Anak Sungai Derhaka |
- Najib makan 'Nasi Kandar Beratur' bersama buruan Interpol Fariz Musa kata..
- Video Najib dimalukan rakyat Pulau Pinang dalam konsert Psy kini tersebar!! Saksikan!!
- Peminat Psy pakai baju 'BERSIH'.. Blogger UMNO mengelupur..
Najib makan 'Nasi Kandar Beratur' bersama buruan Interpol Fariz Musa kata.. Posted: 11 Feb 2013 06:10 AM PST Kemunculan Daniyar Nazarbayev (gambar sebelah anak Najib), warga Kazakhstan bersama Perdana Menteri dan anaknya, Nooryana Najwa ketika menikmati nasi kandar di Pulau Pinang malam semalam bukti Datuk Seri Najib Razak sorok bakal menantunya itu di negara ini, kata Fariz Musa. Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu berkata, kehadiran Daniyar di khalayak mengesahkan dakwaan mengatakan Najib sembunyikan tunang Nooryana, penjenayah paling dikehendaki. "Najib bukan sahaja menyembunyikan jenayah seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu) tetapi turut melindungi penjenayah. Inilah sebenarnya Najib. "Sikap diam diri Najib sebelum ini berhubung bakal menantunya sekarang terjawab apabila muncul makan nasi kandar di Pulau Pinang," kata Fariz ketika dihubungi. Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan seorang lagi anaknya, Ashman Razak, menjamu selera selama 40 minit di Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling, sempena lawatan kerja dua hari ke negeri itu. Sebelum ini, Daniyar – mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta). Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri. Fariz menempelak tiada tindakan polis terhadap penjenayah itu walaupun media antarabangsa mendedahkan penipuan oleh beliau membabitkan puluhan juta ringgit. "Selama ini, kita yakin beliau bersembunyi di Malaysia atau lebih tepat di kediaman Perdana Menteri. "Kita syak beliau menggunakan kedudukan bakal bapa mertuanya itu untuk mengelak dari diambil tindakan oleh pihak berkuasa," ujar Koordinator Jingga 13 itu lagi ~ Keadilandaily Baca apa yang dilaporkan oleh The New York Post itu di ( SINI ) Dan baca juga laporan yang mengatakan bakal besan Najib ditahan oleh Interpol di ( SINI ) |
Video Najib dimalukan rakyat Pulau Pinang dalam konsert Psy kini tersebar!! Saksikan!! Posted: 11 Feb 2013 12:31 AM PST Sebelum ini aku telah melaporkan satu insiden yang amat memalukan bagi seorang Perdana Menteri bilamana parti pimpinan beliau secara terang-terang ditolak oleh rakyat Pulau Pinang apabila beliau menajukan soalan dari atas pentas.. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Psy memulakan persembahan mengakhiri ucapannya dengan melaungkan kepada hadirin.. "Are you ready for Psy???".. "YES!!" jawab warga Pulau Pinang yang hadir ke konsert yang menyaksikan Psy membuat persembahan lebih kurang hanya 15 minit itu.. Empat kali beliau mengajukan soalan yang sama.. dan empat kali jawapan yang sama diberikan oleh hadirin.. Tetapi bila beliau melaungkan "Are you ready for BN??" kepada rakyat Pulau Pinang.. jawapan yang diterimanya ialah "NOOOOOOOO!!!". Empat kali soalan dikemukakan.. empat kali jawapan yang sama diberikan.. (sila baca di SINI ) Malu weh!!.. kah..kah..kah... Namun begitu bagi mengawal perasaan malunya (control macho orang kata) Najib meneruskan ucapannya dengan menjemput Psy... Saksikan!! Bagaimana Najib di malukan oleh rakyat Pulau Pinang... Video oleh Desmond Low .. Laporan sebelum ini sila baca di ( SINI ) |
Peminat Psy pakai baju 'BERSIH'.. Blogger UMNO mengelupur.. Posted: 10 Feb 2013 09:17 PM PST Meskipun kehadirannya ke Pulau Pinang mendapat bantahan dari ribuan peminatnya, Superstar Korea Selatan, Psy akhirnya hadir juga untuk menjayakan program sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah tiba ke Pulau Pinang sejak dari semalam lagi bagi menumpang populariti superstar tersebut. Mengambil kesempatan dari jumlah hadirin yang melebihi 50,000 orang dalam program tersebut Najib telah memberikan ucapan sebelum Psy memulakan persembahan. Malangnya sambutan yang diterimanya hambar sekali kerana kebanyakkan yang hadir itu bukannya mahu melihat dan mendengar apa yang Najib mahu sampaikan.. tetapi mereka mahu melihat persembahan Psy.. Najib dalam ucapannya menjanjikan akan mempertimbangkan akan menaik taraf Kolej Han Chiang kepada taraf Universiti jika Barisan Nasional diberikan mandat untuk memerintah Pulau Pinang selepas PRU13 nanti. Mengakhiri ucapannya Najib sekali lagi menjanjikan masa depan yang lebih cerah buat Pulau Pinang jika Barisan Nasional kembali berkuasa... cerah?.. mungkin cerah macam Sabah kot? Apabila Najib melaungkan.. "Are you ready for Psy??" Jawab yang hadir.."YESS!!!" Najib ulang sekali lagi... "Are you ready for Psy??" Sekali lagi jawapannya dari yang hadir.."YESS!!!" Dia ulang melaung sampai empat kali.. Tapi bila Najib laung " ARE YOU READY FOR BN??.. Malang sungguh buat Najib bila hadirin menyahutnya dengan "NOOOOOOOOOOOO!!!!!" Juga diulang sebanyak empat kali.. jawapannya tetap sama.. Kah..kah..kah... what a shame... video berkenaan sila lihat di ( SINI ) Ketua Menteri Pulau Pinang yang sebelum ini dilaporkan akan turut hadir dalam majlis Barisan Nasional ini telah membatalkan kehadirannya itu. Namun begitu ianya bukanlah sebagai tanda boikot atau protes tetapi beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menyambut ketibaan DYMM Raja Permaisuri Agong. Apa yang membuktikan bahawa bukan semua yang hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional itu menyokong Barisan Nasional ialah kehadiran ramai penyokong Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina ke majlis tersebut. Mereka dengan bangganya memakai baju 'T' Bersih dan juga baju 'T' Save Lynas.. yang menyebabkan blogger-blogger UMNO mengelupur bagai cacing kepanasan kerana propaganda yang mereka bakal mainkan kononnya rakyat Pulau Pinang telah kembali menyokong Barisan Nasional disukarkan mereka ini.. Sebab apa aku tulis tajuk Blogger UMNO mengelupur?.. sebabnya kalau korang baca apa yang mereka laporkan tentang konsert Psy ni.. semuanya memburukkan rakyat Pulau Pinang yang hadir ke konsert itu dengan memakai baju 'BERSIH' dan 'Save Lynas'... Dengar cerita.. semalam ada pertemuan antara Najib dan seluruh jentera BN Pulau Pinang.. tapi Cybertrooper UMNO tak dibenarkan masuk... he..he..he.. Sebab apa??.. nanti bila ada masa aku tulis.. Dah dilayan sampai macam tu pun nak sokong UMNO/BN lagi ke?? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan