Ahad, 3 Februari 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kepimpinan Telus Mampu Beri Rakyat Pendidikan Percuma

Posted: 03 Feb 2013 05:40 AM PST


Anuar Ahmad

SHAH ALAM  : Kepimpinan negara yang telus dan tidak mengamalkan sistem kapitalis sebenarnya mampu merealisasikan pendidikan percuma di negra ini.

Perkara ini dinyatakan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad dalam satu temubual ekselusif bersama Tv Selangor semalam.

Oleh itu, bagi merealisasikan pendidikan percuma ini, pihak Unisel secara serius akan membincangkan perkara ini dalam Konvensyen Antarabangsa Pendidikan (KAP 2013) yang akan berlangsung pada 4 dan 5 Februari ini.

Konvensyen yang bertempat di Dewan Pro-Canselor UNISEL Seksyen 7 Shah Alam itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

KAP 2013 akan menampilkan ahli-ahli akademik seperti Dr. Amal Fathullah Zarkarsyi dari Pesantren Darul Salam, Gontor, Indonesia dan Prof Dr Ameenah Gurib-Fakim dari Universiti Mauritius.

Selain itu KAP 2013 juga disertai penggubal dasar dan pemikir-pemikir politik seperti Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.

Mengulas lanjut berhubung kesediaan negara melaksana pendidikan percuma, Anuar percaya ia mampu melaksanakannya seperti mana yang dilakukan oleh Mauritius.

"Melihat kepada pendapat negara kasar, Malaysia agak baik berbanding negara-negara miskin yang lain seperti Mauritius yang mana pendapatan negara kasarnya lebih rendah daripada Malaysia.

"Namun ia (Mauritius) mampu memberi pendidikan percuma sehinggakan pengangkutan anak-anak ke sekolah turut dibiayai oleh kerajaan," katanya.

Ambil Alih Operasi Air : Peter Chin Tak Faham, Selangor Hantar Satu Lagi Surat

Posted: 03 Feb 2013 03:19 AM PST


MB pc kuning couch 01

KUALA SELANGOR: Kerajaan Negeri Selangor menghantar satu lagi surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Datuk Sri Peter Chin Fah Kui bagi menerangkan proses pengambilalihan operasi Syarikat Bekalan Air Syabas Sdn Bhd (Syabas).

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim surat kedua yang dihantar Jumaat lalu itu disebabkan Peter Chin gagal memahami bagaimana proses pengambilalihan yang diterangkan dalam surat pertama.

"Pengambilalihan pengoperasian syarikat bukanlah syarikat itu diambilalih, tetapi melibatkan pemegang saham.

"Dalam operasi Syabas, pemegang sahamnya adalah Puncak Niaga, Kumpulan Darul Ehsan Bhd dan juga Kementerian Kewangan Malaysia yang memegang saham emas.

"Jadi yang saya kena bincang bukannya dengan pegawai-pegawai Syabas tetapi kena bincang dengan pemilik saham, termasuk Peter Chin, tetapi dia kata pergi jumpa orang lain," kata beliau.

Menurut Abdul Khalid, saham emas yang dipegang oleh Kementerian Kewangan itu membolehkan Kementerian Kewangan berkuasa menolak sebarang keputusan.

Sebelum ini Peter Chin berkata dalam satu kenyataan, Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat yang bertegas mahu mengambil alih syarikat konsesi air itu harus mengadakan rundingan dengan Syabas dan urusan pengambilalihan hanya boleh dilaksana jika Syabas bersetuju.

SYABAS Maklumkan Kerajaan Pusat Tidak Benarkan Pengambilalihan Air

Posted: 03 Feb 2013 03:15 AM PST


MB Sambutan Maulidur Rasul - Masjid Jaya Setia - Ijok 01

PETALING JAYA B : Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) memaklumkan Kerajaan Pusat sebenarnya yang tidak membenarkan proses pengambilalihan konsesi air oleh Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu pihaknya sudah berbincang dengan Syabas mengenai pengambilalihan itu bagaimanapun, Syabas memaklumkan Kerajaan Pusat sebagai pemegang 'golden share' tidak membenarkan perkara itu dilakukan.

"Kita sudah terangkan salah satu daripada pemilik saham yang terpenting ialah kementerian kewangan, dia ada golden share, kalau kita bincang dan tidak berbincang dengan pihak kementerian iaitu Kerajaan Pusat, maknanya usaha kita terbantut itu sebab yang lepas apabila berjumpa dengan Syabas untuk mereka terima tawaran kita syabas cakap, Kerajaan Pusat tidak bagi kelulusan.

"Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui seharusnya kena terima dan jelaskan kepada saya dalam surat bahawa Kerajaan Pusat bersetuju dengan penstrukturan ini.

"Kalau tidak ia tidak akan berlaku, tujuan kita nak susun semula air ini ialah bukan nak naikan harga air tapi nak air diuruskan dengan baik supaya rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan harga air," katanya kepada pemberita selepas merasmikan asrama anak pekerja ladang di Bangunan Peladang, di sini.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar ; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.

Semalam, Chin memaklumkan Kerajaan Persekutuan tidak akan menghalang Kerajaan Negeri daripada mengawal industri perkhidmatan air negeri itu, jika semua pihak bersetuju.

Chin mengulas mengenai kenyataan oleh Menteri Besar yang berkata Kerajaan Negeri sudah memaklumkan kepada kementerian bahawa ia akan mengambil alih industri perkhidmatan air negeri, jika kementerian tidak memberi maklum balas kepada surat yang dihantar semalam dalam tempoh 14 hari.

Sementara itu, Charles berkata kenyataan Peter Chin yang memaklumkan harga air yang murah punca kepada krisis bekalan air terputus berlaku di negeri Selangor baru-baru ini sebagai satu pandangan yang lemah.

Katanya, jika mengikut konsesi yang ditandatangani oleh Syabas dan Kerajaan Negeri sebelum ini, akan menjadikan harga air naik dan lebih tinggi daripada harga minyak seterusnya akan membebankan rakyat.

"Oleh itu, kita mahu Kerajaan Negeri ambil alih industri air. Begitu juga dengan kenyataan beliau (Peter) yang dikatakan tidak menghalang pengambilalihan air, Peter sebenarnya tidak ikhlas, beliau hanya bermain politik kerana takut dengan Umno.

Beliau menambah, pihaknya menghantar surat kepada Peter dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) minggu lalu untuk menyediakan satu rangka kerja dan pelan bagi mengatasi masalah air ketika Tahun Baru Cina ini.

"Sebab sebelum ini, Syabas ada beritahu masalah air akan dipanjangkan semasa Tahun Baru Cina ini, jadi kita tidak mahu susahkan rakyat, namun sehingga kini, tiada maklum balas," katanya.

Asrama Khusus Untuk Anak-Anak Pekerja Ladang Di Selangor

Posted: 03 Feb 2013 03:12 AM PST


Majlis Perasmian Asrama Anak Peladang 01

PETALING JAYA  : Sejajar dengan misi memartabatkan institusi pendidikan anak-anak pekerja ladang, Kerajaan Negeri membina bangunan asrama untuk menempatkan anak golongan berkenaan.

MB Majlis Perasmian Asrama Anak Peladang 02

Bertempat di Ijok, bangunan dua blok, tiga tingkat yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas bagi menjamin pembelajaran lebih selesa itu dijangka siap dibina sebelum hujung tahun ini dengan kos sebanyak RM 5 juta melalui peruntukkan dari Geran Selangorku.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar memaklumkan asrama terbabit menyediakan pelbagai kemudahan antaranya dewan makan, rumah warden, pejabat warden, bilik rekreasi, bilik sakit, perpustakaan dan makmal komputer yang berkeluasan lapan ekar.

Katanya, asrama itu akan mampu memuatkan sekurang-kurangnya 500 pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima.

Tambahnya, Pakatan Rakyat benar-benar berhasrat untuk menolong masyarakat ladang agar berjaya dalam bidang pelajaran dan bebas daripada masalah sosial dan kemiskinan.

"Asrama ini adalah pertama di Malaysia yang khusus kepada golongan pekerja ladang. Ini satu permulaan untuk meningkatkan pelajaran anak-anak pekerja ladang dan bekas pekerja.
P.Sumathy
 "Kita akan memastikan mereka akan mendapat pelajaran yang terbaik. Kerajaan Negeri turut menyediakan kelas tambahan kepada pelajar. Tenaga pekerja terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpengalaman dalam tugas pendidik," katanya kepada pemberita.

Majlis pelancaran asrama itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di hadapan kira-kira 1,000 pekerja ladang di Bangunan Peladang, di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.
Dr Xavier turut tidak menolak untuk membina satu lagi asrama seperti itu di tempat lain jika mendapat persetujuan dari Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata tujuan pembinaan itu dilakukan untuk anak-anak generasi golongan itu mempunyai tempat belajar dengan persekitaran yang baik.

S.Thanabalan
" Kita lancarkan di Selangor, saya harap Perdana Menteri membinanya di seluruh negara pula. Kalau beliau (PM) buang duit untuk perkara yang lain, lebih baik beliau buat asrama seperti ini," katanya.

Bagi penduduk, P.Sumathy, 42, berkata inisiatif yang ditujukkan oleh Kerajaan Negeri itu mampu menjadikan pelajar khususnya anak pekerja ladang menjadi golongan yang berpelajaran tinggi satu masa nanti.

Selain itu, S.Thanabalan, 49, yakin dengan kemudahan yang disediakan di asrama itu dapat membuatkan pelajar-pelajar belajar dalam keadaan selesa seterusnya mempertingkatkan lagi taraf pendidikan pelajar.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, saya harap usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Sekolah Menengah Teknik Islam Bakal Dibina di Ijok

Posted: 03 Feb 2013 03:10 AM PST


MB Maulidur Rasul 01

BESTARI JAYA : Penduduk di DUN Ijok di sini bakal memiliki satu lagi kemudahan pendidikan terbaik dan berkualiti apabila cadangan untuk pembinaan Sekolah Menengah Teknik Islam bakal direalisasikan dalam jangka masa terdekat.

MB Maulidur Rasul 02

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, butiran lanjut berkenaan pembinaannya itu nanti akan dimaklumkan dari masa ke semasa sebagai usaha meningkatkan keupayaan pelajar bagi memiliki kemahiran yang diperlukan.

"Ramai anak-anak muda yang kurang dari segi teknikal jadi ada sesetengahnya yang tidak tertarik dalam bidang akademik tetapi sangat berminat dalam kemahiran teknikal.

MB Maulidur Rasul 04

"Jadi dengan itu kita dapat mengurangkan keciciran mereka yang tidak mempunyai kemahiran mereka demi kerjaya mereka di masa hadapan," kata Abdul Khalid dalam sidang media di sini.

Sebelum itu, beliau bersama-sama penduduk di Jaya Setia dalam Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di pekarangan Masjid Jamiul Hasanah Jaya Setia di sini.

MB Maulidur Rasul 03

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid yang diterima oleh Penasihat Masjid, Othman Badaei.

Sementara itu menurut Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki ketika dihubungi berkata, tapak pembinaan untuk sekolah berkenaan sedang dikenalpasti yang dijangkakan berkeluasan kira-kira 30 ekar.

Ujarnya lagi, kos anggaran pembinaan sekolah berkenaan adalah kira-kira RM50 juta tidak termasuk harga tanah.

"Kita sudah ada baru satu mesyuarat dan mesyuarat lanjut akan dijalankan dalam masa terdekat.
Katanya, kemungkinan nanti sekolah itu nanti akan diuruskan di bawah kendalikan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Kalau kita hendak bina kita akan membinanya mengikut kehendak Kementerian Pelajaran yang lengkap dari segala kemudahannya," ujarnya.

MB: Hasan Ali Tak Belajar Akaun, Buat Tudahan Tanpa Fakta

Posted: 03 Feb 2013 03:07 AM PST


MB Loji Semenyih 01

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas dakwaan bahawa Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk baikpulih jalanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Abdul Khalid berkata jika terdapat unsur salahguna atau penyelewengan seperti yang didakwa Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali, Hasan diminta laporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Lebih baik Hasan mengajukan perkara itu ke SPRM, buat apa hanya cakap-cakap sahaja, Kerajaan Negeri tidak menggunakan duit seperti yang didakwanya," katanya.

Abdul Khalid ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pusat Dakwah Serantau (PDS) di Stadium Melawati malam tadi.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor membuat dakwaan itu dalam satu program debat bersama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Sijangkang, minggu lalu.

Hasan turut mendakwa wang rezab simpanan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM2.5 bilion adalah wang peruntukan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Ketika mengulas dakwaan itu Abdul Khalid berkata Hasan hanya bercakap kosong tanpa memberikan fakta.

"Saya fikir dia tidak belajar 'accounting' (bidang akaun), jangan malukan penjawat awam," katanya lagi.

Dilaporkan sebelum ini bahawa sehingga Oktober 2012, wang rezab simpanan Kerajaan Negeri di sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) telah meningkat sehingga RM 2.57 bilion.

Ini berbanding kurang RM 500 juta ketika pentadbiran Umno-BN pada 2007.

Ini berikutan strategi yang digunapakai Kerajaan Negeri yang berkesan dan kurang risiko dengan melabur dalam simpanan bank dan institiusi kewangan Malaysia.

Najib Dan Mahathir Tidak Sekata Kriteria Calon

Posted: 03 Feb 2013 03:02 AM PST

MSO

Mahathir: Bercanggah dengan Najib.
Saya rasa saya tidak salah dengar dan telinga saya tidak berdengung. Sekejap tadi saya dengar Mahathir Mohamad ahli Umno supaya mengundi calon-calon UBN tidak kira siapa mereka itu. Katanya jangan peduli siapa calon undi saja sebab hendak menang. "Kita pilih siapa saja calon UBN kerana kita hendak menang," katanya.

Kemenangan perlu apa lagi dengan undi besar. Sebab katanya kalau UBN menang kecil mereka (Pakatan Rakyat) akan tunjuk perasaan hari-hari.

Rayuan dan penegasan Mahathir itu menjelaskan sesiapa calon dari UBN perlu dipilih. Ini bermakna yang perlu dilihat ialah parti bukannya peribadi calon.

Kenyataan Mahathir ini bertentangan dengan hasrat Najib Razak yang mahukan calon-calon Umno yang berintegriti, bersih dari rasuah, jenayah dan skandal. Mana-mana bakal calon yang tidak lepas tapisan SPRM tidak akan diambil untuk bertanding. Dalam Umno mereka menjadi SPRM sebagai Majlis Syura Ulama kalau di dalam PAS.

Baru-baru ini Umno telah menghantar senarai calonnya untuk ditapis oleh SPRM. Selepas ditapis difahamkan ada beberapa orang termasuk tiga wakil rakyat, seorang menteri dan seorang ketua menteri dan orang menteri besar dari negeri Pantai Timur tidak lepas saringan SPRM. Menteri Besar berkenaan dikaitkan dengan beberapa projek kerajaan di negeri itu yang runtuh dan rosak sebelum dipakai.

Sekarang ini ahli Umno akan bingung kata-kata atau formula siapa yang hendak dituruti; apakah Najib atau Mahathir. Kalau mengikut Mahathir orang yang rasuah, ada skandal dan kes jenayah tidak mengapa asalkan mereka Umno. Manakala Najib pula tidak mahu calon-calon berpenyakit dipilih menjadi calon. Ini bermakna kalau ada mereka yang tidak bersih menjadi calon mereka hendaklah ditolak kerana ia boleh merosakkan reputasi Najib dan Umno.

Apakah Mahathir membuat rayuan itu kerana dia tahu kalau calon ditapis mengenai kredibilitinya seperti mana dikehendak Najib, menyebabkan tiga suku calon yang bakal dikemukakan nanti tidak layak menjadi calon kerana mereka rasuah? Mahathir tentu tahu siapa kentut busuk atau 'jubur belengah' didalam Umno. Semua fail-fail menteri dia pegang dan fail itulah dijadikan modal ataupun senjata dia mengugut tokoh-tokoh Umno supaya bersujud sahwi atau jangan melawannya ketika di jadi bos dulu.

Najib sendiri juga ada fail tertentu yang dipegang oleh Mahathir. Muhyiddin Yassin juga ada, Zahid Hamid apa lagi, disebabkan fail berwarna pink bertanda RAHSIA itulah menyebabkan bekas ketua pemuda itu mufaraqah dari kem Anwar Ibrahim dan berundur ke kem Najib/Mahatir semula semasa Anwar sednag menghadapi saat-saat kritikal bila dipecat Mahathir.

Demikian juga dengan Shafei Afdal, Hishmuddin Hussein semuanya ada fail bertanda sulit yang pernah Mahathir pegang. Saya yakin pendua fail itu masih ada di pejabatnya di Yayasan Perdana.

Jadi hari ini apakah Najib akan akur dengan kehendak Mahathir itu yang sudah jelas melentang transformasi yang dilakukannya. Najib berkehendakkan calon yang mempunyai syahsiah yang baik, suci dari skandal dan tiada rasuah sebaliknya Mahathir pentingkan kemenangan.

Dalam pilihan raya lalu (2008) lalu Najib yang juga turut membuat seleksi calon telah menggugurkan beberapa orang ketua bahagian yang dicadangkan menjadi calon disebabkan kerana rasuah. Najib bertegas mengenai hal ini. Katanya ketua bahagian dariTerengganu itu puas merayu kepada Najib agar dilepaskan - untuk jadi calon, tetapi Najib tegas menyebabkan ketua bahagian itu akhirnya tidak bertanding tetapi diselamatkan Najib dari dituduh rasuah berhubung pembinaan highway. Perlepasan itu sebagai syarat dia tidak menuntut menjadi calon!

Itu masalah Umno, sama-sama kita tenguk nanti bagaimana rupa paras calon-calon yang akan bertanding atas tikit Umno kelas. Apakah ia calon yang sudah ditapis ataupun calon yang langsung tidak ditapis. Kalau banyak calon yang tidak dilapis bertanding ini bermakna Mahathir Mohamad ternyata lebih berkuasa dalam menentukan calon daripada Najib. Desas desus mengatakan Mahathir telah mengambil alih kuasa Najib bersama Muhyiddin sangat jelas dan nyata sekali.

Silap-silap hari bulan Khairy Jamaluddin juga termasuk yang telah melepasi tapisan tetapi ia akan dinafikan kerana Mahathir tidak menyukainya. Inilah akan berlaku kalau Mahathir kembali menjadi presiden sementara dalam pilihan raya ini. Mat... Mat mana lagi Mat  Maslan lah khabarnya sudah terlebih layak sebab saham Felda jatuh. Heheh geli aku.

Mengapa Polis Tembak Mati Isteri Saya?

Posted: 03 Feb 2013 02:50 AM PST

Seorang pemandu lori menuntut siasatan bebas mengapa isterinya ditembak mati oleh polis selepas berlaku kejar mengejar kereta dua minggu lalu di kawasan perumahan dan berakhir dengan kejadian tembak.

Insiden berlaku pada 18 Januari pada jam 8.30 malam, apabila Pua Bee Chun, seorang suri rumah berusia 22 tahun bersama rakannya, dikejar polis semasa memandu di Taman Sentosa di sini.

Foo Voon Kong, 26 tahun memberitahu wartawan bahawa isterinya, menurut bedah siasat, mati akibat peluru menusuk ke bahagian jantung.

"Ada 24 lubang peluru di tepi pintu keretanya," kata Foo.

"Saya diberitahu oleh seseorang, saya ingat dia bergurau dan meminta agar tidak bergurau. Kemudian dia bawa saya ke tempat kejadian dan apabila saya tiba, isteri saya sudah dalam beg mayat," kata ayah kepada dua orang anak itu.

"Polis tembak isteri saya," katanya lagi.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak memberi sebarang keterangan mengapa Pua, yang dikatakan seorang yang baik ditembak mati. Foo membuat laporan polis dan beliau mahu tindakan diambil ke atas polis Klang kerana gagal memberitahu sebab menembak isterinya.

Kematian Pua berlaku dalam pada pelbagai pihak mendesak Putrajaya menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) selepas kemarahan orang ramai dia atas dua kematian melibatkan polis bulan ini.

Dua minggu lalu polis dituduh memukul pengawal keselamatan berusia 41 tahun C. Sugumaran ketika tangannya digari dan didakwa dipukul beramai-ramai oleh polis dan sejumlah 20 orang awam lain.

Kematian Sugumaran adalah sebahagian dari kes kematian melibatkan polis, termasuk kematian dalam tahanan Chang Chin Te awal tahun ini, A. Kugan dan R. Gunasegaran pada 2009, dan kematian dalam kejadian tembakan seorang lelaki berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah pada tahun 2010.

Dalam semua kes, polis menafikan sebarang salahlaku.

Dalam kes Pua, polis sekali lagi dituduh cuba menyembunyikan kesalahan apabila Foo mendakwa rakaman yang dirakam oleh kamera litar tertutup dirampas dan dipadamkan.

"Dengan memadamkan bukti itu sudah menjadi kesalahan jenayah," kata ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili keluarga tersebut.

Menurut Foo, kamera tersebut kepunyaan penduduk di kawasan tersebut apabila peristiwa tembak itu berlaku. Lelaki berusia 26 tahun itu bagaimanapun tidak menerangkan bagaimana polis memadamkan rakaman.

Ahli parlimen Kelang dari DAP Charles Santiago menuntut Bukit Aman membuat siasatan bebas ke atas insiden ini dan polis Klang. "Dari melihat 24 lubang peluru kita dapat tahu polis ini menembak sesuka hati," kata Santiago lagi.

Gobind berkata keluarga mangsa akan mengumumkan apa tindakan yang akan dilakukan, termasuk mengambil tindakan undang-undang ke atas polis.

Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, terdapat "lebih 1,500 tahanan mati ketika ditahan pihak berkuasa.

Gobind dan Santiago berkata peningkatan kematian melibatkan polis mengukuhkan sebab mengapa IPCMC perlu ditubuhkan, cadangan yang ditunggu-tunggu oleh kumpulan hak asasi manusia dan pembangkang sejak 2006. -TMI

MB Selangor: Bantuan RM120 juta bukti SYABAS gagal, tidak selesaikan masalah air

Posted: 03 Feb 2013 02:38 AM PST


KUALA LUMPUR — Kerajaan negeri Selangor hari ini mengecam pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meluluskan bantuan kewangan RM120 juta kepada SYABAS semalam dan mendakwa ia membuktikan syarikat air tersebut gagal menguruskan operasi dengan baik.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan rasmi hari ini memperlekehkan langkah kerajaan pusat tersebut dan mendakwa ia tidak akan membantu menyelesaikan masalah air di negeri tersebut.

"Terbukti syarikat konsesi berkenaan gagal menguruskan bekalan air bersih dan sumber air secara profesional dan berkesan," kata Abdul Khalid.

"Tindakan Najib memberikan bantuan dana ini membuktikan kerajaan pusat sebenarnya tidak berminat membantu kerajaan Selangor mengambilalih air demi kebajikan rakyat."

Abdul Khalid (gambar) juga meminta pihak pengurusan SYABAS menjelas pelan rancangan mereka supaya wang yang diberikan tersebut tidak disalahguna.

"Kerajaan Selangor akan meminta SYABAS memberikan secara terperinci bentuk-bentuk perbelanjaan yang akan dibelanjakan menggunakan dana itu bagi mengelak penyelewengan," tambah Abdul Khalid.

Menurut Abdul Khalid, bantuan tersebut bukan kali pertama malahan kerajaan pusat pernah memberikan RM606 juta sebelum ini tetapi SYABAS masih lagi menjalankan tanggungjawab mereka kerana gagal menurunkan kadar peratusan air tidak berhasil (NRW) yang ketika ini pada paras 33 peratus.

"Sejarah telah membuktikan walaupun SYABAS menerima pinjaman mudah (soft loan) daripada kerajaan Pusat tetapi syarikat itu yang menerima konsesi selama 30 tahun untuk menguruskan air di Lembah Klang tetap gagal menurunkan kadar peratusan air tidak berhasil (NRW) yang ketika ini pada paras 33 peratus," kata Abdul Khalid.

Selain itu, Abdul Khalid menggesa pentadbiran Najib untuk menyokong usaha kerajaan negeri untuk menstruktur semula industri perkhidmatan air dan bukannya membeirkan bantuan sedemikian tanpa menyemak terlebih dahulu.

Malahan, beliau juga menuduh Najib sebagai seorang yang tidak mementingkan rakyat di Selangor tetapi sebaliknya hanya memikirkan untuk mengayakan kroni Umno yang berada di dalam SYABAS.

"Tindakan Najib nampak lebih mengutamakan syarikat konsesi yang dikuasai kroni Umno yang selama ini berusaha menaikkan kadar tarif air tetapi berjaya dihalang oleh kerajaan Selangor," tegas beliau lagi.

Keputusan Najib semalam diumumkan sejurus Abdul Khalid mengumumkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bercadang untuk mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari serta turut menghantar surat bertulis kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, tentang perkara tersebut.

Selangor bertegas menentang projek Langat 2 yang diumumkan oleh kerajaan pusat dengan menyifatkan ia berkos tinggi dan akan menyebabkan negeri tersebut terpaksa meningkatkan tarif air serta terpaksa memungkiri janji mereka untuk memberi air murah, polisi kerajaan PR yang diperkenalkan selepas memenangi pilihan raya 2008.

Untuk melancarkan proses, Selangor memulakan langkah untuk mengambil alih pada 2009 dengan menawarkan untuk membeli Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS pada harga RM5.7 bilion tetapi kemudiaannya telah ditolak.

Abdul Khalid berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air di Sabak Bernam menyatakan Putrajaya tidak menghalang kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan air menyebabkan kerajaan negeri membuat keputusan tersebut.

Tahun lepas, Abdul Khalid dilaporkan telah meningkatkan tawaran lebih daripada RM9 bilion untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti syarikat tersebut termasuk bon.

Awal bulan ini, ribuan pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan kerosakan sistem pam tambahan di Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Gangguan air tersebut antara yang terburuk sejak PR mengambil alih negeri Selangor.

PR memerintah Selangor dan menguasai 10 daripada 11 kerusi Parlimen di dalam Kerajaan Persekutuan.

Hadi bidas Dr M, dakwa Umno punca penganut agama keliru

Posted: 03 Feb 2013 02:35 AM PST


Abdul Hadi (ketiga dari kiri) pada Himpunan Perdana PAS Bersama Ummah di Ampang. — Gambar Choo Choy May
 
KUALA LUMPUR — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak tuduhan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan parti tersebut menggunakan agama dan kalimah "Allah" untuk memancing undi, sebaliknya mendakwa Umno yang bertanggungjawab mewujudkan kekeliruan dikalangan penganut agama di Malaysia.

Dalam laporan akhbar berbahasa Melayu Mingguan Malaysia hari ini, Dr Mahathir menekankan Malaysia berbeza dengan negara lain yang mempunyai dua kefahaman Islam kerana negara ini hanya mengamalkan mahzab Ahli Sunnah Wal Jamaah dikalangan penganut Muslim.

"Isu agama ini dipermainkan oleh Umno sejak dahulu lagi," kata Abdul Hadi dalam ucapannya di Ampang pagi ini sempena Himpunan Perdana PAS Bersama Ummah.

"Malahan mereka juga sanggup mempermainkan kalimah Allah dan memutar-belitkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura bulan lalu.

"Kalimah Allah ini bukan hanya untuk penganut Muslim sahaja, malahan dinegara arab penganut agama selain Islam juga menggunakan kalimah suci tersebut.

"Cuma yang tidak boleh ialah menterjemahkan ia sebagai rujukan kepada tuhan lain dan disalahguna untuk tujuan tidak baik," tambah beliau lagi.

Menurut pemimpin utama PAS itu lagi, sikap Umno yang mempolitikkan isu penggunaan kalimah "Allah" tersebut hanya bertujuan untuk memancing pengundi dan mereka telah melakukannya sejak dahulu lagi sehinggakan ia mengelirukan penganut agama Islam di Malaysia.

Dalam ucapannya lagi, Abdul Hadi juga menegaskan PAS tidak akan berkompromi dengan cadangan untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan Umno memandangkan pernah ditipu pada suatu ketika dahulu dan ahli-ahli parti Islam tersebut diingatka untuk mengambil sejarah lalu sebagai iktibar.

Khalid: Kita boleh tunjuk BN cara tadbir dengan betul

Posted: 03 Feb 2013 12:50 AM PST


Hafiz Yatim


 
Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim berkata kerajaan pimpinan beliau bersedia untuk menunjukkan kepada BN bagaimana mentadbir negara dengan betul, jika rakyat mengundi untuk menukar kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Menegaskan bagaimana BN menerajui kerajaan persekutuan sehingga mengakibatkan defisit yang besar, Khalid mendakwa bahawa dasar BN diarahkan untuk keuntungan gabungan tersebut dan kroninya dan bukan menjaga kebajikan negara.

Beliau berkata, walaupun selepas 50 tahun pemerintahan BN, kebajikan rakyat telah diabaikan dan jika BN dibenarkan terus memerintah lagi, perkara-perkara tersebut tidak akan berubah.

Umno dan BN, tegas menteri besar,  tidak tahu perbezaan antara perniagaan dan menjaga kebajikan rakyat.

Menurutnya, salah satu sebab mengapa negara tidak mempunyai wang yang cukup dan bajet defisit adalah kerana mereka tidak menguruskan wang dengan betul dengan projek-projek.

Beliau menegaskan demikian di majlis pelancaran asrama sekolah untuk kanak-kanak estet di Petaling Jaya, Selangor.

BR1M: BN jangan ingat orang asli tiada maruah – Tijah

Posted: 03 Feb 2013 12:39 AM PST

(Oleh: Aliff Fikri)

PERAK : Tindakan Umno BN meluluskan 34,700 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kepada orang asli merupakan keputusan terdesak untuk memancing undi, kata Tijah Yok Chopil.

Koordinator Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) itu berkata, kelulusan tersebut bukan lahir dari keikhlasan tapi bermotifkan kepentingan politik semata-mata.

Tijah

"Pemberian ini hanya untuk mengumpan orang asli, tidak lebih dari itu. Jangan ingat orang asli tidak ada maruah dan boleh termakan umpan tersebut begitu sahaja.

"Dalam keadaan Pilihan raya Umum yang semakin hampir, mereka (BN) mahu menunjukkan kepada orang asli bahawa mereka sangat prihatin dan bertanggungjawab, walhal sebelum ini hak dan suara kami terabai," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas keputusan kerajaan meluluskan 34,700 atau 66 peratus daripada 52,415 permohonan BR1M 2.0 kepada masyarakat Orang Asli membabitkan peruntukan RM14.8 juta.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek dilapor berkata, mereka yang layak akan menerima habuan bermula awal bulan ini.

Menurut Tijah, bukan wang ringgit yang dimahukan orang asal tetapi hak mereka sebagai rakyat termasuk menerima kemudahan asas dan tanah adat mereka diiktiraf kerajaan.

"Isu orang asal bukanlah isu yang boleh dibayar dengan RM250 atau RM500. Apa yang kita mahukan adalah kerajaan mengiktiraf hak wilayah tanah adat yang tidak pernah diiktiraf. Sehingga sekarang tidak ada jawapan dari mereka (kerajaan).

"Bagaimana pula dengan kemudahan asas? Hampir kesemua penempatan orang asal tidak ada elektrik, tidak ada air dan jalan yang teruk, ada mereka bagi penyelesaian? Tidak ada.

"Pengajian persekolahan anak-anak pula dibekalkan dengan kemudahan yang tidak lengkap, seolah-olah kami ini tidak ada harganya dalam negara ini," tegasnya.

Lebih ramai calon bukti Pakatan memartabat wanita – Anwar

Posted: 03 Feb 2013 12:34 AM PST

Nazar Hashim

SEBERANG JAYA : Pakatan Rakyat akan menampilkan ramai calon wanita pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar di Seberang Jaya

"Kita yakin dengan kekuatan yang ada pada wanita. Sebagai bukti, Pakatan akan mengetengah ramai calon wanita pada PRU 13.

"Kita yakin wanita Pakatan mampu untuk membawa pembaharuan dalam negara jika diberi ruang berbuat demikian," katanya pada Himpunan Kebangkitan Wanita Pakatan di tapak ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah 1 Februari lalu, yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Anwar berkata, Pakatan tidak ketandusan pimpinan wanita, malah keupayaan mereka pernah teruji dari segi ketahanan mental dan fizikal khususnya ketika berdepan provokasi parti lawan.

Antara mereka yang hadir di tapak ekspo, s.jaya

Ketua Umum KEADILAN itu, sebaliknya membidas kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menghargai kemampuan wanita dalam negara ini hingga tergamak menjadi Menteri Pembangunan Hal Ehwal Wanita.

Katanya, Najib bukan saja tidak mempercayai kemampuan di kalangan pimpinan wanita Umno dan BN, sebaliknya tidak memberi ruang kepada mereka untuk menerajui kementerian yang melibatkan kepentingan wanita.

"Pakatan sama sekali tidak akan mengikut jejak sumbang yang dilakukan Najib dalam usaha memartabat kedudukan wanita dalam negara ini," katanya.

Wanita Pakatan sudah sedia untuk gembur Umno BN – Zuraida

Posted: 03 Feb 2013 12:31 AM PST

Nazar Hashim

SEBERANG JAYA: Wanita Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia untuk melancarkan gerak gempur menentang kebatilan yang menjadi teras perjuangan pimpinan Umno BN, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Beliau kesal kerana kerajaan Umno BN turut mengugut rakyat supaya memberi mandat kepada mereka jika mahu pembangunan dilaksanakan.

"Apakah dengan janji jika menang dan jika dapat rampas kembali itu ini, baru hendak laksana pembangunan? Ini membuktikan kerajaan sedia ada tidak telus dan ikhlas dalam menjaga kepentingan rakyat," katanya.

lal

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Kebangkitan Wanita di tapak ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah 1 Februari lalu.

Hadir sama ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Wanita DAP Pusat, Chong Eng dan kepimpinan wanita Pakatan Pulau Pinang.

Sebaliknya, Zuraida berkata, Pakatan yang bakal menerajui kepimpinan negara mempunyai agenda perubahan yang boleh dilaksanakan untuk membawa perubahan positif kepada negara.

"Ia bukan saja memberi peluang dan ruang kepada kepimpinan wanita, malah profesionalisme mereka akan dimaksimum bagi membela nasib rakyat," katanya.

Senarai calon Sarawak sudah diserah kepada PM

Posted: 03 Feb 2013 12:03 AM PST

Terdapat beberapa muka baru dan lebih ramai calon wanita telah disahkan untuk dicalonkan sebagai calon yang berpotensi.



BINTULU: Senarai semua calon yang berpotensi dari parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak telah dimuktamadkan.

Setiausaha Agung BN Negeri, Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, senarai calon tersebut sudah diserahkan kepada Perdana Menteri dan terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan siapa yang akan menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau menjelaskan bahawa terdapat beberapa muka baru dan lebih ramai calon wanita telah disahkan untuk dicalonkan sebagai calon yang berpotensi.

Rundi, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai jumlah dan peratusan muka baru dan calon wanita yang dicalonkan itu.

Empat komponen BN Sarawak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dengan 29 daripadanya  dipegang oleh BN manakala dua lagi oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP).

PBB telah diperuntukkan 14 kerusi Parlimen, SUPP (tujuh), PRS(enam) dan SPDP (empat).

Dalam pilihan raya umum pada 2008, PBB memenangi kesemua 14 kerusi yang dipertandingkan, SUPP enam daripada tujuh tetapi kemudiannya hilang kerusi Parlimen Sibu dalam pilihan raya kecil pada 2010, manakala PRS dan SPDP memenangi semua kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Penggodam muat ceramah Azhar Idrus di laman JAWI

Posted: 02 Feb 2013 11:55 PM PST


 


 
Laman web Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjadi sasaran penggodam dalam satu kejadian yang dikesan pada malam tadi.

Penggodam berkenaan, yang memperkenalkan diri sebagai Sofea Hana, menukar laman utamanya dengan satu video yang menunjukkan satu syarahan oleh penceramah popular Azhar Idrus.

Turut dimuatkan adalah sepotong hadis riwayat Imam Muslim berhubung bahaya fatwa oleh orang jahil.

"Bahawasanya Allah tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekali gus dari (dada) manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama, maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang yang jahil sebagai pemimpin mereka.

"Maka apabila pemimpin yang hahil itu ditanya, mereka akan berfartwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain," hadis itu dipetik.

Laman berkenaan bagaimanapun dikesan kembali pada keadaan sedia kala pada kira-kira jam 9 malam tadi

Isu kalimah: Majlis Syura Pas 'tutup buku'

Posted: 02 Feb 2013 11:45 PM PST

Wartawan Sinar Harian
Nik Zawawi Nik Salleh
Nik Zawawi Nik Salleh
 
SHAH ALAM - Majlis Syura Ulama Pas sudah 'menutup buku' terhadap isu larangan ke atas orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan yang dibuat sebelum ini adalah muktamad dan tiada pertimbangan kali kedua.

Beliau menegaskan keputusan yang dibuat itu juga tidak bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

"Tidak ada pertimbangan kali kedua akan dibuat lagi, keputusan Majlis Syura adalah muktamad dan tidak ada keputusan kedua.

"Dia (Pengerusi DAP, Karpal Singh) kena faham, di dalam Pas Majlis Syura yang menentukan polisi parti dan isu kalimah ALLAH adalah perkara dasar," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan tersebut, Nik Zawawi menyifatkan Karpal yang tidak faham mengenai sistem organisasi di dalam parti Pas.

"Ikut pandai dialah, saya sudah malas hendak komen dalam hal ini. Keputusan adalah muktamad," katanya.

Sebelum ini Majlis Syura Pas telah memutuskan kalimah ALLAH adalah kalimah khusus yang ALLAH menamakan diri-Nya ALLAH dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.

Selain itu majlis itu juga memutuskan mana-mana kalimah asing tidak boleh diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.

Kemunduran rakyat Sabah bukti kegagalan pentadbiran Umno-BN - Siti Aishah

Posted: 02 Feb 2013 11:33 PM PST

Siti Aishah Shaik Ismail


Srikandi KEADILAN kini di dalam siri jelajah yang kedua dimana kita meletakkan kawasan sekitar pantai timur merangkumi 7 kawasan parlimen dan memberi tumpuan dikawasan pengundi melayu,wanita dan pengundi muda di Negeri Sabah.Hari ini merupakan hari ke 3 Srikandi Pusat ,Srikandi Sabah,Pimpinan Negeri dan AMK turun berkempen untuk bertemu dan mengedarkan bahan-bahan penerangan tawaran Pakatan Rakyat termasuk Agenda Wanita Malaysia dan Agenda Wanita Muda Malaysia.

Pagi ini Srikandi keadilan telah mensasarkan kawasan Dun yang dimenangi oleh Ketua Menteri Sabah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Aman iaitu di Dun Sg Sibuga diperkampungan Tinusa 2.Edaran telah dilakukan merangkumi 200 buah rumah disekitar kawasan tersebut yang mempunyai jumlah pengundi seramai 5 ribu orang.

Hasil lawatan yang diperolehi mendapati kawasan yang dimiliki oleh Ketua Menteri ini boleh diketegorikan didalam kawasan mundur dan amat miskin.3 isu utama yang ditekankan ialah yang pertama tahap kebersihan persekitaran yang terlalu kotor dan tidak terurus,kedua permasaalahan sistem pemantauan keselamatan merangkumi seluruh aspek termasuk kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada penduduk disitu tetapi tidak berlaku dan sebaliknya mereka terus dihimpit dengan masaalah pemilikkan tapak tanah yang tidak diberikan kepada penduduk tetapi taraf mereka ialah "setinggan berdaftar".Penduduk-penduduk disini berdepan risiko dihalau tanpa notis dan pampasan oleh pihak kerajaan Umno/Barisan Nasional Sabah.

Di Negeri Sabah  Ketua Menteri dan seluruh pemimpin Umno/BN mengamalkan budaya politik ugut dan samseng terhadap rakyat sabah demi mengekalkan kuasa mereka yang semakin hilang akibat dari dasar politik "Tukar" yang semakin kuat dikalangan rakyat Sabah.Mereka menggunakan segala bentuk Bantuan atas nama Kerajaan sebagai ugutan untuk Rakyat agar mereka tidak bangkit membuat perubahan.

Srikandi memberi peringatan kepada Kerajaan Sabah khususnya Ketua Menteri Sabah,rakyat tidak mampu diperbodohkan oleh taktik politik kotor yang cuba dan diamalkan oleh pimpinan Umno.Rakyat semakin cerdik dan berani untuk menuntut hak mereka yang dinafikan selama ini.Dengan membawa semangat "inikalilah" Srikandi akan membantu bagi menyumbang kearah kemenangan Pakatan Rakyat di Sabah.

Siti Aishah Bt Shaik Ismail Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia

Hamas kunjungi Anwar: Tidak hiraukan Najib, pengiktirafan meningkat PR bakal menang PRU13

Posted: 02 Feb 2013 11:30 PM PST

Wong Choon Mei, Alaa Soleiman, Malaysia Chronicle


Pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim menerima kunjungan delegasi terkemuka dari Palestin yang diketuai oleh Walid al Moudi, ahli senior biro politik Hamas dan Ahmad Al-Kurd, bekas menteri hal ehwal sosial Palestin di ibu pejabat parti PKR di Kuala Lumpur.

Anwar, berusia 64 tahun yang dijangka akan mengambil alih kerajaan persekutuan daripada parti Umno-BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang sering dibelenggu skandal, mengutuk Amerika Syarikat dan Israel kerana berterusan dengan agenda politik perpecahan mereka di wilayah itu.

"Semasa saya masih lagi ketua pelajar pada tahun 1973, saya telah mengetuai demonstrasi menentang keduataan AS dan Israel kerana ketidak adilan yang melampau dalam polisi Timur  Tengah mereka.

Pada ketika itu, ia merupakan demonstrasi terbesar di bandaraya Kuala Lumpur," Anwar memberitahu sidang akhbar bersama dengan delegasi Palestin pada hari Jumaat.

"Saya berani berjanji kerajaan PR yang baru akan lebih bertegas dan telus dalam sokongannya terhadap rakyat Palestin, dalam menuntut keadilan dan perjuangan mereka.

Pengiktirafan dunia yang meningkat terhadap  PR dan tidak mempedulikan Najib

Kunjungan Hamas menaikkan
kemarahan sesetengah pihak apabila tidak lama sebelum itu, Kesatuan Eropah telah melakukan perkara yang sama. Ini menandakan pengiktirafan kuasa asing akan kemungkinan besar Anwar dan parti Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac dan seterusnya menubuhkan kerajaan persekutuan.

Duta EU Luc Vandebon telah menegaskan bahawa EU tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Anwar dan akan mengiktiraf PR sebagai kerajaan baru asalkan ia telah dipilih secara demokrasi oleh rakyat Malaysia.

Ia juga ketara apabila delegasi telah memilih untuk mengunjungi ibu pejabat Anwar yang tidak seberapa dahulu, dan bukan membuat kunjungan balas ke atas Najib yang baru melakukan kunjungan ke atas Semenanjung Gaza untuk bertemu perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

"Jika mengikut isyarat diplomasi antarabangsa, anda boleh katakana ini bagaikan tidak menghiraukan Najib," ketua komiti disiplin PKR," Tan Kee Kwong berkata kepada Malaysia Chronicle.

Bersama Anwar di pertemuan dengan Hamas, presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden PKR, Tian Chua, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah.







Kamu dari kami, dan kami dari kamu

Delegasi Palestin telah diberi taklimat tentang keadaan semasa senario politik di Malaysia dan mempunyai pandangan yang sama tentang perkembangan terbaru di Timur Tengah.

NGO Malaysia, Aqsa Syarif juga telah menyerahkan derma sebanyak US$ 700,000 (RM 2.175 juta) untuk membina semula Masjid Nur Al Hamidi di Gaza, yang telah dimusnahkan pada tahun 2008 semasa pencerobohan Israel.

"Saya berterima kasih kepada pemimpin, Anwar Ibrahim kerana memulakan usaha derma ini. Encik Anwar memang dikenali sebagai penyokong kuat Palestin semenjak tahun 1980-an. Ikram dan Aqsa Syarif juga begitu aktif dalam sokongan untuk perjuangan kami dan menunjukkan keikhlasan dan kemurahan hati rakyat Malaysia. Kita mahu beritahu rakyat Malaysia seperti apa yang mereka nyatakan kepada kami, kamu dari kami dan kami dari kamu," kata Walid dalam ucapan yang singkat.

John Kerry tidak akan mengubah dasar US-Timur Tengah

Apabila ditanya jika perlantikan John Kerry sebagai Setiausaha AS yang baru menggantikan Hillary Clinton akan mengubah pendirian kuasa besar itu tentang wilayah yang kaya dengan minyak, Walid tidak optimistik.

"Sesiapa sahaja yang menjadi Setiausaha Negara itu yang baru tidak akan mengubah dasar menyokong Israel menentang Palestin. Senjata yang membunuh kanak-kanak Palestin adalah dari AS dan AS memberi senjata-senjata itu kembali selepas 2 kali serangan terhadap Gaza. Sesiapa yang menang dalam pilihanraya di As bergantung kepada siapa yang lebih menyokong Israel dan menyokong agar Israel dalam mempertahankan diri dan menentang Palestin," Walid tidak berselindung dalam kenyataannya yang pendek.malaysia Chronicle

Dr Asri: 'Pelaksanaan hudud perlu ada roh'

Posted: 02 Feb 2013 11:25 PM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
 
KUALA LUMPUR - Bekas mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengulangi pendirian beliau yang bersetuju sekiranya hukum hudud mahu dilaksanakan di negara ini.

Meskipun begitu beliau menegaskan,  ia hanya boleh direalisasikan saat negara berada dalam keadaan kondusif yang bila mana penggubalan undang-undang itu dilakukan, ia menampakkan sisi indahnya Islam itu.

"Saya setuju (laksana hudud) tetapi kita kena ada kesedaran bahawa pelaksanaan hukum hudud itu perlu ada roh, ada keadaan di mana apabila hukum hudud itu dilaksanakan orang akan melihat kecantikan Islam," katanya dalam forum  Implimentasi Syariah Dalam Negara Bersifat Sekular: Adakah Malaysia Menepati Syariah Islam?" di ibu negara malam tadi.

Forum dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, 1MDB, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Media Prima.

Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan, sekarang bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan hukum Islam itu di negara ini.

"Ini soal hukum sebab itu kita perlu mendidik. Saya OK, boleh buat (hudud), saya kata hudud bagaikan pintu yang indah bagi sebuah istana tetapi jika dipasang di sebuah rumah yang buruk, terhempas rumah itu.

"Kalau wanita yang baik dan solehah, tetapi jika dipasangkan dengan lekaki yang jahat, rosak kehidupannya," ujar beliau lagi.

Menurut Asri, sehingga kini masyarakat di negara ini masih terkongkong dengan tafsiran apabila mahu dilaksanakan sahaja corak pemerintahan berasaskan Islam, maka ia pasti membabitkan hudud.

"Mereka terbayang undang-undang Islam yang  membabitkan potong tangan, sebat orang yang berzina, orang yang minum arak, yang murtad dan seumpamanya," ujarnya.

Walhal jelas Asri, dalam Islam, bukan mudah untuk menjatuhkan sesuatu hukuman melainkan cukup syaratnya.

"Kita boleh letakkan target (untuk laksana hudud) tetapi ia bukan soal (itu semata). Saya setuju tetapi kita kena ada kesedaran bahawa pelaksaan hukum hudud itu perlu ada roh, ada keadaan di mana apabila hukum hudud itu dilaksanakan orang akan melihat kecantikan Islam," tambah Asri.

Asri sebelum itu menyatakan bantahannya terhadap gambaran keterlaluan yang diberikan kepada corak pemerintahan sekular di mana masyarakat Islam rata-ratanya mempunyai tafsiran tersendiri tentang istilah itu.

"Gabungan kepada sekular adalah demokrasi dan dia (Mustafa Kemal Ataturk) tidak meraikan demokrasi. Suara rakyat, kehendak hati nurani rakyat, maka orang Islam apabila sebut sekular, mereka terbayangkan Mustafa Kemal Ataturk dan menganggap segala-galanya tentang sekular itu negatif.

"Hakikatnya tidak begitu. Saya tidak menyokong sekular tetapi gambaran itu keterlaluan," ujar beliau lagi.

Mengupas tentang negara Islam, Asri berkata, negara Islam bukan hanya terletak pada istilah semata-mata, namun ia perlu dizahirkan dalam konteks yang menyeluruh.

"Kalau saudara tanya sekarang, adakah negara-negara sekarang negara Islam, ya, mereka wilayah Islam. Saya baru bercakap tentang istilah belum lagi nilai budi.

"Kita mengatakan negara-negara yang ada Malaysia, Indonesia, negara-negara Arab, wilayah Islam, dalam erti kata lain, kalau negara-negara ini diserang, wajib bagi umat Islam bangun mempertahankannya. Tetapi dengan istilah itu tidak bererti saya boleh mendiamkan diri kalau berlaku apa-apa kesalahan atau penyelewengan hanya atas dasar ia negara Islam.

"Sepertimana saya tak boleh untuk mendiamkan diri apabila orang Islam buat sesuatu, hanya kerana dia orang Islam, kalau dia merasuah, merompak dan sebagainya, 'eh tak apalah dia orang Islam'," tegas Asri.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menegaskan, bila bercakap tentang negara Islam, ia mestilah menyeluruh dan tidak ketinggalan dalam mana-mana aspek sepertimana di negara ini.

"Islam bukan hanya slogan, Islam itu melibatkan teks, konteks, bentuk, isu, mesti semuanya Islam.

"Negara ini Islam atau tidak. Sebab itu jika kita lihat balik, dari segi teks dan konteksnya, ia tidak ada kaitan dengan tulis atau tak tulis (Perlembagaan), soalnya pelaksanaan bagaimana?

"Dirikan solat, masjid kita macam mana? Apakah dirikan solat bermakna kita harus membina masjid besar-besar tetapi jemaah tidak ada. Ada orang hendak berceramah, kena tangkap. Tunaikan zakat, negara kita kutip berapa zakat? RM1 bilion. Apakah orang tidak bayar? Orang bayar, tetapi di mana duit itu pergi?" soal beliau.

Pas sambut baik pendirian Nasharudin

Posted: 02 Feb 2013 11:24 PM PST

G MANIMARAN

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas menyambut baik pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa yang mahu kekal bersama parti itu meskipun telah dilucutkan keanggotannya dalam Majlis Syura awal bulan lalu.

"Pas menyambut baik keputusan Ustaz Nasharudin yang mahu kekal bersama kami... yang mahu kekal bersama Pas terus perjuangan Pas," kata Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian Online pagi ini.

Sehubungan itu, jelas Tuan Ibrahim, Pas tidak memecat Nasharudin daripada Pas, sebaliknya hanya menggugurkan keanggotaan dalam Majlis Syura.

Oleh itu katanya, Nasharudin masih mempunyai ruang untuk berkhidmat rakyat dengan kekal bersama Pas walaupun tidak memegang sebarang jawatan.

"Beliau masih boleh berkhidmat dan berjuang bersama Pas walaupun tidak ada jawatan.
"Malah dalam parti, ribuan orang tidak ada jawatan. Mereka kekal sebagai ahli biasa dan terus berkhidmat... sebenarnya Ustaz

Nasharudin bukan dipecat oleh parti, cuma bukan lagi anggota Majlis Syura... lagi beliau dilucutkan keanggotaan disebabkan soal komitmen, di mana sebelum ini pun ramai anggota Majlis Syura pernah ditukar dan digugurkan," katanya lagi.

Semalam, Nasharudin menegaskan, beliau akan kekal sebagai anggota Pas untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.

Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Pas berkata, statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti.

"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.

"Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu," katanya.

Isnin lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota Pas walaupun dipecat daripada Majlis Syura Pas, dan Nasharudin juga tidak disenarai sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Sebelum ini wujud pelbagai andaian bahawa Nasharudin akan menyertai Umno atau akan berperanan aktif dalam pertubuhan badan bukan kerajaan.

Kata Tuan Ibrahim, disebabkan masalah komitmen dan ketidakhadiran, hanya Majlis Syura yang boleh menggugurkan keanggotaan Nasharudin, bukannya Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

"Jadi isu tidak ada jawatan dan oleh itu tidak boleh meneruskan perjuangan parti tidak timbul. Kita boleh berkhidmat walaupun tidak ada jawatan," katanya lagi.

Tahun lalu, Nasharudin digugurkan sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Taib Azamudden: 'Saya masih hidup'

Posted: 02 Feb 2013 11:22 PM PST

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI

Muka depan Sinar Harian Edisi Utara 3 Februari 2013
Muka depan Sinar Harian Edisi Utara 3 Februari 2013
GEORGETOWN - "Saya masih hidup. Malah semakin pulih dan sihat."

Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib, 62, berkata, beliau kesal dengan khabar angin yang menyebutnya sudah meninggal dunia sambil menyifatkannya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

"Saya pasti ini semua sebab pilihan raya makin dekat. Mereka tidak senang dengan saya sebab saya mempunyai pengikut yang ramai. Bagi saya perbuatan ini adalah primitif dan tidak bertamadun.

"Saya tidak tuduh sesiapa tetapi spekulasi yang dibuat agak keterlaluan. Saya belum meninggal dunia, malah doktor cakap lagi empat hari saya dah boleh keluar (hospital)," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, beliau kini sudah mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat namun masih diawasi oleh ahli keluarga.

"Saya dah boleh jalan sendiri berbanding masa mula masuk hospital dulu. Dulu, kaki dan tangan kiri saya langsung tidak boleh bergerak tetapi berbeza dengan sekarang.

"Keseluruhannya, nak urus diri sudah mampu saya lakukan sendiri antaranya mandi, makan dan solat," katanya.

Taib Azamudden berkata, walaupun baru pulih dari serangan angin ahmar, semangat perjuangannya tidak pernah luntur malah tidak pernah terfikir untuk berundur dari politik.

"Saya tidak pernah bercadang untuk berundur malah semangat saya sentiasa tebal untuk meneruskan perjuangan parti.

"Saya di dalam bidang politik ini bukan untuk bermusuh dengan sesiapa tetapi untuk perjuangan. Bagi saya, kawan tetap kawan, keluarga tetap keluarga walaupun berbeza fahaman politik," katanya.

Taib Azamudeen juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang datang melawatnya dan mendoakan serta melakukan solat hajat untuk kesihatan dirinya.

Sementara itu, anaknya Afnan Hamimi berkata, bapanya semakin sihat. Penjelasan Afnan Hamimi itu sekaligus menangkis dakwaan dalam laman sosial mengatakan ayahnya meninggal dunia lewat malam semalam. Kesihatan Taib Azamudden, 62, beliau beransur pulih dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini selepas serangan angin ahmar.

Afnan, yang juga Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang berkata, beliau dan keluarganya kesal dengan penyebaran khabar angin yang tifdak betul itu.

"Kami sekeluarga menerima banyak panggilan yang mahukan pengesahan tentang perkara itu (kematian).

"Ingin saya tegaskan di sini, bapa saya semakin pulih dan sedang menerima rawatan di hospital," katanya.

Menurutnya, bapanya baru menjalani rawatan fisioterapi dan kelihatan semakin bertenaga.

"Beliau juga semakin ceria dan lebih bersemangat untuk terus kembali ke medan perjuangan bagi meneruskan tanggungjawab kepada ummah dan amanah ALLAH yang belum selesai," katanya.

Ahad lalu, Taib Azamudden diserang angin ahmar ketika menunaikan solat Dhuha di rumahnya di Baling.

Beliau dilaporkan stabil dan hanya mengalami 'minor strok'. Sebelum itu, beliau sebelum itu dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi Kardiologi (CCU) di sebuah hospital swasta di negeri ini dan kemudiannya dipindahkan ke wad biasa dan dijangka keluar hospital dalam tempoh seminggu ini.

Agus: 'Kedudukan menjelang PRU13 sengit'

Posted: 02 Feb 2013 11:14 PM PST

NIZAM ZAIN

Agus Yusoff
Agus Yusoff... 'setiap parti masih ada peluang yang seimbang untuk menang'.
 
PROF Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, anak kelahiran Machang, Kelantan, antara pensyarah sains politik yang telah menggunakan banyak masa akademiknya untuk mengkaji perkembangan politik, selain mengkaji pola pengundi dan perkembangan pilihan raya di Malaysia dan Indonesia.

Selain tokoh akademik, beliau lebih dikenali sebagai penganalisis politik yang mempunyai kelas yang tersendiri dan penilaian terhadap perkembangan politik tanah air malah hasil kajiannya sentiasa mendapat rujukan pelbagai pihak khususnya ahli politik dan pihak berkepentingan terutamanya menjelang pilihan raya umum tahun ini.

Ikuti temu bual eksklusif Sinar Harian Online bersama beliau bagi mendapatkan gambaran sebenar politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai seorang penganalisis dan pemerhati politik, apakah telahan Prof berhubung peluang pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia?

AGUS: Jika melihat kepada ramalan dari hasil kajian yang dibuat oleh beberapa penganalisis sebelum ini, kedua-dua parti yang bersaing iaitu Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang sama rata.

Prof (Ulung Datuk) Dr. Shamsul Amri Baharudin meramalkan BN akan menang dengan 120 kerusi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang meramalkan PR akan menang dengan 125 kerusi, bekas Ketua Ekonomi Bank Islam memberikan peluang yang lebih baik kepada PR, dan begitulah juga dengan banyak kajian lain yang telah diberikan oleh para pengkaji dan penganalisis, lebih kurang seimbang sahaja peluangnya.

Tidak ada seorang pun penganalisis yang berani meramalkan mana-mana parti yang bersaing dapat memenangi dengan dua pertiga majoriti sepertimana yang biasa kita dengar sebelum ini.

Bagi saya pula, setelah penelitian dibuat kepada data yang ada, kedudukan sekarang adalah sengit.

Setiap parti masih mempunyai peluang yang seimbang untuk menang dengan kedudukan sekarang saya dapati BN selesa di 96 kerusi dan PR di 68 kerusi.

Selebihnya 58 kerusi lagi adalah kawasan menarik untuk diperhatikan kerana secara umumnya kerusi-kerusi tersebut mempunyai komposisi pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu sekitar 20 peratus.

Kelebihan dan kekurangan BN-PR

SINAR HARIAN ONLINE: Oleh kerana Malaysia satu-satunya negara Komanwel yang belum pernah menukar Kerajaan Persekutuan sejak lebih 50 tahun lalu, adakah Prof menjangkakan peralihan kuasa itu akan berlaku sepertimana yang berlaku di negara-negara jiran yang lain?

AGUS: Saya telah nyatakan bahawa, kedudukan setiap parti yang bersaing sekarang ini sengit dan masing-masing parti belum menunjukkan "winning posture" yang jelas bahawa mereka akan memenangi pilihan raya ini.

Banyak aspek lain yang perlu diberikan perhatian. Saya perhatikan isu-isu kempen, kekuatan jentera parti, janji-janji politik parti, kredibiliti calon, dan imej parti adalah seimbang. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan.

Jika dilihat dari aspek kewangan dan media, saya fikir kekuatan BN melebihi PR dalam soal ini. Tetapi kelebihan BN tidak jauh kerana sekarang ini yang menentukan kemenangan sesebuah parti tidak bergantung semata-mata kepada 3M ('money', 'machinery' dan media) sepertimana dahulunya, tetapi adalah sikap pengundi.

Inilah yang menarik untuk dikaji iaitu tentang sikap pengundi muda, pengundi bandar, pengundi kelas menengah, pengundi kampung, pengundi wanita, pengundi atas pagar, pengundi diam, pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Dengan banyaknya faktor yang masih perlu diambil kira dan senario yang ada sekarang, terlalu awal untuk bercakap tentang perubahan kerajaan.

Satu yang saya pasti ialah jika kerajaan BN masih lagi dapat mengekalkan keselesaan hidup rakyat, maka peluang "status quo" kekal adalah tinggi.

Tsunami 2008 PRU13 berbeza

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula tsunami politik 2008, sejauh mana Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan berjaya melenyapkan gelombang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti?

AGUS: Tsunami 2008 dengan PRU 2013 adalah berbeza. Tsunami 2008 datang tanpa dijangka dan di luar dugaan. Dalam PRU ini, apa juga keputusannya rakyat telah menjangkakannya kerana tidak ada satu parti pun yang akan menang dengan majoriti yang besar.

Apakah kepimpinan Perdana Menteri dapat melenyapkan tsunami 2008 dalam PRU ini? Saya tidak fikir semudah itu kerana seperti yang saya katakan tadi, semuanya adalah seimbang.

Apatah lagi dalam banyak program transformasi yang diumumkan oleh PM, rakyat masih belum menikmati lagi kejayaan dari program tersebut, cumanya dapat menerima beberapa bantuan sosial yang diberi secara "one-off" sahaja. Saya tidak fikir sekadar bantuan "one-off" dapat melenyapkan tsunami 2008.

SINAR HARIAN ONLINE: Ada pihak mengatakan, tsunami 2008 itu berlaku disebabkan rakyat kecewa dengan kepincangan yang berlaku dalam BN, khususnya Umno baik dari segi salah guna kuasa, rasuah, sabotaj calon PRU12, politik wang dan perebutan kuasa. Oleh sebab itu, rakyat beralih arah kepada pembangkang untuk memberi pengajaran kepada BN supaya insaf dan perbaiki kelemahan parti. Sejauh mana pandangan itu mempunyai asasnya?

AGUS: Semua pandangan di atas mempunyai asasnya dan saling berkait antara satu sama lain.  Namun, masih ada empat lagi faktor besar yang menyumbang kepada berlakunya tsunami 2008.

Pertama ialah kemarahan rakyat kepada kenaikan kos hidup disebabkan oleh tindakan kerajaan waktu itu menaikkan harga minyak dalam kadar yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin pun sebelum ini.

Kedua, pengaruh media alternatif yang cukup luar biasa dalam mempengaruhi pengundi muda dan kelas menengah untuk menolak kerajaan.

Ketika itu, kerajaan BN tidak memberikan perhatian yang besar sangat kepada pengaruh dan keberkesanan media ini berbanding dengan sekarang ini.

Ketiga, faktor calon BN yang menimbulkan ketidakpuasan hati pemimpin dalam BN sendiri. Hal ini panjang untuk dihuraikan tetapi telah dibahaskan dengan baik oleh ramai penganalisis sebelum ini.

Satu lagi faktor yang mempunyai persamaan dengan kedudukan BN sekarang ialah tentang janji-janji politik.

Jika pada 2008, rakyat menaruh harapan yang menggunung tinggi kepada slogan bekerja bersama saya, menghapuskan rasuah, dasar pembangunan koridor bagi setiap wilayah, sekarang ini rakyat juga meletakkan harapan yang tinggi kepada kejayaan pelaksanaan gagasan 1Malaysia, NKRA dan pelbagai program transformasi kerajaan.

Jika pada 2008, harapan tinggi rakyat gagal diterjemahkan dengan baik oleh kerajaan, saya fikir rakyat juga sedang menilai dengan penuh teliti kejayaan pelaksanaan dasar kerajaan seperti yang saya tadi.
 
SINAR HARIAN ONLINE: Pembangkang sangat sinonim dengan budaya himpunan jalanan dan demonstrasi di negara ini, yang terbaru ialah Himpunan Kebangkitan Rakyat atau #KL112 di Stadium Merdeka yang telah mencatatkan sejarah apabila ia berlangsung dengan aman, tanpa provokasi pihak tertentu dan tanpa keganasan yang melampau. Adakah ia petanda awal Umno-BN akan berkubur pada PRU13 apabila majoriti yang menyertainya adalah orang Melayu?

AGUS: Saya tidak nampak kaitan sebuah perhimpunan  Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung aman dengan petanda bahawa kerajaan BN akan berkubur dalam PRU13 nanti. Jika perhimpunan berlangsung aman, maka itulah yang kita harapkan dan itulah yang kita mahu.

Biarpun majoriti yang hadir dalam  Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah orang Melayu, data yang kumpulan penyelidik saya kutip mendapati majoriti orang Melayu di desa, di tanah rancangan, hatta di bandar masih bersama dengan BN.

Yang menjadi masalah kepada BN sekarang ialah sokongan bukan Melayu kepada PR sekarang ini padu, satu kelainan ketara dari sikap pengundian mereka sebelum PRU 2008.
Jadi, masalahnya sekarang ialah BN menghadapi krisis keyakinan dari bukan Melayu, bukannya orang Melayu.

'One-off' hanya gula-gula sementara

SINAR HARIAN ONLINE: Sejak akhir-akhir ini Datuk Seri Najib dilihat mendahului pembangkang dengan mengguna pakai idea pembangkang yang diubah suai berhubung program kebajikan seperti BR1M, Bantuan Awal Persekolahan, rebat telefon pintar, PR1MA dan sebagainya. Adakah BN ketandusan idea untuk memikat hati pengundi dengan mengubahsuai idea pembangkang dan menjadikan BN semakin popular. Sejauh mana ia memberi kesan kepada sokongan dan menyumbang kepada peningkatan undi pada PRU13 nanti?

AGUS: Menerima pakai idea pembangkang untuk memberikan bantuan kepada rakyat adalah sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya kerajaan bersedia untuk melaksanakan apa juga idea pembangkang yang baik untuk kesejahteraan rakyat.

Persoalannya bukan itu pada saya. Yang penting dijawab ialah sejauh manakah idea pembangkang itu baik?  Dan sejauh manakah bantuan 'one-off' itu memberi kesan positif pada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat?

Saya harus nyatakan tawaran mana-mana parti yang berbentuk 'one-off' itu hanya sekadar gula-gula sementara kepada rakyat bagi mendapat sokongan dalam pilihan raya. Langkah PR yang menjanjikan banyak 'barang percuma' sekiranya memerintah dan selepas itu cuba diikuti rapat oleh BN bukanlah dasar ekonomi yang baik.

Saya kira dasar seperti itu tidak adil pada ekonomi negara yang memerlukan banyak wang untuk membayar hutang luar dan menyediakan pembangunan fizikal kepada rakyat.

Saya harap selepas PRU13 nanti, dasar ekonomi negara dan sistem percukaian negara perlu disusun semula supaya kerajaan boleh berlaku adil kepada semuanya sama ada kepada rakyat mahupun ekonomi negara.

Terakhir yang perlu saya jawab ialah sejauh manakah bantuan di atas mempengaruhi sokongan pengundi?  Saya tidak nampak memberikan kesan yang signifikan. Rakyat tidak lagi ghairah dengan bantuan tersebut sehingga ada yang sudah menganggap itu sebagai tanggungjawab kerajaan untuk memberikannya.

Rakyat yang tidak menyokong kerajaan juga sudah diberitahu supaya ambil sahaja bantuan yang diberi kerajaan, tetapi undi jangan bagi. Kesedaran politik rakyat kita sudah semakin banyak berubah.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Prof melihat keterdesakan BN dan PR dalam meraih sokongan hingga menjadikan politik samseng sebagai salah satu cara untuk menjajah minda pengundi dan menyekat kebebasan menyampaikan dakyah masing-masing kepada rakyat.

AGUS: Rakyat tanpa mengira dari parti apa pun tidak boleh menerima politik samseng. Jadi, bagi mana-mana parti yang menggunakan taktik ini, yakinilah itu bukannya yang rakyat mahu.

Oleh itu, harapnya kita sama-samalah meraikan perbezaan parti dan pendapat dengan penuh semangat demokrasi. Buat apa takut pada parti lawan sehingga perlu kepada politik samseng? Saya tidak nampak relevannya sikap seperti ini untuk mendapatkan undi rakyat.

Maksimumkan isu

SINAR HARIAN ONLINE: Politik menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Sejauh manakah Prof melihat pelbagai isu kontroversi yang ditimbulkan pelbagai pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang. Adakah mereka ingin menjadikannya sebagai polemik hingga pilihan raya nanti?

AGUS: Isu hudud, isu kalimah ALLAH, isu cincin, isu rasuah, isu Teoh Beng Hock, isu air di Lembah Klang dan Kelantan dan apa juga isu yang boleh dipolitikkan akan digunakan sampai ke tahap maksimum untuk mempengaruhi rakyat dalam kempen pilihan raya nanti.

Ini kerana isu adalah sentimen yang boleh mempengaruhi pemikiran pengundi. Saya tidak ada masalah dengan penggunaan isu-isu dalam kempen politik, tetapi masalahnya ialah apabila ada isu yang digunakan itu adalah bersifat peribadi dan mengaibkan. Inilah yang tidak baiknya sehingga menampakkan sikap politik kita yang jauh dari matang.

Oleh sebab itulah, saya melihat ahli politik negara kita ini, adalah antara yang terkuat mentalnya di dunia. Ini kerana untuk terjun dalam arena politik negara, maka mereka mesti bersedia bukan hanya sekadar menadah telinga untuk mendengar pujian dan cacian, tetapi juga bersedia untuk ditelanjangkan dan diaibkan.

Saya sendiri jika ditanya bersediakah untuk terjun dalam dunia politik praktis, saya akan segera jawab tidak mahu dan tidak mungkin kerana saya tidak mempunyai kekuatan itu.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula dengan layanan kerajaan kepada pembangkang dari segi kebebasan bersuara menerusi media arus perdana sepertimana yang diamalkan di Eropah dan negara barat yang lain? Permintaan Presiden Pas untuk menjelaskan Amanat Haji Hadi menerusi stesen tv kawalan kerajaan hingga ke hari ini menjadi persoalan dan pembangkang melihat BN tidak mengamal dasar demokrasi yang luhur dalam hal ini.

AGUS: Saya tidak lihat pembangkang mempunyai peluang untuk mendapat liputan berita yang baik dalam media perdana di negara kita. Sebab itulah ramai sarjana mengatakan pilihan raya di negara kita ini bebas tetapi tidak adil.

Bebas kerana kita adakan pilihan raya secara berkala apabila tiba masanya dan kita boleh terlibat dalam politik tanpa banyak gangguan, tetapi tidak adil kerana media massa perdana dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.

Mujurnya, bagi mengimbangi penguasaan media perdana kerajaan, wujud media alternatif yang membolehkan parti pembangkang turut bermain 'politik dalam ruangan.'

Tetapi melihat dari sudut yang lain, saya dapati media pembangkang juga mensensasikan berita sama seperti media kerajaan sahaja.  Itu sudah menjadi tahap profesionalisme kewartawanan berlesen yang ada di negara kita.

Mengenai kebenaran untuk (Presiden Pas Datuk Seri) Tuan Guru Haji Hadi (Awang) muncul di TV kerajaan bagi menjelaskan isu Amanatnya, saya sudah nyatakan sebelum ini bahawa Pas perlu mencari alternatif lain bagi membolehkan Tuan Guru Haji Hadi memberi penjelasannya secara langsung, iaitu melalui media online.

Hujah saya ialah untuk menamatkan Amanat Hadi ini dari terus dipolemikkan. Hujah orang kampung tidak boleh menontonnya jika diadakan secara langsung melalui TV online kerana tidak ada kemudahan internet di rumah.

Telah saya jawab dengan menyatakan perkara ini boleh dimuat naik dalam Youtube atau jualkan sahaja kaset sepertimana amalan Pas sebelum ini.

Saya kira, itu jawapan kepada kekangan yang ada. Tetapi nampaknya cadangan saya tidak diterima. Jika begitu, maka kesemuanya, baik di pihak BN atau PR, sama-sama akan mempolitikkan apa juga isu asalkan di akhirnya akan mendapat laba politik daripadanya.

Sidang Parlimen lebih segar

SINAR HARIAN ONLINE: Pada pandangan Prof, sejauh mana pembangkang mempamerkan kualiti perdebatan yang diharapkan di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (Dun)?

AGUS: Pembangkang memainkan peranan yang efektif di Parlimen dan Dun (jika di Dun, ini termasuklah peranan wakil rakyat BN sebagai pembangkang di negeri yang dikuasai oleh PR). Mereka banyak menimbulkan isu-isu substantif yang wajar diberi perhatian oleh rakyat dan juga kerajaan. Tindakan mereka di Parlimen dan Dun, suka atau tidak suka telah membuatkan rakyat kita celik politik hari ini.

Masalahnya adalah dari segi masa perbahasan yang singkat. Masalahnya adalah dari segi mutu perbahasan sesetengah ahli parlimen yang menjadikan Parlimen seperti pasar ikan atau pasar malam. Harus diingat, yang menjadikan sidang Parlimen itu kecoh bukan hanya dari parti pembangkang sahaja, tetapi juga di pihak kerajaan. Ada ketikanya mencelah tanpa izin, ada ketikanya tidak ikut peraturan Dewan, ada ketikanya menggunakan 'point of order' di tempat yang tidak betul.

Tapi keseluruhannya, saya lihat Parlimen kita lebih segar dengan adanya pembangkang yang kuat. Cuma yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana hendak munculkan pembangkang yang sihat?

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah yang dapat Prof rumuskan berhubung landskap politik di negara ini? Adakah masih di takuk lama atau sudah berganjak kepada politik baru sepertimana yang dikatakan Datuk Saifuddin Abdullah?

AGUS: Politik kita masih di takuk lama. Di kala dunia bercakap tentang keterbukaan, politik kita masih lagi dipenuhi dengan fitnah memfitnah, caci memaki, benci membenci dan keengganan elit politik untuk berubah. Kempen mereka masih lagi dengan tawaran lama, tanpa ada satu tawaran baru yang lebih menarik. Ini saya lihat kekurangan utama yang ada pemimpin BN khususnya, mungkin kerana sudah cukup selesa setelah sekian lama berada di tampuk kuasa.

Selain itu, di kala kita bercakap tentang hak-hak asasi rakyat, pemimpin kita meminda undang-undang tetapi di akhirnya tidak banyak pun perubahan substantif yang dibuat ke atas undang-undang tersebut. Ia sekadar menukar minuman lama ke dalam botol baru sahaja.

Begitu juga dengan pemimpin pembangkang, banyak juga yang masih belum selesai dari segi tingkah laku mereka. Apabila berceramah, mereka akan menimbulkan kebencian dan menyumpah seranah orang. Ini bukan jiwa seorang pemimpin yang besar. Bercakap juga dengan modal idea yang tidak berkembang dengan isu-isu lama yang sudah luput.

Pendekatan politik Datuk Saifuddin Abdullah luar biasa pada saya. Jiwa besar beliau yang memahami aspirasi generasi kini akan menjadikan beliau relevan dalam politik negara dan beliau berada dalam kelasnya yang tersendiri. Semoganya selepas PRU13 nanti akan muncul ramai pemimpin seperti Datuk Saifuddin Abdullah dalam pentas politik negara.

Saifuddin ikon politik

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah kerana Prof berkawan rapat dengan Datuk Saifuddin menyebabkan Prof berkata demikian?

AGUS: Saya mengenali Datuk Saifuddin dan beliau mengenali saya, tapi kami tidak pernah berbincang soal politik secara bersama.  Saya berkata demikian kerana saya tahu ramai anak muda mengangkat beliau sebagai ikon politik yang negara mahukan, bukan kerana beliau BN atau timbalan menteri, tetapi kerana pendekatan politiknya yang mahu membawa perubahan minda kepada ahli-ahli politik.
Saya setuju dengan beliau dalam soal ini, menerima yang baik itu sebagai baik dan yang buruk itu sebagai buruk.

Tiada ulasan: