BRIGED MP SEGAMBUT |
lebih 100,000 pengundi dengan etnik ganjil Posted: 04 Feb 2013 09:38 PM PST Merap menyatakan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga suku pertama 2012 menunjukkan sejumlah 108,970, atau 11.7 peratus daripada 920,160 pengundi di Sabah direkodkan sebagai anggota kumpulan etnik seperti "Bugis", "Brunei", "Jawa" dan "Filipina". Satu kajian oleh Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) mendapati hampir 12 peratus daripada pengundi di Sabah direkodkan dengan etnik ganjil itu dalam kad pengenalan masing-masing. Sebahagian daripada kad pengenalan yang dimiliki pengundi ini menjadi pertikaian utama dalam petisyen pilihan raya Likas 1999 di Sabah lebih satu dekad lalu. Mahkamah berkenaan memutuskan bahawa individu berkenaan mungkin merupakan pengundi hantu yang ditempatkan di kawasan terbabit, namun ia masih kekal dalam daftar pemilih. Merap dalam tulisan di blognya menyatakan, daftar pemilih yang dikemaskini sehingga suku pertama 2012 menunjukkan sejumlah 108,970, atau 11.7 peratus daripada 920,160 pengundi di Sabah direkodkan sebagai anggota kumpulan etnik seperti "Bugis", "Brunei", "Jawa" dan "Filipina". Analisis berkenaan mendapati, pengundi seperti itu banyak ditemui di kawasan parlimen Silam, Kimanis, Kalabakan, Libaran, Papar, Tawai, Sipitang, Beaufort dan Putatan dalam daftar pemilih suku pertama 2012 untuk yang membentuk lebih daripada 15 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar. Walaupun dengan rekod etnik seperti itu, majoriti daripadanya dinyatakan sebagai individu yang dilahirkan di Malaysia, menurut Merap. Semakan kod negeri dalam kad pengenalan berkenaan seterusnya menunjukkan bahawa lebih 7,000 bangsa Filipina, 5,000 Indonesia dan 2,000 Pakistan dalam senarai itu direkodkan sebagai dilahirkan di Sabah. "Malah terdapat lima orang (bangsa) Bangladesh dan seorang (bangsa) Burundi dilahirkan di Sabah." [Baca berita penuh] |
PAS JADI KAMBING HITAM KDN DAN UMNO? Posted: 04 Feb 2013 05:08 PM PST Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible sepatutnya diperjelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya oleh parti tersebut. Katanya, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab itu. "Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri. "Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi (di peringkat persekutuan)," kata Hadi pada sidang media di Shah Alam pagi. Beliau berkata sedemikian sewaktu diminta mengulas berkenaan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS berhubung soal tersebut dalam satu sidang media di Shah Alam pagi tadi. Hadi berkata, PAS hanya "diheret" ke dalam polemik tersebut, sedangkan kuasa untuk menentukan penggunaannya berada bawah bidang kuasa KDN. "Mengapa heret kami dalam perbincangan ini?," kata Hadi. Hadi sebelum ini mengumumkan pendirian PAS bahawa penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam dibenarkan walaupun ia tidak mencapai maksud sebenar Al-Quran. Penggunaan kalimah Allah itu juga dibenarkan dengan syarat ia tidak disalahguna atau pun bertujuan menghina agama Islam, kata Hadi. Beliau menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel) yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan