DIALOG RAKYAT |
- Seorang Lagi Bekas Jeneral Akan Sertai PR
- Utusan sedia mohon maaf fitnah Azan Ismail
- Gobala MC takut hadir lawan Saifuddin di mahkamah
- Menara Warisan 118 tingkat hancurkan legasi sejarah – NGO
- Pakatan jamin beri pendidikan percuma, hapus PTPTN
- Pakatan yakin menang 14 kerusi Parlimen di Johor
- Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) : Bukti BN Juara Urus Ekonomi Malaysia (Hasil LHDN RM125 Bilion)
- Penguatkuasa Islam kenakan sekatan ke atas bukan Islam dalam krisis ‘Allah’, kata MCCBCHST
- Nazri Aziz Mengaku Media Perdana Alat Kerajaan
- PR Sasar Bina 10 IPTA, Sara Hidup Pelajar RM5,000 Setahun
- Undi tidak percaya kepada Najib
- Bekas polis dakwa AJK Umno seleweng RM500,000
- Muhyiddin: BN sedia hadapi PRU13 pada bila-bila masa
- Anwar: Pendidikan percuma tanggungjawab pusat
- Pencawang TNB meletup, pekerja kontrak cedera
- Asrama Darul Quran Rusila terbakar, 90 pelajar terjejas
- Bekas menantu menteri didenda bersubahat bernikah tanpa kebenaran
- Bendera Umno BN di tempat agihan BR1M
- Penduduk lapor kes pemimpin Umno Tanah Merah ke SPRM
- Semakin ramai dekati PAS walaupun sering ditohmah
- Menteri pertahanan kata kajian TI berat sebelah
- Artis: BN patut utama artis tempatan, bukan Psy
- Najib melukah di tempat yang genting
- Umno terpaksa kitar ahli PAS untuk tebang PAS
- Gangguan samseng: Ceramah dihenti untuk keselamatan
Seorang Lagi Bekas Jeneral Akan Sertai PR Posted: 05 Feb 2013 06:34 AM PST MSO PKR dan PAS masing-masing akan menerima seorang anggota baru dari pasukan keselamatan apabila seorang lagi bekas jeneral dan seorang bekas pegawai tinggi polis akan menyertai parti berkenaan. Perundingan untuk mereka menyertai kedua-dua parti itu sudah dijalankan dan hampir beres. PAS dijangka akan membuat pengumuman kemasukan bekas pegawai tinggi polis berkenaan dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Agungnya sehari dua lagi. Manakala PKR pula sedang mengadakan rundingan di peringkat akhir dengan bekas jeneral berkenaan. Menurut maklumat ibu pejabat PKR, rundingan akhir mengenai penyerataan bekas jeneral itu akan diadakan lewat petang ini manakala pengumuman kemasukan itu akan menyusul. Sebelum ini sekurang-kurang dua pegawai tinggi tentera berpangkat panglima dan seorang pegawai tinggi polis telah menyertai Pakatan Rakyat, seorang melalui PKR dan seorang menerusi PAS. Penyertaan anggota pasukan keselamatan ini memberi suntikan semangat baru untuk PR. Penyertaan bekas-bekas pegawai tinggi pasukan keselamatan ini juga menggambarkan perubahan besar dalam minda mereka terhadap pembangkang yang mana sebelum ini mereka dipaksa menyokong parti pemerintah tanpa boleh menyatakan apa-apa bantahan. Penyertaan pegawai tinggi itu juga menyerlahkan bahawa pembangkang kini cukup berwibawa dan menjadi pilihan umum untuk menjadi kerajaan menggantikan Umno dan BN. | ||||
Utusan sedia mohon maaf fitnah Azan Ismail Posted: 05 Feb 2013 06:30 AM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh sekali lagi ke 18 Februari ini untuk menentukan jumlah bayaran ganti rugi dan permohonan maaf oleh akhbar kawalan Umno itu. Keputusan kes itu sepatutnya diumum hari ini, tetapi terpaksa ditunda kerana salah seorang ahli lembaga pengarah Utusan tidak hadir. Bagaimanapun, menurut Azan, Utusan sedia membayar gantirugi dan permohonan maaf seperti yang dituntut sebelum ini, dan akan ditentukan pada tarikh yang ditetapkan. "Kita tak mendesak untuk mencapai keputusan cepat, jadi tak apa. Kita tunggu 18 Februari, untuk mengetahui jumlah gantirugi yang Utusan perlu bayar, beserta permohonan maaf yang mereka setuju untuk buat," jelas Azan mengulas penangguhan tersebut, di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Pengerusi KEADILAN Terengganu itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambarnya bersama ahli politik yang keluar sebelum itu. Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu. Azan diwakili peguam, A Vasudevan. | ||||
Gobala MC takut hadir lawan Saifuddin di mahkamah Posted: 05 Feb 2013 06:28 AM PST Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh baru perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (Gobala) terhadap Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berikutan kegagalannya hadir dengan alasan sedang dirawat di hospital. Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 25 dan 26 April depan di kamarnya hari ini untuk perbicaraan itu bagi mendengar keterangan Gobala. Saifuddin yang diwakili peguam William Leong akur dengan keputusan itu meragui sijil sakit yang dikeluarkan hospital swasta yang merawat Gobala membuat semakan bagi mengesahkan beliau terpaksa ditahan di wad. "Kita ragu surat sakit ini kerana semalam beliau masih sihat dan sempat merasmikan pesta ponggal. Jadi kita mahu tahu betul atau tidak beliau sakit jantung atau dada seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut. "IsyaAllah tarikh baru itu mungkin kerajaan sudah berubah. Kita tunggu sahaja bagaimana seterusnya," kata Setiausah Agung KEADILAN itu di perkarangan mahkamah kepada Keadilan Daily. Saifuddin pada 10 Mac 2011, mempersoal bagaimana Gobala mampu memiliki RM1.4 juta untuk melangsaikan hutang pembelian tanah di Kelantan. Katanya, berdasarkan bukti yang diterima, cek pertama adalah cek tunai berjumlah RM700,000 dengan tarikh 12 Januari 2011 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua adalah cek yang mempunyai tarikh sah laku sehingga 15 Mac 2011 dengan jumlah yang sama. Menurut Saifuddin, kedua-dua cek berkenaan bagi menjelaskan bayaran pajakan tanah seluas 40.47 hektar di Lojing, Kelantan di antara syarikat milik Gobala – Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad. Gobala mengumumkan keluar KEADILAN dan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 29 Januari 2011 kerana mendakwa kononnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu yang dianggap gagal menyelesaikan masalah kaum India. Saifuddin bagaimanapun mengesyaki pengkhianatan beberapa Ahli Parlimen KEADILAN yang bertindak keluar parti adalah atas dorongan habuan lumayan. Ekoran itu, Gobala mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari KEADILAN. | ||||
Menara Warisan 118 tingkat hancurkan legasi sejarah – NGO Posted: 05 Feb 2013 06:25 AM PST Oleh Arif Juhani KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju Menara Warisan Merdeka 118 tingkat dikecam kerana enggan mengadakan pertemuan bersama penduduk sekitar sebelum projek dilaksana. Ekoran itu, NGO Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN) bertemu Datuk Bandar Kuala Lumpur menuntut penjelasan projek itu dan menjemput beliau hadir ke majlis pendengaran awam minggu kedua Mac nanti. Bagaimanapun, Pengerusi PTMN, Ishak Surin berkata, Datuk Bandar tidak profesional kerana enggan bertemu dengan sekretariat PTMN di pejabatnya hari ini. "Sejak Disember lalu, tiga surat dihantar tetapi langsung tiada respon dan hari ini PTMN hanya bertemu dengan pembantu khas beliau. "DBKL maklum akan bincangkan perkara ini dan respon akan dimaklumkan segera," ujarnya yang dikenali Cikgu Ishak pada sidang media di lobi DBKL. Turut hadir Presiden Kumpulan Bertindak Interlok Kebangsaan (Niat), Datuk Thasleem Mohd Ibrahim; Naib Pengerusi PTMN, Ser Choon Ing dan Victor Chin; Pengerusi Eksekutif Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), Tang Ah Chai; Ahli Jawatankuasa PTMN, Jayanath Appadurai; wakil Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Giok (LLG) Ng Yap Hwa dan sekretariat PTMN. Sebanyak 22 kumpulan bergabung dalam NGO PTMN antaranya Sekretariat Pembangunan Kampung Baru, Persatuan kwong Siew Selangor dan Wilayah Persekutuan serta Seniman Paksi Rakyat (Paksi). Sementara itu, Thasleem berkata, projek Menara Warisan menghancurkan legasi sejarah tinggalan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman. "Empat simbol warisan musnah dalam projek itu seperti Taman Merdeka Negara atau Taman Tunku Abdul Rahman, Stadium Chin Woo, Stadium Merdeka yang digazetkan Warisan Kebangsaan pada 2003 dan Stadium Negara. "Sepatutnya DBKL dan pemaju adakan rundingan awam sebelum projek dibuat kerana ini bukan sahaja melibatkan bangunan bersejarah tetapi kepentingan penduduk sekitar. "Kalau di Thailand, tindakan kerajaan membangunkan projek dengan membelakangkan suara rakyat akan menerima nasib dalam pilihan raya. Kita gesa rakyat bangkit untuk ajar pemimpin angkuh yang pentingkan pembangunan," katanya. Beliau yang juga Naib Pengerusi PTMN berkata, pertemuan dengan pemaju – Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan dibuat tidak lama lagi. Kongres Rakyat Kuala Lumpur pula akan mengadakan referendum 'Bersama Memelihara dan Membangunkan Kuala Lumpur' bagi mengutip respon penduduk mengenai projek ini dan pelancaran tabung dana RM10 bertujuan menggagalkan projek kontroversi itu. | ||||
Pakatan jamin beri pendidikan percuma, hapus PTPTN Posted: 05 Feb 2013 06:23 AM PST Oleh Ruqayya Rahman SHAH ALAM : Pakatan Rakyat komited untuk terus memperjuang hak rakyat dengan memberi pendidikan percuma serta menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai jaminan mereformasi sistem pendidikan negara. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli optimis Malaysia bukan hanya mampu menyediakan pendidikan percuma, malah kemudahan pendidikan yang kondusif jika perbendaharaan negara diurus tadbir dengan baik. "Belanjawan negara harus memberi keutamaan kepada aspek pendidikan dan bantuan perlu disasarkan kepada golongan susah dan miskin," katanya. Beliau menyampaikan forum bertajuk Pendidikan Percuma: Implikasi Kewangan kepada Malaysia pada Konvensyen Antarabangsa Pendidikan 2013 (KAP 2013) di Universiti Selangor (Unisel), di sini, hari ini. Antara lain beliau menyentuh keperluan penggubalan dasar yang lebih mengutamakan aspek pendidikan. Selain itu, hak dan kebajikan pelajar melibatkan isu berkaitan yuran, kos sara hidup, kemudahan pendidikan, kediaman dan pengagihan biasiswa secara terurus turut dikupas Rafizi. Menjawab pertikaian sesetengah pihak berkaitan kemampuan Malaysia menyediakan pendidikan percuma, Rafizi menjelaskan, RM6.5 bilion yang diperlukan kerajaan bagi menampung penyediaan pendidikan percuma hanyalah sebahagian daripada nilai keuntungan yang diperolehi syarikat-syarikat tol dan lebuhraya. "Ini sama banyak dengan untung yang diperolehi beberapa kerat tauke tol lebuh raya," katanya. Terdahulu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali menegaskan, Malaysia mampu untuk batalkan PTPTN dan beri pendidikan percuma. "Pendapatan negara daripada minyak petrol dan sawit ialah RM150 bilion. Takkan bankrap," katanya yang turut hadir KAP 2013 itu. | ||||
Pakatan yakin menang 14 kerusi Parlimen di Johor Posted: 05 Feb 2013 06:20 AM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat yakin boleh memenangi sekurang-kurangnya lapan hingga 14 kerusi dari 26 Parlimen di Johor sekaligus menumbangkan kerajaan Umno BN, kata Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng. "Jika Umno BN tidak menipu dalam PRU 13 (Pilihan Raya Umum ke-13), kita pasti boleh menang," kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily. Beliau mengulas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang beria-ia menyatakan kononnya negeri itu masih kubu kuat Umno BN berikutan sokongan rakyat tetap kukuh bersama parti itu. "Kalau dulu, ya Johor kubu mereka, tetapi kali ini bukan lagi. Rakyat sudah muak dengan cara pentadbiran Umno. Kos hidup meningkat tetapi pendapatan masih di takuk lama," kata Jui Meng. "Rakyat nampak dan rasa sendiri, kenaikan kos hidup yang begitu ketara, terutama penduduk di selatan Johor, malah banyak tanah dirampas untuk kroni dan bukan untuk kemudahan rakyat," jelasnya. Sehubungan itu, beliau memaklumkan pada 12 Februari ini akan berlangsung forum 'Isu Tanah Johor: Masalah dan Penyelesaiannya' di Hotel Garden, Batu Pahat bermula jam 3 hingga 6.30 petang. Panelis adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Mereka akan membentangkan kaedah dan pengalaman menguruskan tanah di negeri masing-masing. Turut menjadi panel, Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Karim dan Jimmy Phuah, peguam yang sering mewakili penduduk Melayu tertindas kerana tanah dirampas. "Kita akan ke Nusa Jaya hari ini, untuk menjemput Ghani, supaya hadir dan merasmikan forum tersebut sekaligus mempertahan isu dasar tanah Johor," kata Jui Meng. "Rakyat yang ada pengalaman dirampas tanah juga dijemput hadir, agar dapat sama-sama bentangkan kepada MB," tambahnya. | ||||
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) : Bukti BN Juara Urus Ekonomi Malaysia (Hasil LHDN RM125 Bilion) Posted: 05 Feb 2013 06:15 AM PST Pengagihan BR1M 2.0 telah pun dirasmikan dan pengagihan telah pun dimulakan. Yang kami perasan, Di Sarawak sekitar Saratok sudah pun bermula lebih awal. Bermula daripada sekarang ini akan bermulanya musim mengagihkan wang BR1M 2.0 bernilai RM500 & RM250 kepada 7 juta penerima yang "bertuah" itu sehingga berakhirnya bulan Februari 2013. Dan kepada penerima BR1M 2.0, anda akan menerima surat-surat jemputan seperti DI SINI untuk anda hadir ke majlis penyerahan yang dah ditetapkan di kawasan anda….
Bagi kami usaha pemberian BR1M 2.0 sangat baik dilakukan dan sepatutnya diteruskan di masa akan datang. Tetapi dalam pada masa yang sama kerajaan perlu mengambil serius dengan mencari jalan penyelesaian terbaik bagaimana cara untuk mengekang lonjakan kos sara hidup yang menghimpit golongan pertengahan, dan berpendapatan rendah termasuklah isu pemilikan rumah. Pemberian one off pun ada bagusnya juga untuk cara pengawalan bagi tempoh jangka masa pendek. Dalam pada masa yang sama perbelanjaan bulanan rakyat dan disposable income (pendapatan boleh guna rakyat Malaysia) perlu dipandang dengan serius. Insyaallah…. Video Ucapan Najib Razak Sempena BR1M 2.0Yang mana ada menghantar permohonan BR1M 2.0 2013 sebelum ini, boleh membuat semakan menerusi link di bawah ini :=> Semakan BR1M 2.0 2013Mana-mana yang berjaya menerima BR1M RM250 (bujang) & RM500 (isi keluarga), anda berpeluang untuk mendapat lebih daripada ini iaitu sekitar RM1000 (SEPERTI DI SINI) untuk BR1M 3.0 dengan syarat, anda mesti menyokong Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Berminat? | ||||
Penguatkuasa Islam kenakan sekatan ke atas bukan Islam dalam krisis ‘Allah’, kata MCCBCHST Posted: 05 Feb 2013 06:10 AM PST KUALA LUMPUR— Kumpulan antara agama bukan Islam menyelar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan bekas ketua hakim kerana cuba untuk mengawal hak kumpulan minoriti agama di Malaysia dalam perbalahan isu "Allah", di mana mereka mengatakan ia bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara. Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) memberi maklumbalas berkenaan kenyataan MAIS dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheik Abdul Halim yang melarang kumpulan minoriti agama di Malaysia daripada memanggil tuhan mereka "Allah". "Ini adalah sama seperti pengenaan sekatan oleh Majlis lslam terhadap orang bukan Islam. Ia juga boleh dilihat sebagai usaha untuk mengawal amalan agama-agama selain Islam oleh sebuah badan atau organisasi lslam," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini. Majlis tersebut memberi amaran terhadap "amalan tidak sihat" memaksa orang bukan Islam terikat dengan fatwa atau keputusan daripada badan-badan Islam seperti MAIS, sambil berkata ia boleh mencetuskan ketegangan agama. "Sebarang cubaan untuk mengawal orang bukan Islam atau mengganggu amalan agama bukan Islam oleh mana-mana badan Islam mesti dihentikan serta merta. Ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini amalan yang tidak sihat dan boleh membawa kepada kesan sosial yang tidak diingini dan meningkatkan ketegangan antara masyarakat," katanya. Kenyataan itu ditandatangani oleh Tan Hoe Chieow yang juga presiden MCCBCHST dan ketua Taoisme di sini; timbalan presiden Majlis Gurdwara Malaysia Jagir Singh; dan Sing Kan dan Prematilaka KD Serisena untuk agama Buddha dan Rev Thomas Philips untuk agama Kristian; Datuk RS Mohan Shan bagi Hindu. Kumpulan antara agama bukan Islam itu berkata tiada undang-undang, sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, untuk mengenakan hukum atau fatwa ke atas bukan Islam. Ia menegaskan undang-undang itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam telah diletakkan di dalam Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, yang menghadkan mereka daripada menyebarkandoktrin atau kepercayaan agama mereka kepada orang Islam. MCCBCHST berkata tiada bukan Islam mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Ia menggesa umat Islam yang tidak bersetuju dengan orang bukan Islam yang mempunyai hak untuk memanggil tuhan mereka "Allah" untuk membaca perlembagaan dengan berhati-hati dan holistik, menunjukkan kepada Artikel 3(4) dan 11(4). Merujuk kepada Ahmad Fairuz, kumpulan itu berkata ia gagal untuk memahami "bagaimana bekas Ketua Hakim Negara boleh terlepas pandang hakikat bahawa semua enakmen 10 negeri-negeri yang dibuat di bawah Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, dan bahawa Perkara 11 (4) hanya menyediakan kawalan 'atau penyebaran apa-apa doktrin atau kepercayaan agama kepada orang yang menganut agama lslam " "Artikel ini tidak melarang agama lain dari menyebarkan kepada penganut masing - masing. "Dalam erti kata lain, jika anda tidak menganut atau mengamalkan lslam maka tiada sekatan boleh diletakkan kepada anda tentang bagaimana anda mengamalkan agama anda," kata MCCBCHST, dengan menambah setiap kumpulan agama mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal agama sendiri. Kumpulan antara agama itu juga berkata Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 telah memutuskan peruntukan dalam enakmen negeri melarang penggunaan perkataan tertentu oleh orang bukan Islam adalah tidak berperlembagaan. Ia menambah bahawa ia menyokong keputusan bukan Islam untuk terus menggunakan "Allah" merujuk kepada tuhan-tuhan mereka seperti yang terdapat dalam kitab suci mereka. Perbalahan mengenai "Allah", yang pertama kali meletus sejurus selepas pilihan raya umum 2008, sekali lagi perhatian dalam menjelang Pilihan Raya 2013 dan mengancam keharmonian antara bukan Islam dan masyarakat Melayu-Islam yang membentuk 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia. | ||||
Nazri Aziz Mengaku Media Perdana Alat Kerajaan Posted: 05 Feb 2013 04:38 AM PST KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Penilaian Pilihan Raya Muslim Eropah memaklumkan pengakuan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa media perdana di negara ini sememangnya alat kepada kerajaan. Ahli Jawatankuasa itu, Drs Fadime Orgu Fadime memberitahu Nazri mengakui media arus perdana memang alat untuk kerajaan ketika bertemu di parlimen. "Pimpinan pembangkang ketika kami temui hampir semua menyatakan tentang tidak ada kesamarataan media dan pembangkang tidak diberi ruang langsung untuk menjelas agenda mereka dalam media arus perdana terutama menjelang pilihan raya," katanya. Beliau yang juga Mantan Ahli Parlimen Belanda selama dua penggal berkata, perkembangan pergerakan politik di Malaysia semakin lebih baik. "Dalam siri pertemuan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan NGO, kami dapati perkembangan demokrasi di sini semakin baik. 釘eberapa pergerakan yang berlaku di Malaysia contohnya seperti Bersih, pergerakan memperjuangkan hak alam sekitar dan gerakan dari mahasiswa merupakan perkara yang positif untuk negara. "Berbanding sepuluh tahun lepas kesedaran perubahan politik ini amat signifikan," kata beliau bersama rakan dalam pemerhati itu Zouhair Amri. Beliau turut berkata kumpulan itu bersedia untuk menjadi pemerhati antarabangsa dalam PRU-13 dan kini menunggu jemputan daripada Kerajaan Malaysia. Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Saleh menyeru Kerajaan Malaysia membenarkan pemerhati antarabangsa bagi memantau perjalanan pilihan raya umum ke -13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Katanyan, pemerhati antarabangsa itu juga perlu memasukkan wakil-wakil negara Eropah dan tidak tertakluk kepada wakil pemerhati daripada negara Asia. "Kerajaan Malaysia tiada alasan membenarkan pemerhati antarabangsa untuk memantau perjalanan pilihan raya negara," kata Fuziah. Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Jawatankuasa Penilaian Pilihan Raya Muslim Eropah yang diadakan di sebuah hotel di sini. | ||||
PR Sasar Bina 10 IPTA, Sara Hidup Pelajar RM5,000 Setahun Posted: 05 Feb 2013 04:36 AM PST SHAH ALAM: Dalam tempoh 10 tahun selepas memerintah, Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan membina10 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan anggaran kemampuan menampung kira-kira 100,000 pelajar. Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, disamping menanggung yuran pengajian, kerajaan yang ditadbir PR juga akan menyediakan biasiswa sebanyak RM5,000 setahun sebagai sara hidup pelajar. "Bertambahnya tempat di IPTA akan melahirkan persaingan sihat sesama Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) di negara ini, mereka terpaksa meningkatkan kualiti dan mewujudkan jurusan yang tidak ditawarkan di IPTA bagi menarik minat pelajar . "Pada masa ini terdapat pelajar lulusan IPTS yang tanggung hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi sukar dapat kerja kerana ijazah kolej swastanya 'tidak laku' dipasaran," kata beliau dalam Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel) pagi tadi. Ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pendidikan Percuma: Implikasi Kewangan Kepada Malaysia' itu, Rafizi turut berkata langkah PR itu bukan sahaja tidak akan memufliskan negara, malah merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara. "Kalau ada yang menganggap membina menara 100 tingkat dengan belanja RM5 bilion itu sebagai pelaburan, kenapa memberi pendidikan percuma tidak dianggap sebagai pelaburan," kata beliau lagi. Menurut Rafizi, melaksanakan pendidikan percuma hanya memerlukan RM6.5 bilion setahun termasuk bayaran balik berjumlah RM2 bilion setahun selama 15 tahun kepada PTPTN. Pada masa ini jumlah hutang PTPTN yang perlu ditanggung adalah sebanyak RM25.9 bilion. Konvensyen dua hari yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu turut menampilkan beberapa ahli akademik dan tokoh muda lain sebagai pembentang kertas kerja. Antara yang terlibat, mantan Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff. | ||||
Undi tidak percaya kepada Najib Posted: 05 Feb 2013 04:33 AM PST
Mohd Soberi Shafii (gambar), bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, kegagalan Najib mentadbir negara dan Umno memalukan seluruh ahli Umno. "Bila Najib ke Kelantan baru-baru ini sekali lagi Najib memalukan Umno apabila membuat janji yang telah dibuat oleh Pak Lah sebelum ini," kata Soberi. Menurut Soberi, akibat kesilapan yang dilakukan oleh Najib kini menyebabkan Umno dan BN diambang kekalahan yang memalukan dalam sejarah negara. Ketika melawat Kelantan baru-baru ini, Najib membuat 7 Janji kepada rakyat Kelantan. Akibat dari janji-janji itu, Najib dan Umno dipermain-mainkan oleh rakyat Kelantan. Pelbagai pihak menjadikan 7 Janji itu sebagai bahan tulisan masing-masing dengan mempermainkan Najib. Akibatnya, ahli Umno di Kelantan sendiri merasa malu dengan 7 Janji Najib itu, kata Soberi yang juga bekas Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan. | ||||
Bekas polis dakwa AJK Umno seleweng RM500,000 Posted: 05 Feb 2013 04:31 AM PST
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM500,000 geran bantuan oleh kerajaan khusus untuk Tabung Kebajikan dan Pentadbiran Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) didakwa diseleweng oleh AJK Umno bahagian di Negeri Sembilan. Naib Presiden PBPM Nasiruddin Mohamed berkata, penyelewengan itu berlaku sebaik AJK Umno terbabit menjawat jawatan Presiden PBPM yang didapati terlibat dalam pelanggaran fundamental peruntukan undang-undang. Tambahnya, sejumlah RM200,000 pula didakwa telah dipindahkan ke sebuah syarikat yang beralamat di Klang di mana ia bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan geran tersebut sebagai bayaran komisyen. Tegasnya, wang tersebut turut disalah guna seperti membuka syarikat, mengadakan majlis makan malam untuk berkempen dan membayar yuran peguam sehingga mencecah ratusan ribu supaya pimpinan terbabit dapat mengekalkan kuasanya melalui mahkamah. Bukan itu sahaja, katanya, sijil simpanan tetap untuk tabung bangunan PBPM yang berjumlah lebih RM200,000 hilang dan dicairkan sedangkan sijil asal berada dalam simpanan persatuan. Malangnya, kata beliau walaupun laporan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sudah dibuat tetapi sehingga hari ini masih tidak ada respons. "Kita ada lebih 100,000 ahli diluar sana yang mana perlu dijaga kebajikan mereka, malangnya geran yang ada untuk membantu mereka disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya. PBPM mendesak agar Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan segera kerana jelas mereka yang terbabit dalam penyelewengan ini menyalahi Undang-undang Pertubuhan Persatuan dan Akta Pertubuhan 1966. Menurut Nasruddin, isu penyelewengan ini bermula sejak krisi kepimpinan persatuan pada tahun 2005 di mana telah memutar belit fasal-fasal dalam undang-undang tubuh PBPM dan perlembagaan persatuan dijadikan pertaruhan oleh pihak yang berkepentingan untuk mengekalkan kuasa. Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Katanya, pemimpin terbabit telah membuat pemalsuan tanda tangan semasa mengendalikan mesyuarat agung bagi peringkat negeri Kedah pada 15 Disember 2008 iaitu sebelum berlangsungnya perhimpunan agung pemilihan majlis tertinggi PBPM pada 24 Januari 2009. Pemimpin Umno terbabit, katanya turut terlibat dalam menghantar dan mengisytiharkan laporan palsu kepada Pendaftaran Pertubuhan Wilayah Persekutuan bahawa pemilihan ahli majlis pada Januari 2009 sebagaimana perintah mahkamah. Sedangkan katanya, semasa melaksanakan perhimpunan agung itu pemimpin berkenaan telah bersubahat dan dengan sengaja gagal mematuhi Undang-undang tubuh serta Akta Pertubuhan 1966. "Beliau juga terlibat dalam mengatur kehadiran perwakilan haram dari Pulau Pinang untuk mengundi dan memilih beliau sebagai presiden PBPM sedangkan pendaftaran Persatuan Pulau Pinang telah dibubarkan pada 25 Jun 2008," katanya. Ekoran tindakan itu, jelas Nasruddin Kementerian Dalam Negeri mengambil inisiatif membantu menyelesaikan krisis ini malangnya geran tersebut telah diserahkan kepada pimpinan Umno terbabit yang bertindak pengendali mesyuarat agung di peringkat negeri dan pusat. | ||||
Muhyiddin: BN sedia hadapi PRU13 pada bila-bila masa Posted: 05 Feb 2013 04:28 AM PST SINAR HARIAN GEORGETOWN - Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja dan parti gabungan itu kini berada dalam keadaan lebih kuat dan kukuh, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata BN menjadi bertambah kukuh sejak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengilhamkan program transformasi dan ini sekali gus telah mengubah persepsi rakyat terhadap BN. "Program transformasi sudah mula menampakkan hasil, sudah mula digeruni pembangkang. Bantuan yang kita beri telah mula sampai ke akar umbi. Langkah-langkah itu adalah bantuan kepada semua rakyat...orang Melayu sudah balik sokong BN, orang India juga begitu hebat menyokong...orang Cina juga begitu...orang Asli dan Siam juga semakin meningkat...tidak terkecuali juga di Pulau Pinang. "Kalau situasi sudah begitu bertambah baik, pandangan dan persepsi masyarakat kepada BN juga sudah berubah... yang kita harus pikul sekarang ini bagaimana nak menterjemahkan perkara itu," katanya semasa berucap pada majlis perjumpaan dan jamuan tengah hari bersama jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pulau Pinang di sini hari ini. Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, mengingatkan semua pemimpin parti komponen BN untuk bekerja lebih keras dan tidak berhenti menjalankan tugas mereka kepada rakyat. "Kita masih perlu bekerja lebih kuat lagi. Kita tahu kelemahan kita dan kita perlu perbaiki...kita perkukuhkan lagi untuk masa-masa akan datang. Langkah (program transformasi) sebegitu sahaja tidak memadai, rakyat mahu melihat pembaharuan yang dibuat kerajaan BN," katanya. Muhyiddin menegaskan BN memerlukan komitmen secara total daripada seluruh pemimpin parti dalam memastikan sokongan yang berterusan daripada rakyat, sekali gus menterjemahkannya dalam bentuk undi. "Perjuangan kita bukan untuk menangkan BN, tetapi untuk membela semua bangsa, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli, mereka memerlukan bantuan kita. Perjuangan kita perjuangan yang suci dan bukan hanya enteng sahaja...memerlukan satu komitmen yang total bukan separuh kesedaran," katanya. - Bernama | ||||
Anwar: Pendidikan percuma tanggungjawab pusat Posted: 05 Feb 2013 04:24 AM PST SINAR HARIAN SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan Selangor tidak melaksanakan pendidikan percuma kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat biarpun Selangor mencatat lebihan RM2.5 bilion tahun lepas. Menurut Anwar, pendidikan percuma mampu dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan kerana dakwanya, hasil kelapa sawit dan petroleum negara menghampiri RM150 bilion setahun. Bagaimanapun beliau sedia maklum kerajaan persekutuan mengalami defisit. Anwar yang juga penasihat ekonomi Selangor berkata demikian dalam ucapannya "Pendidikan Percuma di Malaysia Suatu Realiti" di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan anjuran Unisel dan kerajaan negeri di sini. Kerajaan Selangor mempunyai dua universiti iaitu Universiti Selangor (Unisel) yang mempunyai kampus di sini dan Bestari Jaya manakala Kolej Universiti Islam Selangor di Bangi. Sementara itu, ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa satu acara Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kulim pada 2 Februari lepas dicemari dengan tarian menjolok mata, beliau berkata, jika berlaku perkara yang kurang sopan, parti itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab. Ditanya apakah bentuk tindakan yang bakal dikenakan, beliau berkata:" Tak tahu lagi apa tindakan, tapi kalau ronggeng sikit-sikit nak ambil tindakan apa bendanya?" - Bernama | ||||
Pencawang TNB meletup, pekerja kontrak cedera Posted: 05 Feb 2013 04:22 AM PST Seorang pekerja kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera parah akibat disambar api dalam kejadian letupan di pencawang TNB i Felda Kerteh 3 di Dungun semalam. Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, Faqih Aqwa Mansor, 20, dari Sungai Derhaka, Kuala Terengganu melecur di bahagian tangan, kaki dan keseluruhan bahagian belakang badannya. Ketika kejadian dia sedang menjalankan kerja mengecat bangunan pencawang tersebut bersama lima rakannya, kira-kira lima meter dari tempat berlakunya letupan itu. Rakannya, Syed Mohd Faadil Syed Osman, 19, berkata ketika kejadian dia dan mangsa sedang mengecat di bahagian luar bangunan pencawang manakala tiga lagi rakan mengecat di dalam bangunan. "Ketika sedang leka mengecat bangunan terbabit saya terdengar satu letupan kuat berlaku dari sebuah pencawang dalam jarak lima meter dari tempat mangsa mengecat dan letupan kuat itu menyebabkan api kuat menyambar sehingga ke belakang bangunan pencawang. "Mangsa menjerit meminta tolong dalam keadaan api membakar baju dan seluarnya dan saya panik melihat kejadian itu tidak mampu berbuat apa-apa," katanya kepada pemberita. Menurutnya, seorang rakan mereka yang berada di belakang bangunan kemudian menyiram badan mangsa dengan air dari paip berdekatan . Katanya rakannya itu yang awalnya dihantar ke Hospital Dungun telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk rawatan. "Saya tidak tahu bagaimana pencawang yang berada di luar bangunan itu boleh meletup," katanya.- Bernama | ||||
Asrama Darul Quran Rusila terbakar, 90 pelajar terjejas Posted: 05 Feb 2013 04:17 AM PST
MARANG: Hampir 90 pelajar lelaki Ma'ahad Darul Quran (MDQ) Rusila, Marang kehilangan tempat tinggal, pakaian serta buku pengajian sekolah apabila sebuah bangunan asramanya hangus terbakar. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.40 pagi ketika semua penghuni asrama di blok B tersebut berada di kelas pengajian masing-masing. Harakahdaily dimaklumkan, kesemua pelajar asrama berkenaan tinggal sehelai sepinggang kerana api terlalu marak sehingga gagal menyelamatkan harta bendanya. (Api yang marak memusnahkan sama sekali salah sebuah asrama pelajar MDQ) Pengerusi Dana Pembangunan MDQ, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata bangunan asrama lelaki tersebut berusia lebih 28 tahun sejak sekolah MDQ ditubuhkan. Katanya, asrama yang terbakar itu menempatkan pelajar-pelajar lelaki tingkatan dua dan tiga dari Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur. "Ini bangunan kayu yang dijadikan asrama pelajar lelaki sejak lebih 28 tahun lalu apabila sekolah (MDQ) ditubuhkan di Rusila ini. Semua pelajarnya, tinggal sehelai sepinggang dan kehilangan tempat tinggal, pakaian, buku-buku sekolah dan harta benda yang tidak dapat diselamatkan," ujarnya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini. Menurutnya, api terlalu marak dengan tiup angin yang kuat menyukarkan kerja-kerja memadam kebakaran tersebut. Seorang penghuni asrama, Mohd Afifuddin Awang Luding, 16, mula menyedari kebakaran asramanya ketika keluar ke kantin asrama. Namun, katanya usaha para pelajar dan orang kampung untuk memadam kebakaran tersebut tidak berjaya kerana api besar dan angin kencang. "Saya dan semua rakan-rakan kini tinggal sehelai sepinggang, pakaian hilang, buku-buku dan harta benda lain habis hangus terbakar. "Ini (kebakaran) sudah ditakdirkan dan kami redha dengan ujian dan musibah yang tentu ada hikmah Allah SWT," ujarnya. Menurutnya, perasaan sedih dan sayu turut menyelubungi hati kerana sayang kepada asrama dan sekolah MDQ. Manakala, Mudir MDQ, Ustaz Yasin Salleh menyifatkan kebakaran asrama tersebut suatu ujian yang mempunyai hikmat tertentu. Katanya, mungkin selepas ini akan datang sumbangan orang ramai bagi membolehkan pihak pengurusan sekolah menyiapkan satu blok asrama lelaki yang masih dalam pembinaan. "Saya merayu dan memohon para dermawan, tokoh korporat dan orang ramai yang simpati dengan pusat pengajian Islam (MDQ) ini untuk membantu kami menyiapkan sebuah lagi blok asrama untuk pelajar lelaki," ujarnya. Menurutnya, sumbangan orang ramai boleh diteruskan melalui akaun di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Ma'ahad Darul Quran A/C: 13017010011956 atau hubungi 019-985 4348 (mudir). Pada kejadian tersebut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar atas) bersama-sama para pelajarnya dan penduduk kampung berusaha memadamkan kebakaran tersebut dengan air sebelum Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba. | ||||
Bekas menantu menteri didenda bersubahat bernikah tanpa kebenaran Posted: 05 Feb 2013 03:35 AM PST Bekas menantu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Dr Raja Badrul Hisham Raja Zezeman Shah didenda RM600 atau penjara enam hari jika gagal membayar denda, terhadap pertuduhan bersubahat bernikah tanpa kebenaran tujuh tahun lalu. Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Rendah Syariah Asrul Azlan Embong pada 30 Januari lalu selepas Dr Raja Badrul Hisham, 43, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu. Sementara itu, pihak pendakwaan yang diwakili Pegawai Pendakwa Syarie Kanan, Salehan Md Yatim memfailkan notis rayuan berhubung hukuman tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur hari ini. Salehan memberitahu pemberita pihaknya berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Dr Raja Badrul Hisham didakwa bernikah dengan Faizah Sidi tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah-wilayah Persekutuan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 133 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 kerana bersubahat dengan pasangannya, yang boleh dihukum denda maksimum RM1,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Sementara itu, Faizah didenda RM500 atau penjara lima hari jika gagal membayar denda, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan bernikah tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran, mengikut Seksyen 40(2) akta sama. Dr Raja Badrul Hisham dan Faizah didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bandar Seri Permaisuri Cheras di sini pada 7 April 2006. Kedua-dua mereka membayar denda itu. Dr Raja Badrul Hisham menceraikan Malini Rais pada 10 Ogos 2011. Bernama | ||||
Bendera Umno BN di tempat agihan BR1M Posted: 05 Feb 2013 03:32 AM PST
KANGAR: Bendera Umno dan Barisan Nasional dikesan telah dipasang pada pagar dewan tempat pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di dua lokasi di Perlis hari ini. Kedua-dua tempat yang dimaksudkan iaitu di Dewan 1Malaysia, Simpang Empat dan Dewan Serbaguna Seri Melati, Beseri di mana pengagihan BR1M 2.0 dibuat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Simpang Empat dan Santan. Tinjauan Harakahdaily juga mendapati terdapat sepanduk Undilah Barisan Nasional turut dipasang pada pagar Dewan 1Malaysia, Simpang Empat. | ||||
Penduduk lapor kes pemimpin Umno Tanah Merah ke SPRM Posted: 05 Feb 2013 03:24 AM PST
KOTA BHARU: Selepas dua tahun seorang guru yang juga pemimpin Umno didakwa tidak datang mengajar, penduduk Dun Gual Ipoh hari ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mereka datang beramai-ramai ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Yahya Petra membuat laporan berkaitan dakwaan salah laku Naib Ketua Bahagian Tanah Merah, Bakri Mustafa. Wakil penduduk Kampung Bechah Laut, Raja Ahmad Zulfakar Raja Man, 37 mendakwa Bakri sebelum ini mengajar di Sekolah Kebangsaan Bechah Laut, namun tidak datang mengajar pada tahun lepas dan 2011. "Saya diberitahu dia digantikan orang lain yang tidak mempunyai tauliah mengajar di sekolah tersebut. "Saya dan ramai ibu bapa amat kecewa kerana guru yang sepatutnya bertanggungjawab mendidik tidak hadir ke sekolah. Anehnya pihak sekolah seperti bersubahat sama," katanya di sini. Tahun lepas persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan dikejutkan dengan isu seorang guru yang memegang jawatan kanan dalam Umno di Tanah Merah tidak datang mengajar. Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa ketika membangkitkan isu tersebut mendakwa guru berkenaan bebas melakukan apa sahaja termasuk tidak hadir ke sekolah walau pun dua tahun. "Laporan telah dibuat ibu bapa kepada pihak atasan namun tidak diambil sebarang tindakan," katanya. Raja Ahmad Zulfakar berkata, selepas berita mengenai guru terbabit tersebar luas akhirnya beliau meletak jawatan sebagai guru. Awang Yusof, 71 juga dari Gual Ipoh berkata, isu mengenai pemimpin Umno berkenaan sudah lama tersebar dalam kalangan penduduk tempatan. "Saya amat sedih dengan mainan politik sesetengah pihak. Ada yang sanggup menerima gaji haram sedangkan dua tahun tidak mengajar," dakwa beliau. Sementara itu masyarakat India di Ladang Kerilla turut membuat laporan kepada SPRM terhadap Ketua Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Abdul Aziz atas dakwaan membawa wang tunai sebanyak RM1.2 juta ketika berceramah di ladang itu baru-baru ini. Devandran a/l Vadiveloo, 34 mendakwa perbuatan pemimpin Umno itu dianggap cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan untuk membela mereka. "Saya amat terkejut seorang Ketua Bahagian Umno mempunyai wang tunai sebanyak itu," kata beliau. (Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang) | ||||
Semakin ramai dekati PAS walaupun sering ditohmah Posted: 05 Feb 2013 03:22 AM PST
KUALA LUMPUR: Meskipun PAS sering ditohmah sebagai parti pemecah belah masyarakat, mempergunakan Islam, parti sesat dan sebagainya, PAS tetap komited menjalankan kerja-kerja dakwah sejak dahulu lagi. "Buktinya semakin ramai yang mahu mendekati PAS termasuk kalangan tokoh-tokoh masyarakat, negawaran, sasterawan, cendikiawan, ahli-ahli korporat, selebriti, bekas pegawai tinggi kerajaan dan lain-lain," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan. Bahkan, katanya PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang keanggotaannya adalah dari kalangan bukan Islam. Malangnya, kata beliau bagi golongan yang melontarkan tohmahan terhadap PAS tidak pula menjalankan kerja yang sama iaitu berdakwah kepada masyarakat supaya kenal Islam secara keseluruhannya. Justeru, tambahnya dalam mendepani pilihanraya umum ke 13, DPPM menyeru supaya petugas PAS tidak melupakan tugasan penting iaitu sebagai juru dakwah kepada masyarakat. "Dalam hal ini, saya mengajak semua lapisan rakyat mencontohi sikap keterbukaan dan pendakwah sejati yang ditonjolkan oleh Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh serta Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis beberapa minggu yang lepas," katanya. Jelasnya, lawatan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi mesej yang jelas bahawa PAS adalah parti yang mengajak kepada perpaduan disamping berdakwah kepada segenap masyarakat. Beliau menambah, ruang berkempen adalah peluang keemasan buat petugas PAS bertemu dengan segenap masyarakat bagi menyampaikan risalah Islam. Justeru, ujarnya DPPM yakin ramai lagi masyarakat yang tidak mengenali Islam dan PAS secara dekat dan betul kerana dipesongkan oleh propaganda yang memburukkan PAS di mata mereka. Katanya, petugas PAS harus menghulurkan salam, bertegur sapa, memberi risalah serta melemparkan senyuman kepada masyarakat. "Mudah-mudahan dengan akhlak dan peribadi tinggi yang ditonjolkan ini akan dapat menarik mereka kepada PAS dan seterusnya menghayati Islam sepenuhnya seperti yang dihasratkan PAS selama ini," katanya lagi. | ||||
Menteri pertahanan kata kajian TI berat sebelah Posted: 05 Feb 2013 03:20 AM PST Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kaji selidik Transparency International (TI) yang meletakkan Malaysia dalam kategori negara berisiko rasuah dalam perbelanjaan dan operasi ketenteraan dijalankan secara berat sebelah. Katanya, hasil kaji selidik berkenaan juga merupakan persepsi oleh organisasi berkenaan yang tidak semestinya benar. "Kita tak izinkan rasuah dan tidak izinkan perkara yang boleh jejaskan imej negara tetapi itu pandangan mereka. Tidak semestinya benar pandangan mereka. "Negara mana yang tidak dianggap rasuah? Itu persepsi mereka. Mereka yang tentukan standard. "Dari awal lagi dari segi kajian telah berat sebelah. Jika kita belajar tentang metodologi kaji selidik, ini adalah metodologi kaji selidik yang berat sebelah," katanya. Kajian yang dikeluarkan TI-UK itu, seperti dilaporkan pada akhir bulan lalu, menyebut Malaysia mendapat markah D- dan setanding dengan negara seperti Bangladesh, Pakistan, China, Russia, Kazakhstan dan Jordan. Ia merupakan kajian pertama di peringkat global yang dijalankan ke atas risiko rasuah dalam organisasi pertahanan seluruh dunia – dengan mengkategorikan negara terlibat mengikut skala markah A hingga F. Zahid juga tidak berpuas hati kerana TI-UK tetap melaporkan persepsi sedemikian walaupun kementerian memberi komen dan jawapan sebaliknya sebelum laporan itu diterbitkan. "Saya melihat laporan itu. Malah sebelum laporan itu dikeluarkan pun saya mendapat peluang untuk memberikan komen. "Tetapi daripada pengalaman terdahulu, walaupun kita beri komen dan jawapan sebaliknya, tetapi mereka tetap menulis tentang apakah tanggapan mereka tentang sesebuah kementerian. "Saya telah berbincang supaya satu kenyataan dikeluarkan untuk menyanggah apa yang ditulis mereka," katanya lagi. | ||||
Artis: BN patut utama artis tempatan, bukan Psy Posted: 05 Feb 2013 03:15 AM PST MALAYSIA KINI Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Rozaidi Jamil menggesa penganjur konsert BN di Pulau Pinang pada 11 Februari supaya mengutamakan artis tempatan dan bukannya penyanyi pop Korea Psy. Katanya, peruntukan besar untuk membawa artis rap tersebut sepatutnya disalurkan kepada artis tempatan – sesuai dengan slogan "rakyat didahulukan" yang diuar-uarkan kerajaan. Pelakon dengan nama gelaran Zed Zaidi itu juga berkata, persembahan oleh artis luar seperti Psy hanya akan menguntungkan kerajaan yang mengaut bayaran cukai hiburan. "Kemasukkan Psy K-Pop dibiayai oleh syarikat tempatan bukan duit rakyat. Walaupun 2 juta diperuntukkan lebih baik diberi kepada artis Malaysia. "Artis luar terutama Psy K-Pop, penyanyi memberi kelebihan kepada cukai hiburan negara berbanding pelakon kerana ia cuma persembahan one-off. "Saya menyarankan pihak-pihak bertanggungjawab perlu berlandaskan 1Malaysia DS @NajibRazak Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan cc @DrRaisYatim," katanya di Twtter. Beliau mengulas rancangan BN untuk menampilkan Psy di persembahan sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang. Malaysiakini sebelum ini melaporkan, kos pembayaraan bagi persembahan ringkas oleh Psy dijangka bernilai RM932,100 hingga RM1,242,800. BN menjelaskan bahawa penyanyi yang popular dengan lagu "Gangnam Style" itu ditaja oleh sebuah syarikat swasta. | ||||
Najib melukah di tempat yang genting Posted: 05 Feb 2013 03:12 AM PST
Persoalannya, bagaimana sebuah negara yang telah merdeka selama 56 tahun masih berjuta-juta rakyat yang susah dan terpaksa memberikan bantuan RM500 bila pilihanraya tiba? Kalau lah keadaan sebegini, bagaimana pimpinan kerajaan kita begitu bangga mengaku yang negara kita sudah menghampiri ketahap negara maju? Bagaimana kah wang sejumput itu boleh menukar taraf hidup rakyat keseluruhannya? Inikah dia Program Transformasi Ekonomi Najib dan UMNO? Sampai bila budaya ini akan dilakukan oleh kerajaan dan apakah benar bantuan ini boleh menaikkan pendapatan per kapita rakyat seperti yang di gembar-gemburkan oleh Najib dan UMNO nya? Itu sebabnya rakyat lebih berkeyakinan cara yang hendak dilakukan oleh Pakatan Rakyat jika mandat itu adalah cara yang lebih baik, malahan jauh lebih berfaedah dari apa yang di amalkan oleh UMNO dan BN ini. Kalau ditanyakan apakah pandangan pihak pimpinan UMNO tentang bajet 'alternative', PR itu mereka sudah tentu akan menghinanya kerana mereka tidak mahu PR memerintah dan melaksanakan apa yang dihajati oleh pihak Pakatan Rakyat itu. Saya tidak mahu menyentuh tentang semua yang bakal dilakukan oleh Pakatan Rakyat setelah diizinkan Tuhan untuk membentuk kerajaan nanti kerana masa dan ruang terlalu suntuk untuk dimuatkan ke dalam blog ini. Tetapi biarlah saya sentuh dengan ayat dan bahasa yang mudah bagi memudahkan rakyat yang membaca blog ini untuk memahaminya. Pihak UMNO yang bakal menjadi pembangkang ini akan membidas apa yang saya perkatakan ini. Mereka akan memulakan kritikannya terhadap apa yang saya perkatakan ini sebagai tindakan yang akan mengbankrapkan negara dan sebagainya. Menghapuskan tol lebuhraya yang telah lama seperti lebuhraya Utara Selatan itu sememangnya satu niat yang baik dan boleh terlaksana jika Pakatan ingin melakukannya setelah mendapat mandat rakyat nanti. Lebuhraya yang berharga RM6 billion itu telah mengutip hampir RM30 billion dan tidak ada sebab untuk pihak yang mendapat konsesi itu tidak boleh menurunkan harga tol atau pihak kerajaan memansuhkan kutipan tol itu sama sekali. Jika janji yang satu ini sahaja terlaksana sudah cukup untuk memberikan keringanan kepada rakyat, malahan lebih jauh berfaedah dari rakyat beratur di tengah panas terik menerima baucer RM500 yang tidak tentu berapa kali kita akan menerimanya. Jika kutipan tol ini dihapuskan satu perjalanan dari Johor ke Perlis sahaja sudah menghampiri 50 peratus dari wang BRIM yang Najib dan UMNO bahagi-bahagikan itu. Jika Pakatan Rakyat memerintah tidak payah berikan wang BRIM ini kerana adalah lebih baik memberikan laluan perjalanan secara percuma kerana perjalanan kita ke utara ke selatan dan balik itu lebih kerap dan faedah secara terus terhadap rakyat itu adalah lebih praktikal untuk kesenangan mereka. Jika dihapuskan PTPTN pula ia akan lebih memberikan faedah kepada semua keluarga kerana setiap keluarga mesti berbelanja untuk anak-anak mereka belajar sampai ke tahap menara gading. Pengapusan PTPTN ini merupakan satu perkara yang amat menyentuh jiwa dan perasaan semua rakyat kerana keseluruhan rakyat kita menghadapi masalah pembiayaan pelajaran untuk anak-anak mereka. Apa yang susah sangat hendak menghapuskan PTPTN ini seolah-olah PTPTN ini sudah wujud sejak merdeka. PTPTN ini hanya wujud di zaman Dr Mahathir sahaja kerana dalam pentadbiran beliau wang ringgit kerajaan di gunakan untuk membina 'empire' perniagaan kroni dan suku-sakat mereka sahaja. Selain dari itu wang rakyat yang 'bertrillion' telah digunakan untuk melaksanan projek yang tidak mendatangkan hasil kepada rakyat. Sebelum pemerintahan Dr Mahathir tidak ada pun PTPTN dan semua anak-anak yang pergi belajar ke peringkat universiti semuanya di biayai oleh biasiswa yang puncanya datang dari berbagai pihak. Sehingga pengakhir tujuh puluhan, mahasiswa masih berbincang sesama sendiri bertanyakan biasiswa mana mereka dapat untuk masuk universiti. "You scholarship mana?" itu merupakan soalan popular di antara mahasiswa semasa itu. Jawapannya banyak. Ada yang kata mereka mendapat 'state scholarship', ada yang menjawab 'Bank Bumi Scholarship' atau 'federal scholarship' dan berbagai-bagai lagi. Semasa itu pendapatan negara tidaklah sebesar mana pun tetapi rakyat mendapat biasiswa dengan mudah. Tetapi di samping menjerit dan mengaku negara kita sebuah negara yang sudah hampir ke tahap negara maju, rakyat tidak dapat lagi biasiswa dan disebaliknya rakyat diberikan pinjaman PTPTN yang akhirnya telah menjerumuskan rakyat yang masih muda terbeban dengan hutang yang bertimbun. Belum pun mendapat pekerjaan hutang sudah menanti dan surat saman pun mula datang berulang kali. Kita telah mendengar cemuhan dari pihak UMNO dan pimpinannya terhadap cadangan Pakatan Rakyat ini. Berbagai-bagai macam jawapan dikeluarkan untuk meremehkan niat Pakatan Rakyat itu dengan mengungut rakyat yang negara akan menjadi muflis jika Pakatan melaksanakan niat mereka ini. Pimpinan BN selalu meletakkan kemampuan orang lain sama rendahnya dengan tahap kemampuan pihak lain. Mereka menganggap cita-cita Pakatan Rakyat itu tidak praktikal kerana mereka menyamakan kemampuan orang lain dengan kemampuan yang terbatas di kalangan mereka. Sebenarnya BN bukan tidak mampu melakukan apa yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat itu, tetapi oleh kerana di dalam BN itu ada elemen rasuah dan ketidak jujuran maka ia tidak mungkin dapat dilaksanakan. Untuk melaksanakan usaha dan niat Pakatan Rakyat itu ia memerlukan usaha gigih tanpa mempunyai unsur rasuah. Jika pemimpin mengamalkan budaya rasuah sesiapa pun yang memimpin itu tidak akan berdaya untuk membuat keputusan yang baik kerana ada kepentingan peribadi. Di kesebelasan negara Scandinavia dan beberapa negara di Eropah, pelajaran adalah percuma sedangkan negara-negara itu bukannya negara kaya yang dilimpahi dengan penghasilan minyak dan sebagainya. Tetapi oleh kerana kerajaan mereka merupakan kerajaan yang bersih dan tidak berbelanja wang rakyat seperti wang datuk atau nenek mereka, maka dapatlah mereka memberikan pelajaran dan pendidikan percuma sehingga ke peringkat yang tinggi. Tetapi di Malaysia ini rakyat sebaliknya terpaksa berkorban kerana kerenah dan sikap pembaziran pemimpin serta keluarga mereka menggunakan kesempatan untuk memberikan tumpuan bagi kepentingan kroni dan keluarga mereka. Maka pemimpin-pemimpin tidak akan memberikan tumpuan untuk memberikan hak rakyat itu. Untuk memberikan hak rakyat itu ia memerlukan pimpinan yang serius serta kerajaan yang peka terhadap keperluan rakyat itu dengan pelan pembangunan untuk mereka (rakyat) yang berkesan. Kita perlu mengenepikan pemimpin-pemimpin yang terlalu joli dengan wang rakyat tanpa rasa bersalah itu dan kebetulannya pemimpin jenis ini semuanya dari UMNO dan MCA. Budaya bersukaria menggunakan kemudahan dan wang rakyat ini sudah di budayakan dan adalah menjadi dosa yang begitu besar jika rakyat membiarkan perkara ini berterusan berlaku. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||||
Umno terpaksa kitar ahli PAS untuk tebang PAS Posted: 05 Feb 2013 03:11 AM PST
"Mereka ini sudah dikenali bermasalah di dalam parti. Sekarang mereka menjadi hulu kapak untuk menebang PAS," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. Menurutnya, mereka hanya laku sebelum pilihanraya sahaja, selepas pilihanraya mereka akan menjadi sisa toksid yang tidak dipedulikan oleh Umno lagi. Katanya, kenapa mereka tidak belajar daripada sejarah orang-orang yang terdahulu yang khianat perjuangan PAS. "Ada yang berjawatan Yang Dipertua PAS, Panglima Jihad, Setiausaha Agung, Naib Presiden PAS, Ahli Majlis Syura, apabila mereka menyertai Umno dan menyokong Umno akhirnya seperti habis madu sepah dibuang," ujarnya kepada Harakahdaily. Paling menyedihkan sekali, ujarnya tidak ada kemulian dan penghormatan di kalangan masyarakat, hatta ahli Umno sendiri terutama apabila mereka berada di penghujung usia. Tambahnya, yang paling lucu sekali mereka ini, kononnya tidak puas hati hubungan PAS di dalam Pakatan Rakyat sedangkan Majlis Syura PAS telah meluluskan tahaluf siasi sejak tahun 1986. "Merekalah berdegar-degar mempertahankan tahaluf siasi ketika memimpin PAS. Kenapa sekarang baru hendak pertikai, setelah tidak berada di dalam saf kepimpinan parti?" tanya Idris. Bagi beliau, alangkah ruginya usia dan tenaga dihabiskan untuk bersama dengan PAS, tetapi menjadi penentang ketika usia di hujung senja. "Kenapa tidak bersama dengan Umno ketika usia masih muda dan banyak nikmat dunia boleh dikecapi?" ujarnya lagi. | ||||
Gangguan samseng: Ceramah dihenti untuk keselamatan Posted: 05 Feb 2013 03:09 AM PST
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kecewa terhadap pihak polis yang tidak menghalang gangguan sekumpulan samseng dalam program ceramah malam tadi. Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihak polis hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa sewaktu kira-kira 100 orang dipercayai ahli Umno dan Perkasa mengganggu ceramahnya di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi. (Gambar dari blog Omak Kau!) "Saya kecewa polis hanya berdiri di tepi dan membiarkan samseng ini membaling kerusi dan merempuh benteng pasukan Unit Amal. Waktu itu saya baru sahaja naik ke pentas dan memberi salam. "Polis kata ceramah itu program politik dan mereka tak mahu campur," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Mazlan berkata, akibat gangguan melampau itu, pihak penganjur membuat keputusan menghentikan ceramah serta merta bagi menjamin keselamatan orang ramai yang hadir. "Pihak penganjur terpaksa menghentikan program sebab kami risau keselamatan orang hadir. Ada yang bawa keluarga termasuk anak-anak," katanya. Ekoran kejadian itu, pihak penganjur membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor jam empat pagi tadi. Menurut Mazlan lagi, sekatan jalan raya sudah dibuat bermula petang semalam bagi menghalang kenderaan luar masuk ke kawasan Felda. "Mereka dah mula sekat laluan sejak petang sehingga maghrib dan apabila malam, seramai ramai samseng datang buat kacau," katanya. Tak sampai 10 jam adu polis Sementara itu, Mazlan juga kesal kerana peristiwa itu berlaku dalam masa tidak sampai 10 jam selepas perbincangan dengan pihak polis Bukit Aman petang semalam. Memorandum turut diserahkan kepada Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf yang menyatakan bantahan terhadap sekatan dan halangan masuk ke dalam kawasan Felda untuk sebarang aktiviti termasuk ceramah dan 'Kembara Oren'. "Tak sampai 10 jam kami adu dan minta kerjasama polis, gangguan ini berlaku lagi. Sedangkan kami dah maklumkan kepada polis setiap program yang akan dilakukan," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan