Ahad, 17 Februari 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gara-gara video ini.. habis keburukkan Dr.Fadzilah Kamsah didedah..

Posted: 17 Feb 2013 07:41 AM PST


Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa agaknya pakar motivasi tersohor dalam negara ini Dato' Dr.Fadzilah Kamsah tiba-tiba menjadi sasaran serangan Blogger Pro Pakatan Rakyat hari ini?

Semuanya kerana tersebarnya video di bawah ini,

Dari penjelasan yang dibuat oleh beliau dalam video di bawah beliau mengatakan Allah akan membalas kejahatan manusia itu didunia lagi.

Malah menurutnya juga rakyat di negara ini tidak pernah dizalimi, boleh hidup selesa mencari makan.

Semua kenyataan ini menampakkan sikap sebenar beliau terhadap Islam itu sendiri.

Beliau seolah-olah dibutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran, maka inilah sebabnya satu persatu wajah sebenar beliau didedahkan.

Beliau tidak mampu untuk menipu diri sendiri lagi sekarang melainkan membuat kenyataan bahawa beliau juga seperti Hassan Ali, perjuangan yang berlandaskan "cari makan" semata-mata atau istilahnya "materealistik".

Semoga dengan ini ia dapat menjadi pengajaran kepada lain-lain pakar motovasi atau pendakwah bebas agar lebih berhati-hati membuat kenyataan politik yang boleh memusnahkan masa depan mereka akhirnya. Ini namanya "cakap tak serupa bikin"



Apa yang telah didedahkan tentang pakar motivasi ini sila lihat di ( SINI )

Video Najib dimalukan lagi tersebar!!.. Saksikan bagaimana sambutan terhadap Anwar lebih meriah dari Najib..

Posted: 17 Feb 2013 05:02 AM PST


Seperti yang telah dijangkakan oleh banyak pihak, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pasti akan menggelak dari bertebung dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dirumah Terbuka Tahun Baru Cina 2013 anjuran Dong Jiao Zong.

Dengan itu Najib telah membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau hanya berani mengkritik Anwar dari belakang sahaj iaitu dalam majlis anjuran UMNO/BN dan juga media tunggangannya.

Najib meluangkan masa selama kira-kira 45 minit di majlis yang diadakan di Padang Besar Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong itu untuk menyertai acara menggaul yee sang bersama pemimpin Cina dan menonton persembahan kebudayaan.

Beliau dilaporkan tiba lebih awal dan meninggalkan majlis sebelum Anwar sampai tanpa sempat menabur janji seperti yang biasa dilakukannya...


Anwar disambut lebih meriah di majlis Dong Zong

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini.

Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu.

Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.


Slogan tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu.

Penyokong tersebut menambah perkataan "new" dan "Anwar" pada slogan yang diedarkan untuk meraikan Najib itu dengan menggunakan pena dakwat hitam.


Salah seorang individu bertanggungjawab, Jimmy Wong Chee Wai, 34, berkata beliau berbuat demikian untuk menunjukkan sokongannya kepada Anwar, yang diyakininya sebagai bakal menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau berharap ketibaan tahun tahun baru Cina ini juga membawa maksud bahawa perdana menteri akan datang bukan lagi dari BN.

"Beliau (Anwar) sepatutnya jadi PM kita selepas ini," kata beliau yang hadir dengan memakai baju-T BERSIH.

Najib yang tiba lebih awal daripada Anwar tidak membuat sebarang ucapan atau memberikan kenyataan kepada media walaupun ini merupakan kunjungan bersejarah sebagai perdana menteri pertama yang hadir ke majlis Dong Zong.

Najib beredar selepas meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk menikmati hidangan, menyaksikan persembahan, menyertai acara menggaul yee sang dan menulis kaligrafi.

Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian pula, yang tidak membuat ucapan sewaktu kehadiran Najib, mengambil peluang untuk berucap sewaktu Anwar berada di majlis itu.

Dalam ucapannya, beliau antara lainnya merayu agar "rakan" Dong Zong terus menyokong usaha yang dijalankan pertubuhan berkenaan.

"Kita dalam tahun baru ini semuanya akan berubah. Jadi di sini saya harap semua rakan-rakan sokong Dong Zong sampai mencapai kita punya matlamat," kata Yap.

Yap yang berucap dalam bahasa Melayu itu turut menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana sudi hadir ke majlisnya.

Tindakan Yap yang menyebut nama Najib itu bagaimanapun disambut dengan laungan "boo" oleh para penyokong Pakatan.

Kumpulan sama turut melaungkan "Reformasi" sekali lagi sewaktu Anwar beredar daripada majlis tersebut.

Hadirin yang menikmati hidangan secara lambak sejak ketibaan Najib juga mula beransur-ansur meninggalkan majlis sebaik sahaja Anwar beredar.

Turut bersama Anwar pada majlis tadi adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, dan ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, serta presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.


~ Malaysiakini

Bukti UMNO dah gila talak kini terdedah...

Posted: 16 Feb 2013 06:30 PM PST


Meskipun Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah melahirkan keyakinannya bahawa UMNO dan Barisan Nasional masih kuat dan mampu mengekalkan majoriti mereka dalam PRU13 ini...

Perlakuan jenteranya disebalik kata-katanya itu mendedahkan bahawasanya UMNO dan Barisan Nasional kini sudah tidak lagi yakin bahawa mereka akan kekal berkuasa selepas PRU13 nanti.

Ini terbukti bilamana dilaporkan berbagai-bagai jenis kain rentang seprti gambar di atas dan juga gambar di bawah telah dipasang dimerata-rata tempat di Kuala Lumpur.

Tujuannya ialah untuk melembutkan hati pimpinan PAS agar bersatu dengan UMNO sekali lagi bagi mengekalkan Putrajaya di tangan mereka.


Bagi meneruskan agenda memujuk tersebut, UMNO dilaporkan sanggup menghabiskan ribuan RM dengan menempah kain-kain rentang dengan pelbagai rekabentuk namun membawa mesej yang berbunyi 'Bersatulah, Perpecahan melemahkan ummah' dan 'Bersatu itu indah' sedang giat dicetak dalam kuantiti lebih 10 ribu setiap satu.

Perkara ini telah didedahkan oleh Roketkini


KUALA LUMPUR, 16 FEB – Menyangkakan taktik zaman purba masih boleh digunapakai, United Malays National Organisation atau UMNO nampaknya sedang giat berusaha untuk terus memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Terbaru, cubaan untuk memujuk PAS supaya berpadu dengan UMNO, walaupun menyedari bahawa pimpinan UMNO yang bergelumang dengan salahguna kuasa dan rasuah, dihasilkan dalam bentuk kain rentang.

Sumber-sumber melaporkan bahawa kain-kain rentang dengan pelbagai rekabentuk namun membawa mesej berbunyi 'Bersatulah, Perpecahan melemahkan ummah' dan 'Bersatu itu indah' sedang giat dicetak dalam kuantiti lebih 10 ribu setiap satu.

Juga terdapat mesej seperti 'Satu kalimah, satu syahadah' dengan logo UMNO dan PAS di kanan dan kiri, membuktikan betapa terdesaknya UMNO sehingga sanggup mempermainkan agama sebagai modal utama kempen politik menjelang PRU ke-13 yang bakal menjelang tiba.

Menurut sumber yang tidak mahu didedahkan, kain-kain rentang tersebut sedang dicetak secara besar-besaran di beberapa kilang di sekitar Selangor.

Pemerhatian umum mendapati kain-kain rentang bertujuan memujuk perpaduan PAS dan UMNO itu telah dinaikkan di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang seperti Petaling Jaya dan Bangsar ~ Roketkini

Namun begitu.. seperti biasa perkara ini akan dinafikan oleh macai UMNO/BN sepertimana mereka menafikan yang bendera 1Malaysia yang telah dipasang hingga menyemak Pulau Pinang adalah milik mereka.. sila baca di ( SINI )

Tiada ulasan: