BRIGED MP SEGAMBUT |
- GAMBAR PALING MENARIK MINGGU INI
- CAMPUR TANGAN ASING...SEMACAM AJA NADANI...
- KUCH KUCH HOTAIK DARI....
GAMBAR PALING MENARIK MINGGU INI Posted: 11 Feb 2013 06:30 AM PST |
CAMPUR TANGAN ASING...SEMACAM AJA NADANI... Posted: 11 Feb 2013 01:30 AM PST Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak jika terdapat campurtangan pihak asing semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata sehingga ini polis sedang memantau kemungkinan itu. "Setakat ini tiada maklumat pihak asing campur tangan dalam hal berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai keselamatan jalan raya di Ibu Pejabat Polis Daerah di Pasir Puteh hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan ketua polis daerah. Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak tentang kemungkinan berlaku campurtangan asing dalam PRU-13 berasaskan keadaan politik semasa. Mengenai kebimbangan kemungkinan pihak pembangkang melakukan kegiatan 'Arab Spring' jika tewas pada PRU13, beliau yakin ia tidak berlaku kerana tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan keselamatan negara semakin meningkat. Katanya polis sudah siap sedia untuk menghadapi PRU-13 dan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut undang-undang yang digariskan. Beliau berkata polis juga memerlukan kerjasama orang ramai bagi membolehkan proses pilihan raya di negara ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini. - Bernama |
Posted: 10 Feb 2013 09:26 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak teruja dengan kreativiti seorang pemimpin masyarakat India Muslim Pulau Pinang menyampaikan sebuah lagu ala Hindustan yang menyeru masyarakat mengundi BN pada pilihan raya umum nanti. Presiden Persatuan Nurul Islam Pulau Pinang Sulthan Syed Salhamid berkata Perdana Menteri melahirkan rasa teruja itu kepada beliau yang menyampaikan lagu 'Kuch Kuch Hota Hai' dengan seni kata yang diciptanya sendiri selepas Najib berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Liga Muslim di Masjid Kapitan Keling di Georgetown, malam tadi. Perdana Menteri yang khusyuk dan tersenyum mendengar lirik lagu itu yang meminta rakyat menyokong kepimpinannya turut memberi tepukan kepada Sulthan Syed. Senikata lagu itu berbunyi: Undilah semua Barisan Nasional Bersatu di bawah Najib Tun Razak Undi lain-lain, tiada kemajuan Datang hari undi hai, bagi Barisan Nasional menang hai Kami setiap hari berdoa Barisan Nasional mendapat dua pertiga Undilah Barisan kembali semula untuk keamanan, untuk kemajuan, untuk kesejahteraan Datang hari undi hai, bagi Barisan Nasional menang hai. Sulthan Syed yang juga seorang komposer ditemui Bernama selepas majlis itu berkata lagu tersebut adalah simbolik sokongannya kepada kepimpinan Najib. Beliau berharap lagu tersebut dapat memberi semangat kepada masyarakat terutama kaum India Muslim untuk terus mengundi BN. "Saya setiap hari berdoa memohon supaya BN terus memerintah negara. Saya mahu negara ini diperintah BN. Saya suka BN mentadbir negara kita, dan saya akan terus berpegang kepada prinsip saya iaitu untuk terus menyokong BN," katanya. Sulthan Syed berkata beliau bercadang membuat salinan lagu itu dalam bentuk cakera padat untuk diserahkan kepada pemimpin Nombor Satu negara itu. Najib yang dalam lawatan dua hari ke Pulau Pinang dijadual menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang di bangunan dewan berkenaan pada pukul 9.30 pagi, hari ini. Selepas itu, beliau akan menyertai kira-kira 80,000 orang menghadiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran BN Pulau Pinang. Pada majlis itu, pelbagai acara diatur termasuk persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah dan persembahan daripada penyanyi popular Korea Psy. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan