumumkan awal pembubaran untuk mengelakkan lebih banyak isu-isu negatif timbul. "Jika lebih lambat PRU13, mereka khuatir beri kesan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri, kerana jika dilihat banyak isu dikaitkan dengan Selangor seperti krisis air," katanya. Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, pembubaran Dun sewajarnya dilakukan serentak dengan Parlimen bagi elak kekeliruan. Ketika ditanya sama ada pengumuman awal ini dibuat kerana untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat supaya bubar Parlimen lebih awal, beliau berkata, faktor psikologi ini juga berkemungkinan berlaku. Namun katanya, rakyat pastinya akan mempersoalkan mengapa negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) yang lain tidak berbuat perkara yang sama. "Mengapa hanya Selangor, tidak bagi Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah," katanya. | ||||
Hadi: Pas, Umno tidak boleh bekerjasama Posted: 31 Jan 2013 11:39 PM PST ALOR SETAR - Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana ia tidak tahu memerintah. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam. "Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno, boleh bekerjasama. Tapi baik perintah negeri, Umno tidak tahu memerintah negeri. Tidak boleh kerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah. "Contoh di Kedah, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Pas baru empat tahun perintah. Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah, dia (Umno) kata kita la punya kerja," katanya di sini, kelmarin. Beliau berkata, begitulah keadaan Melayu yang mudah lupa kerana menyalahkan PR menjadi punca masalah air walaupun ia baru memerintah empat tahun di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. | ||||
PRU13: Calon PAS selesai hampir 100% Posted: 31 Jan 2013 11:35 PM PST KUALA LUMPUR: PAS sudah hampir seratus peratus selesai meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, PAS lebih mementingkan kerusi Parlimen dan Dun boleh menang berbanding kuantiti kerusi yang ditandingi. "Sehingga kini lebih 90 peratus (calon) kita sudah selesai. Yang masih tinggal hanya masalah yang terlalu kecil yang boleh diselesaikan walaupun pilihan raya diadakan bila-bila masa. "Kawasan bertanding sebahagian besar sudah selesai cuma sedikit sahaja kerusi yang masih dalam perbincangan dan itu bukan masalah besar. "PAS memikirkan seberapa banyak kerusi yang menang bukan seberapa banyak kerusi yang bertanding," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini. Ustaz Hadi juga berkata, kerusi yang akan ditandingi PAS juga bertambah setelah berjaya di beberapa buah negeri. "Insya Allah kerusi kita akan bertambah dan kita akan usahakan. Pilihan raya yang lalu kita tumpu kepada negeri-negeri dan PAS telah berjaya memimpin tiga buah negeri dari lima negeri yang menang iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. "Kita mendapat 82 kerusi Dun, DAP dapat 70, PKR 40 dalam keadaan kita agak kecil jumlah di Parlimen kerana lebih tumpu kepada Dun masa itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. Justeru katanya, berdasarkan pencapaian PAS di beberapa buah negeri sebelum ini, PAS sudah bersedia mengambil alih pemerintahan daripada BN. "Kita telah berjaya mencapai (kejayaan) di tiap-tiap negeri ada wakil rakyat sekurang-kurangnya di Dun kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak. "Ini menunjukkan pengaruh kita sudah masuk ke setiap negeri termasuk Johor yang dianggap kubu Umno. "Kewujudan wakil rakyat kita di negeri ini mengembangkan lagi pengaruh PAS di samping negeri-negeri yang belum mendapat tapak," katanya. Tambahnya, PAS sudah mula bertapak di Sabah dan Sarawak dan akan meletakkan kerusi di kedua-dua negeri tersebut. | ||||
Senarai negara ramai didiami Yahudi Posted: 31 Jan 2013 11:34 PM PST Sudah tentu negara yang pertama paling ramai dihuni oleh bangsa Yahudi adalah Israel dengan jumlah penduduknya 5313800 (40% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia). Data-data ini dapat memberikan sebuah gambaran yang mendalam pada peringkat dasar setiap negara, yang berkaitan dengan politik, ekonomi, perdagangan, pertahanan-keselamatan, budaya, ilmu pengetahuan, teknologi-maklumat, dan bahkan bidang pertanian. Semakin ramai jumlah orang Yahudi di sebuah negara, semakin kuat pengaruhnya terhadap aspek-aspek polisi pemerintahan di sebuah negara. Ini sudah menjadi fakta yang sifatnya umum. Negara-negara yang jumlahnya penduduk Yahudi cukup ramai, bererti negara itu sudah berada dalam 'genggaman' golongan Yahudi. Ini kerana orang Yahudi selalu membina jaringan yang sangat kuat, berdasarkan hubungan darah (ras), ideologi (agama) dan kepercayaan atau mitos bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan 'tuhan'. Di luar Israel, sepuluh negara yang jumlah Yahudinya paling ramai adalah;
Dari data ini golongan Yahudi yang paling ramai di luar Israel, ialah di Amerika yang jumlahnya seramai 5,275,000 (40% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), maka Amerika sebagai negara 'super power' yang mempunyai pengaruh secara global, baik di bidang ekonomi, perdagangan, petahanan-keselamatan dan memberi kesan sangat luas. Di Amerika yang sangat terkenal dengan 'lobi' Yahudi yang sangat berpengaruh seperti AIPAC dan JAC yang semuanya mempengaruhi kehidupan nasional Amerika. Jadi dengan jumlah golongan Yahudi yang ramai, dan sudah menyerap kedalam semua institusi awam yang ada di Amerika, maka melihat keadaan ini para pemimpin Israel telah menganggap Amerika sebagai tanah air mereka. Israel dengan mudah mengawal dasar terhadap negara dan pemerintah Amerika Selain itu, beberapa negara Eropah yang sangat strategik iaitu Perancis, Britain dan Jerman, terdapat populasi Yahudi yang besar (lihat jumlah daftar Yahudi). Disamping Rusia yang sejak zaman Tzar, orang-orang Yahudi sudah mempunyai pengaruh yang sangat penting dalam kehidupan politik Rusia. Bahkan, sebahagian pemimpin politik dan ideologi Parti Komunis Rusia adalah Yahudi. Seperti Karl Marx, Lenin, Stalin dan lain-lain. Malah, orang kedua terkaya di Rusia, Roman Abromovich, yang memiliki kelab Chelsea adalah Yahudi. Semua negara Barat, bergabung dalam kumpulan G8 (Kumpulan Negara Industri), di negara mereka masing-masing terdapat jumlah Yahudi yang ramai dan pada umumnya mereka mempunyai pengaruh yang sangat penting. Namun, yang menjadi pusatnya adalah di Tel Aviv. Negara-negara lain, seperti Amerika, Perancis, Kanada, Britain, Rusia dan Jerman, hanya menjadi 'proxy' kepada Israel. Dalam kes konflik di Timur Tengah, sejak wujudnya negara haram "Israel" pada tahun 1948 sehingga perang 1956, 1967, 1973 serta serangan Israel di Lebanon pada tahun 1982 serta perang di Lebanon Selatan 2006. Kali terakhir pencerobohan Israel ke Gaza, semuanya menggunakan 'proxy', negara yang sudah di bawah bayang-bayang Israel. | ||||
Posted: 31 Jan 2013 11:29 PM PST SHAH ALAM - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor, yang menjadi perhatian ekoran isu perlombongan pasir tiga tahun lalu, kini dilihat berhadapan dengan krisis pengurusan apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya dipecat. Sinar Harian difahamkan, Wan Ab. Halim Wan Ismail, yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada Julai 2010, dipecat oleh lembaga pengarahnya atas alasan salah guna kuasa dan melanggar prosedur operasi. Pemecatannya Wan Ab. Halim, 65, dilihat mengejutkan banyak pihak dalam KSSB sendiri memandangkan kontraknya disambung dua tahun lagi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Julai lalu. Pemecatannya dimaklumkan kepada Wan Ab Halim secara bertulis awal bulan selepas lembaga pengarahnya melantik sebuah firma bebas untuk menjalankan siasatan. Usaha mendapatkan pengesahan beliau dan lembaga pengarah belum berhasil. Sinar Harian juga difahamkan lembaga pengarah mengadakan mesyuarat sehingga lewat malam tadi membincangkan isu ini. "Beliau (Wan Ab. Halim) dipecat awal bulan ini, pemecatan berkuat kuasa akhir Januari... difahamkan akan ada CEO bulan depan," kata sumber yang dekat dengan KSSB kepada Sinar Harian. Isu pemecatannya juga menjadi perhatian beberapa blog yang mengaitkan dengan percaturan politik komponen Pakatan Rakyat (PR) Selangor. Blog itu mendakwa hasil siasatan tidak menunjukkan sebarang bukti dan lembaga pengarah tidak memanggil Wan Ab. Halim untuk memberi keterangan dan penjelasan berkenaan isu ditimbulkan. Difahamkan firma siasatan kes beliau ada memanggilnya untuk mendapatkan keterangan. "Pemecatan ini juga mengejutkan kerana Semesta tunjuk prestasi baik sejak dua tiga tahun lalu," katanya. Sumber memberitahu bahawa Wan Ab. Halim menerima surat bercuti daripada Menteri Besar akhir November lalu sebelum ia disambung sehingga akhir Disember. Sumber juga berkata, Wan Ab Halim didakwa meluluskan sebuah syarikat mengadakan perlombongan pasir secara haram, yang dikatakan menerima kelulusan pertengahan tahun lalu. Jawatan Wan Ab. Halim itu adalah jawatan baru diwujudkan kerajaan negeri dalam KSSB susulan isu pasir dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2010 ke atas dua ahli lembaga pengarahnya yang merupakan Adun. Wan Ab. Halim, 62, yang berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University, United Kingdom berpengalaman luas dalam bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batu, timah, besi dan emas. Kerajaan negeri Selangor menubuhkan KSSB bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu. KSSB melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 September 2008 yang dirasmikan oleh Abdul Khalid sendiri. KSSB yang ditubuhkan pada 26 Jun 2008 merupakan anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). KSSB menguruskan aktiviti pengestrakan pasir mengikut tatacara dan peraturan-peraturan ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal, Pentadbir Tanah dan Pentadbir Negeri, pemegang permit pemindahan pasir sah, membayar royalti sepenuhnya untuk pasir yang dipindahkan, menjalankan dan memantau operasi pemindahan pasir mengikut peaturan, mendokong program Merakyatkan Ekonomi Selangor. | ||||
Nik Zawawi: Kes Nasha dan Daud Al-Iraqi berbeza Posted: 31 Jan 2013 11:27 PM PST SHAH ALAM - Ketiadaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam Majlis Syura Ulama kemungkinan tidak akan diganti. Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, itu tidak menjadi masalah memandangkan keanggotaan sedia ada dalam majlis itu mencukupi. Menurutnya, sehingga semalam, majlis tidak membincangkan soal siapa yang akan menggantikan Nasharudin. "Setakat ini kita tidak menyenaraikan sesiapa pun untuk menggantikan kekosongan itu. Kita berharap jika ada pengganti nanti, orang itu akan lebih baik," katanya, semalam. Sementara itu, mengulas dakwaan ada seorang lagi anggota majlis itu yang mempunyai masalah kedatangan iaitu Datuk Muhammad Daud Al-Iraqi, Nik Zawawi berkata, dakwaan itu tidak benar. Katanya, ketidakhadiran Muhammad Daud dalam mesyuarat Majlis Syura adalah dengan keizinan majlis. "Majlis Syura akan membenarkan anggotanya yang uzur dengan izin syarak sahaja untuk tidak hadir dalam setiap mesyuarat yang diadakan," katanya. | ||||
Kakitangan Awam Bakal Naik Gaji @ Dapat Bonus @ Pelarasan Elaun Perumahan & Cola? Posted: 31 Jan 2013 11:20 PM PST Pelbagai berita gembira yang kedengaran sejak akhir-akhir ini. Pengumuman beberapa projek juta-juta di merata-rata tempat di seluruh negara. Dan terbaru, tiba giliran 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara pula menerima "berita gembira" yang dikatakan bakal diumumkan tidak lama lagi. Kenyataan terbaru Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana beliau akan mengumumkan berita gembira untuk kakitangan awam, melibatkan beberapa isu berbangkit selama ini yang telah berjaya diselesaikannya.
Persoalannya apakah berita gembira yang dimaksudkan itu di mana dikatakan mampu menyelesaikan isu berbangkit dikalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia selama ini? Adakah….
Kami tidak merasakan ia bakal melibatkan kenaikan gaji kerana ia melibatkan perbelanjaan untuk jangka masa panjang dan mengambil kos yang tinggi. Kalau bonus sekalipun, hanya sekali sahaja dan ada kemungkinannya. Jadi, apakah harapan dan tuntutan mengenai isu-isu berbangkit di sektor awam selama ini yang ingin anda keutarakan sebagai respon balas pengumuman yang bakal Tan Sri Muhyiddin maklumkan tidak lama lagi? | ||||
'Jangan layan saya macam orang asing. Ini negara saya' Posted: 31 Jan 2013 08:24 PM PST 'Jangan layan saya macam orang asing. Ini negara saya' Ini adalah rayuan berterusan Letchumy Ramasundram (bawah, kiri dalam gambar) dari Nibong Tebal, yang melahirkan kekecewaan kerana dia telah berusaha untuk mendapatkan Mykad selama hampir 12 tahun, tetapi setiap percubaannya menemui kegagalan. Paling malang sekali, dakwanya, ialah kenaifannya menyerahkan dokumennya kepada sebuah parti komponen BN di Jawi tahun lepas, dan sejak itu dia tidak pernah mendengar apa-apa dari individu berkenaan, mengenai permohonannya itu. "Saya sering kecewa dengan orang yang bertanya kepada saya mengapa saya perlukan kad pengenalan (IC) biru sedangkan saya sudah berusia 50 tahun. Saya beritahu mereka saya mahu IC supaya saya boleh mengundi, mendapat pekerjaan yang baik dan mendapat faedah perubatan di hospital yang lebih baik." Dia tidak faham bagaimana dia memegang IC merah, sedangkan ibubapanya mempunyai sijil kelahiran, manakala kakak sulung dan adiknya mempunyai IC biru. "Malah saya tidak tahu berapa umur saya atau di mana saya dilahirkan tetapi ayah sering memberitahu saya dilahirkan di Kuala Kangsar. Ada orang yang cuba membawa saya ke Ipoh untuk memohon IC saya, (tetapi) tidak pernah berjaya," kata Letchumy sedih. Tanpa IC biru, dia tidak dapat pergi ke sekolah ataupun mencari pekerjaan yang sesuai, katanya ketika ditemui di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang di Jalan Anson hari ini. Sebaliknya, dia mendakwa terpaksa melaku pekerjaan membasuh pinggan dan membersihkan rumah orang. Didorong oleh RCI Sabah Letchumy adalah antara kira-kira 30 orang, termasuk warga emas dan kanak-kanak yang menyertai perhimpunan di JPN, anjuran Pakatan Rakyat pagi ini, untuk mendapatkan sijil kelahiran, kad pengenalan biru dan kewarganegaraan. They berbuat demikian ekoran siasatan suruhanjaya diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah mendedahkan bahawa warga asing - Indonesia, Filipina dan Pakistan - telah memperoleh kerakyatan "segera". Sementara itu, bagi Mariam Yaacob (kiri), seorang ibu tunggal beranak dua, dia juga sedang berusaha untuk mendaftarkan anak-anaknya dengan JPN. Dua anak perempuannya yang berusia enam dan tujuh tahun itu, tidak mempunyai surat sijil kelahiran, yang bermakna mereka tidak boleh dimasukkan ke sekolah awam. "Kedua-dua sijil kelahiran mereka telah hilang selepas saya melahirkan mereka di hospital di Kuala Lumpur. Saya cuba kembali ke hospital untuk bertanya kepada mereka sama ada saya boleh mendapatkan yang baru tetapi mereka sentiasa tidak layan saya," kata Mariam, yang kini mencuba nasibnya di Pulau Pinang. "Apabila saya pergi ke JPN, mereka juga menolak saya, memberitahu saya bahawa anak-anak saya tidak boleh mempunyai sijil kelahiran mereka kerana bapa mereka seorang Hindu, manakala saya beragama Islam," dakwanya, sambil menambah bahawa suaminya telah meninggalkan mereka. | ||||
Deepak setuju jumpa Mahfuz 6 Februari Posted: 31 Jan 2013 08:21 PM PST
Dalam satu pesanan ringkas yang diterima Harakahdaily dari ahli perniagaan itu, Deepak berkata dia bersetuju untuk bertemu. "Saya memang setuju. Lagipun 6 is my nombor bertuah," tulis Deepak kepada Harakahdaily. Mahfuz sebelum ini bersetuju untuk berbincang dengan Deepak berhubung dengan permohonannya untuk mendapatkan perlindungan saksi (imuniti) dari Pakatan Rakyat. Naib Presiden PAS itu berkata, beliau sedia mendengar apa yang dikehendaki oleh Deepak dan akan membawanya kepada pimpinan Pakatan jika didapati sesuai. Dalam sidang medianya semalam, Mahfuz berkata, beliau sedia berjumpa dengan Deepak 6 Februari ini. "Saya hari ini menyatakan kesediaan saya untuk bertemu dengan Deepak pada 6 Februari nanti, dan turut hadir pada pertemuan tersebut adalah penasihat undang-undang (peguam). "Saya harap Deepak akan bersedia sepenuhnya untuk memberi segala keterangan berhubung dengan apa yang ingin beliau dedahkan, mengenai imuniti perkara tersebut akan dibincangkan setelah mendapat khidmat nasihat dari pihak guaman," jelas beliau. Deepak sebelum ini memohon jaminan dari Pakatan Rakyat untuk memberikan imuniti di bawah akta perlindungan saksi kepadanya bagi membolehkan beliau mendedahkan semua yang beliau tahu mengenai pelbagai jenis penyelewengan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan