BRIGED MP SEGAMBUT |
ANWAR LAMBAT DATANG SELEPAS NAJIB... Posted: 16 Feb 2013 08:53 PM PST Datuk Seri Najib Razak, yang kini bergelut untuk meraih sokongan pengundi Cina, hari ini mencipta sejarah dengan menjadi perdana menteri pertama yang hadir ke majlis rumah rumah terbuka Tahun Baru Cina ajuran Dong Zong. Perdana menteri yang mengenakan pakaian tradisi Cina berwarna merah, tetap hadir walaupun kumpulan berkenaan mengambil beberapa pendirian bertentangan dengan kerajaan sejak akhir-akhir ini. Najib meluangkan masa selama kira-kira setengah jam di majlis yang diadakan di Padang Besar Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong itu untuk menyertai acara menggaul yee sang bersama pemimpin Cina dan menonton persembahan kebudayaan. Najib bagaimanapun tidak menyampaikan sebarang ucapan sewaktu kunjungannya tadi. Mengulas lawatan Najib, timbalan pengerusi Dong Zong, Chow Siew Hon menyifatkannya sebagai "satu permulaan yang baik". Menurutnya, ia bukan ukuran kejayaan majlis ini kerana Najib juga pernah menghadiri majlis lain tanpa menyampaikan ucapan. "Tiada ucapan (dari Najib) tidak bermakna majlis ini tidak berjaya. "Saya rasa majlis ini sangat berjaya," katanya. Katanya lagi, pengerusi Dong Zong, Dr Yap Tian Sin juga telah berjanji untuk melakukan kunjungan hormat ke pejabat perdana menteri untuk membincangkan isu-isu pendidikan Cina dengan lebih terperinci. Program yang dihadiri 3,000 orang itu juga disertai ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tiba kira-kira sejam selepas Najib beredar. [Berita penuh menyusul] |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan