Selasa, 5 Februari 2013

.

.


Seorang Lagi Bekas Jeneral Akan Sertai PR

Posted: 04 Feb 2013 07:16 PM PST

TERKINI PAGI                                                                                                                  

PKR dan PAS masing-masing akan menerima seorang anggota baru dari pasukan keselamatan apabila seorang lagi bekas jeneral dan seorang bekas pegawai tinggi polis akan menyertai parti berkenaan. Perundingan untuk mereka menyertai kedua-dua parti itu sudah dijalankan dan hampir beres.

PAS dijangka akan membuat pengumuman kemasukan bekas pegawai tinggi polis berkenaan dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Agungnya sehari dua lagi. Manakala PKR pula sedang mengadakan rundingan di peringkat akhir dengan bekas jeneral berkenaan.

Menurut maklumat ibu pejabat PKR, rundingan akhir mengenai penyerataan bekas jeneral itu akan diadakan lewat petang ini manakala pengumuman kemasukan itu akan menyusul.

Sebelum ini sekurang-kurang dua pegawai tinggi tentera berpangkat panglima dan seorang pegawai tinggi polis telah menyertai Pakatan Rakyat, seorang melalui PKR dan seorang menerusi PAS. Penyertaan anggota pasukan keselamatan ini memberi suntikan semangat baru untuk PR.

Penyertaan bekas-bekas pegawai tinggi pasukan keselamatan ini juga menggambarkan perubahan besar dalam minda mereka terhadap pembangkang yang mana sebelum ini mereka dipaksa menyokong parti pemerintah tanpa boleh menyatakan apa-apa bantahan.

Penyertaan pegawai tinggi itu juga menyerlahkan bahawa pembangkang kini cukup berwibawa dan menjadi pilihan umum untuk menjadi kerajaan menggantikan Umno dan BN. [wm.kl 11:12 am 05/02/13]

Tiada ulasan: